:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Wednesday, June 17, 2009

.: aKu sKanDaL 9:.


“TISYA!”

Aireen menjerit apabila melihat Tisya terbaring tidak sedarkan diri sewaktu pulang dari pejabatnya petang itu.

“Tisya, kenapa ngan kau ni? Janganlah buat aku takut, bangunla Tisya,”Aireen menepuk-nepuk pipi Tisya, dengah harapan Tisya akan membuka matanya.

Melihatkan Tisya tidak memberi apa-apa respon, segera Aireen mencapai telefon bimbitnya.

‘Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi..’

“Mana Ariel ni pergi? Siapa aku nak minta tolong ni?”rungut Aireen sambil memangku kepala Tisya.


Satu nama tiba-tiba muncul dalam fikirannya. Sambil mendail nombor empunya, Aireen berdoa supaya dia belum pulang ke rumah.

“Hello,”satu suara garau menyambut panggilannya.

“Encik Nik, boleh tolong saya?”

“Kenapa, Aireen?”cemas juga Nik Adrean apabila mendengarkan suara Aireen yang hampir menangis di hujung talian.

“Kawan saya pengsan ni, kat rumah. Kereta ada, tapi saya tak boleh drive,”

“Ok, bagi saya dalam 15 minit.”

Panggilan terus ditamatkan. Aireen segera mencari dokumen-dokumen penting milik Tisya untuk memudahkan urusan di hospital nanti. Dia ingin menelefon ahli keluarga Tisya, tapi dia tidak tahu bagaimana. Tisya tidak pernah bercerita mengenai keluarganya akhir-akhir ini. Dalam tak sedar, air matanya membasahi kedua belah pipi.

Tin! Tin!

Bunyi hon kereta mengejutkan Aireen. Segera dia berlari ke pintu pagar, lega melihat Nik Adrean berada di situ.

“Tisya ada kat dalam,”

“Tisya?”dalam terpinga-pinga, Nik Adrean menuruti langkah Aireen.

Sebaik saja terlihat Tisya yang terbaring, segera Nik Adrean mencempungnya dan dibawa ke kerta. Aireen membantu Nik Adrean dengan membukakan pintu sebelum Aireen berpatah balik.

‘Kami ke hospital. Tisya pengsan.’

Dilekatkan nota tersebut di pintu, dengan harapan Ariel akan membacanya apabila dia datang ke situ. Selepas itu, mereka segera ke hospital yang berdekatan.


NIK ADREAN memandang Aireen yang masih menangis sementara menunggu Tisya yang berada di dalam bilik rawatan kecemasan. Belas hatinya melihat air mata Aireen yang laju menuruni kedua belah pipinya.

“Janganlah risau. Saya yakin Tisya tak apa-apa,”pujuk Adrean sambil meletakkan tangannya di bahu Aireen.

I got no idea how Tisya can be like this. Nak hubungi parents dia pun saya tak tau. I’ve been a bad friend of her,”

Nik Adrean hanya menggelengkan kepala, menarik Aireen rapat ke dadanya. Tidak setuju Aireen terus menyalahkan diri sendiri atas sesuatu yang bukan dia pucanya.

“Awak kawan Tisya yang baik. Kalau tak awak takkan minta tolong untuk dia,”ujar Nik Adrean, sambil mengesat air mata di pipi Aireen.

Aireen terus menangis di dada Nik Adrean. Dia berasa lebih tenang dan selamat di dalam pelukan Nik Adrean. Bayangan perisitiwa di pejabat Nik Adrean siang tadi, berputar kembali. Berbanding waktu itu, pelukan Nik Adrean kali ini lebih membuatkan dia tenang dan selesa.

‘Wait. Pelukan? Maksudnya sekarang ni aku...’

Terus sahaja Aireen bangun, menolak dada Adrean dari terus mendakapinya. Mukanya mula bertukar warna akibat malu.

“Awak jangan nak ambil kesempatan kat saya,”Aireen memberi amaran kepada Nik Adrean.

“Cik Aireen, saya cuma berniat untuk melegakan kerisauan awak. Mungkin ada niat untuk berkongsi kerisauan itu, sekalipun awak takkan kongsikannya dengan saya,”

Aireen menarik muka masam. Tidak suka dipermainkan begitu oleh jejaka tampan di hadapannya ini.

