:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!
Showing posts with label :: aKu sKaNdaL ::. Show all posts
Showing posts with label :: aKu sKaNdaL ::. Show all posts

Friday, December 17, 2010

:: aKu sKanDaL 21 ::

Aireen terangguk-angguk. Memandang satu-satu wajah di hadapannya. Pandangannya terhenti pada wajah comel milik Balkisy.

“Kenapa awak berpisah dengan mama Balkisy?”terpacul soalan itu dari mulut Aireen.

Tisya dan Adreen berpandangan sesama sendiri. Aireen masih tidak mengerti bahasa isyarat yang diberikan kedua mereka. Dia masih memandang Adrean, meminta jawapan.

“Saya tak nampak kenapa awak patut tahu sebabnya.”

Keras jawapan yang keluar dari mulut Adrean. Tisya mengerutkan kening. Lazimnya apabila pertanyaan Aireen dibalas dengan kata-kata sinis seperti itu, pastilah temannya itu akan mula berbalah.

Peliknya, Aireen bagai tidak mengambil hati. Dia menggamit Balkisy mampir kepadanya. Balkisy yang mulanya agak malu-malu, perlahan-lahan melangkah dekat kepada Aireen.

“Nak jadi kawan auntie tak?” Aireen menghulurkan tangan kepada Balkisy.

Perlakuan Aireen itu dipandang penuh minat oleh si kembar dan Tisya. Lama berdiam, akhirnya Balkisy mengangguk. Dia tersenyum dan menyambut huluran tangan Aireen.

Aireen turut tersenyum dengan telatah Balkisy, lantas menarik Balkisy rapat dalam pelukannya. Melihat situasi yang tidak terduga itu, Adreen datang dan berlutut di hadapan Aireen. Terpinga dia melihat ada titisan air jernih mengalir di pipi Aireen. Spontan, tangannya menyapu lembut air mata itu.

“You menangis?”

Aireen memandang Adreen dengan dengan mata yang basah. Kata-kata Adreen membuatkan hatinya bertambah terusik.

“Ibu. Ibu tinggalkan saya dengan abah masa saya umur 5 tahun. Saya boleh rasa apa yang Balkisy rasa sekarang.”

Suasana menjadi sunyi. Hanya esakan halus Aireen yang kedengaran. Balkisy berbisik sesuatu di telinga Adreen, membuahkan sedikit senyum di bibirnya.

“Nanti auntie marah.”

“Tak. Papa selalu buat macam tu kat Akisy kalau Akisy sedih. Akisy tak marah pun.”

Petah anak kecil itu berbicara.

Adreen mengangguk dan menarik Aireen rapat ke dadanya. Dapat dirasakan hembusan nafas gadis, namun didiamkan. Dia memeluk Aireen, rapat. Berharap agar kesedihan yang melanda itu segera hilang. Tanpa disedari, Adrean mengalihkan pandangan ke arah lain melihatkan perlakuan adiknya.

“Apa Balkisy cakap kat you?”tanya Aireen apabila dia menjarakkan diri dengan Adreen.

“Dia cakap, Uncle Ery tak kesian ke tengok auntie tu menangis. Pergilah peluk dia, Akisy kesian la.”

Serentak itu, semua mereka tertawa. Balkisy segera berlari memeluk Adrean, menyembamkan muka di dada papanya. Aireen mencubit halus lengan Adreen, mengundang usikan bertubi-tubi daripada Tisya.

“Sebab papa selalu buat macam tu kat Akisy. Hm?”

Adrean memandang anak kesayangannya. Perlahan dia mengucup dahi anak itu. Terlalu kasih dia pada Balkisy. Dia mengangkat kepala apabila terdengar deringan telefon.

“Baik. Kami ke sana sekarang.”

“Kenapa, bro?”

Adrean mengeluh, perlahan. Namun sempat ditangkap semua yang ada di situ. Aireen menghampiri Adrean dan mengambil Balkisy dari pegangannya.

“Lepas satu, satu masalah yang datang.”

Adrean mengusap mukanya. Dia memandang satu-persatu wajah yang ada di depannya. Selanjur dia menggelengkan kepala.

“Kenapa ni, Ean?” Aireen memandang muka Adrean, meminta jawapan.

“Kita kena ke pejabat peguam sekarang. Adela dakwa Ery rogol dia.”

What??”



“You betul nak buat macam ni, Adela?”

Adela mengangguk. Dia akan pastikan Adreen takkan lepas daripadanya.

“Takkan you nak tengok je Ery rampas tunang you?”

Ariel diam. Dia juga tidak mahu Aireen terlepas daripadanya. Dia setuju untuk menolong Adela pun sebab Adela memberikan jaminan yang Aireen akan pulang ke pangkuannya.

“Tapi kenapa you nak sangat Adreen tu?”

“Sebab I tau dia boleh jamin hidup I. Masa depan I.”

Ariel mengeluh. Nampaknya dia hanya dijadikan alat oleh Adela untuk memuaskan keinginannya. Sedangkan sasaran Adela hanya Adreen seorang. Melihatkan Ariel bermuram, segera Adela merapatinya. Dia memeluk Ariel dari belakang dan berbisik di telinganya.

“You janganlah risau, okay? I tetap perlukan you. Lagipun I sebenarnya cuma nak balas dendam je pada Ery sebab malukan I tempoh hari. Kalau ikutkan, you lagi hebat berbanding dia tau.”

Tersenyum Ariel mendengar kata-kata Adela itu. 

Adela turut tersenyum apabila melihatkan Ariel kembali dapat dipengaruhinya. Ariel memang amat dia perlukan untuk melayani keinginannya, namun dia juga perlukan Adreen untuk menjamin status kewangannya.

