"Maya."
Perlahan, aku membuka mata apabila terdengar suara Adam. Lembut dia memanggil namaku. Rupanya aku terlelap di sisi katil. Adam bangun, menuangkan segelas air untukku.
"Minumlah." ujarnya, lembut.
"Thanks. Dah macam Maya pulak yang sakit."
Adam tersenyum dengan kata-kataku. Dia duduk di birai katil, membetulkan anak rambut yang berjuntai di dahiku. Setibanya di rumah semalam, tiada langsung bayangan Adam. Aku menemuinya terlantar di bilik mandi, tidak sedarkan diri. Dengan bantuan Haris yang tiba tidak lama selepas itu, Adam dibawa ke hospital dan terpaksa ditahan.
"Adam dah jumpa doktor tadi, dia kata petang ni Adam boleh balik."
Aku memandangnya, lama. Semua urusan melibatkan doktor akan diuruskan oleh Adam sendiri.
"Tapi Adam sakit apa? Sampai kena tahan wad macam ni. Lepas tu, boleh pulak nak balik."
Adam tertawa dengan susunan ayat yang berterabur keluar dari mulutku.
"Adam cuma penat je la, sayang. Takde apa-apa yang serius pun, sebab tu lah Adam boleh balik. Lagipun kesian kat isteri Adam ni, sampai tertidur-tidur kat tepi katil."
Aku mencubit halus lengannya, terdengar dia sedikit mengaduh. Namun cepat dia menangkap jemariku dan dibawa ke bibirnya. Lama dia mengucup jari-jemariku.
"I love you, Adam. I love you so much."
Spontan, aku mendakap erat tubuhnya. Tiba-tiba aku berasa takut akan kehilangannya. Dapat kurasakan Adam membalas pelukanku, erat.
"I love you too, sayang. And I will love you, till the end of my life."
“Ye, sayang. Adam pun rindukan Tia.”
Ketukan di pintu menghentikan perbualan itu. Seorang
jururawat masuk, membawa fail berwarna merah jambu di tangannya.
‘Okeylah Tia. Adam ada patient ni.’
‘Okey. Jangan lupa dinner kita malam nanti.’
‘I will not.’
Talian diputuskan. Adam tersenyum sejenak, sebelum
mengalihkan pandangan pada jururawat di hadapannya.
“Ini fail yang doktor minta tadi.”
Adam menganggukkan kepala. Fail bertukar tangan, dan
jururawat tersebut melangkah keluar. Baru menyelak kulit hadapan fail tersebut,
pintunya diketuk lagi. Menyangkakan jururawat tadi yang kembali, Adam hanya
membiarkan sahaja pintu ditolak dari luar.
“Adam.”
Bacaannya terhenti. Suara yang telah lama tidak didengar,
lebih-lebih lagi setelah dia berkahwin. Pandangannya kini tertumpu kepada gadis
manis di hadapannya. Rambut hitam keperangan yang panjang sebelum ini, kini
hanya separas bahu. Wajah yang sedia cantik, dipalit pula dengan solekan nipis,
membuatkan gadis itu begitu menarik. Namun, lekas Adam mengalihkan pandangan
apabila menyedari yang dia mula dikawal perasaan.
“Arissa. Apa you buat kat sini?”
Tidak menjawab soalan itu, Arissa pantas meluru ke arah Adam
dan memeluknya. Adam cepat-cepat meleraikan pelukan itu, bimbang kejadian dulu
berulang kembali.
“Kenapa dengan you ni?”
Simpatinya timbul apabila melihat pipi Arissa basah dengan
air mata. Dia memimpin Arissa duduk di kerusi berhadapan mejanya.
“Adam, you kena tolong I.”
“I tak faham.”
Arissa masih menangis, sedikit teresak-esak. Lama dia diam,
mengumpulkan kekuatan untuk berbicara dengan Adam.
“I’m pregnant!”
Adam tersandar dengan kata-kata Arissa itu. Sungguh dia
tidak menyangka, Arissa yang bijak boleh terperangkap dalam situasi sebegitu.
“What should I do, Adam? Dia tak nak bertanggungjawab, and
I’m sure my family will not accept this. I tak tau nak minta tolong pada siapa
lagi.”
Hiba hati Adam dengan tangisan Arissa itu. Walaupun mereka
telah lama berpisah, namun dia tidak boleh menafikan yang hakikatnya mereka
pernah menyayangi satu sama lain. Adam mengusap mukanya. Walaupun dia tidak
tahu siapa lelaki yang dimaksudkan Arissa, namun dia sedar. Dia wajib menolong
Arissa!