“Kan saya dah cakap, bukan saya yang cium awak siang tadi.”terang Nik Adrean, apabila menyedari Aireen memandangnya dengan pandangan yang sinis.

“Awak nak saya percaya yang lelaki yang sebijik muka macam awak, ada kat bilik awak, adalah bukan awak?”

Nik Adrean menganggukkan kepalanya. Aireen tergelak dengan perlakuan itu.

“Awak ingat saya bodoh? Lainla kalau dia tu....”

Kata-kata Aireen terhenti di situ. Akal logiknya mula bersuara. Dalam tidak yakin dan takut-takut, dia menyambung bicara.

“Awak ada kembar?”

Thursday, June 4, 2009

biLa TeNaNg MenJadi bEngaNg!!!

Dah lama tak menconteng..slalu meng “cut-and-paste” je..hehehehe..yes..sekarang ni waktu kerja..badan, minta, kakitangan & perasaan telah terlalu penat untuk menjadi pekerja yang produktif ^aiyak..padahal baru jam 9.30^ jadi..mencuri sedikit masa untuk mentaip di sini…

3 hari boss takde, mula2 rasa macam da keluar anak bulan untuk beraya..tapi kenyataannya TiDaK..sebab terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan..Cuma satu kelebihan yang amat dirasai sepanjang 3 hari itu ialah KeTeNaNgaN dalam melakukan kerja2 tersebut..alangkah indahnya…^hehehehe^

Dalam menikmati ketenangan itu..rupanya aku telah melakukan satu kesilapan besar ^adoyai..sowi boss..memang tak pasan^ jadi untuk menebus kesilapan itu, aku ngan sorang officemate aku telah menggandakan usaha kami dalam bekerja..semalam yang patutnya kami nikmati sebagai hari ketenangan terakhir minggu ini telah menjadi hari yang paling sibuk minggu ini..gara2 miscommunications yang terjadi antara kami dgn boss…

So hari ini kami masing2 bersetuju untuk tidak membangkitkan isu itu di hadapan boss kami..^nak senyap2 jela kononnya^ dan akan cepat2 bertukar topic sekiranya isu itu timbul..sebab kalau kena marah memang sampai mati takleh lupa..huhuhuhu…

Erm..sebenarnya aku cuma nak cakap pasal tu..tapi tetibe aku jadik panas pulak pagi ni..??nape..??tentulah dengan pompuan **** yang pernah aku mention dalam blog dulu..sesape yang tataw lehla refer kat sini
semalam kami ada meeting ~ yang nama aku takde pun dalam JK tu..dahla banyak gile keja utk JK tu AKU yang buat..padahal yang betul2 ada nama dalam JK tu smalam sume pegi meeting tu..nie tetibe dia datang jumpa aku dan ARAHKAN aku buat minit meeting smalam..nape ko tak mintak AJK lain je buat..yang betul2 ada nama dalam tu..kalau aku ni takde keja bolehla ko nak ARAH2 (walaupun aku tak penah anggap ko macam Boss – Boss ngan pompuan ni adalah org yg berbeza)…bengang gua beb!!!!

So..daripada aku terus emo dan mungkin mentaip kata2 yang bakal membuat org menyampah, biarla aku stop dulu..ingat nak cite banyak tadi tapi pompuan nie betol2 membuat aku bengang..lagi2 skang ni dia tengah baik punye bersembang…WTH!!!

p/s: sorry kalau terlebih emo..but rily feel hot inside..

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 16 ::


PERLAHAN aku membuka mataku. Aku merenung siling, agak lama. Agak asing dalam pandanganku. Kelihatan beberapa orang perempuan berbaju putih di sekelilingku.

‘Erm, hospital.’

Suara hatiku memberitahu diriku yang masih separuh sedar.

“Doktor, pesakit ni dah sedar.”

Kelihatan seorang lelaki menerpa masuk dengan wajah yang muram. Aku hanya memandangnya tanpa tahu mengucapkan apa-apa.

“Tia.”panggilnya sambil memegang lenganku.

“Tia, kenal Adam? Tia kat hospital ni. Tia pengsan hari tu, kat office. Ingat tak?”

Satu-persatu peristiwa tempoh hari menerjah masuk ke ruang mindaku. Serentak itu, aku merasakan kepalaku bagai ditekan, segera aku memegangnya.