“I sayangkan Ryana.”

Adela diam. Dia hampir melepaskan pelukannya apabila Ariel menarik tangannya.

“Tapi I perlukan you.”

Tuesday, December 14, 2010

:: aKu sKanDaL 20 ::

“Ibu!”

Ardina mengangkat kepala. Segera dia bangun meninggalkan bancuhan kuih yang diadunnya sedari tadi. Terpacul wajah Aqmal Dzikry, dengan senyuman panjang ke telinga.

“Cerianya Dzik hari ni. Ada apa-apa ke?”

Dzikry senyum, menarik tangan ibunya untuk duduk di sofa berwarna putih susu. Warna kegemaran ibu.

“Ada apa ni, Dzikry?”Ardina bertanya lagi, melihatkan anak bujangnya masih tidak berhenti tersenyum-senyum.

“Tadi Dzik jumpa akak tu.”

“Akak mana ni, Dzik?”

“Yang Dzik pernah cerita kat ibu dulu. Ala, kakak yang marah Dzik tanya dia nak panadol ke tak tu.”

Terhambur tawa Ardina mendengarnya. Memang Dzikry pernah bercerita tentang kejadian itu. Dia menepuk dahi, kesal dengan sikap pelupanya.

“Dahla bu. Jangan ketawakan Dzik banyak sangat.”

Ardina mengurut-urut dada. Dia benar-benar merasakan yang kejadian itu amat melucukan.

Okay, sorry. So Dzik dah berkenalan dengan dia lah ni?”

Dzikry mengangguk. Ada sesuatu yang membuat dia tertarik pada Aireen. Cinta? Bukanlah. Dzikry sedar, Aireen tu dah sah-sah benar lebih berusia dari dia.

“Muka dia dengan ibu, sama.”

Ardina berhenti ketawa. Dia merenung tajam anak terunanya itu.

“Betul bu. Daripada mula-mula Dzik jumpa dia lagi Dzik dah perasan. Suka tepuk-tepuk dahi pulak tu. Memang sama dengan ibu.”

“Iyelah Dzik tu. Semua perempuan yang Dzik berkenan Dzik kata sama muka macam ibu. Padahal saja nak suruh ibu jumpa dengan diorang kan?”

Merah padam muka Dzikry. Terimbas dia sebelum ini. Pernah dia mengatakan muka Sofea seiras dengan ibunya semasa dia mula-mula berkawan dengan gadis itu. Semua itu semata-mata alasannya bagi menemukan ibu dengan gadis pujaan hatinya. Namun apabila mata bertentang mata, hampir satu minggu dia ditertawakan baik oleh Sofea mahupun ibunya sendiri. Masakan tidak, Sofea yang berkulit hitam manis dan mempunyai raut wajah ala Indonesia itu disamakan dengan ibunya yang putih melepak dan berwajah Pan Asian.

“Ish, ibu ni. Kali ni betul, bu. Memang sama macam muka ibu. But no, i’m not falling in love with her.

“Yelah, ibu percaya. Lagipun, Dzik kan dah ada Sofea. Nanti merajuk pula dia kalau tahu Dzik jatuh hati kat perempuan lain, lebih tua dari dia pulak tu.”

“Ibu!”

Ardina ketawa lagi. Dia bangun ke dapur, mahu menyiapkan kerjanya yang tertangguh.

“Ibu nak kena siapkan tempahan cupcake ni. Petang ni Puan Sri Marya nak datang ambil. Untuk birthday party anak dia yang bongsu tu. By the way, siapa nama dia Dzik?”

“Nor Aireen Adryanna.”

‘Tak mungkin!’


p/s: Sekali lagi nak minta maaf sebab lewat post new n3 untuk aKu sKanDaL ni..biasalah akhir-akhir tahun macam ni sume keja kena pulun...nak kena tutup akaun b4 abes tahun...untuk yang setia menanti tu, thanks a lot~!!! 

p/s/s: azam tahun baru mungkin boleh masukkan "post new n3 cepat2"..^_^

Friday, October 8, 2010

:: aKu sKanDaL 19.1 ::

Suasana sepi sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Tisya berkeras mahu memandu sendiri, Aireen yang malas mahu bertekak hanya membiarkan segala tindakan Tisya.

Hampir 3 jam tiada sebarang bentuk bunyian di dalam kereta. Masing-masing membatu, kepala keras macam batu. Sampai satu masa, Aireen tidak tahan lagi dengan kesepian itu.

"Tisya, stop the car now!"

Hampir melompat jantung Tisya apabila Aireen tiba-tiba menjerit. Sepantas itu juga dia memberhentikan kereta di tepi jalan.

"Oi!! Kau ni, terkejut aku tau! Kalau aku sakit jantung ke tadi, agaknya dua-dua kita ni dah jadi arwah tau tak."

Tisya mengurut dadanya yang masih bergelora. Dia benar-benar terkejut dengan reaksi Aireen yang tiba-tiba itu. Aireen yang sedar kesilapannya, menepuk dahi.

"Sorry Tisya. Aku tak boleh tahan lagi kita berdua tak bercakap sepatah apa dari tadi. Aku boleh jadi gila tau."

Mereka berpandangan sesama sendiri. 

"Agaknya aku dah gila. Sebab tu aku tiba-tba menjerit."

Pecah ketawa dua sahabat itu. Masing-masing terlalu memikirkan banyak persoalan sehinggakan tidak sedar tiada sebarang perkataan yang mereka ucapkan sejak bertolak pulang dari kampung Aireen tadi.

