“MORNING!”
Setelah hampir tiga minggu bercuti, aku kembali ke pejabat. Semua staf tersenyum-senyum memandangku. Aku membalas senyuman mereka dan masuk ke bilikku.
“Puan nak air?” tanya Zatty setelah memaklumkan jadualku untuk hari itu.
Aku tersenyum memandangnya.
“Cepat je you tukar cik jadi puan kan.”
Zatty tersengih. Aku menganggukkan kepala sebelum dia berlalu keluar. Aku menyelak satu-persatu fail di atas meja sebelum memulakan kerja. Setelah habis menyemak sepintas lalu, aku mencatatkan perkara dan tindakan penting yang perlu diambil perhatian. Tidak sampai beberapa minit, aku mula tenggelam dalam timbunan kerja yang telah lama aku tinggalkan.
Aku masih tunduk menyiapkan semua kerjaku, apabila terdengar ketukan di pintu.
“Maya! Nak lunch sama tak?”
Aku yang sedang menaip, tersentak dengan pertanyaan itu. Segera aku mengalihkan pandangan ke arah empunya suara. Kelihatan Haris tersenyum manis di situ.
“You, Haris. Ingatkan siapa tadi.”
“Are you expecting someone else?”
Aku tersenyum, melihat dia mengecilkan matanya yang sedia sepet itu.
“No. Just feel weird bila you panggil I Maya.”
Kami tertawa. Sedikit rindu aku akan situasi itu. Aku segera mengemaskan fail-fail di atas mejaku sebelum melangkah menurut langkah Haris.
“Oh ye, Adam ada called I. Dia kata tak dapat contact you, and arahkan I untuk pastikan you makan tengahari.”
Aku mengerutkan kening sebentar. Kemudian, sebuah tawa halus terbit dari bibirku. Sedar yang aku tertinggal telefon bimbitku di atas meja di rumah. Kami bersama-sama ke Restoran Nelayan, sengaja memilih tempat yang agak jauh dari pejabat.
“Fathihah!”
Hampir tersedak aku apabila secara tiba-tiba seorang gadis menghempaskan beg tangannya betul-betul di hadapan pinggan makananku. Aku mengangkat muka, bertentang mata dengan si gadis cantik yang berambut sedikit keperangan.
“Arissa. You nak apa lagi?”
Arissa mengalihkan pandangan ke arah Haris. Haris kini berdiri, betul-betul berhadapan dengan Arissa yang bercekak pinggang. Namun, kutarik lembut tangan Haris. Memintanya untuk duduk semula.
“Have a sit, Arissa.”
Arissa menarik kerusi, dan duduk berhadapan denganku. Wajahnya masih lagi kelat, tiada segaris senyum pun di bibirnya.
“Haris, is it? Lama tak jumpa kan?”
Perhatiannya beralih kepada Haris. Aku maklum bahawa mereka mengenali antara satu sama lain; daripada cerita Haris sebelum ini.
“Yeah. And you look totally different, Arissa.”
Arissa tergelak kecil, kelihatan berbangga dengan perubahan pada dirinya yang semakin menawan itu. Namun, tidak pula aku nafikan yang Arissa sememangnya cantik.
“You nak apa dari I, Arissa?”
Soalan aku itu memancung habis senyum Arissa. Dia memandang tajam ke arahku sebelum bersuara.
“Good. Let’s come clean about this, okay? I nak tau, kenapa you kahwin juga dengan Adam?”
Aku menghela nafas. Memang sudah aku duga pertanyaan itu yang akan dilemparkannya.
“Why? Because he loves me, and I do loves him too.”
Aku perasan yang Haris sedikit tersenyum dengan jawapanku itu. Namun lain pula reaksi Arissa, dia kelihatannya begitu marah dengan kata-kataku tadi.
“You betul tak kisah dengan apa yang dah jadi antara I dengan dia?” kali ini kata-katanya berubah, sinis.
“No. I tak kisah langsung. Mungkin Adam pernah buat silap, tapi tak bermakna dia akan terus buat silap selama-lamanya.”
