'Aku dah agak korang mesti akan berjumpa satu hari nanti. Tak sangka hari tu da sampai.'
Kata-kata Liesa sebentar tadi meresap jauh, ngilu terasa dalam hatiku.
“Sorry, saya ada kerja sikit nak bincang dengan Fathihah. So, can you wait for a while in my room please?"Suara Haris mengembalikan aku ke alam nyata.
Shah mengangguk dan berlalu keluar. Dia sempat melemparkan senyuman padaku, namun berat rasanya bibirku untuk membalas senyumannya itu. Setelah habis berbincang dan menyerahkan tender itu ke tangan Haris, dia meminta izin untuk kembali ke biliknya. Aku pula terus menyambung semula kerja-kerjaku yang tertangguh hampir seminggu.
“Maya, jom lunch sama-sama.”
Ajakan itu membuatkan aku berhenti dari membuat kerjaku. Kulihat Shah sudah berdiri di depan pintu bilikku.
“Kenapa dengan Maya ni? Kenapa macam nak mengelak daripada Shah? It’s been a long time we didn’t see each other kan? Takkan Maya tak nak kita kawan balik macam dulu. So jomlah kita lunch sama-sama,”pertanyaan Shah itu mengundang sebak di hatiku.
“No, thanks. I didn’t feel like going out for lunch,”balasku.
“Maya, i think we need to talk. Jangan buat Shah macam ni boleh tak?”
“I’m doing what?”
“Maya macam mengelak dari Shah. Macam tak kenal dengan Shah. Maya buat Shah macam orang asing, macam kita tak pernah kenal before this.”
“En Shah Faris Azharie, since you left me after school and never contact me back i’ve throw out your name from my life. And for what reason you want me to threat you like the old times? I dah lupakan semua tu, zaman tu dah berlalu,”
Shah terdiam dengan jawapanku kali itu. Mungkin dia memikirkan kata-kataku sebentar tadi.
“Erm, am i disturbing you guys?”
Haris yang muncul di pintu bilikku mencelah. Aku menafikannya sambil mengambil dompetku dan berjalan menuju ke arahnya.
“Shah, wanna join us for lunch?”pelawa Haris.
Shah hanya menggelengkan kepala sambil memandangku tajam. Sebelum aku melangkah keluar sempat dia berbisik kepadaku.
“I thought you didn’t feel like going out for lunch,”
Aku hanya tersenyum nipis sambil berlalu meninggalkannya.
Petang itu, aku memandu balik ke rumahku. Dalam perjalanan masih terbayang lagi pertemuanku dengan Shah pagi tadi. Aku pun tidak pasti mengapa aku berkata demikian terhadapnya. Mujurlah sewaktu makan tengah hari tadi Haris tidak membangkitkan soal itu lagi. Memikirkan tiada kerja yang hendak dibereskan di rumah, aku mengubah haluanku ke KLCC. Aku berniat untuk berjalan-jalan sambil meredakan kekeliruan fikiranku tika itu.
Setelah meletakkan kenderaan, aku berjalan-jalan di sekitar taman yang terdapat di KLCC itu. Pemandangannya tidak banyak yang berubah. Sesuai dengan dasar pembangunan mapan yang dilaksanakan kerajaan semenjak Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi memegang tampuk pemerintahan Malaysia.
Penat berjalan, aku duduk di salah sebuah bangku yang disediakan di taman tersebut. Sambil itu, aku meliarkan pandangan menjamah gelagat muda-mudi yang berkunjung ke situ. Semuanya kelihatan gembira, mungkin masing-masing mahu melepaskan tekanan sepertiku. Aku tersenyum sendiri dengan andaianku itu.
“Assalamualaikum,”
Serentak dengan itu, aku menoleh ke arah suara yang menegurku itu. Kulihat Adam sedang tersenyum, membariskan giginya yang putih tersusun.
“Adam, macam mana awak ada kat sini?”
“Actually kat traffic light tadi i saw you car. Tapi bila tengok Tia masuk KLCC, Adam ikutla,”
“Are you stalking on me?”
Adam tertawa dengan soalanku itu. Dia menggelengkan kepala sambil mengambil tempat di sebelahku.
“Actually, saya tak marah pun kalau awak betul-betul ikut saya. I just come here to clear up my mind,”
Adam tersenyum dengan jawapanku itu. Kelihatan dia seperti memikirkan sesuatu. Melihatkan dia diam, aku kembali melontar pandangan ke seberang tasik buatan yang terdapat di sini.
“Tia, kalau Adam tanya jangan marah tau.”
“Tanya apa?”
1 comment:
nak agi..
cpt smbg ya..
Post a Comment