:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Thursday, December 24, 2009

Seni Kaligrafi Khat~

hey all reader...

da lama saya nk post pasal 1 menda ni tapi asyik x kesampaian je..ni dpt masa sket barulah menaip kat depan pc ni...sebenarnya just nak show kan gambar2 kaligrafi khat ni...hasil tangan seorang kawan semasa bekerja di pejabat lama..tangannya memang berseni sungguh...selain daripada kaligrafi khat ni, beliau juga sangat pandai melukis..pernah sekali dia lukis scene tepi pantai atas kanvas, nampak macam gambar yang kita ambil dan edit pula...lukisannya memang hidup....beliau juga pandai melukis potret...disebabkan saya x pandai melukis, maka saya amat cemburu dengan kebolehan beliau...

di sini saya sertakan beberapa keping kaligrafi yang dihasilkan oleh beliau...untuk maklumat lanjut sudilah lawat blog Seni Khat...

 
 
 


Monday, December 21, 2009

Aduhai Cik Penceramah~


Nia menguap lagi, entah kali ke berapa dia sendiri tak ingat. Yang dia tahu, matanya menjadi semakin berat dan mulai berair. Dia memandang sebelah kiri. Rakannya, Nurul masih setia melarikan pen di atas buku notanya. Dia memandang ke hadapan pula. Dyah, Shidah dan Dilla masing-masing melayan perasaan sendiri. Ada yang benar-benar berusaha menahan mata daripada tertutup, ada juga yang asyik memandang skrin telefon bimbit di atas meja.

'Aii..mengantuknya.'

Menguap lagi. Nia mengerdip-ngerdipkan mata beberapa kali. Kanta lekap berwarna coklat yang dipakainya sudah melebihi 12 jam, membuatkan matanya terasa kering. Sudahlah badannya penat, mindanya letih, kini emosinya pula tertekan. Semuanya gara-gara perempuan yang berdiri di hadapan mereka semua kini. Sudahlah mengenakan pakaian yang tidak bersesuaian, percakapannya juga bagai menunjukkan yang dia sebenarnya syok sendiri. Bercakap tanpa henti, tak peduli orang lain boleh faham atau terima.

"Nurul."

Perlahan Nia mencuit teman di sebelah. Nur yang duduk di hujung sekali nampaknya masih khusyuk menulis, dibiarkan saja.

"Kenapa?"

Nurul berpaling menghadapnya. Hampir terhambur tawa Nia melihat muka Nurul yang hampir bengkak, pastilah menahan perasaan yang sama dengannya.

"Kau faham tak?"

Nia mengeluh apabila Nuruk menggeleng. Dia menyerahkan buku notanya kepada Nia. Erm, pasti tidak dapat difahami hatta oleh Nurul sendiri apabila dijadikan bahan rujukan nanti. Pelbagai corak dan gaya tulisan ada di situ.

"Aku mengantuklah, Nia."

Kata-kata Nurul itu menarik perhatian Dyah yang duduk di hadapan mereka. Dyah memandang Nia dan Nurul lama, sebelum membuka mulut.

"Kita pun sama. Mengantuklah, tak boleh nak faham apa yang dia ni cakap."

Nia diam. Sangkanya hanya dia seorang yang telah hilang sabar untuk terus memaku pandangan dan memasang telinga. Jam di tangan kini dipandang lemah. Masih ada lebih kurang sejam lagi untuk si perempuan di hadapan berhenti bercakap.

"Adoyai..apa masalah dia ni?"

Pertanyaan spontan Nurul yang bagai menzahirkan rasa tidak puas hati itu mengundang pandangan Nia. serentak mereka berdua ketawa. Terbang sebentar perasaan yang terpendam sedari tadi. Kelihatannya Shidah dan Dilla pula menzahirkan kehilangan tumpuan mereka. Malah semakin ramai pula yang bersuara. Namun si perempuan itu masih tidak mengerti, masih melajukan jari merancakkan bicara.

"Malas dah aku nak salin apa-apa ni."

Keluhan Dilla itu dapat didengari oleh Nia. Dia masih berfikir bagaimana mahu memancing hatinya agar terus memandang dan mendengar setiap butir bicara perempuan yang di hadapan itu. Sekali-sekali matanya masih mahu memincing jam di pergelangan tangannya, merasakan betapa lambantnya waktu berlalu.

'Nak buat macam mana ni. Dekat dua puluh kali dah aku menguap."Nia merungut di dalam hati.

Masih teringat kira-kira sejam yang lalu, betapa mereka begitu bersemangat melangkah masuk ke dewan ini. Namun selepas sejam, masing-masing kian berterabur di dalam ruang lingkup logika masing-masing.

"Betul tak? Semua dah biasa kan?"

Nia mengangkat kening. Penat dengan pengandaian yang dibuat oleh perempuan yang di hadapan itu terhadap mereka yang ada di sini. Seringkali mengandaikan mereka sudah biasa dengan situasi yang dibincangkan. Nia memandang Dyah sekali lagi. Dyah kini mencuba seratus dua puluh peratus untuk menumpukan perhatian dan memahami setiap kata yang dilontarkan.

Satu biji gula-gula bulat berwarna merah dicapai dan dibuka pembalutnya. Setelah memasukkan gula-gula ke dalam mulut, Nia mencapai pen. Mencatat apa sahaja yang didengar, menulis apa saja yang difikir.

Baru dia baris ayat ditulis, Nia mengangkat muka. Ramai lagi antara mereka selain mereka berenam yang sudah memulakan aktiviti memancing, tidak kurang juga yang mula membuka tingkap bicara masing-masing. Nia mengeluh, tidak pasti atas sebab apa.

"Okay, kita take five sekejap."

Keluhan lega bergema di dalam dewan yang sederhana besar itu. Nia turut menghela nafas. Senyuman mula tergaris di setiap bibir kawan-kawannya. Namun senyum Nia terhenti apabila jam menunjukkan ada 45 minit lagi sebelum 10.30 malam.


p/s: cerita ini ditulis dalam kepayahan mengikuti apa yang dikatakan oleh penceramah semasa kursus..aduhai cik penceramah..considerla sikit bila audiens da hilang tumpuan..dan jgnla buat andaian yang kami dah biasa..sebab kalau dah biasa, maka takde gunala ceramah kamu itu~

Wednesday, December 2, 2009

.: aKu sKanDaL 15:.


“Hai Ariel. Seorang je?”

Teguran Adela tidak dijawab oleh Ariel. Dia masih diam, merenung gelas berisi lemonade yang kini tinggal separuh.

“Ariel, kenapa ni? You ada problem?”Adela memaut manja lengan Ariel.

“Adela, please. I tengah kusut ni.”Ariel menolak pelukan Adela.

“Ariel, I know that you’re having problems. Come with me, I bawak You pergi satu tempat yang boleh hilangkan kekusutan You tu.”pujuk Adela, menarik lembut lengan Ariel.

Ariel yang pada mulanya menolak, akhirnya akur apabila Adela mula memainkan peranannya sebagai penggoda yang berjaya.


“Eh, ni kan rumah You?”tanya Ariel apabila mereka akhirnya tiba di perkarangan sebuah banglo dua tingkat.

Yes, my house. Biar I buatkan You air, so You boleh rasa okay sikit.”

Mereka beriringan masuk ke banglo yang dihias cantik itu. Adela sengaja menggunakan kekusutan Ariel untuk mengajaknya datang. Dia tahu, Ariel tidak akan dapat dimiliki sekiranya berada dalam keadaan waras.

You belum makan lagi kan? Apa kata You mandi dulu sebelum I sediakan makan malam. Mandian aromaterapi biasanya dapat meredakan masalah I. You cubalah.”

Okay, tapi You ni pandai ke memasak?”

You’ll know.”Adela mengenyitkan mata, mengundang senyum di bibir Ariel.

Ariel naik ke tingkat atas, terus ke bilik air. Dia terus merehatkan diri di dalam tab mandi yang memang sedia berbau lavender. Mindanya masih memikirkan Aireen buat beberapa ketika sebelum dia memejamkan mata perlahan-lahan. Dia tersedar apabila terdengar suara Adela memanggilnya turun.

“Wah, sedapnya bau. You masak apa?”

Ariel kini hanya memakai bath robe berwarna merah tua, melangkah turun ke meja makan. Dia duduk apabila Adela menarikkan kerusi untuknya. Meja yang dihias cantik dan dinyalakan beberapa batang lilin membuatkan Ariel sedikit terpegun dengan cara Adela melayaninya.

Roasted chicken with lime sauce.”Adela meletakkan pinggan di hadapan Ariel.

