:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Friday, April 24, 2009

:: KeNa TaG LaGi ::

Kali nie di'tag' oleh sis yang kiut-miut - aryanna...
pagi ni pun awal pulak datang ofis, so saya layan jela tagged dia ni...

1. nyatakan usia blog anda
usia blog ni ek..erm..tak ingatla..blog nie da lama saya wujudkan tapi masa x selalu ada untuk saya menyinggah..sebab tu kadang2 terbengkalai je..hukhukhuk..kalau ikut 1st entry saya mula pada 23 Disember 2008...agak lama jugak ek..tapi xbanyak menda sangat..sebab another blog saya ialah My hEaRT's TaLkiNg..tu yg kejap kat sana, kejap kat sini...

2. terangkan kenapa anda berblogging
saja suka2..eh..ye ke..??heheheh..saya rasa most of blogger ada sebab yang sama untuk start blogging..nak luahkan apa yang kita rasa secara aman..hehehehe..selebihnya untuk berkongi dengan sape2 yang sudi tentang perasaan, pengalaman, dsb..tp saya hargai sume kawan2 yang sudi follow blog saya..anda sume la inspirasi saya...

3. nyatakan blog pertama yg anda bace
Blog adik saya -> ms. adjie..dia lagi advance drp saya dalam berblogging nih..(adoyai..malu2...)hehehehe

4. letakkan n3 pertama dlm blog anda
entry pertama..??jap saya cari...

"kat common blog aku, aku ada cakap yang hobi aku ialah menulis..so aku saje je create blog ni untuk kongsi ape yang aku suka tu..n hope most of korang yang visit this blog bolehla komen or share ur opinion wif me..


so its a pleasure to share my interest in here..i'm juz a simple girl..wif a simple heart, wif full of words..to share..to learn..and to be remember.. "

5. huraikan entry tersebut
Masa tu mmg tengah blur..then one of friend suggest untuk kongsi apape yang saya ada untuk melegakan perasaan saya yang berserabut..(eh..betulke ayat ni..??)..jadi saya terfikir untuk berkongsi cerita saya dengan semua org..xsemua cerita yg saya tulis adalah rekaan semata2..MeMoiR seoRaNg aKu cthnya adalah cite betul yang telah ditambah, ditolak, didarab, dibahagi utk dikongsi di sini..heheheh..(bocor rahsia lak...)

6. letakkan satu pic yg anda paling suka dlm blog anda.
alamak..nak kena cr lagi...

rupanya cuma ada dua, tiga keping saja gambar yang saya letak dalam blog nie berbanding blog yang satu lagi..hukhukhuk...(sure u all bosan kan..asik nampak huruf saja..)

nampaknya inilah gambar yang paling saya suka..(saya mmg suka makan..*wink*)..ada satu lg yang saya suka iaitu gamba saya ngan hubby tp saja takmo letak kat tag ni..hehehe

7. harapan anda
Harapan..??saya cuma harap dapat berkongsi minat dan pengalaman dengan sape2 saja yang sudi..and saya juga harap kawan2 yang saya dapat masa ber blog nie, akan terus jadi kawan2 saya...

8. pas tag nie pada sape yg anda nk..
sape saya nak tag ye...
kak hanni ramsul
amirah anak pakcik hamid
bidadari cinta
Miss Kira
~zuE_inSan BiAsa+peNconTeNg tEgaR~
aqilah
>dan sesape yg sudi jawab tag ni<

Friday, April 10, 2009

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 11 ::

“Hey, dude. Lama betul tak jumpa.”

Mereka berpelukan seketika, menimbulkan lebih banyak persoalan timbul di benakku. Ketawa mereka masih bersisa apabila menyedari yang aku masih di situ.

You ni memang bawa tuahla, Fatihah. This is Adam, my roomate masa study dulu. Lepas grad, terus lost contact.”

Adam yang masih tersenyum, mengangguk dengan kata-kata Haris itu. Aku yang mulai mengerti, mengangguk faham.

“Kalau sebab Adam, you sanggup biarkan i makan sorang-sorang, i tak kisah. Dia ni dulu tak pernah keluar berdua dengan perempuan.”

“Tia jangan dengar apa Is mengarut tu.”

Aku hanya tergelak kecil sambil mengangkat bahu.