"Memang kau dah gila. Kalau apa-apa jadi tadi macamane? Tak sampai ke mana kita tau."

"Sorry lagi sekali ok? Tapi boleh tak kau bagitahu aku kenapa kita kena cepat-cepat balik KL ni?"

Tisya mengeluh perlahan.

"It's about Abang Ean. And Balkisy."


p/s: Sorry untuk semua..n3 kali ni memang buat pendek je..aku kena recover balik semua fail e-novel aku sebab laptop kena curi aritu..so kena buat balik semua..tapi aku akan mula update balik..step by step..thanks sebab masih sabar tunggu n3 ni...XOXO

    Tuesday, March 30, 2010

    .: aKu sKanDaL 19 :.

    “Tolongla aku, Eim.”

    Dr. Imran Hadi meraup mukanya sekali lagi. Simpantinya hadir, namun kekuasaannya terbatas. Dipandang sekali lagi Balkisy yang lena di pangkuan Adreen di kerusi panjang di klinik itu.

    “Bukan aku tak nak tolong. Tapi ini dah jadi kes polis tau.”

    “Aku boleh gugurkan semua dakwaan kan? Then Jasmine will be fine.”

    “Susah Ean. Ramai orang boleh jadi saksi. Dia boleh didakwa atas bertindak membahayakan keselamatan orang awam. Hak penjagaan Balkisy mungkin boleh ditarik balik.”

    Adrean mengeluh berat. Dia sedar kemungkinan itu, tapi hatinya berat melihat Jasmine berada dalam situasi itu.

    “Ean, maybe this is the right time for us to send her there.”

    Where?”

    Come on, Ean. Aku da cakap penyakit dia boleh diubati, tapi kau kena carikan pengasuh untuk Balkisyla.”

    “Entahla Eim. Aku buntu sekarang ni.”

    Adreen yang mendengar dari tadi, bangun dan mendukung Balksiy menghampiri mereka berdua. Dia menepuk perlahan bahu abang kembarnya.

    “Betul juga kata Abg Eim tu. Ery boleh tolong jaga Balkisy.”

    “Ery nak tolong jaga Balkisy. Diri Ery sendiri pun belum terjaga, inikan nak jaga anak abang.”

    “Jangan pandang Ery sebelah mata tau. Ery confident yang Ery boleh jaga Balkisy lagi baik daripada abang tau.”

    Mereka tertawa dengan pernyataan Adreen itu. Hilang sebentar kekusutan yang menyelubungi suasana tadi. Tawa kuat mereka mengejutkan Balkisy dari tidurnya.

    “Papa.”

    Gadis cilik itu bangun, menggosok-gosok matanya. Dia memerhatikan Adrean dari pangkuan Adreen. Dia mahu turun mendapatkan Adrean sebelum Adreen menghulurkan tangan kepadanya. Dia diam sejenak, sebelum menyambut huluran tangan Adreen.

    “Eh, tak jadi datang kat papa?”

    Balkisy senyum. Dia mengucup lembut pipi Adreen sebelum turun mendapatkan papanya. Adrean memegang tangan Balkisy dan dikucup lembut.

    “Akisy sayang uncle Ery?”

    Laju dia mengangguk. Selain papa dan mamanya, dia juga amat sayangkan uncle Ery.

    “Papa sayang Akisy?”

    Adrean senyum, dan mengangguk. Walaupun baru berusia 5 tahun, Balkisy memang pandai menawan hatinya. Dia menarik Balkisy ke dalam pelukannya.

    “Balkisy nak tinggal rumah papa?”


    “AMBOI jauhnya menung. Ingat kat sape tu?”

    Teguran itu menyedarkan Aireen dari lamunan. Dia senyum, memandang ayahnya yang menatang dulang berisi pisang goreng dan kopi o kegemarannya. Ayahnya, meskipun seorang lelaki, memang pakar dalam memasak.

    “Tisya mana abah?”panjang lehernya menjengah ke dalam rumah.

    “Kat sini!”


    Pantas Aireen mengurut dada. Temannya yang seorang ini kalau sehari tak melemahkan kondisi jantungnya, macam makan ayam goreng McD tak cicah sos. Laju tangannya menepuk peha Tisya. Puas hatinya apabila Tisya mengaduh kesakitan.

    Zharif Ismail hanya menggeleng melihat perlakuan dua sahabat itu. Sejak mereka pulang, meriah betul rumah itu dengan senda-gurau mereka.

    “Abah! Ha, berangan ke? Teringatkan Mak Cik Munah Janda yang jual nasi lemak tu ye?”

    “Hisy, kamu ni. Daripada abah ingatkan Munah Janda tu baik juga ayah ingatkan Nora Danish ke, Fasha Sandha ke.”

    “Euww abah ni. Takde taste betulla. Lebih baikla Mak Cik Munah Janda tu daripada artis-artis tu semua.”

    Zharif Ismail tergelak melihat anaknya menarik muncung panjang. Agaknya kalau dibuat penyangkut baju pun boleh muat 3, 4 helai.

    “Abah kutuk Reen ye?”

    Sekali lagi tawa Zharif dan Tisya meledak. Mana orang tak kutuk kalau dah buat muka macam cencorot.

    “Abah tengok muka Aireen ni, sama sangat dengan muka ibu.”

    Aireen terdiam. Dia dapat menangkap genangan air mata di tubir mata ayahnya. Dia duduk, memeluk erat leher lelaki lebih separuh abad itu. Tisya yang berada di sebelah, turut menyeka air mata. Namun dia bergerak menjauhi dua beranak itu apabila telefonnya menjerit nyaring.