Ariel menelan liurnya. Teruja dengan hidangan lazat yang dihidangkan Adela, dan lebih teruja lagi melihat Adela yang kini hanya memakai gaun satin berwarna merah. Hilang bayangan Aireen dari fikirannya.

“Kenapa Ariel? You tak suka masakan I?”sengaja Adela bertanya.

“Takdelah. It’s just..You..You look so beautiful tonight.”

“Ada-ada jela You ni. Makanlah, nanti dah sejuk tak sedap.”

Adela sengaja memasang perangkap. Telah terlalu lama dia mahukan Ariel, hatinya sakit setiap kali melihat Ariel bergandingan mesra bersama Aireen. Padanya dirinya terlalu jauh lebih layak untuk memiliki Ariel dibandingkan dengan Aireen. Dia tersenyum puas apabila Ariel tidak henti-henti memuji kesedapan masakannya dan pastilah, kecantikannya malam itu.

Thanks for the dinner. It’s was amazing.”

“Reda dah masalah You?”

Ariel yang baru melabuhkan punggung di sofa, menghela nafas. Memang dia terlupa langsung apa yang memberatkan kepalanya tadi.

“Jangan beratkan fikiran You lagi, okay?”

Thanks Adela, for trying to help me clear up my mind.”dia memegang lembut tangan Adela di lengannya.

It’s ok. Mari I tolong picitkan bahu You.”

Ariel tidak menolak sedikit pun pelawaan Adela itu. Jari-jari lembut Adela yang menari di bahu dan lehernya membuatkan dia hampir lupa siapa dirinya. Akhirnya jari-jemari itu ditarik dan dibawa ke bibirnya, lama. Layanan Adela benar-benar membuatkan dia lupa pada Aireen, tunangnya.

“Ariel, I Cuma nak tolong You lupakan masalah You je.”Adela pura-pura menolak kelakuan Ariel itu.

Ariel tidak lagi mendengar apa yang dikatakan oleh Adela. Dia merangkul tubuh langsing Adela rapat ke dadanya. Adela yang mulanya menolak badan Ariel rapat padanya, kini membalas pelukan Ariel. Bibir Ariel mula merayap, lalu bertaut lama di bibir Adela. Ariel kini benar-benar lupa hubungannya dengan Adela. Kehangatan nafas Adela di telinganya kini menghalang akal logiknya bersuara.

No Ariel. Please stop!”

Bagai terkena gencatan elektrik, Ariel terpana. Tidak sedar bagaimana mereka kini boleh berada dalam bilik tidur utama. Dia melihat Adela di hadapannya yang memandangnya dalam-dalam.

“Adela, I’m sorry. I never mean to..”

“Rileks Ariel. Calm down okay? I minta maaf, mungkin I layan You terlalu baik sampai kita tak sedar

Ariel menggeleng, merebahkan badan atas katil milik Adela. Dia menarik Adela agar berbaring di sebelahnya. Menyedari perangkapnya mengena, Adela tersenyum nipis.
I tau You tak berniat untuk menduakan tunang You kan? I tau You sayang dia lebih dari segalanya Ariel. Tapi I, I cuma nak You happy.”

Ariel merengus, mendengar nama Aireen disebut membuatkan hatinya bengkak. Dia terus menutup mulut Adela dengan tangannya.

Please, I tak nak dengar nama dia sekarang.”

Adela mengangguk. Dia memandang Ariel yang sedang berperang dengan persaannya sendiri. Sengaja dia menyuruh Ariel berhenti, ingin melihat sejauh mana Ariel menginginkannya malam ini. Dia tersenyum lagi.

I wish that You are her.”

Bisikan Ariel di telinga Adela membuatkan senyumannya bertambah lebar. Dia mengucup dada dan leher yang terdedah. Pangkal leher Ariel juga dikucup perlahan, membuatkan Ariel mengeluh. Ariel kini kembali memeluk Adela, dia benar-benar mahukan perempuan yang mampu mengisi kekosongan jiwanya kini.

“Ariel, you really wanna do this?”tanya Adela.

Ariel mengangguk, lalu mereka kembali berpelukan dan bayangan Aireen berkecai dalam kesamaran malam itu.


I hope she’ll love this suprise.’ Senyuman Adreen melebar.

Perlahan-lahan dia membuka pintu rumah banglo dua tingkat itu. Memang kunci pendua banglo itu ada dalam simpanannya bagi memudahkan dia datang. Hampir sebulan dia tidak ke sini, membuatkan dia ingin memberikan kejutan kepada tuan rumah itu.

Pantas dia melangkah naik ke bilik tidur utama. Sempat dia mencium jambangan mawar merah di tangannya. Berhati-hati dia membuka pintu bilik tersebut. Langkahnya terhenti apabila kakinya terpijak sesuatu.

Her night dress. What was she thinking?’akal jahatnya mula meraja.

Namun akalnya tergencat apabila kakinya sekali lagi terpijak sesuatu.

Bath robe? I don’t think that she’s wearing both at the same time.’pantas Adreen mencari suis lampu dan memetiknya.

Di hadapannya kini seorang lelaki dan wanita terpisat-pisat bangun apabila bilik itu diterangi cahaya. Mata Adreen membesar apabila terlihat orang-orang yang dia kenal di situ, bersama di atas satu katil.

“Ery! Apa You buat kat sini?”

Pantas Adela bangun, membalut tubuhnya dengan selimut. Tidak mengendahkan soalan Adela, Adreen melangkah ke arah Ariel.

“Apa kau buat kat sini?”Ariel terdiam apabila bertentang mata dengan Adreen.

“Ery, wait. I can explain.”

Don’t touch me!”Adreen menolak Adela jauh daripadanya dan menghampiri Ariel yang masih terpaku.

“Kau cakap macam-macam kat tunang kau, tapi kau tak sedar kau yang bergelumang dosa dengan perempuan ni.”bentak Adreen menumbuk kuat muka Ariel.

Sekilas wajah Aireen menerpa minda Ariel. Dia meraup muka, kesal dan sakit akibat ditumbuk oleh Adreen.

“Habis kau buat apa kat sini? Bukan nak bergelumang dosa dengan perempuan ni?”

Giliran Ariel pula bersuara, membuatkan Adreen sedikit tersentak.

“Memang, tapi sekurang-kurangnya aku tak curang pada tunang aku. Apa lagi menuduh dia yang bukan-bukan.”

“Kau!”Ariel mengepal penumbuknya, yang bila-bila masa saja akan singgah di muka Adreen.

But I’m telling you what. Kau boleh angkut terus perempuan ni sebab aku takkan jumpa dia lagi. And Aireen, aku akan pastikan dia tinggalkan kau dan jadi milik aku.”

“Ery, apa you cakap ni?”

“Jangan harap korang boleh main-mainkan hidup kami.”

Adreen melangkah keluar, meninggalkan Adela dan Ariel dalam marah yang teramat sangat. Sempat dia campakkan kunci rumah itu di kaki Adela, sumpah dia tidak akan menjejakkan kaki ke situ lagi.

Keretanya dipandu laju. Mahu meninggalkan semua kekusutan itu daripada terus membebankan fikirannya. Dia berhenti di hadapan Menara Berkembar Petronas, mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mendail nombor yang kian sering didailnya kebelakangan ini.

“Hello,” suara serak basah yang nyata malas menjawab panggilan itu.

“Hello Aireen.”

Monday, November 23, 2009

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 20 ::


Aku sedang menyiapkan laporan apabila suara Zatty bergema di interkom.


“Cik Fatihah, En Haris minta cik ke biliknya sekarang.”

Okay, Zatty. Thanks.”

Segera aku menyudahkan laporan dan bergegas ke bilik Pengarah Urusan yang terletak tidak jauh dari bilikku.

“En Haris. You cari I?”

Haris yang sedang bercakap di telefon menggangguk seraya mengarahkan aku duduk dahulu.

Aku duduk sambil memandang sekeliling bilik Pengarah Urusanku ini. Susanan perabot dengan rekabentuk moden membuatkan ruang tersebut nampak mewah walaupun dalam sentuhan ringkas. Tiga kuntuk bunga water lily menjadi penyeri meja sisi, membangkitkan suasana selesa apabila berada di sini.

“Amboi, bukan main lagi meninjau bilik I?”

Teguran Haris memijakkan aku ke dunia nyata. Kulihat dia tersenyum senang memandangku.

“Takdelah. I tengah berangan macam mana agaknya rupa bilik ni bila I jadi Pengarah Urusan nanti.”

