:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Saturday, December 18, 2010

::eRTi SebuaH PeRsaHaBaTaN 30::

Aku masuk ke pejabat, memulakan minggu baru dengan perasaan hairan. Semua staf memandangku dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan. Sedikit terperanjat apabila pintu bilikku ditolak kasar dan Tasya meluru masuk.  Dia terus menolakku sehingga aku hampir jatuh terduduk.

“Tasya, what’s wrong. Again?”

What’s wrong is you! Sekali lagi Shah tinggalkan I sebab you!”

Tasya menarik kolar bajuku, menyebabkan aku menghadapi sedikit kesukaran untuk bernafas.

“Lepaskan I!”aku meronta-ronta apabila Tasya semakin kuat mencengkam kolar bajuku.

“You memang tak habis-habis menyusahkan hidup I. Kalau you mati baru puas hati I.”

Mengumpul seluruh tenaga, aku menolak Tasya, kuat. Dia terjatuh ke sisi meja, terkena pasu kaca berisi mawar putih pemberian Adam. Pasu tersebut berkecai, dan terdapat warna merah darah dari tangan Tasya yang terluka.

“You nak bunuh I ke?”

“Bukan salah I. You yang masuk dan serang I.”

“You memang tak tau malu kan? You tak dapat Shah, jadi you sengaja tak nak lepaskan Shah kepada I.”

“Fathihah, kenapa ni?”

Haris yang muncul di pintu, menghentikan perbalahan kami. Kelihatan staf-staf lain menjenguk ke dalam. Aku mahu menjawab apabla Tasya segera bangun dan menuju ke arah Haris.

“Is, she pushed me down. It’s hurt.”

Haris memandang aku, meminta penjelasan.

“It was an accident. I tak berniat untuk..”

“Betul kan? You yang tolak I tadi.”

Agak dalam juga luka di tangan Tasya itu, namun bukan aku yang bersalah. Haris memegang tangan Tasya, cuba melihat kecederaannya.

“Kenapa sampai jadi macam ni? Apa yang you berdua gaduhkan?”

“Semuanya sebab Shah!” keras suara Tasya.

“Shah? Apa kena-mengena dia dengan both of you?”

“You tanyala staf kesayangan you tu. Sanggup kan dia buat I macam ni sebab Shah.”

Haris mengalih pandangan ke arahku. Aku menggelengkan kepala, mengisyaratkan agar dia tidak terpedaya dengan apa yang diperkatakan oleh Tasya tadi.

“Haris.”

Kata-kataku mati apabila Haris mengangkat tangannya, meminta agar aku berdiam. Dia mendekatiku sebelum berkata.

“I thought you’re really sincere with my friend, Fathihah. Tapi sampai jadi macam ni sebab Shah? I don’t know how to trust you anymore.”

Kata-kata Haris itu terasa ngilu menusuk hatiku. Dia segera memapah Tasya keluar dari bilikku. Aku terduduk, menatap mawar putih yang kini bertaburan.

“Cik Fathihah okey?”

Zatty datang dan duduk di sebelahku. Aku memeluk dia dan menangis. Terlalu penat rasanya menjadi orang yang dipersalahkan.

“Encik Shah ada tinggalkan pesan. Dia akan ke Australia petang ini.”

“Australia, untuk apa?”



“Cik Fathihah tak tahu?” pertanyaan Zatty itu aku jawab dengan gelengan.

“Encik Shah minta ditukarkan ke cawangan baru kita di Australia.”

Aku berlari keluar, menuju ke tempat letak kereta. Aku tidak mahu ditinggalkan sekali lagi tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal. Shah, tunggu Maya!



Keadaan di KLIA begitu sesak dengan orang ramai. Namun aku segera berlari ke dewan pelepasan, mencari-cari Shah.

“Shah!”

Aku memanggil namanya sebaik terlihat kelibat dia memasuki dewan itu. Shah berhenti dan berpaling ke arahku. Aku segera mendekatinya.

“Shah tak bagitau Maya apa-apa pun. Tau-tau je Shah dah ada kat sini.”

Shah memegang tanganku, menggenggamnya erat. Dia menghela nafas sebelum menjawab kata-kataku.

“Sama macam Maya tak bagitau Shah apa-apa tentang lamaran Adam.”

Air mataku mengalir laju membasahi pipi. Sungguh tak kusangka, Shah akan pergi meninggalkan aku. Sekali lagi.

“Shah pernah kehilangan Maya, dan Shah tak sanggup menghadapi kehilangan itu sekali lagi. Bila Haris beritahu yang cawangan di Australia memerlukan pekerja, Shah terus mohon. Dan permohonan Shah diterima. Mungkin masa akan menjadi ubat yang paling baik untuk Shah.”

Aku masih tak mampu untuk bersuara. Hanya mendengar tiap bicara yang Shah tuturkan.

“Shah tetap akan doakan kebahagiaan Maya, walaupun Maya takde depan mata Shah.”

“Maya minta maaf.”perlahan aku menuturkan ayat tersebut.

Shah menganggukkan kepala dan tersenyum. Berat hatiku hendak melepaskan Shah. Tambahan pula kami baru rapat kembali selepas sekian lama berpisah. Shah menyapu lembut air mata yang masih bersisi di pipiku.

“Senyum, Maya. Shah tak nak tengok air mata ni jatuh macam ni lagi.”

Aku mengangguk, mengukirkan senyuman buatnya. Dia mahu berpaling sebelum aku sempat menarik tangannya.

“Shah, how about Tasya?”

Nothing to worry about, okay? Dia ada jumpa Shah, tanya kalau-kalau kami masih ada peluang untuk bersama. Tapi Shah kenal dia. Shah tau dia cuma perlukan lelaki yang tampan, kaya dan berkedudukan. Orang macam Shah takkan dapat memenuhi citarasa dia.”

“Jadi?”

“Memang betul. Dia cuma nakkan Shah untuk sakitkan hati Maya. Dan Shah bagitau dia yang hati Shah sudah lama terisi. Walaupun Shah tak dapat memiliki, namun Shah juga tak mampu mencari pengganti.”

Aku diam. Patutlah Tasya begitu marah denganku. Namun sengaja aku diamkan mengenai kejadian di pejabat tadi. Shah melangkah apabila pengumuman agar penumpang ke Australia segera memasuki dewan pelepasan memenuhi seluruh ruangan itu.

“Jaga diri Maya baik-baik. Shah doakan Maya bahagia dengan Adam.”

No comments:

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?