Wait the minute. Tia? Erm, aku tak sangka korang berdua dah serapat ni. Aku cuma kenal dia as Fatihah.”

“Haris!”

Kami sama-sama tergelak kemudiannya. Seketika, Haris yang terdahulu memohon diri kerana telah terlewat ke satu perjumpaan. Kami turut meminta diri selepas itu.

Sejak itu, aku dan Adam menjadi semakin rapat. Malah aku senang dengan caranya. Kami tidak berbicara mengenai hati dan perasaan, namun aku akui hatiku agak tertarik padanya. Malah selepas Shah, aku tidak pernah membuka hatiku untuk mana-mana lelaki.

Megat Adam Fakhrul Megat Mohamad. Nama yang seindah orangnya. Berkulit cerah, bertubuh tinggi dan badannya yang agak berisi membuatkan dia memang menarik perhatianku. Malah keningnya yang lebat dipadankan dengan matanya yang hitam bercahaya serta bibirnya yang merah turut membuat aku jatuh hati. Tambahan pula dia melayanku dengan begitu baik sekali.

“Ops, sorry..”

Tanpa mengangkat muka aku segera tunduk mengutip fail-fail yang bertaburan. Silapku juga, terlalu terburu-buru sehingga terlanggar orang yang sedang berjalan bertentangan arah denganku. Sebenarnya, pagi itu aku terlambat ke pejabat kerana menyiapkan tender baru yang telah diluluskan semalam setelah aku menghadiri mesyuarat di Taiwan selama seminggu.

“Maya.”

Suara dan panggilan itu benar-benar menyentak tangkai hatiku. Tanganku yang tadinya ligat mengutip fail-fail yang bertaburan seakan kaku tidak bergerak.

“Maya.”panggilnya lagi.

Aku mengetap bibir sambil mengangkat mukaku. Lelaki yang berada di hadapanku kini membuatkan aku menjadi tidak menentu.

“Shah tak tau Maya kerja kat sini. Minggu lepas Shah datang tapi tak nampak Maya pun,”katanya.

Aku yang masih tergamam dengan kehadiran Shah di hadapanku hanya membisu seribu bahasa. Benar, dialah lelaki pertama yang mengetuk hatiku dulu. Malah dialah lelaki pertama yang melukai hatiku dengan luka yang masih berdarah sehingga kini. Dalam menghakiminya, Amy datang dan menepuk bahuku menyedarkan aku dari terus diulit kenangan lalu.

“Fathihah, this is our new manager for logistic and transportation. En Shah Faris Azharie,”kata Amy sambil tersenyum.

Shah menghulurkan tangannya padaku sambil tersenyum. Dalam aku berkira-kira hendak menyambut huluran tangannya atau tidak, telefon bimbitku berdering. Aku menjadikannya sebagai alasan untuk kembali ke bilikku.

Sempat aku mengerling ke arah Shah. Kulihat dia agak kecewa dengan perlakuanku itu. Panggilan daripada Liesa membuatkan aku sebak. Pantas sahaja aku memberitahunya tentang kehadiran Shah di pejabatku kini. Aku berbual dengan Liesa sehingga Haris datang ke bilikku.

Sorry, my friend called. Dah lama tak dengar cerita pasal dia.”kataku seraya mempersilakan majikanku duduk.

Actually sepatutnya i yang datang bilik you bawak tender ni,”sambungku.

It’s ok. You dah work hard selama you ada kat Taiwan minggu lepas. Apa salahnya i datang bilik you yang just beberapa langkah je dari bilik i ni?”

Jawapan Haris membuatkan aku tersenyum. Malah melegakan mindaku seketika dari persoalan Shah sebentar tadi. Kami berbincang mengenai tender tersebut sehingga Shah datang mengetuk pintu bilikku.

Yes, En Shah. Fathihah, have you meet our new staff ni?”

Pertanyaan Haris itu sayup menusuk ke telingaku. aku mengangkat muka memandang Shah yang kini berjalan ke arah kami berdua. Pandangan kami bertaut, namun hanya renungan kosong yang kulemparkan buat tatapannya.

'Aku dah agak korang mesti akan berjumpa satu hari nanti. Tak sangka hari tu da sampai.'

Kata-kata Liesa sebentar tadi meresap jauh, ngilu terasa dalam hatiku.

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?