Haris tertawa dengan jawapanku. Aku turut tertawa apabila dia kelihatan begitu ceria.

“Kalau tak jadi Pengarah Urusan, jadi isteri Pengarah Urusan pun boleh kan?”

Tawaku mati apabila sejambak mawar putih dihulur kepadaku. Dengan kata-kata Haris yang agak aneh sebentar tadi, aku terdiam memandangnya.

I was kidding okay? Bunga ni kiriman dari sahabat I yang jauh di seberang laut. Malam-malam call I minta belikan untuk You.”

Adam? Perlahan-lahan senyuman terukir di bibirku. Haris menggelengkan kepala melihat jambangan itu bertukar tangan.

You takut I goda You ke?”

“Ha? Takdelah. I was just...”

“Jangan risau. You adalah kawan I yang paling baik, and I know You’ll be the very best soulmate for my bestfriend.”

Kembang rasa hatiku mendengar ulasan Haris. Sepatutnya aku berasa bertuah dengan kehadiran insan-insan berhati mulian seperti Haris dan Adam. Aku meminta diri apabila terdengar ketukan di muka pintu.

Seorang gadis tinggi lampai, dengan rambut ikal yang diwarnakan sedikit keperangan melangkah masuk. Dress labuh berjenama terkenal yang dipakainya, menyerlahkan kegebuan kulitnya yang putih melepak. Dia melepasiku sambil matanya tertancap pada jambangan mawar yang kupegang.

“Is, kenapa You tak ambil I kat airport hari tu? I dah bagitahu daddy minta you jemput I, tapi alih-alih Pak Teh yang tua tu yang datang.” Manja suara itu mengadu.

Aku merapatkan pintu, sambil fikiranku berputar. Terasa seperti suara itu pernah kukenal. Namun aku terlupa siapa dan di mana aku pernah mendengarnya.

 
p/s: minta maaf sebab buat masa sekarang saya sedang busy atas sebab-sebab tertentu..entry kali ni pendek je sebab idea pun macam dah sangkut ni..huhuhu~

Wednesday, November 4, 2009

.: aKu sKanDaL 14:.

“Ma, kami nak kahwin!” tegas suara Ariel, mengejutkan semua yang ada.

Aireen masih tunduk. Semuanya gara-gara kejadian minggu lepas yang membuatkan hidupnya huru-hara. Adreen mahu membuat laporan polis, mendakwa Ariel yang telah melebamkan mata kanannya. Namun campurtangan Adrean berupaya menyelamatkan keadaan.

“Kenapa dengan Boy ni? Hari tu Boy juga yang beria-ia nak tangguhkan perkahwinan kamu. Sekarang jadi macam ni pula,”bantah mama Ariel.

“Ma, kalau Ryana tak menggatal dengan jantan lain takdela Boy nak buat keputusan tergesa-gesa macam ni!”

Kata-kata itu membuatkan hati Aireen menjadi panas. Cepat-cepat dia berdiri menghadap Ariel. Sengaja dibesarkan matanya, melihatkan ketidakpuasan hati.

What? You nak cakap I merepek? I nampak dengan mata I sendiri, Ryana. Sebab tu juga I nak perkahwinan kita dilangsungkan.”

“Kalau itu sebab you nak kita kahwin, no! I tak nak!”

“Kenapa? I tunang You, memang sepatutnya kita kahwin. Atau sepanjang I takde kat sini, You dengan jantan tu dah...”

Pang!

Pertengkaran yang tadinya memonopoli suasana, diganti dengan senyap-sunyi kini. Aireen menggosok tangannya yang perit. Sungguh, dia sendiri tak menyangka akan bertindak begitu. Tapi Ariel dirasakan sudah melampau. Penghinaan itu benar-benar melukakan hati Aireen.

I takkan kahwin dengan You selagi tanggapan buruk tu ada dalam diri You.”



“Aireen, ambilkan aku air.”

Lamunan Aireen mati mendengar suara Tisya. Dia menyambut gelas di tangan Tisya dan bangun mengambil air.

“Kenapa ni? Datang lawat aku macam aku nak mati esok.” Tisya merungut sambil meletakkan gelas di sisi katil. Sudahla dia sakit, muka Aireen yang berkerut macam jeruk terlebih cuka membuatkan kesihatannya merosot lagi 28%.

“Aku bergaduh dengan Ariel.”perlahan Aireen bersuara.

“Pasal Ery?”

Aireen memandang Tisya, hairan. Namun seketika sahaja kerana dia tahu bagaimana rapatnya hubungan dua sepupu itu. Aireen mengeluh, dan mengangguk.

Sorry on behalf of him, Aireen. Ery memang macam tu. Sangat berbeza dengan Abg Ean walaupun mereka tu kembar seiras.”

Aireen mengangguk, mengiakan kata-kata Tisya. Walaupun dia sedikit menyalahkan Adreen, namun hatinya lebih bengkak dengan kata-kata Airel malam itu.

“Erm, speaking of that devil, mana dia? Selalu ada je dia terpacak kat sini?”

“Dekat seminggu dah dia tak datang. Takde pula dia bagitahu dia nak pergi mana. Last dia datang bagitahu pasal dia bertumbuk dengan Ariel malam dia hantar kau balik tu.”

“Encik Nik pun dah lama aku tak nampak kat office.”

Tisya mengangguk, mungkin memikirkan sesuatu.

“Tisya.”

Aireen teragak-agak mahu bertanya atau tidak. Tisya yang melihat Aireen terkial-kial membuka mulut, melontarkan soalan.

“Kau nak tanya pasal siapa? Ery ke Abg Ean?”

‘Eh, Tisya ni. Macam tau-tau je apa yang aku fikir.’

“Encik..er..Ean,”lambat-lambat dia menggunakan nama Ean berbanding Encik Nik.

“Aku ingatkan kau akan lebih berminat kat Ery, tapi rupanya Abg Ean lebih menarik perhatian kau.”

Kata-kata Tisya itu disambut dengan serangan sepit ketam oleh Aireen, membuatkan suasana yang tadi suram menjadi riuh dengan ketawa mereka berdua.

“Sebelum tu aku nak tanya, kenapa kau panggil dia Abg sedangkan dia dengan Ery tu sama umur?”nampaknya lidah Aireen semakin fasih membahasakan nama panggilan si kembar.

“Aku memang rapat dengan diorang sejak kecil lagi. Abg Ean dah jadi macam abang aku sendiri. Dia terlalu menjaga aku ngan Ery. Malah lebih baik daripada macam mana papa dan mama aku jaga aku, Aireen.”

Aireen dapat menangkap genangan air mata di tubir mata Tisya. Segera dia memeluk bahu teman kesayangannya itu.

“Kau tengoklah sendiri. Dekat sebulan aku kat sini, siapa yang datang lawat aku selain kau, Ery dan Abg Ean?”

“Kau juga yang cakap tak nak mama dan papa kau datang melawat?”

“Sebab aku tau, kalau aku harap diorang datang pun, diorang takkan datang!”

Aireen mengeratkan pelukannya. Dapat dirasakan Tisya membalas erat pelukannya. Air mata mereka bersatu.

“Ops, am I disturbing, ladies?”

Suara Ery menyedarkan dua sahabat itu daripada terus hanyut dibuai emosi. Cepat-cepat Aireen mengesat air matanya dengan belakang tapak tangan.

Sorry Princess. Lama Ery tak datang sini,”kata Ery seraya mengucup lembut dahi Tisya.

It’s ok. Ery ada hal kan?” Tisya memegang lembut tangan Adreen.

Adreen mengambil tempat di sebelah Aireen. Aireen masih diam membatu. Memang selama Tisya di hospital, dia dapat melihat betapa Adrean dan Adreen begitu mengambil berat mengenainya.

“Aireen, you okay?”

Pertanyaan Adreen memancung lamunannya.

Okay. Kenapa, saya nampak macam ada masalah ke?”

Adreen tersenyum, manis. Sewaktu pertama bertemu gadis ini, hati dan nafsunya tertarik. Namun setelah mengenalinya, dia semakin menghormatinya.

I’m talking about that guy. The one who call you Ryana.” Pertanyaan itu mengubah mood Aireen.

“Ariel? Pasal malam tu ke?"tanya Tisya yang blur.

“Yelah. Aku bergaduh dengan dia, sebab aku dengan Ery...”

Belum sempat Aireen menghabiskan ayat, Adreen menyampuk tak sabar-sabar.

You bergaduh dengan dia sebab I? Pasal apa lagi?”

“Bukan sebab you sebenarnya, Ery. Tapi dia tu yang buruk sangka dengan I. Dia kata I macam-macam, and I can’t accept it.”