“Silap? No! Apa yang berlaku adalah atas kerelaan kami.”
Haris mahu mencelah, namun segera aku tahan. Biarlah aku sahaja yang menangani semua ini. Tambahan pula, Adam kini adalah suamiku. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab semula kata-kata Arissa.
“Well, then. I tetap tak rugi apa-apa kalau apa yang berlaku antara you berdua adalah atas kerelaan sendiri. Dia lelaki, Arissa. Apa yang I akan rugi?”
Sungguh, bukan niatku untuk berkelakuan kurang sopan tapi kurasakan Arissa benar-benar menipiskan kesabaranku. Dan aku, perlu mengikut rentak permainannya. Haris kelihatan sedikit terpana dengan kata-kataku yang agak kasar itu.
“You....”
Arissa mungkin sudah terlalu marah. Dia berdiri dan menudingkan jari telunjuknya ke mukaku. Aku ikut bangun, berdiri berhadapan dengannya.
“Arissa. I dah dengar semuanya dari you, dan I dah dengar semuanya dari Adam. I jugak dah buat keputusan untuk terima Adam sebagai suami I lepas I tau semuanya. I terima dia, sebagaimana dia seadanya. Jadi Iharap you janganlah ganggu kami lagi.”
Dengan muka merah padam, Arissa melangkah meninggalkan kami. Haris menepuk lembut bahuku, dan tersenyum. Aku pula menghela nafas, lega.
“I tak sangka pula you boleh speak out macam tu dengan dia?”
“I have to, Haris. I tak nak dia campur lagi urusan rumah tangga I.”
Haris mengangguk dengan jawapanku itu.
“Tadi you kata, you dah bincang dengan Adam.”
“I cakap je. Just to make her shut up.”
Kami tertawa sejurus itu. Memang pernah aku suarakan pada Adam mengenai Arissa, dan Adam juga telah menjelaskan segalanya kepadaku. Namun biarlah ia menjadi rahsia antara kami berdua.
“LAMA TUNGGU?”
Pertanyaan Adam itu kujawab dengan gelengan.
Adam menghulurkan tangan dan kami beriringan menuju ke kereta. Dia sibuk bercerita mengenai pesakit-pesakitnya.
“Sayang, Adam ada satu perkara lagi nak beritahu.”
“Apa dia?”
Adam senyum, masih tenang memandu. Aku mengulang tanya apabila dia tidak memberikan jawapan.
“Adam dah daftarkan Maya untuk recovering programme. Tapi maya Cuma boleh attend selepas kita jalankan pembedahan.”
Mendengarkan tentang pembedahan, hatiku kecut. Aku masih mahu bersama Adam, suamiku. Melihatkan perubahan riak wajahku, Adam menggenggam erat jemariku. Bagai mengerti apa yang bergolak dalam hatiku.
“Adam akan sentiasa untuk Maya. Adam janji.”
Aku senyum, membalas genggaman jemarinya. Memang, dengan adanya Adam aku menjadi lebih berani. Akhirnya aku hanya mengangguk, setuju dengan cadangannya.
“Ingatkan tak suka tadi.”
“Ish, Adam ni. Mana ada tak suka. Maya just teringat kerja yang melambak kat pejabat tu. Kalau kena cuti lagi untuk pembedahan ni, alamatnya bertambah melambaklah kerja Maya tu.”
Adam tertawa, dia mencubit halus pipiku. Aku memandangnya, dengan penuh rasa kasih di hati. Terasa kekosongan hatiku sedari dulu, kini terisi.
“Maya, tadi ada sorang patient Adam kirim salam. Dia kata teringin nak jumpa Maya.”
Aku senyum, menjawab salam di dalam hati.
“Tadi dia datang dengan baby dia. Baru lagi lahir, dalam 3bulan lepas. Comel sangat tau, baby girl.”
“Adam, manalah ada baby yang tak comel?”
Adam ketawa. Dia menarik tanganku, dan dibawa ke bibirnya.
“Kalau kita ada baby, mesti dia lagi comel kan?”
No comments:
Post a Comment