Kedengaran suara Adam mengarahkan pembantunya membawakan sejenis ubat. Namun tidak aku pedulikan kerana kesakitan kepalaku mengatasi segala-galanya. Sambil menenangkan aku, Adam menyuntik sejenis cecair di pangkal lenganku. Ternyata ia memberi kesan positif ke atasku apabila aku merasakan sakit kepalaku telah berkurangan. Mataku mula layu, dan aku mula terasa mengantuk. Sayup-sayup aku terdengar suara Adam.

“Tia, have a rest ok? Adam tak nak Tia bebankan fikiran dengan benda-benda yang boleh buat Tia tertekan. Nanti bila Tia sedar, I’ll be here. I promise.”

Dalam tak sedar, aku menyematkan kata-kata Adam itu di sudut hatiku. Adam benar-benar dapat meredakan segala kekusutan hariku. Akhirnya aku terlena dengan segala kenangan bersamanya.

Apabila aku sedar, kelihatan Adam tertidur di kerusi bersebelahan katilku. Raut wajahnya menampakkan yang dia benar-benar keletihan. Niat hendak mengambil air sendiri tidak kesampaian apabila sikuku berlaga dengan gelas yang diletak di atas almari di kepala katilku, menyebabkan ia jatuh pecah sekaligus membangunkan Adam dari tidurnya.

Sorry, saya tak berniat nak kacau awak tidur.”

“Astaghfirullah. Mana ada kacau. Adam memang ada kat sini nak tolong Tia. Manala tau if you need anything.”

Jawabnya sambil mengambilkan gelas satu lagi dan menyuakan padaku apabila siap diisi dengan air. Kemudian dia mengambil penyapu dan membersihkan serpihan kaca yang bertaburan di lantai. Aku hanya memerhatikan setiap pergerakannya. Tanpa aku sedari, segaris senyum terlukis di bibirku.

“Adam.”

Menyedari aku menyebut namanya, Adam berpaling memandangku.

“Yes?”

“Erm, takde apa-apa. Sorry banyak susahkan awak.”

There’s nothing, Tia.”

Senyuman manisnya yang mengiringi jawapan itu membuatkan aku lupa pada peristiwa yang menyebabkan aku berada di sini. Sementelah timbul persoalan di benakku. Apa sebenarnya yang menyebabkan aku terlantar di sini. Sedangkan sewaktu aku mula-mula membuat pemeriksaan dengan Adam dahulu, dia hanya memberitahu yang aku cuma keletihan dan tidak mempunyai apa-apa yang perlu kubimbangkan.

“Adam.”

“Ada apa Tia?”

Adam datang duduk di sebelahku.

“Saya sakit apa Adam?”

Kelihatan dia melepaskan sebuah keluhan. Atas tujuan apa, aku sendiri tidak pasti. Kemudian dia memandangku, lama. Sejurus kemudian melepaskan satu lagi keluhan yang tak kurang beratnya seperti yang awal tadi.

“Adam, awak pernah beritahu saya yang mengeluh tu tak elok. So, on what reason you’re doing it just now?”

“Tia, Adam nak minta maaf banyak-banyak.”

For what?”

“About you result test.”

Aku tergamam mendengarnya. Permainan apakah yang dimulakan Adam ini sedangkan dahulu dia yang menyatakan bahawa aku tidak menghadapi apa-apa masalah dengan kesihatanku. Tiba-tiba hatiku berdetak, mungkinkah..?

Aku memandang tepat anak matanya, mencari kepastian.

“I lied. I’m sorry.”

Bicara Adam yang begitu dingin bagai meluruhkan tangkai hatiku. Dengan mata yang mula berkaca-kaca aku memandangnya, meminta penjelasan.

“Tia, it’s really hard for me to tell you but you have to know. It’s about yourself. Tia ada tumor dalam otak.”

Entah dari mana datangnya kekuatan dalam diriku, aku mencabut wayar-wayar yang berselirat di tanganku dan berlari keluar.

“Tia!”

Panggilan Adam tidak lagi kuhiraukan. Aku terus berlari sebelum kakiku tidak berdaya lagi melangkah. Aku jatuh terduduk di situ, melihat Adam semakin menghampiri.