Keluar segala cerita yang berlaku lewat malam itu. Muka Tisya dan Adreen kelihatan merah padam, menahan marah namun tidak mahu memanjangkan perkara itu.

“Dia tak patut buat macam tu kat You.”

Aireen diam, memandang Adreen yang mengepal tangannya.

‘Mak ai..penumbuk dia ni kalau kena mau pengsan 2,3 kali.’

“Kenapa dia pertikaikan kita je? Kenapa dia tak jelaskan kenapa dia ada kat situ malam tu, dengan Melissa Adela pulak tu.”

You kenal Adela?”Aireen cepat-cepat bertanya, bimbang Adreen akan memonopoli perbualan itu sekali lagi.

Yes, I do. She used to be my model, love hooking up with me because of my money.” Jawab Adreen.

Your money? Bukan dia tu engineer ke? They’re working together, Ery.”

“Memang dia tu engineer, but you have to remember. Selain duit, I boleh temankan dia kalau dia ‘takut’ tidur sorang-sorang.” Balas Adreen, mengenyitkan mata.

Pantas Aireen mencebik bibir. Walau baru berkenalan dengan Adreen, dia maklum perangai Adreen yang gemar berpoya-poya.

“Sudahla, Aireen. Lepas malam tu, I takde jumpa dia dah. Lagipun I dah jumpa sorang perempuan yang betul-betul mengganggu tidur I,”sambung Adreen, mencuit lembut pipi Aireen yang merah.

You jangan perasan yang I boleh jatuh hati kat You. Tisya, kau tengokla....”

Suasana sunyi sebentar apabila kedua mereka berpaling ke arah Tisya. Serentak itu ketawa mereka bersatu.

“Makcik Tisya ni boleh tidur pulak time ni,”rungut Aireen.

Adreen masih tertawa, menggosok lembut ubun-ubun Aireen namun ditepis oleh tangan gadis itu. Tidak mahu mengusik lena Tisya, mereka melangkah keluar dari situ.

“Jangan!!”

Jeritan Tisya mematikan langkah keduanya.

Monday, October 19, 2009

.: aKu sKanDaL 13 :.



“Aireen, boleh tolong I tak?”

Pertanyaan Adreen memecah kebisuan antara mereka. Sejak bertolak dari hospital tadi, tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut kedua mereka.

“Tolong apa? Awak jangan nak ambil kesempatan macam hari tu!”

Adreen tertawa dengan amaran Aireen itu. Masih teringat saat-saat pertemuan pertama mereka. Kehangatan nafas Aireen masih terasa di dadanya, malahan kelembutan bibir Aireen tika itu masih terasa. Dia tersenyum lagi, mengundang satu cubitan halus yang amat menyakitkan di lengannya.

“Adoi. Berbisa juga You ni. Janganla risau, I cuma nak mintak You temankan I to my friend’s party. Boleh?”

In this office suit?”tanya Aireen, kebodoh-bodohan.

Adreen mengenyitkan mata. Melihat Aireen yang masih dalam pakaian pejabat, dia membelokkan kereta ke shopping complex yang berdekatan.


“Jomlah masuk. You tunggu apa lagi?”tanya Adreen apabila melihat Aireen masih berdiri di sebelah BMW Z4 Roadster berwarna hitam yang diparkirnya.

Aireen memandang penampilannya di cermin tingkap kereta. Gaun malam hitam yang berbunga di bahagian dada itu kelihatan begitu memukau. Rambut yang lurus keperang-perangan dibiarkan lepas bebas seperti kemahuan Adreen. Solekan nipis yang dkenakan membuatkan Aireen kelihatan berbeza malam itu.

‘Cantik juga aku pakai macam ni.”Aireen tersenyum, memuji diri sendiri.

You look so sexy plus gorgeous in that dress.”

Adreen memandang Aireen dengan penuh minat. Memang sedari tadi dia tak henti-henti memuji Aireen. Dirasakannya Aireen malam ini begitu berbeza dengan Aireen yang pertama kali ditemuinya di NusaDesign.

You nak I dukung You bawak masuk dalam ke?”tanya Adreen yang kini berdiri di sebelah Aireen.

Tersentak dengan pertanyaan itu, Aireen segera menggelengkan kepala.

'Ish, perangai sama je dengan Encik Nik. Suka memerintah.'desis hati kecil Aireen.

“Mengomel apa lagi tu? Kalau tak nak, jom kita masuk.”kata Adreen sambil menarik tangan Aireen.

Aireen cuba menarik tangannya, namun pegangan Adreen lebih kejap di tangannya. Akhirnya dia melangkah, membiarkan tangannya digenggam Adreen.

Birthday party yang diperkatakan oleh Adreen seumpama parti pelancaran pembukaan bangunan baru pada mata Aireen. Banglo 2 tingkat itu penuh dengan tetamu dan dihias dengan begitu cantik sekali. Terdapat sebuah khemah besar di tepi kolam renang, berlatarkan warna biru benar-benar menarik perhatian Aireen.

“Ery, where have you been? I’ve been looking for you.”seorang perempuan cantik tanpa segan silu memeluk leher Adreen dan mengucup pipinya.

Sorry, dear. Terlambat sikit, ada hal tadi.”balas Adreen, membalas kucupan perempuan itu.

Aireen memandang perlakuan dua manusia itu dengan perasaan meluat. Dia memalingkan muka ke arah lain apabila Adreen sengaja mengenyitkan mata ke arahnya.

“Ery!”

Satu suara manja yang jelas dibuat-buat singgah di cuping telinga Aireen. Seakan pernah didengar suara itu, tapi di mana ya?

“Ery, kenapa lambat. Puas I cari You tau.”

Gadis cantik berpakaian singkat dan sendat itu melangkah ke arah Adreen, lalu memeluknya. Adreen membalas pelukan gadis itu dan mengusap lembut bahunya yang terdedah.

‘Seksinya. Eh, aku pun seksi jugak.’desis Aireen, memandang gaun malam separas lutut yang dipakainya.

“Melissa Adela. I want You to meet someone.”Adreen kembali menggenggam tangan Aireen di sebelahnya. Rontaan Aireen membuatkan dia mengeratkan genggaman tangannya.

Someone? Siapa?”muka si gadis manis bertukar mendung, menghilangkan kemanjaan dalam suaranya tadi.

Sempat Adreen mengenyitkan mata sebelum menjawab.

“Let me introduce. This is...”

“Ryana!"

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 19 ::


“Mariatul Fathihah, will you marry me?”

Suasana hening seketika. Tidak kedengaran suara Adam di hujung talian. Hanya hembusan nafas kami yang berlagu.

“Apalah you ni, Adam. Tak romantik langsung propose dalam phone je.”

Serentak itu, kami berdua tertawa. Jantung yang tadinya berdetak kencang, mulai perlahan dan kembali normal. Walaupun agak tersentak dengan pertanyaan itu, namun aku sebenarnya masih tidak bersedia dengan sebarang jawapan.

“Tia, jangan lupa jemput Adam nanti ok?”

Sure will. Jangan risau ok?”

“Err..Tia.” lembut suara itu memanggil namaku.

Yes, Adam.”

Sorry if i’m asking. Tia dengan Shah macam mana?”

Pertanyaan itu langsung mematikan tawa yang masih bersisa. Sedangkan aku terlupa langsung mengenai Shah sebentar tadi.

“Adam tahu siapa Shah dalam hati Tia. Sebab itu juga Adam tak pernah paksa Tia untuk buat apa-apa keputusan.”

“Adam. Shah adalah masa lalu I, and I’m still wondering who’ll be in my future.”

Really hope that the person is me.”

Perlahan suara Adam menerjah telingaku. Menerbitkan satu rasa yang sukar kutafsirkan.

“Adam, I ada hal esok. So, I have to go to sleep now.”

“Okey, Tia. Thanks for calling. Have a good night.”

Good night, Adam.”

Malam itu, tidurku dihiasi mimpi indah yang sekian lama tidak sudi menjenguk malam-malamku. Namun mimpi indah itu dicemari dengan kesudahan yang meruntun hatiku, membangkitkan aku dari lena dan aku sendiri termangu.



PAGI itu, dapat kurasakan Shah benar-benar mengelak daripadaku. Haris tidak kelihatan di pejabat hari ini, jadi bebanan kerja bertambah membuatkan aku kurang ambil peduli tentang persekitaranku. Ketiadaan Haris menyebabkan aku harus berjumpa kontraktor berdua bersama-sama Shah.

