:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Friday, February 13, 2009

.: aKu sKanDaL 4:.

“Ha! Mengumpat sape tu?”

Terjahan Tisya benar-benar menyebabkan semangatnya terbang.

“Kau ni Tisya! Tak boleh ke tegur aku elok-elok?”agak tinggi suaranya menegur Tisya.

“Ops. Aku tak tau pulak kau tengah emosional. Sorry princess.”suara Tisya mengendur, agak bersalah.

Aireen memalingkan muka. Melihat Tisya yang merapatkan kedua-dua telapak tangannya sambil membuat muka manja. Sahabatnya yang satu ini memang manja.

Nurin Batrisya Dato’ Radzi, anak perempuan tunggal orang kaya yang menolak segala kemewahan semata-mata untuk mencari hidupnya sendiri. Rambutnya yang hitam lurus dengan sedikit ikal di hujungnya, membuatkan kulitnya yang putih kemerahan terserlah. Ditambah dengan matanya yang bundar dan bibir yang sedikit mungil, Tisya memang cantik.

Paling Aireen suka mengenai Tisya ialah pipinya yang kemerahan semula jadi. Tidak perlu mengenakan solekan pun sudah cukup untuk membuat Tisya digilai ramai lelaki. Namun Aireen hairan kerana sehingga kini tidak pernah Tisya bercerita mengenai mana-mana lelaki dalam hidupnya selain bapanya yang menjadi idola serta pendorong.

“Woi! Kau ni pandang aku macam da jatuh cinta ngan aku je ni kenapa?”

“Ei budak ni. Takde bila nya aku nak jatuh cinta kat kau. Ariel aku nak letak mana pulak?”

Serentak itu, berderai tawa keduanya.

“Kau ni, nak kata tak cantik, cantik. Pergilah mana pun, sure ada yang terpaling-paling nak tengok kau. Tapi satu pun ko tak layan.”

“Aku tak minatla layan lelaki yang cuma pandang perempuan hanya pada rupa.”

“Betul ke ni? Ataupun kau ni..”sengaja Aireen tidak menghabiskan ayatnya kali itu.

“Atau apa?’ bulat mata Tisya memandangnya.

“Atau kau sebenarnya suka kat aku?”

Pantas Aireen berlari apabila Tisya sudah mengambil kusyen untuk memukulnya.

Riuh rendah rumah batu dua tingkat itu dengan gelak ketawa mereka berdua. Begitulah seharian hubungan Aireen dan Tisya. Usia perkenalan yang singkat, hanya bertemu semasa tahun akhir pengajian namun masing-masing bagai sayang mahu meninggalkan satu sama lain. Walaupun rumah tersebut agak besar bagi mereka yang tinggal berdua, namun tidak pula mereka berhasrat untuk menambah rakan serumah. Alasannya, sukar mencari keserasian.


KESIBUKAN di Lapangan Terbang Kuala Lumpu pagi itu langsung tidak diendahkan Aireen. Sesekali matanya dihalakan ke Balai Ketibaan KLIA yang sentiasa penuh dengan penumpang yang baru mendarat.

“Ish, mana Ariel ni. Dekat setengah jam da landed, tak keluar-keluar jugak. Ke beg dia ilang ni?”omel Aireen sendirian.

Penantiannya berakhir apabila terpandang sesusuk tubuh bersarungkan jaket berwarna hijau tua, dipadankan dengan jeans hitam berpotongan lurus.

“Ariel!”jeritnya, girang.

Mendengar sahaja namanya disebut, Ariel segera melangkah menuju ke arah Aireen. Tangan Aireen digenggam erat menzahirkan kerinduan yang terbuku di hatinya.

“Lama sayang tunggu? Sorryla sayang, I tak jumpa luggage I tadi.”

‘Aku da agak da.”bisik Aireen, faham benar dengan perangai tunangnya itu.

I miss you, Ariel.”

Serentak itu, Ariel mengucup dahinya penuh kasih. Cintanya pada tunang tersayang hanya mampu dizahirkan dalam bentuk yang tidak lebih dari itu, walaupun dia sebenarnya amat ingin melakukan lebih dari itu. Namun norma dan adat menjadi batasan buatnya.

“Ril! Kenapa tak tunggu I?”

Satu suara halus yang tiba-tiba merencatkan kerinduan yang tadinya berputik dan berbunga-bunga mekar di hati Aireen. Segera dia berpaling ke arah yang empunya suara.

Seorang gadis bertubuh kurus, tinggi dan berpakaian seksi berada di hadapannya. Kulitnya yang putih nampak sesuai dengan matanya yang sepet dan bibirnya yang merah menyala. Dress singkat separas peha dipadankan dengan cermin mata Chanel yang melekap di tangannya. Sedang sebelah tangan lagi menarik bagasi berwarna pink yang kelihatan agak sarat.

‘Ish, macam manala Ariel menahan setiap godaan perempuan seksi yang tergedik-gedik ni? Nak kata lawa biasa je. Nasib baiklah kulit dia ni putih. Kalau tak, mesti orang ingat badut mana terlepas dari sarkas ni.’dalam diam Aireen mengutuk gadis di hadapannya ini.

Sorry, Deela. Nampak Ryana je aku da lupa segala-galanya.”jawab Ariel sambil memeluk bahu Aireen.

Hati Aireen berbunga kembali dengan jawapan Ariel. Bunga-bunga tersebut semakin mekar mengharum apabila terlihat wajah Adeela yang kian kelat bercampur masam.

You hantar I balik kan?”tanya Adeela kemudiannya.

You balik sendirila. I pun minta Ryana datang ambil,”kata-kata Ariel membuatkan muka yang tadinya kelat-kelat masam, bertambah cerut.

Sorryla Adeela. But if you want, i can call for you a cab,”pelawa Aireen.

No, thanks.”Segera Adeela berlalu sambil menghentakkan kaki.

Aireen memeluk lengan Ariel sambil tersenyum. Dalam hatinya tertawa senang. Bunga-bunga cinta kembang mekar memenuhi ruang hatinya kini.

"So where are we going, Ryana?"

2 comments:

bidadari cinta said...

haha..api cemburu dh mbakar dalam diri Adeela tu..
sambung g...

Si Penunggu Keajaiban said...

nice story....

waiting for the next chapter...

by the way i'm new in this blogspot medium...

i also write a story.. mmm but not uploaded in my blog...

my first story already uploaded in my fs blog..

come and see it..

it will nice to share something good with someone who knows the meaning of wirtting..

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?