Don’t be like this, Tia. Ia masih di peringkat awal. Adam janji Adam akan sembuhkan Tia walau apa cara sekalipun. Walau Adam terpaksa tukar nyawa Adam dengan Tia.”

Serentak itu aku merebahkan diriku di dalam pelukannya dan menangis. Sesungguhnya itulah yang menjadi punca sakit kepalaku selama ini. Adam tak henti-henti memujukku. Namun aku telah hanyut dalam tangisan yang tak berpenghujung. Mengapa aku? Mengapa aku yang ditakdirkan menghadapi semua ini?

Wednesday, June 3, 2009

.: aKu sKanDaL 8:.



“Encik Nik, kita nak pergi sekarang ke?”

Aireen yang tiba-tiba muncul di muka pintu, sedikit mengejutkan Adreen yang sedang menyelak majalah hiburan yang ada di meja kopi. Entah dari mana sesatnya majalah itu, dia sendiri kurang pasti kerana setahunya Adrean tidak berminat dengan majalah sebegitu.

Dalam terkebil-kebil, dia menatap gadis yang tiba-tiba masuk ke bilik abangnya ini.

“Apa dia?”akhirnya Adreen bersuara.

“Dah dekat pukul 12.30 ni. Encik Nik kata ada business lunch?”tanya Aireen apabila melihat Nik Adrean seakan-akan bodoh melihatnya.

Adreen memandang gadis itu. Kali ini dia bangun dan berdiri hampir dengannya. Rambut Aireen yang dibiarkan lepas sedikit mencuri perhatiannya. Matanya turun, menjamah lembut bibir Aireen yang agak basah dek sapuan lipgloss. Matanya merendah lagi, melewati kolar baju Aireen yang sedikit terbuka, melihatkan kehalusan kulit lehernya dan akhirnya pandangan Adreen jatuh pada betis Aireen yang agak terdedah kerana skirt pendek paras lutut yang dikenakannya. Dia memejamkan mata, dan tersenyum.

“Kenapa Encik Nik pandang saya macam tu?”tanya Aireen, menjauhkan sedikit dirinya dari Adreen.

‘Encik Nik? I see, this girl dah salah anggap yang aku ni abang.’

“Saya tunggu Encik Nik kat lobby,”akhirnya Aireen bangun dan menuju ke pintu apabila dirasakan Nik Adrean semakin tidak siuman.

“Eh, nantilah dulu. Kenapa nak tergesa-gesa ni?”Adreen berdiri di hadapan Aireen, menghalang gadis itu meneruskan langkah.

Aireen meneguk liurnya.

‘Alamak, apasal ngan Encik Nik ni? Wrong timing lagi ke?’

You got a nice lips,”Aireen tersentak apabila jari-jari kasar Adreen hinggap di bibirnya.

“Apa Encik Nik buat ni?”separuh menjerti Aireen menepis tangan sasa itu.

‘Garang. She’s just my type.’

Adreen tergelak kecil sambil menarik kembali tangannya yang mula merayap. Namun tawa itu dirasakan bagai memerli oleh Aireen.

“Saya tunggu Encik Nik kat lobby.”sekali lagi Aireen cuba keluar dari bilik itu.

Baru sahaja dia melepasi Adreen, Aireen terasa lengannya ditarik dan badannya seakan melayang. Sedar-sedar dia kini berada dalam pelukan Adreen.

“Encik Nik, lepaskan saya! Kalau tidak, saya menjerit,”

“Rileks. I bukan nak apa-apakan you,”Adreen berbisik lembut di tepi telinga Aireen.

Menggigil tubuh Aireen diperlakukan begitu. Dalam hatinya, dia berdoa agar Nik Adrean segera pulih daripada ketidaksiumannya itu.

We’ll meet again, dearest.”ucap Adreen, sambil mengucup lembut pipi Aireen yang sedia kemerahan.

Aireen meronta-ronta, dan pelukan itu dilepaskan. Adreen melangkah keluar sambil mengenyitkan mata ke arah gadis yang baru dikenalinya itu. Dia kini sudah tidak peduli akan wang yang ingin diminta dari abangnya. Malah dia telah mempunyai tarikan baru untuk terus singgah di NusaDesign.


Pipi yang masih merah digosok perlahan. Mata Aireen berkaca, apalah malang nasibnya hari ini. Dia duduk di sofa, menahan rasa terkejut yang masih bersisa.