Sepanjang perbincangan, Shah lebih serius dan menjarakkan diri dengan aku. Sehingga usai perbincangan barulah dia menegurku, mempelawa aku makan tengah hari bersamanya. Kami makan di sebuah restoran berdekatan dengan Central Market Kuala Lumpur.

“Maya ingat lagi tak restoran ni?”pertanyaan Shah memecah kebisuan antara kami.

Aku meninjau sekeliling restoran yang lama tidak aku kunjungi ini. Terbayang saat-saat kami menjamu selera di sini sebelum menghadapi SPM hampir 10 tahun dahulu. Tidak banyak yang berubah selain dekorasinya yang bertambah moden.

“Sejak Shah balik dari Australia, selalu juga Shah makan kat sini.”

Aku menganggukkan kepala, menyisip air tembikai sejuk yang sentiasa menjadi kegemaranku.

“Shah cuba cari Maya, ibu pun tak mahu bantu Shah. Katanya Maya mengamanahkan dia untuk tidak beritahu apa-apa pada Shah. Sampai satu masa, Shah rasa macam nak give up. Tapi masa itulah Shah jumpa Maya kat office.”

“Shah yang pergi tinggalkan Maya. Lepas SPM langsung tak datang rumah, Shah hilang macam tu je.”

Sedikit demi sedikit, garis luka yang terguris dahulu kian pedih di hatiku. Peristiwa silam mulai berlayar perlahan-lahan di tubir ingatanku.

“Shah minta maaf sebab tak beritahu Maya. Papa tiba-tiba sakit and kami kena pergi ke Australia secepat mungkin. Shah cuba cari Maya lepas tu, tapi tak jumpa.”

“Kami dah pindah Shah. Lepas abah meninggal, kami tinggalkan situ dan duduk di kampung ibu.”

“Maya tak tinggal dengan ibu?”

Aku menggeleng. Ibu kini tinggal bersama-sama Wan di kampung. Kemesraan antara kami mulai terbit. Aku dan Shah mula bertukar-tukar cerita mengenai peristiwa yang berlaku sepanjang perpisahan kami.

“Maya, Shah rindu sangat masa-masa dulu kita. Sejak Maya takde, Shah rasa sunyi. Shah terkilan tak sempat jumpa Maya.”

Aku memandang tepat ke mukanya, melepaskan keluhan.

"Maafkan Shah, Maya."

"Dahla Shah. Takde gunanya kita terus hidup dalam bayangan semalam. Pada Maya, apa yang telah berlaku tu biarkanlah. Masih banyak yang menanti kita di hadapan."

"Jadi Maya sudi terima Shah semula macam dulu?"

Aku menghentikan suapan. Agak kecewa kerana telah ada yang menghuni hatiku kini, dan sesungguhnya aku tidak mahu mengecewakan sekeping hati itu.

"Maya."

Shah memegang lembut tanganku, menguit satu rasa yang telah sekian lama aku pendamkan.

'Really hope that the person is me.'

Terngiang suara Adam di ingatanku, membuatkan aku melepaskan pegangan Shah dan bingkas bangun.

"I'm sorry, Shah. Kita cuma boleh jadi kawan, tak lebih dari itu."

Wednesday, August 26, 2009

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 18 ::

‘Jangan lupa makan ubat. Your Doc.’

Adam. Lelaki yang amat dekat di hatiku kini. Sikap ambil berat dan prihatinnya benar-benar membuat aku gembira.

Already did. On my way to heaven. Your patient.’

Haris menggeleng perlahan melihat aku tersenyum, menguatkan radio yang sedia terpasang.

‘Tia, janganlah gurau macam tu. I don’t like it!’

Ok, sorry.

Aku memandang Hari, spontan tersenyum. Haris turut tersenyum, pasti dengan siapa aku berbalas mesej.


PULANG dari pejabat petang itu, Shah menelefonku. Dia mengajakku keluar untuk makan malam bersamanya namun kutolak pelawaannya itu dengan lembut. Malah berjanji akan memenuhinya kali lain.

Seperti hari-hari semalam, aku duduk di ruang tamu menonton televisyen. Pelbagai perkara bermain di mindaku.

“Sudi tak Tia terima Adam dalam hidup Tia?”

Pertanyaan berbaur lamaran itu aku terima ketika menghantar Adam ke lapangan terbang minggu lepas.

“Adam takkan paksa Tia. Tia boleh ambil seberapa banyak masa yang Tia perlukan.”kata Adam apabila menangkap riak serba-salah di wajahku.

Don’t worry, ‘cos I don’t have so much time.” Kata-kataku itu disambut dengan satu cubitan halus di pipi kananku.

“Jangan sekali-kali Tia gurau macam tu dengan Adam.”

Melihat Adam menarik muka masam, aku segerameminta maaf. Lega hatiku melihat dia kembali tersenyum. Sempat dia mengingatkan agar aku mempertimbangkan pertanyaannya tadi.

Adam memang berpegang pada kata-katanya. Tidak pernah pula dia mendesakku memberikan jawapan kepadanya. Aku masih memikirkan apakah jawapan yang patut kuberi apabila kedengaran ketukan di muka pintu.

“Shah! Apa awak buat kat sini?”

Shah yang kebasahan menggigil, mungkin kesejukan lantaran hujan yang turun agak lebat malam itu.

Shah called, tapi tak dapat reached Maya. Takut Maya pitam macam hari tu, so Shah terus datang sini.”

Sekilas teringatkan telefon bimbit yang tidak aku sedari di mana. Aku berlari naik ke biik untuk mencarinya, namun tiada berjumpa. Puas memerah memori, baru aku teringat yang aku tertinggal d dalam kereta.

“Ada kat dalam kereta. Patutlah tak dengar, bateri pun dah habis.”kataku tertawa sambil mengunjukkan telefon bimbitku.

“Ish, Maya ni. Buat Shah risau je.”

No need to worry, Shah. I’m a big girl. I can take care of myself.”

Kulihat Shah terdiam dengan jawapanku itu. Namun aku tidak pula berniat mahu mengulas jawapanku tadi.

“Hujan ni, Maya tak nak jemput Shah masuk ke?”

Walaupun timbul belas di hatiku melihatkan Shah yang kebasahan, namun memandangkan aku tinggal bersendirian aku tidak berniat menjemput dia masuk. Aku tidak mahu menimbulkan situasi yang mungkin memudaratkan kami berdua.

Sorry Shah, tapi saya tinggal sorang kat sini. Lagipun dah malam ni, kalau orang nampak apa pula kata mereka.”

"Apa masalahnya? Macam Maya tak biasa je dengan Shah. Dulu kat kampung selalu je kita tinggal berdua kat rumah Maya kalau ibu pergi kelas mengaji.”

“Shah, itu dulu. Sekarang ni semua dah berubah, kita pun bukan budak-budak kecil lagi.”

“Shah datang jauh-jauh, macam ni Maya layan Shah?”

Aku sedikit jengkel dengan pertanyaan Shah yang agak mendesak itu. Bukan aku yang meminta dia bersusah payah datang ke rumahku.

I do appreciated apa yang awak dah buat untuk saya, tapi saya memang tak boleh ajak awak masuk sekarang. Saya harap awak faham.”

“Shah tak fahamla dengan Maya ni. Apa lagi yang Maya nak Shah buat untuk Maya, supaya Maya boleh terima Shah semula?”

Aku menghela nafas, panjang.

“Shah, ini bukan tentang apa yang saya nak awak buat untuk saya. Saya terima awak sebagai kawan, cuma untuk jadi macam dulu mungkin agak sukar.”

Shah merengus kasar, dan berlari ke keretanya. Dia langsung tidak memandangku apabila keretanya meluncur laju meninggalkan perkarangan rumahku.

Aku masuk ke rumah dengan perasaan yang berbaur. Sedikit keliru antara benci dan suka yang pernah bertamu untuk diri milik Shah. Walaupun berkali-kali aku menfikan perasaanku padanya, tapi aku sedar. Jauh di lubuk hatiku masih terpahat kemas namanya seperti dahulu. Kelukaan lampau memaksaku melayannya dengan dingin, sedang aku sebenarnya amat gembira dengan pertemuan semula ini.

“Assalamualaikum Adam.” Kekeliruan minda membuatkan aku pantas menghubungi Adam.

“W’salam. Morning, Tia.” Suara Adam kedengaran masih diselubungi rasa kantuk yang berat.

“Sorry. Kacau Adam pagi-pagi. Kat Malaysia dah malam,” Adam tertawa.

It's ok, Tia. Senang rasanya bangun tidur dapat dengar suara Tia.”