    “Dahlah. Abah bukan nak buat Reen sedih.”

    Aireen tunduk, menguis daun kering di tanah dengan hujung kakinya. Tisya yang berada agak jauh dari mereka, dipandang kosong.

    “Abah tak nak cari ibu?”

    Zharif tersenyum, hambar.

    “Bukan abah tak cuba cari, Reen. Sekarang pun abah masih mencari. Abah tau abah terlalu ikutkan perasaan abah dulu. Kalaulah abah boleh undurkan masa, abah takkan buat macam ni pada Reen, pada ibu.”

    “Abah, apa yang berlaku semuanya ada hikmah kan? Abah jugak yang selalu pesan macam tu kat Reen.”

    Zharif senyum. Mujurlah anak perempuannya ini begitu mengerti. Dia benar-benar rindukan isterinya. Peristiwa pahit itu masih sering menghantui lenanya, biarpun setelah 20 tahun ia berlalu.

    “Aireen...kita....kita...”

    Tisya tiba-tiba berlari mendapatkan Aireen.

    “Kau ni kenapa? Cuba tarik nafas dalam-dalam. Lepas tu bagitau aku.”
    Aireen dan Zharif sama-sama menumpukan perhatian kepada apa yang bakal keluar dari mulut Tisya.

    “Kita kena balik KL sekarang!”

    Tuesday, March 23, 2010

    .: aKu sKanDaL 18 :.

    'Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.'

    Adreen mengeluh. Sudah masuk kali ke lima puluh lapan dia mendail nombor telefon Aireen, namun masih disambut oleh mesin yang setia mengulang ayat yang sama.

    'Hai, manalah si Aireen ni pergi. Sekejap je dah tak dapat dikesan oleh radar,"

    Sedar yang dia tidak mungkin dapat menjejaki Aireen dalam masa terdekat, Adreen kembali melangkah ke ara bangunan NusaDesign Sdn. Bhd. Langkahnya terhenti apabila terpandang kelibat Adrean bersama seorang wanita jelita. Malah wanita itu sepertinya sangat mesra dengan Adrean.

    "Jasmine?"


    "Kita nak makan kat mana ni Ean?"

    "Terpulang pada you, tapi I belanja."

    Jasmine tersenyum, menampakkan barisan gigi yang putih menawan. Wajah cantiknya kelihatan berseri, mungkin kerana kehadiran Adrean tika itu.

    "I rasa nak makan western la."

    Adrean mengangguk, dan mereka beriringan ke Sooka Sentral yang terletak berhampiran dengan bangunan NusaDesign Sdn. Bhd. Jasmine memaut mesra lengan Adrean. Pada mulanya dia menolak, namun apabila Jasmine masih tidak mahu melepaskan pautannya, Adrean mengalah.

    Mereka makan di Centro, Sooka Sentral. Sambil makan Jasmine asyik bercerita tentang Balkisy. Adrean hanya mendengar sambil tersenyum, jarang sekali mencelah. Terbayang keletah manja Balkisy, satu-satunya anak yang sangat dia sayangi. Satu-satunya anak bersama bekas isterinya, Jasmine.

    "I ingat nak balik Jerman."

    Suapan Adrean terhenti. Dia memandang Jasmine yang masih tersenyum.

    "Why so sudden?"

    "Well, it's just come across my mind. I rasa rindu sangat dengan Jerman, and i was thinking to start a new life there."

    "Balkisy?"

    "For sure dia akan ikut I."

    Adrean melepaskan keluhan. Sudu garfu yang dipegang tadi diletakkan di sisi pinggan.

    "Min, untuk apa you balik sana? Family you bukannya ada lagi kat sana."

    Air muka Jasmine berubah. Teringat kemalangan yang meragut nyawa semua ahli keluarganya. Teringat yang dia suda tidak punya sesiapa melainkan Adrean. Dan Balkisy.

    "Min, listen here. My friend suggest this place, where you can be cure."

    "No! I tak sakit, kenapa I nak kena pergi mana-mana?"

    Reaksi itu telah diduga oleh Adrean. Melihat Jasmine mulai mengongoi, dia cuba menenangkan keadaan.

    "Okay, fine. But can we just go there and take a look?" masih mahu mencuba, Adrean membuat cadangan.

    "Shut up! You, go away from me!"

    Jasmine mulai mengamuk macam orang gila. Habis berterabur semua yang ada di atas meja, menyebabkan beberapa pelanggan di meja berhampiran bangun menjauhkan diri.

    "Jasmine, calm down please."

    Usaha Adrean itu hanya sia-sia apabila Jasmine tidak lagi mampu berfikir ataupun bertidak secara rasional. Suasana menjadi kecoh apabila Jasmine melemparkan pasu kecil di atas meja ke arah Adrean.

    "Abang!"

    Pantas Adreen meluru ke arah Adrean yang tersandar di dinding. Dahinya yang berdarah ditekup dengan telapak tangan. Beberapa pengunjung cuba memegang Jasmine, namun Jasmine bertindak meloloskan diri dan menerpa ke arah Adrean.

    "Ean, I minta maaf."

    Jasmine mendekati Adrean dan memegang dahinya. Dia menangis tersedu-sedu sebelum menoleh ke arah Adreen.

    "You okay kan, Ean. Tadi I nampak kepala you berdarah. I ingat I dah sakiti you dalam I tak sedar. No, I tak sakit. Tak mungkin I akan cederakan you kan?"

