:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Tuesday, January 20, 2009

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 4 ::

Semakin hari, aku semakin melupakan apa yang telah berlaku di antara kami. Bagiku, tiada gunanya aku mengenangkan peristiwa pahit yang berlaku sepanjang persahabatan kami itu. Aku juga meluangkan lebih banyak masa bersama kawan-kawanku yang kian membenci Shah.

Namun kujelaskan kepada mereka yang segala yang berlaku adalah di antara kami berdua dan aku tidak mahu melibatkan orang lain dalam permasalahan ini. Shah semakin jauh dariku. Kami tidak langsung tersenyum pabila berjumpa, apatah lagi bertegur sapa.

Namun suatu hari dia menemuiku ketika perjalanan pulang ke asrama. “Boleh Shah jumpa Maya sekejap?”ujarnya.

Aku mengangkat muka memandangnya. Sayu hatiku mendengarkan suara yang pernah melukakan hatiku itu. Kawan-kawannya hanya memandang kami dari kerusi batu yang berhampiran.

“Ada apa?”tanyaku, hambar.

“Ada hal sikit yang nak Shah cakap dengan Maya,”katanya.

“Apa lagi yang kau nak cakap? Tak cukup lagi apa yang kau cakap hari tu?”sampuk Lissa.

“Lissa, Jasmin, please. Aku kena cakap ngan dia. Sekejap je,”pintanya.

Aku mendiamkan diri. Entah mengapa, keadaan itu menyebabkan aku menjadi sukar untuk membuat sebarang keputusan.

“Maya, jom balik. Aku tak suka kau layan orang yang tak tau menjaga hati orang lain nie,”ujar Lissa sambil menarik tanganku.

Aku hanya menurut segala perlakuannya. Sempat aku melirik ke arah Shah. Pandangannya yang redup itu sudah lama tidak kulihat. Dia hanya menundukkan kepalanya dan melangkah pergi. Entah mengapa, timbul satu perasaan bersalah dalam hatiku.

‘Ah, bukan salahku.’nafi hatiku.


LAGI sebulan, peperiksaan SPM akan diadakan. Aku dan kawan-kawanku semakin giat mengadakan perbincangan secara berkumpulan. Shah? Entahlah, bagai sudah kututup pandanganku dari melihat wajahnya walaupun aku terlalu merindukan saat-saat kami bersama dahulu. Bagaimana agaknya dia mengulangkaji pelajaran tanpaku di sisinya. Namun kutahu dia tidak akan menghadapi sebarang masalah kerana dia adalah salah seorang pelajar harapan sekolah. Kutahu dia pasi akan mendapat keputusan yang cemerlang.

Hari Sabtu. Kami bercuti selama lima hari sempena peperiksaan SPM yang akan bermula lagi dua minggu. Aku dan kawan-kawanku tidak pulang ke rumah sebaliknya keluar ke bandar petang itu. Sedang aku, Lissa dan Jasmin makan di sebuah restoran makanan segera, tanpa diduga Shah datang menghampiri kami. Tanpa kawan-kawannya. Aku bingkas bangun namun langkahku terhenti apabila Shah memegang tanganku, mendesakku duduk kembali.

“Maya, tolong jangan elakkan diri. Shah betul-betul nak cakap ngan Maya,” katanya sebaik menarik kerusi untuk duduk di sebelahku.

Aku hanya meneruskan makan tanpa memberikan sebarang reaksi. Kulihat Lissa dan Jasmin berpandangan sesama sendiri.

Please..”pinta Shah lagi.

Memang sejak dahulu aku tidak sampai hati untuk menghampakan setiap permintaannya. Begitu juga kali ini. Akhirnya, aku bersetuju. Lissa dan Jasmin yang agak keberatan pada mulanya, terpaksa bersetuju setelah aku berkeras. Shah meminta izin untuk keluar bersamaku.

Kami berjalan di sebuah pasaraya. Sambil berjalan, kami lebih banyak berdiam diri. Shah yang beria-ia mengatakan hendak berbicara denganku juga tidak banyak bersuara. Kami masuk ke sebuah kedai yang menjual cenderamata.

