:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Monday, February 7, 2011

::eRTi sEbuaH PeRsaHaBaTaN 35::

Suasana pagi di Tokyo benar-benar menenangkan hatiku. Gunung Fuji yang memutih di puncaknya memaku pandanganku. Sesungguhnya, terlalu lama aku impikan untuk menjejakkan kaki ke sini. Lamunanku teralih apabila terasa genggaman tangan Adam di tanganku.


“Ohaiyo, sweetheart.”



Aku tersenyum dengan ucapan itu. Hampir seminggu kami di situ. Menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan yang tiada tandingnya. Hari ini kami bercadang untuk berjalan-jalan di kaki gunung Fuji buat kesekian kalinya.

“Cepatlah siap. Nanti ramai orang.”

“Okey, Adam. Tunggu sekejap ye.”

Kami tiba di Stesen Shinjuku hampir tengahari. Mujurlah kami sempat menaiki bas terawal ke Gunung Fuji.

“Tia.”

Aku berpaling memandang Adam. Dia kelihatan merenung puncak Fuji dengan penuh asyik.

“Apa Adam ni. Panggil Tia tapi pandang si gunung Fuji pulak.”

Adam tertawa apabila melihat aku menarik muka masam. Dia memeluk erat bahuku, meredakan sedikit kedinginan yang menyelubungi.

“Tia, selagi mana puncak Fuji tu tak berubah, macam itulah cinta Adam pada Tia.”

Aku tersenyum mendengarnya.

“Andai satu hari nanti Adam tak mampu temankan Tia semula ke sini, puncak Fuji itulah tanda cinta Adam pada Tia.”

Cepat-cepat aku menutup mulutnya dengan tapak tanganku. Sungguh, luluh hatiku mendengar kata-kata itu. Air mata mula bergenang di kelopak mata, namun pantas diseka Adam.

“Adam cuma nak bermadah pujangga jela, sayang.”

“Tapi janganlah sampai membayangkan situasi yang macam tu. Tia takut, kalau Adam takde dengan Tia.”

Aku membenamkan muka ke dadanya. Dia mengusap lembut ubun-ubunku.

“Adam akan sentiasa ada dengan Tia. Sekurang-kurangnya ada dalam hati Tia. Adam janji.”

Aku diam, memegang erat janjinya. Dalam dingin bayu Tokyo, aku berasa hangat di pelukannya. Namun, merasakan seperti ada yang memerhati aku segera mengangkat kepala.

Kelihatan kelibat seorang lelaki di hujung sana. Namun, dengan topi dan baju sejuk yang tebal tidak jelas gerangannya pada pandanganku. Adam turut menghalakan pandangan ke arah yang sama.

“Kenapa, Tia?”

“Tak taulah. Tia rasa macam ada orang perhatikan kita.”

Adam kembali menoleh ke arah yang sama. Namun akhirnya dia tersenyum.

“Sini bukan Malaysia, Tia. Mungkin saja orang tempatan atau pelancong yang cemburu dengan kemesraan kita.”

Laju sahaja jemariku mencubit lengannya. Dia tertawa, mengundang senyum di bibirku.



Pintu kamar dibuka. Dia melangkah masuk, penuh longlai. Topi yang dipakai, dibuka dan dibiarkan di atas meja.

‘Aku pasti itu Maya. Tapi kenapa? Terlalu jauh rasanya aku lari daripada mereka, namun dipertemukan juga kami di sini.’

Terbayang riak wajah Maya sewaktu di kaki Gunung Fuji siang tadi. Mujurlah Maya tidak mengecam dirinya tika itu. Entah mengapa, dia terpanggil untuk ke Gunung Fuji hari itu. Dan pandangannya terhenti pada sepasang lelaki dan perempuan yang kelihatannya sungguh bahagia. Malah senyuman di wajah mereka sudah cukup membuktikan betapa kebahagiaan itu kini menjadi milik mereka.

‘Tuhan, kuatkanlah hatiku. Aku tidak mahu menjadi perosak kebahagiaan Maya.’

Shah terduduk di tepi sofa. Tanpa sedar, air matanya mengalir tanpa henti. Terlalu rindu dia pada insan yang disayanginya. Dan terlalu kesal dia atas perbuatan masa silamnya.

1 comment:

korro suffian said...

kesian lah kat shah tu.... harap2lah shah dapat bersama ngan maya@tia nanti... harap2 begitulah... itulah ending yang terbaik sy rasa... mungkin adam akan meninggal setelah accident dan shah pulak datang mengubat hati tia.. i like that part!!! mesti happy sgt hati tyme baca part tu... i can imagine it...

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?