:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Tuesday, March 30, 2010

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 25 ::

Tok..Tok...

“Maya, Shah ni.”

Aku yang sedang termenung menghadap televisyen segera membuka pintu apabila kedengaran suara Shah di luar.

“Shah tak dapat call Maya since petang tadi. Sebab tu Shah datang.”

“Maya okey la. Saje tutup phone.”

Shah ketawa kecil dengan jawapanku.

“Kalau Shah ajak Maya keluar makan malam boleh?”

Giliran aku pula yang tertawa dan menganggukkan kepala. Sedar yang belum ada satu makanan yang masuk ke perutku sejak tengahari tadi.

Kami makan di Kelab Tasik Putrajaya yang berhadapan dengan tasik dan Bangunan Perdana Putra. Sepanjang makan malam, Shah asyik bercerita mengenai kehidupannya di Australia dan Indonesia. Namun fikiranku tidak dapat bertumpu pada setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya.

“I love you too but..”

Ayat itu masih memenuhi ruang pemikiranku. Apakah aku yang salah mentafsirkan perhatian Adam kepadaku selama ini? Jika benar aku tidak salah, siapa pula perempuan yang berada dalam pelukannya tengahari tadi?

“Hai..kenapa jadi macam ni pulak?”aku mengeluh sambil meraup muka.

“Maya, dah sampai mana tu?”

Shah menggerakkan tangan di hadapan mukaku, menerbangkan semua bayangan Adam dan perempuan itu.

“Eh? Takde ke mana-mana la. Shah tanya apa tadi?”

Shah senyum, menggelengkan kepala.

“Jauh sangat termenung. Sampai Shah cakap apa pun Maya tak dengar.”

Sorry, apa dia?”

“Kadang-kadang rasa rindu masa-masa kat Aussie, kat Indonesia.”

Sure ada girlfriend kat sana ni. Caucasian or Asian?”

Shah ketawa dengan pertanyaanku. Merona merah wajahnya bila diusik dengan pertanyaan sebegitu. Melihat aku ketawa, dia mencubit halus pipiku.

Caucasian ke, Asian ke, hati Shah tetap di Malaysia tau.”

“Maksudnya memang ada la ye?”persoalan itu menerbitkan semula tawa di antara kami.

“Ada, tapi tak mampu untuk mengubah hati dan perasaan Shah.”

Sejurus berkata demikian, Shah bangun. Aku masih memikirkan kata-kata Shah sebelum mendengar tepukan gemuruh oleh pengunjung di situ.

“Selamat malam semua. Saya terlalu ingin berlagu malam ini. Lagu yang sering menjadi siulan semasa merantau dulu. Terimalah – Cintaku Tertinggal di Malaysia.”

Kata-kata Shah disambut dengan tepukan yang lebih gemuruh berbanding tadi. Aku tersenyum apabila Shah mengenyitkan mata ke arahku. Suasana menjadi sunyi apabila jemari Shah mula menari memetik gitar.


Tak pernah kusangka Jauh dari kamu
Membuat aku menderita
Sejak pertama bertemu denganmu
Di negaramu yang indah

Aku di sini mengenang kamu
Meski aku tak lagi sendiri
Ku mulai fikir tuk tinggalkan
Kekasihku di Jakarta

“Kenapa kamu kayakknya lain sama aku, Faris?”

“Aku senang sama kamu, Mulan. Tapi kalau kamu pinta lebih dari apa yang bisa kuberikan, sungguh aku tak mampu.”

“Kenapa Faris? Kamu punya teman lain?”

“Selain dia, tidak ada.”

“Kamu masih merindukan dia? Maka untuk apa kita bersama?”

Shah tidak ada jawapannya. Hubungan yang dibina bersama Mulan terbiar begitu sahaja. Dia amat menyenangi gadis itu, namun cintanya telah diberikan untuk yang lain. Dua tahun dia cuba membina cinta baru, namun tidak berjaya. Wajah Maya di depannya, dipandang sekilas.

 
Duhai kekasihku
Cintaku tertinggal di Malaysia
Haruskah ku kembali untuk bersamamu

Duhai kekasihku
Haruskah ku tinggalkan semuanya yang ku miliki
Untuk hidup bersamamu

Mungkinkah kamu cinta terakhirku
Mungkinkah kamu cinta matiku
Ku mulai berfikir untuk tinggalkan
Kekasihku di Jakarta

Untuk ku serahkan hidupku
Untuk ku serahkan matiku

Berilah aku satu
Keyakinan untuk..
Kekuatan untuk..
Kesungguhan untuk..
Bisa tinggalkan semua untukmu

2 comments:

aku said...

erm .
adam atau shah ??

epy elina said...

hhohooh....
plih je la shah 2....
tp curious lak ngn adam....
btul ke dia suke kat maya or smpati je...

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?