:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Friday, May 29, 2009

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 14 ::


Suara Adam yang tenang benar-benar menyiram sejuk laman hatiku.

“Adam. Waalaikumussalam. Sorry, saya ingatkan siapa tadi.”

“Takpe. Ada orang kacau Tia ke? Badmood je malam ni.”

“Takdela..”

Aku menceritakan segala-galanya kepada Adam. Dia memang seorang pendengar yang baik. Dia lebih banyak mendengar dan kadang-kadang menyampuk apabila terdapat sesuatu yang tidak difahaminya.

“So, what’ll You do next?”

“Ntahla Adam. Saya pun tak tau. Bukannya saya berdendam ngan dia. Juz kitorang dah lama tak contact, so perasaan bersama tu agak janggal sikit,”

“Tia, awak tak boleh lari dari dia selama-lamanya. Apa kata Tia cari masa untuk berbincang dengan hati ke hati. Adam rasa dengan tu mungkin boleh buat both of you rasa elok sikit,”

“Adam..”

“What?”

“Awak memang seorang doktor yang baik. Thanks, I’ll try.”

Setelah berbual seketika, Adam meminta diri. Aku kembali memikirkan kata-kata Adam sambil berbaring di sofa. Televisyen yang terbuka kubiarkan, sekurang-kurangnya tidaklah sunyi sangat suasana rumahku ini. Sebenarnya, jauh di sudut hatiku aku merasa bersalah kerana berkelakuan sedemikian terhadap Shah. Namun rasa egoku membatasi segalanya. Tambahan pula, dia yang terlebih dahulu melukakan hatiku.

Keesokan harinya, aku berlagak seperti tiada apa yang kami bualkan semalam. Sesekali kurasakan pandangan Shah yang tajam menikam mataku namun aku hanya membiarkannya sahaja. Tengah hari itu, En Haris seperti biasa mengajakku makan bersamanya namun kutolak dengan alasan perutku tidak lapar. Sedang aku bermenung dalam pejabatku, kedengaran pintu bilikku diketuk.

“Maya, I really have to talk with you. Please, jangan bagi Shah alasan lagi.”

Kehadiran Shah di pejabatku benar-benar di luar dugaanku. Tidak dapat lari daripada situasi tersebut, akhirnya aku mempelawanya duduk di sofa yang terdapat di pejabatku.

What do you prefer, Mr Shah. Coffee or tea?”

You don’t have to be to formal with me, Maya. Kita dah lama kawan. But i do prefer coffee,”

Setelah meletakkan kopi di hadapannya, aku mengambil tempat di sofa yang bertentangan dengannya. Menunggu dia berbicara.

“Kenapa kita jadi macam ni, Maya? Maya layan Shah macam kita tak pernah kenal dulu. Padahal kita rapat time sekolah dulu.”

“Dulu. Kenapa nak gunakan masa dulu untuk mengikat kita?”

Shah kelihatan agak terkejut dengan kata-kataku yang agak sinis itu. Dia memandangku tepat, bagai meminta jawapan.

“Mungkin awak dah lupa, tapi itulah yang awak cakap kat saya time kita sekolah dulu. Saya takkan lupa, Shah. Awak adalah seorang sahabat yang amat melukakan hati saya. Dulu, sekarang, dan mungkin sampai bila-bila.”

“Maya, Shah dah minta maaf kan? Shah sayangkan Maya.”

“Mudahnya awak minta maaf. Memang, maaf memang mudah. Tapi untuk melupakan segala penghinaan awak dulu, tak mungkin Shah. Tak mungkin.”

But I really love you, Maya. Really.”

No comments:

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?