    Adreen kaku, hanya membiarkan Jasmine memeluk dirinya. Adrean memandang bekas isterinya yang kini berada dalam pelukan Adreen. Dia meraup muka berkali-kali, menahan air matanya daripada tumpah. Perlahan dia mengeluarkan telefon bimbit.

    "Hello. Eim, I need your help."


    Wednesday, February 24, 2010

    .: aKu sKanDaL 17 :.

    "Ery, apa mimpi tiba-tiba datang office hari ni?"

    Nik Adreen masih tidak berganjak dari sofa yang didudukinya. Pertanyaan abangnya dibiarkan berlalu.

    "Abang kata nak minta Ery kerja kat sini, tapi bila Ery datang abang halau pulak."

    Adrean mengangkat muka, bagai tidak percaya dengan baris kata yang keluar dari mulut kembarnya itu. Dia bangun dan duduk di sebelah Adreen.

    "Abng tak salah dengar kan?"

    Adreen menggeleng, mengundang senyum di bibir Adrean.

    "But with one condition."

    "Dengan abang pun nak berkira ke? Ok, apa syaratnya."

    "Ery nak kerja satu department dengan Aireen."

    "What? No. Abang tak setuju."

    "Kenapa?"

    "Abang dah decide nak letak Ery under designing. Lagipun sia-sialah engineering degree Ery kalau tiba-tiba abang masukkan Ery under PR."

    Adreen mengeluh, hampa.

    "Kenapa pula? Inikan company kita, takkan Ery tak boleh pilih jawatan yang Ery suka?"

    Adrean segera menekup mulut Adreen. Meronta-ronta Adreen akibat kekurangan oksigen.

    "Apa ni, nak rogol bunuh Ery ke?"tanya Adreen sambil tercungap-cungap, memenuhkan semula tangki oksigen yang tinggal suku.

    "Memang company ni kita punya, tapi tak ramai pekerja kat sini yang tau. Cuma pengurusan atasan je yang tau."

    Adreen mencebik. Abangnya terlalu merendah diri. Daripada menjawat jawatan Pengarah Urusan, dia lebih selesa menjadi Pengurus Pemasaran. 

    "Dan sebab ini company kitalah abang nak pastikan kemahiran kita digunakan sepenuhnya. Kalau rugi nanti, kita sendiri yang susah, Ery."

    "Fine."

    Akhirnya Adreen akur dengan keputusan abangnya. Dia tidak kisah ditempatkan di mana-mana bahagian, asalkan dapat melihat Aireen. Mengingatkan Aireen, dia memanjangkan leher ke luar. Adrean yang menyedari perlakuannya hanya menggeleng.

    "Cari Aireen ke?"

    "Yela, siapa lagi."

    Adrean tergelak dengan jawapan Adreen itu. Malas mahu melayan perangai adiknya itu, dia kembali menyambung kerja yang terhenti tadi.

    Tit..Tit...

    Telefon Blackberry diambil, terdapat tanda mesej masuk di skrinnya. Selesai membacanya, Adrean tersenyum nipis.

    "Give up jela Ery."

    "Come on, Bro. Abang tau kan Ery tak mungkin give up."

    "Aireen tak masuk office petang ni. Nampaknya memang Ery kena give up la kali ni."

    "Dia ada hal ke? Hal apa?"

    "Ish, mana boleh beritau. Ini rahsia antara abang dengan dia je."

    Sekali lagi Adrean tergelak melihat Adreen yang semakin tidak keruan.

    "Esok jela Ery start kerja bang."

    Tercengang Adrean apabila Adreen buru-buru keluar dari biliknya. Tidak disangka begitu kuat sekali tarikan magnet kutub selatan dalam diri Aireen membuatkan adiknya terus mengejar apabila kutub utara semakin jauh. Dia tersenyum lagi apabila terdengar pintu biliknya dibuka.

    "Dah jadi start kerja hari ni ke Ery?" 

    "Ean."

    Senyumannya mati. Dia amat kenal dengan suara itu, apalagi dengan pemiliknya.



    'Kahwin? Ingat aku ni apa?'

    Dalam melangkah sempat lagi Aireen merungut. Mulanya dia mahu menaiki tren untuk pulang ke rumah, namun dibatalkan niatnya. Dia mengambil teksi untuk sampai ke rumah lebih awal.

    "I tak nak kita kahwin dalam keadaan macam ni."

    Kata-katanya tadi betul-betul mengubah rupa Ariel. Sengaja Ariel mereka cerita untuk membuatkan Aireen menjauhkan diri daripada Adreen, namun Aireen belum juga mahu menerima lamarannya.

    "Tapi sayang.."

    "And stop calling me sayang. Tolonglah Ariel, jangan kusutkan fikiran I."

    Habis ayat itu, Aireen terus melangkah meninggalkan Ariel di situ. Fikirannya benar-benar serabut. Akhirnya dia memutuskan untuk meminta cuti. Telefon bimbitya terus dimatikan, tidak mahu lagi diganggu.

    Sampai di rumah, Tisya yang sedang duduk menonton televisyen membuat riak terkejut. Selalunya habis waktu bekerja pun Aireen masih belum pulang, apa lagi sekarang waktu bekerja pun belum habis.

    "Apsal kau balik? Tertinggal barang ke?"

    "Tisya, kau cuti sampai hujung minggu ni kan?"

    Tisya mengangguk, tangannya masih memegang cip kentang yang tidak sempat dimasukkan ke dalam mulut.

    "Jom ikut aku."

    "Pergi mana?"

    Aireen mengambil cip kentang di tangan Tisya dan memasukkan ke dalam mulut.

    "Balik kampung!"

    Friday, January 15, 2010

    .: aKu sKanDaL 16 :.