Sorry, Ery. Lambat sikit. Ni cek yang...”

Kata-kata Nik Adrean terhenti apabila menyedarinya adiknya telah tiada di situ, berganti dengan Aireen yang sedang duduk di sofa.

“Eh, awak dah sampai? Minta maaf, saya ada hal tadi.”

Bagai terkena kejutan elektrik, Aireen bingkas bangun menyedari Nik Adrean kini berada di dalam bilik itu. Sedikit terpinga-pinga melihat Nik Adrean berkelakuan lebih siuman berbanding tadi, dan lebih terpinga-pinga apabila Nik Adrean berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku tadi.

Just a minute, saya nak kemaskan dokumen ni.”Nik Adrean masih tidak sedar apa yang bergolak di hati Aireen.

Mereka menuju ke lif, namun Aireen seboleh mungkin menjauhkan diri daripada Nik Adrean. Nik Adrean yang merasa sedikit pelik hanya mendiamkan diri dengan tindakan Aireen itu. Lif yang penuh membuatkan Aireen terpaksa berdiri rapat dengan Nik Adrean, namun sengaja dipalingkan mukanya ke arah lain.

“Awak sakit ke?”tanya Nik Adrean.

“Tak, eh, sakit. Sakit hati,”berterabur jawapan yang keluar dari mulut Aireen.

Nik Adrean mengangkatkan bahu dengan jawapan Aireen itu. Sedikit pun tidak menyangka sakit hati Aireen ada kena-mengena dengannya.

Sampai di basement, Aireen cepat-cepat meloloskan diri untuk keluar dari lif. Memang hari yang malang untuk Aireen apabila kakinya tersadung di hadapan pintu lif. Hampir sahaja wajahnya mencium lantai marmar, namun Nik Adrean sempat memaut pinggangnya.

“Jangan sentuh saya!”Aireen menolak Nik Adrean jauh dari tubuhnya.

Beberapa orang pekerja yang berada di situ berpandangan sesama sendiri. Nik Adrean mengeluh dengan situasi itu.

“Dahlah tak reti nak ucap terima kasih, lagi nak marah.”

“Terima kasih untuk apa? Untuk ciuman awak tadi?”

Jeritan itu menyebabkan pekerja-pekerja yang ada di situ mulai berbisik-bisik. Pastilah berita itu akan menjadi topik paling hangat di NusaDesign bulan itu.

“Apa awak merepek ni, Cik Aireen?”kesabaran Nik Adrean tercabar dengan fitnah itu.

“Merepek? Mungkin awak boleh berpura-pura macam takde apa yang berlaku, tapi kenyataannya memang awak dah cium saya kat pejabat awak tadi!”

Tuesday, June 2, 2009

^HoW To MaKe aN iCe cReaM goReNg^


Orait..entry hari nie lebih kepada interest aryanna on how to make an aiskrim goreng..^hehehe…bercampur2 da bahasa nie^

Ok..sebenarnya saya pun cari resipi ni kat internet..nie saya copy daripada sini..resipi untuk wat aiskrim goreng yang paling simple yet delicious..

Bahan-Bahan:

1 bUNgkus roti

Serbuk Roti (breadcrumbs)
1 tupperwear Ais krim (saya cadangkan vanilla sebab lambat sket cair)
telur (Dipukul)
Sedikit air kosong
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:

1. Mula2 basahkan roti sedikit,masukkan ais krim ke dlm roti yang dibasahkan tadi.
2. Tutup roti sehingga menjadi bulat, tutup dengan menggunakan air
3. Selepas tu...golek dengan telor yang sudah di pukul
4. Dan salut dengan serbuk roti (golekkanlah dengan serbuk roti)
5. Bila minyak panas, golenglah dengan agak2 garing (api jangan besar sangat)

Cadangan Hidangan:

Makan ketika ais krim goreng masih panas

Gambar saya tak sempat nak tangkap..sebab da kena makan ngan hubby dulu..hukhukhuk..next time saya akan letakkan gambar dalam nie..yang kat atas tu gambar yang saya amik kat internet..bolehla tengok macam mana rupanya..tapi saya gunakan Wall’s aiskrim..tak bape elok la..sebab cepat sangat cair..maybe kalau guna Nestle lebih baik kot..try je la dulu..nanti post gambar kat saya ok..?? ^_^

Monday, June 1, 2009

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 15::

“Sayang. Macam ni ke awak layan orang yang awak sayang, Shah? Awak tanam perasaan benci tu dalam hati saya sejak awak lafazkan kata-kata yang melukakan hati saya dulu. Sekarang awak cakap awak sayang saya, jangan buat saya ketawa Shah.”

