"Fatihah!"keras suaranya membuatkan aku tersentak, terkejut mungkin.
Aku mengangkatkan muka memandang Haris yang kini merenung tepat ke wajahku.
"Saya punyalah susah hati macam ni, awak buat tak tahu je. Boleh pulak makan aiskrim macam saya tak wujud langsung kat sini,"
"Sorry. Tadi memang saya takut nak tegur, tengok awak masam je. Tapi lepas dapat aiskrim nie, memang betul-betul lupa awak ada kat depan ni,"
Aku mengangkatkan muka memandang Haris yang kini merenung tepat ke wajahku.
"Saya punyalah susah hati macam ni, awak buat tak tahu je. Boleh pulak makan aiskrim macam saya tak wujud langsung kat sini,"
"Sorry. Tadi memang saya takut nak tegur, tengok awak masam je. Tapi lepas dapat aiskrim nie, memang betul-betul lupa awak ada kat depan ni,"
Dia hanya ketawa dengan jawapanku itu. Aku melepaskan sebuah keluhan kecil. Lega apabila dia kembali bersuara dan mampu tertawa. Namun tawaku mati apabila menyedari dia memandangku kembali dengan mata yang dikecilkan sedikit.
“What?”tanyaku sambil mengangkat bahu.
“Takdela. Kenapa tiba-tiba awak mengeluh?”tanyanya kembali.
“Nothing. It’s just lega bila tengok awak ketawa. Yela, lepas kita go through a ‘dead silent’ lunch.”balasku, sedikit mengangkatkan kening.
Haris yang mulanya terdiam dengan jawapanku itu, ketawa. Ketawanya lepas, bagai tidak ada apa-apa yang pernah berlaku sebelum itu.
“Ok, i’m sorry. Let me tell you. Tadi tu, my cousin yang call. Actually, saya dah lama tak jumpa dia. She’s been in US for years, and now dia balik sini asyikla nak berkepit dengan saya. Tadi pun dia ajak saya lunch ngan dia. But i‘ve promised you, so i told her that i can’t. Bila dia mula meleter, tu yang buat saya hilang mood tu,”terangnya, panjang lebar.
“Ala, people like you mestilah ada orang yang nak berkepit, especially perempuan. Bukan macam tu?”usikku pula.
“Hei, jangan samakan saya dengan mana-mana orang korporat yang awak kenal. I’m not that kind of person, ok?”Haris menggoyangkan jari telunjuknya sambil memandangku.
Aku tertawa sambil mengangkat kedua-dua belah tangan. Dia juga turut tertawa dengan reaksiku itu. Mungkin sudah biasa dengan setiap gurauanku. Kami mahu menyambung perbualan apabila telefon bimbitnya sekali lagi berbunyi. Aku hanya membuat isyarat untuk mengajaknya pulang. Dia hanya mengangguk dan berlalu untuk menjawab panggilan tersebut.
Selepas makan tengah hari itu, aku memandu pulang. Sebenarnya, aku telah mengambil cuti separuh hari untuk ke hospital. Kesihatanku agak teruk akhir-akhir ini. Malah, aku juga mahu merehatkan diri untuk berjumpa dengan pelanggan dari Singapura esok hari. Setelah menyerahkan kad, aku duduk di kerusi panjang yang disediakan di satu sudut di klinik tersebut.
“Maya, kenapa Maya nampak pucat je ni. Maya demam ke?”tanya Shah suatu petang, semasa kami mengulangkaji pelajaran bersama.
Ketika itu, kami belajar bersama di bawah pohon rambutan yang rendang di hadapan rumahku. Sengaja ibu buatkan meja dan kerusi dari kayu untuk kemudahan kami berbincang di bawah pohon itu.
“Erm, takdela. Penat sikit je,”jawabku mengelak, walaupun aku sendiri berasa tidak selesa dengan keadaanku ketika itu.
“Eh, panas ni. Maya dah makan ubat belum?”tanya Shah, spontan menarik tangannya yang dilekapkan di dahiku.
Aku menepis tangannya, sambil menganggukkan kepala. Sebenarnya, aku tidak betah dengan ubat. Aku berkata sedemikian hanyalah untuk mengelak dari pertanyaan demi pertanyaan yang Shah hamburkan.
“Maya, jangan tipu Shah. Kalau belum makan ubat, baik Maya makan ubat. Kalau melarat nanti, siapa yang susah? Shah jugak yang susah,”usiknya sambil tertawa.
“Eh, apa kena-mengena dengan Shah pulak? Patut Maya la yang susah,”balasku turut tertawa.
“Yela, buah hati Shah sakit mestilah Shah pun susah jugak.”Shah masih membalas usikanku dengan ketawa yang lebih kuat daripada tadi.
Aku yang malas mahu membalas hanya membiarkannya dan terus membuka buku. Shah akan mengajarku, diselang-seli dengan usikannya yang tidak pernah mati.
“Cik Fathihah,”suara jururawat menyedarkan aku dari lamunan.
Aku bangun ke bilik doktor apabila sampai giliranku. Entahlah, akhir-akhir ini aku banyak mengelamun. Rindukan kenangan-kenangan yang pernah tercipta dulu agaknya.
Aku duduk berhadapan dengan doktor yang bertanggungjawab memeriksa kesihatanku hari ini. Dia masih tunduk menatap laporan perubatanku. Sejurus kemudian, dia memandangku sambil tersenyum nipis. Aku menjadi semakin tidak keruan melihatkan reaksinya itu.
“Cik Mariatul Fathihah,”dia membaca namaku di muka hadapan fail yang dipegangnya.
Aku menganggukkan kepala tanpa berkata apa-apa. Bertambah hairan apabila dia tertawa kecil di hujung perlakuanku. Aku mengerutkan kening memandangnya.
“Sorry, saya tak bermaksud apa-apa.”katanya sambil mengangkatkan kedua-dua belah tangannya.
“Fathihah, tak kenal saya ke?”tanyanya lagi apabila aku hanya membisu tanpa sepatah kata.
No comments:
Post a Comment