    Aireen menguap lagi. Entah kali keberapa pun dia tak ingat. Semuanya gara-gara Adreen yang menelefonnya awal-awal pagi dan mengajaknya bersembang. Mendengar suara Adreen yang bagai tertekan, Aireen terpaksa melayan walaupun kantuknya masih tebal.

    "Amboi. Bape ekor lalat yang dah terkorban dalam lubang gelap awak tu?"

    Satu sergahan membuatkan rasa mengantuk Aireen hilang entah ke mana. Dia mengurut dada, Persis yang makcik-makcik  lakukan ketika terkejut. Dilihatnya Adrean berdiri dengan fail yang penuh di tangan.

    "Ean..eh...Encik Nik. Ada apa yang boleh saya tolong?"

    "Kalau awak tak boleh tolong, takdelah saya datang cari awak."

    Adrean melambakkan semua fail yang dipegangnya tadi ke atas meja Aireen. Dia duduk berhadapan dengan Aireen.

    "Saya nak awak siapkan laporan ringkas mengenai semua si kandungan fail ni untuk saya."

    "Semua ni?"tanya Aireen membesarkan kedua belah matanya. Dia hanya mampu menepuk dahi apabila melihat Adrean mengangguk.

    "Tak cukup? Saya boleh tambah."

    "No! Lebih dari cukup dah ni. Thanks."cepat-cepat Aireen menggeleng.

    "Okay, selamat bekerja."ujar Adrean sambil bangun dan  melangkah untuk keluar.

    "Oh ya. Saya nak report tu by Friday. Lagi satu, jangan lupa kemas luggage awak siap-siap sebelum hari Jumaat."

    Aireen hanya mengangguk tanpa mengangkat muka. Tangannya ligat membuka  satu-persatu fail yang melambak di mejanya.

    'Haih..semua nak kena buat sebelum Jumaat. Banyak fail ni, luggage lagi.'

    Tangan yang tadinya macam lipas kudung, berhenti secara automatik. Otaknya mengambil alih dan mula ligat berfikir.

    'Luggage?'

    Dahinya menjadi mangsa sekali lagi apabila Adrean telah keluar dari biliknya. Silap betul tak tanya apa kena-mengena report ni dengan luggage?


    "Ops, sorry! Saya tak sengaja."

    Semerbak bau kopi menerawang dalam restoran Warung Kita di Stesen Sentral Kuala Lumpur pagi itu. Muka Aireen mulai merona merah, nampak berbeza sekali dengan kemeja putih yang telah bertambah corak dengan tompokan kopi hitam yang pekat lagi likat itu.

    "Minta maaf, kak. Saya memang tak perasan akak tadi."Beria-ia lelaki itu memunta maaf daripada Aireen.

    Sosek-sosek pengunjung yang lain mula menerjah telinga Aireen. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum mengangkat muka.

    "Eh, Prince Charming."

    "Excuse me?"

    Pantas Aireen menekup mulutnya dengan tangan. Lelaki yang pernah ditemuinya dalam tren semasa hari pertama dia melapor diri, kini berdiri d hadapannya. Dan wajahnya pula, benar-benar mirip Prince Charming dari dalam mimpinya.

    "Minta maaf kak. Saya tak nampak akak tadi."

    "Takpela. Nak buat macam mana kan? Saya pun tak tengok kiri-kanan tadi."balas Aireen sambil mengesat bajunya dengan tisu. Baju putih yang tadi cuma bercorak tompok-tompok hitam kini bertambah corak garis-garis hitam pula.

    "Saya belikan akak baju baru? Kat belakang ni ada butik."

    "Eh, tak payahlah."

    "I'm insists.  Lagipun takkan akak nak masuk ofis pakai baju macam ni?"

    Betul juga kata dia. Akhirnya Aireen menurut juga langkah Prince Charming itu ke sebuah butik. Selesai menukar baju, dia mengucapkan terima kasih. Mereka berbual-bual sambil minum bersama.

    "Nama saya Dzikry. Akmal Dzikry."

    "Noor Aireen Adryanna. Panggil Aireen je."

    Akmal Dzikry merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Tenaga Nasional. Sedang menjalani latihan praktikal di MRCB di tingkat 4 bangunan Stesen Sentral Kuala Lumpur. Latar belakang yang agak serupa membuatkan mereka cepat mesra.

    "Saya tinggal dengan ibu sekarang kak. Itulah satu-satunya saudara saya."

    Aireen senyum, mengangguk.

    "Akak pulak duduk dengan kawan, menyewa. Ayah ada lagi, tapi ibu.. Erm, masih mencari."

    "Masih mencari? Ayah akak nak kawen lagi?"

    Terbit ketawa Aireen dengan pertanyaan Dzikry itu. Dia menggelengkan kepala.

    "Taklah. Ibu pernah tinggalkan kami, tapi akak tau. Ibu masih sayangkan kami. Sebab itulah akak masih dan terus mencari."

    "Ayah saya pulak dah buang kami dari hidupnya. Ibu tak pernah merungut tapi saya tau macam mana sengsaranya ibu. Sebab itulah saya sumpah, saya takkan cari dia. Saya benci dia!"

    Aireen diam. Lama, dia mengeluh. Simpati dengan apa yang jadi pada Dzikry, namun tidak mahu meluahkan sebarang kata-kata pun untuk mengulas. Dia nampak garis benci di wajah Dzikry apabila dia menyebut tentang bapanya.

    "Ryana!"

    Ariel berdiri di sebelah meja mereka, merenung tajam ke arah Dzikry yang kelihatan mesra dengan tunangannya itu.