“Kata ada hal nak cakap, kanapa bawa Maya datang sini pulak?”tanyaku.

“Memangla, tapi Shah nak minta tolong Maya dulu. Shah nak bagi hadiah kat sorang perempuan tapi tak tau nak bagi apa. Boleh tolong pilihkan?”pintanya.

Luruh hatiku mendengar permintannya itu. Pastilah untuk Tasha, siapa lagi kalau bukan dia.

“Maya tak tau. Taste anak orang kaya macam Tasha tu mana sama dengan taste Maya,”ujarku.

“Tasha? Apa maksud Maya ni?”tanya nya pula.

“Habis tu, siapa lagi orang yang Shah nak bagi hadiah ni?”giliran aku pula bertanya.

Someone special, yang pastinya bukan Tasha. Shah ni bukan taste dia, lagipun dia sekarang dah kawan ngan Haikal. Haikal tu jauh lebih kaya, lebih hensem daripada Shah ni. Baru Shah sedar ada orang lain yang betul-betul wujud dalam hati Shah. Kalau Maya jumpa dia pun mesti Maya akan sukakan dia,”terangnya, sambil melirik ke arahku.

Entah kenapa, timbul satu perasaan halus dalam hatiku. Mungkinkah aku cemburu? Entahlah, yang pastinya perasaanku berkocak hebat dengan segala kata dan perlakuannya itu.

Dengan hati yang tidak keruan, aku membelek-belek cenderamata yang terdapat di kedai itu. Namun aku tetap tertanya-tanya siapakah gadis itu. Adakah aku benar-benar cemburu? Kenapa aku harus cemburu. Bukankah aku cuma seorang sahabat zaman ciliknya. Dan bukankah aku sudah menutup hatiku padanya.

Setelah agak lama menilik, pandanganku bertaut pada bintang-bintang kecil berwarna-warni yang diisi dalam balang kaca berbentuk dua hati yang bercantum. Aku mengangkatnya ketika Shah datang menghampiriku.

“Kenapa yang ini sedangkan banyak lagi benda lain kat sini?”tanyanya sambil mengambil balang tersebut dari tanganku.

“Entahlah. Mungkin sebab bintang-bintang dalam balang tu macam impian yang terlalu indah yang kita ada. Tapi cuma indah di pandangan, belum tentu indah untuk dikecapi. Tak semua impian tu boleh jadi nyata kan?”kataku.

Shah diam mendengar penjelasanku. Sejurus, dia berlalu dan membayar harganya. Selepas itu, dia mengajakku minum. Aku bersetuju dan kami minum di salah sebuah kafe di situ. Sementara menunggu minuman yang kami pesan tiba, kami masih tidak banyak bercakap.

So, macam mana preparation untuk exam?”tanyanya setelah agak lama mendiamkan diri.

So far so good. Shah macam mana pulak?”

Not bad.”

Kata-katanya terhenti apabila pelayan datang menghantarkan minuman. Aku menghirup minuman sejuk itu, lantas membuatkan tekak yang kering berasa nyaman sedikit.

“Shah nak minta maaf kalau Shah ada buat salah ngan Maya. Kita kawan dah lama, Shah tak nak sebab hal remeh macam tu kita putus kawan. Boleh kan?”pintanya kemudian.

“Maya tak pernah salahkan Shah. Mungkin betul apa yang Shah cakap tu, Maya selalu terlibat dalam setiap tindakan Shah.”balasku.

Kulihat Shah hanya tunduk membisu. Mungkin masih memikirkan apa yang kukatakan sebentar tadi. Bukanlah niatku hendak membuatnya serba-salah, aku hanya mahu meluahkan apa yang kurasa.

So, good luck. Jom kita balik,”kata Shah setelah agak lama membisu.

Aku menganggukkan kepala dan bangun menuruti langkahnya. Namun hatiku masih tertanya-tanya siapakah gerangan perempuan yang menghuni hati Shah kini. Melihatkan Shah langsung tidak menyebut mengenainya, kupendamkan sahaja persoalan itu di hatiku.

No comments:

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?