Balasan kata-katanya membuahkan senyum di bibirku. Apakah aku juga berasa senang mendengar suaranya? Yang pasti, Adam sentiasa membuat aku tersenyum.

“Tia, are you still there?”

“Yes,
Adam.”

Call Adam pagi-pagi ni, ada good news nak bagitahu Adam ke?” Aku tertawa lagi dengan pertanyaannya itu.

“Mariatul Fathihah, will you marry me?”

::YoU kNow YoU LoVe Me ::

:: GosSiP GiRL :: updated

SeasoN 2 : ePisoDe 5 : ThE SeReNa aLSo riSe :

At first, don’t know how to comment on this episode…feel so sorry for bLaiR & her other destined half – cHucK…but let’s start from the beginning..

Fashion week is around the corner, so lil J was too busy helping eLeaNoR finishing her collection and cause her to absent for 10 days from school…DaN now back to his normal life as LoNeLy boY after fighting with QueeN S…he’s looking around to get new & fresh ideas for his writing…

bLaiR was too upset as SeReNa grab her posses away from her…cHuck encourage her to get her power back, but sadly SeReNa was too HOT to defeated…B uses her power to get all her posses get a better seats at her mom’s fashion show but her catfight with the QueeN ruin everything out, as SeReNa now befriend with PopPy (a perfect socialite)..B seems so immature but yet, she’s battling entirely too many foes at once – SeReNa, lil J, cHucK, her Mother..really feel sorry for her..i can even feel how lonely she feeling that time..poor beautiful SnoW wHiTe~

as DaN has been pushed to submit his writing, he came into cHucK’s life to get new, fresh ideas… Chuck plies him with what appeared to be a tab of ecstasy and 6 shots of tequila.. DaN ends up up walking at the street shoe-less and clue-less..he then come again to dig more ‘bout cHucK bass..they end up in a jail together after daN punches a dude at his face after cHuck misunderstood his girlfriend as a prostitute (for me – she really look like she was)…

while being jailed, DaN almost know the humanist side of cHucK when he talked bout his father, his mom’s death and DaN feels like he got something to wrote about..but when cHucK finds out that Dan is using him for inspiration, Chuck says that his mom really died in a plane crash when he was 6, so who knows which is the truth (poor cHucK – I think his heart was totally break).. Chuck also leaves him to rot in jail instead of springing him as promised, so DaN have to asked for his mentor to bail him out, decided not to write bout cHarlie TrouT (bit nice when he change Bass into TrouT)..nice move~

at the Fashion Week, to undermine lil J, B told all models to go back..but lil J come with the idea that may break B’s heart more with taking all the socialite including S and PopPy as a replacement..B gives S to wear one of lil J’s dresses instead of her mom collection..eLeaNoR was so pissed off, and scolded lil J for sure that she did it on purpose..

lil J then confront B and feel sorry for her relation with S, B then saves the day and persuades her mom to forgive lil J, and the entire staff was congratulate lil J for her hard work..As that scene closes, Lil’ J’s wannabe-cool dad shows up, spoiling the fun for everyone..they got into an argument at the staircase, ends up with lil J told ruFus that she doesn’t wanna go to school anymore~
at nearly the end of scene, feel a bit heartbroken for seeing SeReNa was too rise up with that PopPy (sorry..but I kinda hate this girl for some reason)..looking the sad face of B, I know that all she want is their friendship..wait till the next episode..
till then, you know you love me..XOXO GoSsip GiRL~

Tuesday, August 25, 2009

.: aKu sKanDaL 12:.

“PAPA!”

Anak kecil berambut perang itu berlari mendapatkan lelaki yang memakai kemeja dan bertali leher itu. Lelaki itu memeluk anak kecil itu erat, bagaikan melepaskan rindu yang tersarang di dada.

“Akisy rindu papa.”

Suara anak kecil itu benar-benar meluluhkan hati lelaki itu. Dia mencium pipi dan dahi anak kecil itu bertalu-talu.

“Encik Nik Adrean?”

“Saya.”

“Sila ikut saya, doktor nak berjumpa dengan encik.”

Nik Adrean melangkah menuruti jururawat itu. Balkisy yang masih tidak mahu melepaskannya, didukung.

“Silakan duduk, En. Nik.”

“Kenapa dengan Balkisy, Eim?”

Dr. Imran Hadi, bekas rakan universitinya dulu yang kini menjadi doktor peribadi keluarga Nik Adrean mengeluh kecil. Dia memandang wajah sahabat lamanya ini, bersilih ganti dengan Nik Balkisy yang comel.

“Balkisy ok, Cuma mungkin dia perlukan lebih banyak masa dengan kau.”

Adrean pula mengeluh. Memang dia ingin menghabiskan masa dengan Balkisy, namun keadaan tak mungkin membenarkan semua itu.

“Aku rasa Jasmine tak mampu menjaga Balkisy dengan baik, Ean.”

“Mahkamah dah serahkan Balkisy pada dia. Apa lagi yang mampu aku buat, Eim?”

Keadaan menjadi sunyi seketika. Hanya suara Balkisy yang kedengaran berlagu kecil dalam pelukan Nik Adrean.

“Balkisy!”

Suara wanita yang kedengaran serak-serak basah mengejutkan mereka semua. Balkisy yang tadinya menyanyi kecil terdiam sambil memeluk erat Nik Adrean. Nik Adrean membalas pelukan itu dengan labih erat.

“Balkisy, can’t you answer me when I’m calling?”

Wanita berdarah Inggeris-Belanda itu berdiri, bercekak pinggang berhadapan dengan Nik Adrean yang masih memeluk Balkisy.

“Jess, tak perlu tinggikan suara bila bercakap dengan Balkisy.”tegur Nik Adrean.

Serena Jasmine, yang tadinya bercekak pinggang menurunkan tangannya. Dia menarik nafas dalam-dalam, menyedari kebenaran teguran Nik Adrean itu.

Sorry, I was just..”

It’s ok.”jawab Nik Adrean, menarik Jasmine duduk di sisinya. Dr. Imran Hadi keluar, sengaja meninggalkan ruang berbicara untuk pasangan itu.

I’m sorry, love.”pujuk Jasmine, menghulurkan tangan kepada Balkisy.

Balkisy lambat-lambat menyambut tangan mamanya. Namun dia tersenyum manis apabila tangan mereka bersatu.

Ean, sorry for involving You in this. Balkisy demam, but I’m too busy to realised.”

Jasmine memandang Nik Adrean di hadapannya. Dia tahu betapa Nik Adrean sayangkan Balkisy. Dia juga sayangkan anak itu, namun ada sesuatu yang bergolak dalam dirinya membuatkan dia kadangkala tega menyakiti fizikal dan mental si kecil itu.

“Jess, we need to talk.”

Jasmine yang tadinya tenang, mula merasakan ketidaksenangan dalam ajakan Nik Adrean itu.

I nak balik rumah. Come, Balkisy.”

“Akisy nak duduk dengan Papa lagi. Nantila kita balik Mama.”

Pujukan Balkisy tidak diendahkan oleh Jasmine. Dia mencempung Balkisy dan berjalan keluar, ke arah keretanya. Kedengaran suara Balkisy menangis memanggil-manggil Papanya. Nik Adrean meraup mukanya dengan tapak tangan dengan situasi demikian.

“Ean.”

Suara Dr. Imran Hadi menyedarkan Nik Adrean dari terus mengelamun.

“Kenapa kau tak terus-terang je dengan Jasmine?”

“Susah, Eim. Kami sama-sama ada masalah. Macam mana aku nak rebut Balkisy kalau aku sendiri tak pasti berapa lama aku boleh jaga dia?”

Dr. Imran Hadi menepuk lembut bahu sahabatnya, sedar akan keadaan itu. Cuma dia simpati dengan keadaan Balkisy yang sering bertanyakan soal Papanya.

“Jess boleh dirawat, Ean.”

Akhirnya Dr. Imran Hadi bersuara. Telah beberapa kali pernyataan itu dimaklumkan, namun Nik Adrean dan Serena Jasmine masing-masing mengambil keputusan untuk berdiam diri.

“Dia tak nak menerima rawatan, Eim. Kau pun kenal siapa Jess kan? Kalau aku paksa dia, aku takut dia akan lepaskan perasaan pada Balkisy. Kau tak ingat apa yang dia buat pada Balkisy dulu?”

“Ingat. Aku takkan lupa semua tu, Ean. Sebab tu jugak, kau dengan Jess berpisah. Mungkin dia masih tak dapat lupakan apa yang terjadi antara dia, kau dan Adreen dulu.”