    "Ariel, meet my brother. Dzikry."

    Dzikry tersenyum dan menghulurkan tangan sebelum meminta diri untuk pulang ke pejabat. Ariel duduk di kerusi Dzikry dan mempamerkan muka yang lebih masam daripada cuka.

    "I tak tau You ada adik?"

    "Banyak yang You tak tau pasal I."pintas Aireen, mahu bangun meninggalkan tempat itu.

    "Ryana."pergelangan tangan Aireen digenggam, menghalangnya untuk berjalan.

    "Adreen ada call You semalam?"

    Suara Ariel yang sedikit tinggi mengejutkan Aireen. Dia mengurut dadanya perlahan, meredakan degupan jantung yang mulai kencang.

    "Kenapa dengan you ni Ariel? You datang sini tiba-tiba sebab nak bergaduh dengan I ke?"

    "Susah sangat ke nak jawab soalan tu?"

    "Yes. Ery memang ada call I. Bukan semalam, tapi pagi tadi. Why?"

    Ariel menguatkan genggaman di tangan Aireen. Dia berasa marah apabila mendapat tahu yang Adreen ada menelefon tunangnya itu, namun dalam masa yang sama berasa takut sekiranya Adreen memberitahu Aireen perkara sebenar.

    Aireen cuba melepaskan pegangan tangan Ariel yang kejap di pergelangannya. Dia seolah-olah tidak kenal siapa Ariel di hadapannya kini. Dahulu, Ariel tidak pernah meninggikan suara terhadapnya, apatah lagi menyakitinya. Cuma belakangan ini hubungan mereka menjadi dingin.

    "Kenapa tiba-tiba je You tanya pasal Ery?"

    "Ery? And now you're calling him Ery instead of Adreen."

    "What's the matter with You?"

    "Apa dia cakap pada You?"

    "Nothing. Just ajak I berbual sebab fikiran tengah berserabut katanya. Have some problems with his girlfriend, maybe?"

    Lambat-lambat Ariel melepaskan genggaman tangannya. Mungkin Adreen masih belum membuka mulut mengenai apa yang berlaku malam tadi.

    "Dia ada cakap apa-apa pasal I?"

    Melihat Aireen mengangkat kening, dia menepuk dahi. Sedar dia tidak sepatutnya memulakan sesi memberi penjelasan.

    "Kenapa dia nak cakap apa-apa pasal You?"Aireen mengecilkan mata, memandang tajam tunangnya itu.

    Ariel pula resah, menjadi serba-salah. Dia memalingkan muka sejenak, sebelum kembali menatap wajah Aireen.

    "I jumpa dia kat rumah Adela semalam."

    Aireen diam, memaksa Ariel meneruskan sesi penipuan untuk menyelamatkan diri. Dan yang paling penting untuk memastikan Aireen tidak terlepas dari tangannya.

    "Adela minta I ambil dokumen projek kat rumah dia, tapi bila I sampai sana I nampak Adreen ada kat situ. You tau kan apa yang diorang buat bila berdua-duaan macam tu. Tengah-tengah malam pulak tu."

    Aireen masih diam, namun dia tidak terkejut. Cuma sedikit terkilan kerana Adreen pernah memberitahu yang dia tidak lagi berjumpa dengan Adela.

    "So, apa kena-mengena semua tu dengan panggilan dia untuk I?"

    "Sebab I cakap yang I akan bagitau You siapa sebenarnya Nik Adreen."

    Aireen menghela nafas.

    "Ariel, I kenal siapa Ery. Dan I tau perangai dia macam mana. So, even you're telling me this now or then, I tak terkejut. That's him, and I know it."

    "Sebab tu I tak suka You rapat dengan dia. Bukan salah I kan kalau I ada prasangka pada hubungan You berdua, sebab we both know Adreen!"

    "Fine! We both know Ery. Tapi tak semestinya bila I rapat dengan dia, I akan jadi macam dia. You masih anggap I macam tu, mana I tak marah."

    Ariel diam, merasa sedikit terpukul dengan kata-kata Aireen. Dia mahu menarik tangan Aireen, namun gadis itu terlebih dahulu menyilangkan tangannya.

    "Tapi Ryana, terang-terang Adreen tu bukan lelaki yang baik."Ariel masih mahu mencuba untuk memprovok Aireen daripada terus berdiri di pihak Adreen.

    "Maybe. Sebab tula dia ada kat rumah Adela tengah-tengah malam. Tapi You? Ambil dokumen tengah-tengah malam? I bukan budak-budak okey. Kenapa tak selesaikan hal kerja kat pejabat je?"

    Ariel diam. Dalam hati mengutuk kebodohan diri sendiri yang kini menjerat.

    "Ryana, kita kahwin?"

    Wednesday, December 2, 2009

    .: aKu sKanDaL 15:.


    “Hai Ariel. Seorang je?”

    Teguran Adela tidak dijawab oleh Ariel. Dia masih diam, merenung gelas berisi lemonade yang kini tinggal separuh.

    “Ariel, kenapa ni? You ada problem?”Adela memaut manja lengan Ariel.

    “Adela, please. I tengah kusut ni.”Ariel menolak pelukan Adela.

    “Ariel, I know that you’re having problems. Come with me, I bawak You pergi satu tempat yang boleh hilangkan kekusutan You tu.”pujuk Adela, menarik lembut lengan Ariel.

    Ariel yang pada mulanya menolak, akhirnya akur apabila Adela mula memainkan peranannya sebagai penggoda yang berjaya.


    “Eh, ni kan rumah You?”tanya Ariel apabila mereka akhirnya tiba di perkarangan sebuah banglo dua tingkat.

