:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Tuesday, January 6, 2009

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 2 ::

Selepas PMR, aku dan Shah meraikan kejayaan kami bersama-sama. Atas usaha dan tunjuk ajar Shah, aku berjaya mendapat 7A dalam peperiksaanku. Shah? Pelajar harapan sekolah itu pastinya mendapat 8A. Namun dia senyum dan mengatakan keputusan kami tidak jauh bezanya. Kami sama-sama memohon ke sebuah sekolah teknik di ibukota.

Mungkin kami masih ditakdirkan untuk bersama sekali lagi kerana permohonan kami berdua diterima. Cuma aku ditempatkan dalam jurusan perdagangan manakala Shah dalam jurusan mekanikal. Walaupun berlainan jurusan, kami berjanji tidak akan memutuskan hubungan yang terbina sekian lama ini. Shah meneruskan minatnya dalam bola sepak dan aku menjadi ahli jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu.

Masuk tahun kedua belajar di sini, kurasakan Shah semakin berubah. Kata-katanya tidak lagi lembut dan menyenangkan sepeti dulu. Malahan kami semakin jarang berbual bersama. Hubungan yang dahulunya begitu akrab kurasakan semakin renggang jadinya. Sehinggakan ada ketikanya kami bersua, Shah tidak lagi menegurku. Aku benar-benar hairan dengan perubahan Shah sedangkan seingatku, aku tidak pernah melakukan sesuatu yang melukakan hatinya. Pernah aku cuba mengajaknya berbual, namun ditolak dengan alasan sibuk.

Lama-kelamaan, aku juga semakin berputus asa hendak memperbaiki hubungan ini kerana Shah langsung tidak mengambil kisah dengannya. Mungkin dia sudah menemui kawan yang lebih baik daripadaku. Namun bagiku, hanya dia satu-satunya kawan baikku yang paling aku sayangi.


Suatu hari, semasa latihan bola sepak diadakan kebetulan aku melewati padang bola sepak. Aku dan dua orang kawanku berhenti sebentar melihat pasukan bola sepak sekolah kami berlatih.

“Eh, tu Shah kan? Terer betul dia main bola,”tegur kawanku, Lissa.

Aku tersenyum sambil menganggukkan kepala.

“Dia memang main bola dari dulu lagi,”spontan aku menjawab.

“Bukan kau baik ngan dia ke dulu?”tanya Jasmin pula.

Aku hanya mengangkatkan bahu. Malas mahu mengulas pertanyaan Jasmin itu.

Kulihat beberapa pemain lain tertoleh-toleh ke arah kami. Seketika, Shah juga memandang kami. Aku melemparkan senyuman namun dia hanya memandangku sekilas lalu dan meneruskan latihannya. Aku yang agak tersentak dengan perlakuannya, mengajak kawan-kawanku pulang ke asrama.


Pada hari perlawanan, sekali lagi kami turun ke padang. Pada pandanganku, permainan Shah agak teruk berbanding dahulu. Apakah sebenarnya yang berlaku pada sahabatku yang satu ini? Sedang kami menonton perlawanan tersebut, sekumpulan pelajar perempuan datang menghampiri kami. Pelajar-pelajar tersebut kukenali kerana kami sama-sama sejurusan.

“Hai, tak dapat orangnya, tengok dari jauh jadila,”kata salah seorang daripada mereka.

Aku yang sedang memandang Shah agak tersentak dengan percakapannya yang agak sinis itu. Aku menoleh ke arahnya.

“Kenapa, tak betulke apa yang aku cakap tu?”tanyanya sambil memandangku.

“Hei, Tasha! Apa yang kau cakap ni hah?”tanya Lissa sebelum sempat aku membuka mulut.

“Ala, semua orang tau yang Maya nie syok kat Shah. Padahal Shah tak layan dia pun,”ujar Tasha sambil mengangkatkan keningnya.

“Cakap ikut sedap mulut je. Shah ngan Maya ni dulu kawan baik tau. Dari sekolah lama tau,”balas Jasmin pula.

“Ye ke? Ataupun itu salah satu cerita yang kau reka untuk dapatkan dia, Maya?”tanya Tasha lagi.

Aku bangun dan menarik tangannya.

“Cik Tasha, awak ingat saya ada hati sangat ke dengan Shah tu? Kalau awak betul-betul nak kat dia, go ahead. Itu semua takde kena-mengena dengan saya,”kataku, keras.

Aku mengajak Lissa dan Jasmin beredar sebelum keadaan menjadi bertambah keruh. Tasha dan kawan-kawannya hanya memerhatikan sahaja perlakuan kami. Tidak sampai tiga langkah aku meninggalkan mereka, Tasha memanggil namaku.

“Maya, jangan ingat Shah tu ada hati dengan kau. Dia cakap dengan aku, korang cuma kawan masa kecil je. Kau tu je yang rasa Shah suka kat kau,”kata-kata Tasha itu benar-benar menghiris hatiku.

Aku hanya diam dan berlalu. Mengapa aku harus berasa sakit hati dengan kata-kata Tasha itu? Tidak mungkin Shah sanggup berkata sedemikian, aku memujuk hati sendiri.

2 comments:

nurhakim said...

ok...not bad cte nie...
hope writer cpat2 smbg n3...
xsbar nk thu apa jdi lpas nie...

nEeYa_dEeyA said...

thanks..
cite ni da ada sambungan dia..juz nak kena make up sket2..

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?