“Shah tak main-main, Maya.”

Aku menghelakan nafas. Entahlah, luka yang digurisnya dahulu benar-benar pedih. Dan kini ia kembali berdarah, membuatkan aku tidak dapat menerima kata-kata sayangnya yang sebelum ini memang sering dia ucapkan.

Sorry, I don’t have anything to say but sorry.”

“Maya, bagilah Shah satu lagi peluang. Shah takkan sia-siakan Maya lagi.”

Aku memandang muka Shah yang menanti jawapanku penuh harapan. Aku akui, jauh di sudut hatiku aku memang pernah menyayangi pemilik seraut wajah nan tampan ini. Namun, aku masih tidak dapat memaafkan segala perbuatannya dahulu.

Sorry Shah. But I really can’t.”

Shah yang kelihatan kecewa hanya tunduk kaku di tempatnya. Sejurus kemudian, dia berdiri dan melangkah keluar. Namun sebelum menutup pintu, sempat dia berkata.

“Kalau Maya tolak Shah sebab dendam, apa bezanya Maya dengan Shah yang dulu? Yang pernah buat kesilapan?”

“Shah, saya bukan dendam kat awak. Saya cuma..”

“Dahla. Shah sangka Maya tak macam perempuan-perempuan lain yang Shah kenal. Tapi Shah silap. Maya sama je ngan diorang semua, malah Maya lebih teruk sebab langsung tak tau nak memaafkan. Tak tau nak menghargai.”

Ayatnya yang terakhir benar-benar membuat darahku naik semula.

“Menghargai? Apa yang patut saya hargai?”

I want us to be together, like the old time but you didn't even give me the chance. Maya langsung tak hargai Shah, perasaan Shah!”

So how about my feeling? Pernah awak hargai perasaan saya, persahabatan saya?”

“Lagi-lagi Maya nak ungkit semua salah Shah. Dahla, i don’t want to talk about this anymore.”

Bunyi hempasan daun pintu semasa Shah keluar bagai menghiris dalam ulu hatiku. Agak kesal kerana kami tidak dapat berbincang dan menyelesaikan masalah antara kami dengan baik. Beberapa detik berlalu, namun aku masih memikirkan apa yang kami perkatakan sebentar tadi.

‘Maya terlalu sayangkan Shah. Tapi kenapa Shah tinggalkan Maya dulu?’hati kecilku merintih dalam sepi.

Kepalaku kembali berdenyut-denyut. Pantas aku bangun ke meja dan menggapai beg tanganku. Aku mencari-cari ubat yang diberi Dr Adam kerana selalunya memang aku meletakkannya di situ. Namun apa yang kucari tidak kutemui. Seakan terdapat sebuah batu besar yang menghempap kepalaku, aku duduk sambil memicit-micit kepalaku. Pandanganku mula berpinar-pinar. Apabila pintu bilikku terkuak, kelihatan dua susuk tubuh memasuki bilikku.

“Tia!”

Suara itu. Aku amat mengenali empunya suara itu, namun aku sudah tidak berdaya membalas panggilannya. Aku hanya dapat menangkap beberapa butir perkataan yang tidak begitu jelas sebelum pandanganku gelap. Segelap-gelapnya.

.: aKu sKanDaL 7:.



‘ALAHAI..kenapa la aku cakap macam tu tadi.’Nik Adrean mengusap kepalanya.

Masih terbayang bagaimana merahnya muka Aireen sebenter tadi. Hampir bertukar warna keunguan pula. Nasib baik tak pengsan budak tu dalam biliknya, kalau tidak jenuhlah dia nak menjawab gosip-gosip liar yang bakal tumbuh bak cendawan selepas hujan. Namun dia tersenyum, mengenang muka Aireen yang amat menarik hatinya kala itu.

Tok! Tok!