“Cukup! Aku tak nak dengar semua tu!”

Nik Adrean bingkas bangun, meninggalkan Dr. Imran Hadi di situ. Dr. Imran Hadi menggelengkan kepala, kesal dengan apa yang dialami oleh sahabatnya itu.

Wednesday, August 19, 2009

afTer aLL, we'Re FRieNd~

Updated blog :: not eMo anymore~

Just now I got call from Lucky..(mungkinke dia ada baca apa yg I tulis di sini..???Mungkin tidak..)he apologised for not telling me anything..then he started to tell me everything..sampaikan mintak advise untuk warna tema wedding dia..damn Lucky...you make me cry again…

He said that he got so less time to spend even for himself…I apologies you, Lucky..after all..you’re my friend…sangat sedih sebab Lucky macam tau apa yg I tak puas hati..dia bercerita dari A sampai Z tentang semua yang terjadi..sampai I rasa bersalah sebab salahkan dia tadi..(T_T)

Lucky..thanks for keep being as my friend…I’ll always pray for your happiness..and I’ll love you till the end of time…for Lucky’s fiancée.. you’re very lucky to have Lucky

aM I noT go0d eNougH To bE uR FRieNd..??

aku sangat eMo arini..nape..???erm..maybe sebab sikap sesetengah orang yang mengaku KAWAN aku, tapi dia tak menghargai aku sebagai KAWAN..


okay..this is a story of a friend of mine..kan I just name him – Lucky (geez..that sound girlie)… I knew Lucky for quite a time..it’s been almost 2 years we’ve been friend..yeah..we didn’t meet at school or uni..we just met at office, starting from enemy and becoming friend..how we becoming friend..??Lucky send me an email saying that why did I get so angry with him..so do I reply that “nothing”..then he ask me if I can be his friend and I say yes..

we just talked thru email even though we often meet in the lift, at the dining, in meeting room..but we NEVER talked…just one day, he offered to send me back after work and I say I’ll look forward bout it..he left me his phone number saied that he has to go somewhere 1st and I need to let him whether I’m going back him or not..that’s how we start messaging…then we becoming closer...he befriends with my roommate..and the three of us getting more closer..we always spend time together..

after a year, Lucky asked me to go out with him..just the two of us..by that time, my roommate has going out with her bf..so I just agreed..we went for a movie (for a 1st time together), hanging out at the mall..then by the time Lucky send me back, he asked “do u have bf yet?”…so I said “yes I do”…Lucky then asked “U never told me.”…I looked at him and said “U never ask”…I thought that Lucky will hate me for not telling him bout that, but I’m totally wrong…he still the old Lucky..he always been there when I need him, he never forget to cheer me up..even when I got a bad time with my bf, he’ll always there..

we’re still close..as a bestfriend..we never keep any secrets from each other..and we promise to remain friends till death..Lucky told me that I’m lucky for having him as a friend because he’ll always stay as a great friend..and we admitted it..if Lucky got any problem, he’ll let me know..he always let me be the 1st to know anything bout him..all my friends aware of it and said that we are the best friend ever..

until 1 day..I told him that I’ll get engaged..he congrates me but he didn’t show up..its happened till my wedding..he didn’t even congrates me on my wedding..and he started hard to reach him..i asked Lucky, if there’s anything I didn’t know bout him..and he told me everything..he said that he’s getting closer to a girl and think that he loved her..I’m really glad with the news and said that I’ll always pray for his happiness..

just a few minutes ago..my roommate called…asked me if I did know that Lucky is going to get married by the end of this year…shocked, I denied…and that thing drives me drown in my eMo feeling..why didn’t he told me..at least let me know it from him..he said that he’ll be forever my friend, but why do he keep it as a secret..??it feels like me – his BESTFRIEND – didn’t seems important at all..i really feel upset now..and really sad inside..got my tears running down my cheek, and my heart feel so much pain and hurt…


Lucky…if you ever get married and didn’t want me to come..at least let me know that you are…whatever it is, you’re still my friend…even if I’m not your’s anymore..

Tuesday, August 18, 2009

.: aKu sKanDaL 11:.




“ERY.”

Adreen yang berdiri menghadap ke luar tingkap, berpaling tatkala mendengar namanya dipanggil.

“Tisya dah bangun? Nak minum?”tanya Adreen, sambil mengucup lembut dahi Tisya.

Tisya tersenyum tawar dan mengangguk. Terharu dengan layanan Adreen terhadapnya. Dia mengambil gelas yang dihulurkan Adreen kepadanya.

Thanks, Ery.”

“Kenapa Tisya tak beritahu Ery apa-apa pasal penyakit Tisya ni? Nasib baik ada housemate Tisya dengan Abg Ean. Kalau tak, apa jadi kat Tisya pun tak tau la.”

Tisya memegang lembut tangan sepupunya itu. Dia tahu, antara ahli keluarganya memang si kembar inilah yang paling mengasihinya. Malah paling rapat dengannya.

“Ery dah call Pak Ngah. Dia janji nak datang minggu ni,”

Tisya mengeluh mendengar nama papanya disebut. Dia kenal benar dengan papanya itu, pasti ada sahaja urusan yang perlu diselesaikan sehingga tiada masa untuk menjenguknya.

“Thanks Ery. Tapi cukuplah Tisya ada Ery, ada Abg Ean, ada Aireen. Tisya tak perlukan siapa-siapa lagi,”tutur Tisya, sayu.

“Aireen? Siapa tu?”

Housemate Tisya la. Siapa lagi. Dia yang tolong hantar Tisya ke hospital dengan Abg Ean hari tu. Tapi dia tu dah ada yang punya tau.”

Adreen tertawa dengan pernyataan terakhir Tisya. Pastilah, Tisya juga kenal siapa Nik Adreen.

“Tisya!”

Satu suara halus menarik perhatian mereka berdua. Adreen yang mengalihkan pandangan ke arah empunya suara tersebut, terpaku.

‘Eh, this girl..




‘Nombor yang anda dail tidak dapat....’

Plat telefon ditutup kasar, tanda protes. Ariel mengeluh. Sudah masuk 18 kali dia mendail nombor telefon Aireen tapi masih tidak dapat dihubungi.

“Ish, mana Ryana ni. Call tak dapat dari tadi. Takde pula dia mesej bagitahu ada hal ke apa.”

Ariel meneguk air di hadapannya dengan hati yang berbuku.

Tit..Tit..

Telefon bimbit yang berbunyi terus diangkat tanpa melihat dahulu siapa pemanggilnya.

“Hello, Ryana?”

“Ryana? No lah Ariel. It’s me, Adela.” Suara manja Adela yang bagai anak kucing rindukan ibunya menerjah cuping telinga.

Perlahan Ariel melepaskan keluhan.

“Oh, you. Ada apa?”

“Hai, sejak bila I tak boleh call You ni?”

“Takdelah, tiba-tiba je You call. Ingatkan projek di Jepun ada masalah.”



Kedengaran tawa halus yang sengaja dibuat-buat manja di hujung talian.

You ni, asyik fikir pasal kerja je. Come on, Ariel. Just enjoy your life sometimes. Actually, I nak ajak You keluar malam ni.”

Where to?”

My friend throw a birthday party tonight. Come and keep me accompany. Tak bestlah I pergi sorang-sorang,”pujukan Adela memang mampu melemahkan hati lelaki yang mendengarnya, termasuklah Ariel.

Sure, I ambil You kat rumah pukul 8.”


“Abang, that girl tadi tu housemate Tisya?”

Sepanjang petang itu, Adreen sibuk bertanyakan Aireen. Adrean yang malas mahu menjawab hanya mendiamkan diri. Aireen yang awalnya dipelawa menyertai mereka minum petang itu menolak dengan alasan mahu menemankan Tisya.

“Abang, dengar tak Ery tanya ni?”

“Ery dah tau, kenapa nak tanya Abg lagi? Lagipun Abg tak nak Ery dekat dengan..”

Tit.. Tit..

Telefon Adrean berbunyi sebelum sempat Adrean menghabiskan ayatnya.

Okay, saya datang sekarang.”

What’s up, Bro?”

“Balkisy. Abg kena pergi sekarang.”



Adreen menggelengkan kepala dengan perlakuan Adrean. Pantang menerima panggilan berkenaan Balkisy, pastilah dia akan menjadi serba tidak kena.

“Encik Nik mana?”tanya Aireen apabila mendapati Adreen seorang sahaja yang kembali ke bilik Tisya.

I pun Encik Nik juga, Aireen. Nik Adreen.”jawab Adreen sambil tersenyum manis.