“Kenapa sampai jadi macam ni, Arissa?”
“I don’t know. I’m screwed up, but sekarang ni…I takut,
Adam. I tak boleh lahirkan bayi ni, mungkin I patut gugurkan je?”
Pantas Adam menggeleng. Dia tidak tega membiarkan Arissa
membuat dosa dengan membunuh. Cukuplah dengan kesilapannya yang terlanjur.
“Habis tu? Takkan I nak biarkan bayi ni membesar dalam rahim
I? People will talk, Adam.”
Arissa merebahkan kepalanya ke bahu Adam. Kali ini, Adam
membiarkan sahaja perlakuan Arissa itu. Dia sendiri buntu, memikirkan
penyelesaian terbaik untuk Arissa. Terasa basah bahunya dek air mata Arissa.
Akhirnya, dia bersuara.
“You balik rumah your parents dulu. Nanti I pergi sana.”
“You nak buat apa?”
Adam menggeleng. Dia menghela nafas, dalam.
“I’ll figure out something, okay? Sekarang ni I nak siapkan
kerja I dulu. Lepas kerja I terus ke rumah parents you. We’ll talk about it
later.”
Arissa mengangguk. Perlahan dia bangun dan mengesat mata
dengan belakang telapak tangannya. Dia memegang erat jemari Adam, menzahirkan
penghargaan.
“Thanks, Adam. Kalau takde you, mungkin I jugak takkan ada
lagi di dunia ni.”
Sepeninggalan Arissa, Adam bermenung panjang. Masih
mencongak apakah tindakan terbaik yang boleh dilakukan untuk Arissa. Yang
paling penting adalah bayi dalam kandungan Arissa, fikir Adam. Tepat jam
menginjak pukul enam petang, Adam bergegas ke rumah Arissa.
“Order, miss?”
Aku yang sedang merenung keluar restoran sedikit tersentak.
Kelihatan pelayan lelaki itu tersenyum.
“Later, please. I’m waiting for someone.”
Dia mengangguk, masih tersenyum. Aku melirik jam di
pergelangan tangan, sudah hampir waktu maghrib. Mujurlah restoran ini ada
menyediakan kemudahan bersolat untuk yang memerlukan.
‘Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.’
Telefon di tangan kurenung. Telah beberapa kali aku cuba
menghubungi Adam namun tidak dapat disambung.
‘Barangkali bateri telefonnya habis, atau ,mungkin saja dia
sedang memandu.’bisik hati kecilku.
Jam kini hampir ke pukul lapan malam, namun tidak kelihatan
bayang Adam di mana-mana. Aku masih berkeras untuk menanti, tidak peduli perut
yang sejak pagi tadi belum diisi.
“Fathihah, what a surprise.”
Aku mengeluh. Sudahlah Adam masih belum tiba, Zakuan pula
yang menyapa. Aku hanya mengangguk dan tersenyum nipis dengan tegurannya itu.
“Kebetulan kan. Do you mind if I join you?”
“Actually, I do. Furthermore, I’m waiting for my husband, En. Zakuan.”
Dia tersenyum, namun menarik kerusi di hadapanku dan duduk.
Sedikit meluat dengan kelakuannya, aku mencebikkan bibir.
“It’s ok. I pun tengah tunggu my friend. So sementara date
kita sampai, bolehlah kita berbual. Takdelah bosan sangat menunggu, kan?”
Tidak sempat aku membantah, dia sudah mengangkat tangan
memanggil pelayan. Akhirnya aku biarkan sahaja dia di situ. Sepanjang hampir
setengah jam dia duduk di hadapanku, tiada sepatah perkataan pun yang aku
lontarkan.
“Kita order makan dulu nak? You pun dari pagi tadi belum
makan apa-apa kan?”
“No, thanks. I’ll wait.”
Tapi nampaknya Zakuan pula yang tidak mengendahkan
jawapanku. Dia terus menggamit pelayan dan mula membelek menu. Tidak cukup
dengan itu, dipaksanya pula aku untuk turut membuat pesanan. Memikirkan yang
Adam mungkin mempunyai urusan yang belum selesai, aku akhirnya bersetuju dengan
cadangan Zakuan.Makanan sampai ketika jam hampir ke pukul sembilan malam.
No comments:
Post a Comment