Lamunan Nik Adrean terhenti apabila terdengar ketukan di muka pintu. Terjengul wajah Nik Adreen, saudara kembarnya. Belum dijemput, Adreen sudah pun duduk di sofa merah hati yang sedia ada di situ.

Busy ke, Bro?”

Adrean menggelengkan kepala seraya bangun ke arah adiknya. Biasanya, Adreen hanya akan memunculkan diri sekiranya menghadapi masalah. Masa-masa terluangnya hanya diisi dengan berseronok dan bertukar-tukar teman wanita.

“Apa pula masalah Ery kali ni?”Adrean bertanya, tidak menjawab soalah Adreen sebentar tadi.

Adreen tergelak dengan soalan itu. Dia sedar, selain wajah yang serupa dengan abangnya, mereka berdua adalah dua orang yang sangat berbeza. Adrean lebih bertanggungjawab, rajin bekerja dan sangat menghormati wanita. Sedangkan dia hanya gemar berseronok. Wanita baginya tidak lebih dari sekadar peneman di kala sunyi, dan boleh ditukar ganti apabila dirasakan perlu.

“Ery, I’m talking to you. Yang tersenyum-senyum pandang abang tu kenapa? Dah tukar selera pula, tapi kalau ye pun janganla abang yang jadi mangsa,”

Tawa mereka bergabung. Membuatkan pekerja-pekerja Adrean terintai-intai mahu mengetahui situasi di dalam biliknya.

Nonsense, abang. I’m just curious. Kenapa abang yang sama-sama hensem, kaya macam Ery, takde girlfriend sampai sekarang,”

Adrean menepuk lembut bahu adiknya.

“Abang dah pernah ada, dan abang pernah kecewa. Cukuplah sekali, Ery. Yang lain, abang serahkan pada jodoh. Lagipun abang banyak kerja nak buat, bukan macam Ery ni. Boleh ke sana ke sini sesuka hati.”

“Abang masih tunggu Jasmine? Lupakanlah dia, bang. Dia tu perempuan bodoh yang tak sedar diri,”

“Ery!”

Adreen merengus kasar. Dia bencikan Jasmine, yang hampir-hampir merosakkan hubungan kekeluargaan mereka. Namun dia tahu, abangnya sengaja menyibukkan diri di pejabat untuk melupakan Jasmine. Sebuah keluhan dilepas, dia tidak berniat membincangkan soal itu apabila berjumpa dengan Nik Adrean kali ini.

Back to the main point. Apa Ery nak abang tolong kali ni?”ujar Adrean, setelah keadaan menjadi tegang seketika.

“Ery nak minta duit sikit,”

Adrean mengeluh. Baru minggu lepas dia masukkan RM10,000 ke dalam akaun bank Adreen.

“Boleh, tapi ada syarat,”akhirnya Adrean bersuara.

“Ala, Bro. Dengan Ery pun nak kena syarat-syarat ke?”

“Ery nak abang tolong ke tak?”

Fine, apa syaratnya?”

Adrean tersenyum sedikit, merasakan kemenangan berada di pihaknya.

“Abang nak Ery tolong abang kat pejabat.”

What?”Adreen berpura-pura terperanjat. Walhal dia tahu, itulah permintaan abangnya sejak dahulu.

Bro, Ery tak taula buat kerja-kerja ofis ni. Lagipun I got my own job. Kerja yang Ery minat,”Adreen membuat cubaan untuk merayu walaupun tahu apa hasilnya.

“Kerja apa yang Ery minat? Photographer? Ambil gambar perempuan yang kononnya model tu 3,4 keping. Lepas tu, Ery heret bawak masuk bilik. Itu yang Ery panggil kerja? No! Abang tak suka Ery buat kerja macam tu, abang nak Ery kerja dengan abang.”tegas suara Adrean kali itu.

“Bukan Ery paksa pun diorang buat semua tu, diorang yang rela.”

Muka Adreen yang masam bertambah kelat apabila Adrean menggelengkan kepala. Memang dia sukakan kerjayanya sebagai jurugambar. Selain dapat berdamping dengan perempuan-perempuan cantik, dia boleh mendapatkan siapa sahaja yang dia idamkan.

Okay. Kalau abang tak nak tolong Ery, abang tunggu jela Ery masuk jail.”Adreen bangun dan menyambar jaketnya.

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?