Tisya yang mendengar turut ketawa dengan jawapan Adreen. Aireen hanya mencebikkan bibirnya dengan kelakuan dua sepupu itu.

“Abang kena pergi. Dia ada hal.”Adreen menjawab apabila melihat wajah keruh Aireen.

Aireen yang mendengar, mengangguk.

Wait. Maksudnya aku kena balik sendiri la. Alamak, dah pukul berapa ni? Lambat-lambat nanti susah dapat teksi.’

“Hal apa, Ery?”pertanyaan Tisya itu membantutkan sebentar niat Aireen untuk meminta diri.

“Balkisy.” Jawab Adreen pendek.



‘Balkisy? Siapa Balkisy?’

Aireen mahu bertanya siapa Balkisy yang mereka sebut-sebutkan itu. Lebih-lebih lagi melihatkan Tisya hanya mengangguk, pastilah mereka berdua kenal dengan “Balkisy” tu.

“Encik Adreen, Tisya. Saya nak mintak diri dulu. Lambat-lambat nanti susah nak dapat teksi.”

“Aireen, kau nak balik naik teksi? Bahaya la. Kau balik dengan Ery je la.”Tisya memegang erat tangan Aireen.

‘Balik dengan mamat ni? No! Kang entah ape pulak dia buat kat aku.’

“Betul tu. Jom I hantar You balik. Kalau tak, Tisya akan marah I sampai minggu depan.”

Aireen mahu membantah namun Tisya memandangnya dengan pandangan yang bersinar-sinar. Trick lama untuk buatkan Aireen menuruti permintaannya. Namun trick lama itu masih berkesan atas seorang sahabat.

Fine, kami balik dulu Tisya.”



Tisya tersenyum senang dengan jawapan Aireen itu.

“Jom, dear. Kereta I ada kat basement.”Adreen menarik tangan Aireen untuk berjalan bersamanya.

“Don’t ever land your hand on me!”

Wednesday, August 12, 2009

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 17 ::

Dua minggu selepas itu, aku kembali bertugas seperti biasa. Daripada Adam, aku mendapat tahu yang hampir tiga hari aku tidak sedarkan diri. Rakan-rakan sepejabatku riuh bertanyakan soal kesihatanku. Aku hanya senyum dan mengatakan yang aku cuma keletihan.

Namun aku tidak berdaya menipu diriku sendiri. Masuk sahaja ke bilik, aku menyembamkan muka di atas meja dan mula menangis. Sejurus tiba-tiba telefon di atas mejaku berdering.

“Assalamualaikum.”

Mendengarkan suara Adam, hatiku menjadi bertambah sebak.

Tia, please don’t cry. You make me feel so guilty.”

Sorry but I can’t manage to control it, Adam. You know kan, i’m sick.”

“Tia, please. Penyakit Tia masih lagi peringkat awal. Nasib baik Tia cepat check. Adam dah bagi ubat kan? Tolong makan ikut macam Adam beritahu sebelum ni. I really love you, Tia. Adam pun tak nak kehilangan Tia.”

Kata-kata Adam itu menyentap hatiku. Apakah selama ini Adam menyimpan perasaan terhadapku?

What did U say, Adam?”

“Erm..I’m sorry if it’ll make you doesn’t feel good. But i really mean it.”

Aku terdiam dengan pengakuannya itu. Sedang aku berfikir mengenainya kedengaran pintu bilikku diketuk dari luar. Aku memohon maaf daripada Adam dan dia berkata akan menelefonku semula.

Haris masuk sebaik aku meletakkan telefon. Dia memandangku dengan muka yang berkerut. Aku yang tidak mengerti hanya mengangkatkan kening.

What happen to you?”

Nothing, En Haris. Kenapa tanya macam tu?”

You looks pale. Are you sure that you’re ok?”

Aku hanya menjawab pertanyaanya dengan senyuman. Dia masih lagi memandangku meminta jawapan. Namun malas hendak memanjangkan perkara itu, segera aku mengeluarkan buku catatan harianku. Kedengaran dia mengeluh, masak dengan perangaiku.

So, apa perkembangan di sini sepanjang I tiada?”

Nothing much. Just selama you takde, susah jugakla I nak deal dengan pelanggan tetap kita. Mostly they all nak you jugak yang entertain diorang kan. Tapi bila mereka dengar you sakit, semua mendoakan you sembuh segera.”

Aku tersenyum dengan kata-katanya itu.

Haris melambakkan fail ke atas mejaku. Dia terpinga-pinga memandangku yang tidak mengalihkan pandangan daripadanya.

What?” tanyanya tidak mengerti.

“Tadi you baru tanya wether i’m ok or not. Tapi lepas tu you lambakkan fail atas meja I.”

“Oh, I’m sorry.”katanya sambil mengemas semula fail-fail tersebut.

Aku ketawa dengan ulahnya itu. Segera aku katakan bahawa aku hanya bergurau, dan dia membalasnya dengan ketawa yang lepas, seperti biasa. Suasana yang tadinya suram bertukar bingit dengan kelakuannya itu.

So, You dah ready untuk bekerja semula? I tak nak orang cakap I ni takde hati perut sebab paksa You bekerja.”

I’m ok. By the way, tengah hari ni kita ada business lunch dengan Dato’ Nik Affendi kan?"

Haris mengangguk, namun sempat kutangkap perubahan daripada riak wajahnya. Niat hendak bertanya terhenti apabila telefonku kembali berdering. Haris melangkah keluar tika aku menjawab panggilan itu.

“Hello Tia.”

Aku tersenyum tatkala suara milik Adam menerjah telingaku.

“Assalamualaikum Adam.”

Sorry, terlupa nak bagi salam. Maklum jela, dah seminggu kita tak jumpa kan? I really miss you here.”

Hampir seminggu Adam keluar negara atau urusan tugasnya. Hampir seminggu jugalah aku bercuti, menurut nasihat Adam yang mendesak. Benar, tiada apa yang dapat merubah ketentuan takdir. Aku redha dengan keadaan diriku kini. Dalam tempoh itu juga, aku belajar memahami Adam yang banyak berkorban untukku.

“Tia dengar tak apa Adam cakap ni?”

“Erm, apa dia Adam?”

Kedengaran suara Adam mengomel di hujung talian. Aku hanya mengiakan apa jua yang diperkatakannya, malah bersetuju untuk menjemput kepulangannya petang esok.

Tengahari itu aku bersama-sama Haris berbual-bual sementara menanti kedatangan Dato’ Nik Affendi.

Afternoon. Sorry I’m late,”

Kami hanya tersenyum, membalas sapaannya. Makan tengah hari itu berlangsung dengan baik. Malah Dato’ Nik Daniel telah bersetuju untuk melabur dalam syarikat kami, tentunya dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan terlebih dahulu dengan Haris. Usai makan, kami berbual sejenak.

“Oh ya Is. Minggu depan Sya balik. Uncle kena pergi Taiwan, so boleh tak Is tolong fetch Sya di airport?”

Sorry Uncle, tapi Is dah janji dengan Fathihah nak jumpa kami punya contractors for our new project ni. Kalau postponed nanti banyak pula hal terbengkalai.”

“Kalau macam tu, takpelah. Uncle kena booking siap-siaplah driver untuk fetch Sya nanti.”

Excuse me, Dato’. Kalau tak ada apa-apa lagi boleh saya minta diri dulu?”

Dato’ Nik Affendi mengangguk lalu Haris menurutiku untuk bangun dan beredar.

“Haris, Dato’ tu Uncle you ke? No wonder dia sanggup melabur banyak untuk syarikat you.”

“Pelaburan bersyarat, Fathihah.”

“Biasalah. Investor memang akan mengharapkan jaminan pulangan setiap kali mereka melabur. By the way, apa syarat dia tetapkan untuk you? Marry her daughter, Sya?”

Haris segera mengangkat tangan, kalah pada usikanku itu.

Never. Tolongla Fathihah, janganlah you doakan macam tu. Kalau Sya, memang i tak sanggup. Ingat lagi pasal cousin I yang I story kat you dulu? She’s the girl.”

But I thought your cousin are in Malaysia already.”

Yeah. She’s went overseas just to celebrate birhtday one of her friend. Then nak suruh I pegi jemput dia kat airport pula, no thanks. Banyak lagi kerja I daripada ikut arahan dia.”

Aku tergelak dengan omelan Haris itu. Adat anak orang kaya, semuanya mahu berjalan mengikut kehendak dan telunjuk jari sendiri. Terkecuali pada Haris.

“Eh, You bawak anak kucing naik kereta I?”

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?