    Yes, my house. Biar I buatkan You air, so You boleh rasa okay sikit.”

    Mereka beriringan masuk ke banglo yang dihias cantik itu. Adela sengaja menggunakan kekusutan Ariel untuk mengajaknya datang. Dia tahu, Ariel tidak akan dapat dimiliki sekiranya berada dalam keadaan waras.

    You belum makan lagi kan? Apa kata You mandi dulu sebelum I sediakan makan malam. Mandian aromaterapi biasanya dapat meredakan masalah I. You cubalah.”

    Okay, tapi You ni pandai ke memasak?”

    You’ll know.”Adela mengenyitkan mata, mengundang senyum di bibir Ariel.

    Ariel naik ke tingkat atas, terus ke bilik air. Dia terus merehatkan diri di dalam tab mandi yang memang sedia berbau lavender. Mindanya masih memikirkan Aireen buat beberapa ketika sebelum dia memejamkan mata perlahan-lahan. Dia tersedar apabila terdengar suara Adela memanggilnya turun.

    “Wah, sedapnya bau. You masak apa?”

    Ariel kini hanya memakai bath robe berwarna merah tua, melangkah turun ke meja makan. Dia duduk apabila Adela menarikkan kerusi untuknya. Meja yang dihias cantik dan dinyalakan beberapa batang lilin membuatkan Ariel sedikit terpegun dengan cara Adela melayaninya.

    Roasted chicken with lime sauce.”Adela meletakkan pinggan di hadapan Ariel.

    Ariel menelan liurnya. Teruja dengan hidangan lazat yang dihidangkan Adela, dan lebih teruja lagi melihat Adela yang kini hanya memakai gaun satin berwarna merah. Hilang bayangan Aireen dari fikirannya.

    “Kenapa Ariel? You tak suka masakan I?”sengaja Adela bertanya.

    “Takdelah. It’s just..You..You look so beautiful tonight.”

    “Ada-ada jela You ni. Makanlah, nanti dah sejuk tak sedap.”

    Adela sengaja memasang perangkap. Telah terlalu lama dia mahukan Ariel, hatinya sakit setiap kali melihat Ariel bergandingan mesra bersama Aireen. Padanya dirinya terlalu jauh lebih layak untuk memiliki Ariel dibandingkan dengan Aireen. Dia tersenyum puas apabila Ariel tidak henti-henti memuji kesedapan masakannya dan pastilah, kecantikannya malam itu.

    Thanks for the dinner. It’s was amazing.”

    “Reda dah masalah You?”

    Ariel yang baru melabuhkan punggung di sofa, menghela nafas. Memang dia terlupa langsung apa yang memberatkan kepalanya tadi.

    “Jangan beratkan fikiran You lagi, okay?”

    Thanks Adela, for trying to help me clear up my mind.”dia memegang lembut tangan Adela di lengannya.

    It’s ok. Mari I tolong picitkan bahu You.”

    Ariel tidak menolak sedikit pun pelawaan Adela itu. Jari-jari lembut Adela yang menari di bahu dan lehernya membuatkan dia hampir lupa siapa dirinya. Akhirnya jari-jemari itu ditarik dan dibawa ke bibirnya, lama. Layanan Adela benar-benar membuatkan dia lupa pada Aireen, tunangnya.

    “Ariel, I Cuma nak tolong You lupakan masalah You je.”Adela pura-pura menolak kelakuan Ariel itu.

    Ariel tidak lagi mendengar apa yang dikatakan oleh Adela. Dia merangkul tubuh langsing Adela rapat ke dadanya. Adela yang mulanya menolak badan Ariel rapat padanya, kini membalas pelukan Ariel. Bibir Ariel mula merayap, lalu bertaut lama di bibir Adela. Ariel kini benar-benar lupa hubungannya dengan Adela. Kehangatan nafas Adela di telinganya kini menghalang akal logiknya bersuara.

    No Ariel. Please stop!”

    Bagai terkena gencatan elektrik, Ariel terpana. Tidak sedar bagaimana mereka kini boleh berada dalam bilik tidur utama. Dia melihat Adela di hadapannya yang memandangnya dalam-dalam.

    “Adela, I’m sorry. I never mean to..”

    “Rileks Ariel. Calm down okay? I minta maaf, mungkin I layan You terlalu baik sampai kita tak sedar

    Ariel menggeleng, merebahkan badan atas katil milik Adela. Dia menarik Adela agar berbaring di sebelahnya. Menyedari perangkapnya mengena, Adela tersenyum nipis.
    I tau You tak berniat untuk menduakan tunang You kan? I tau You sayang dia lebih dari segalanya Ariel. Tapi I, I cuma nak You happy.”

    Ariel merengus, mendengar nama Aireen disebut membuatkan hatinya bengkak. Dia terus menutup mulut Adela dengan tangannya.

    Please, I tak nak dengar nama dia sekarang.”

    Adela mengangguk. Dia memandang Ariel yang sedang berperang dengan persaannya sendiri. Sengaja dia menyuruh Ariel berhenti, ingin melihat sejauh mana Ariel menginginkannya malam ini. Dia tersenyum lagi.

    I wish that You are her.”

    Bisikan Ariel di telinga Adela membuatkan senyumannya bertambah lebar. Dia mengucup dada dan leher yang terdedah. Pangkal leher Ariel juga dikucup perlahan, membuatkan Ariel mengeluh. Ariel kini kembali memeluk Adela, dia benar-benar mahukan perempuan yang mampu mengisi kekosongan jiwanya kini.

    “Ariel, you really wanna do this?”tanya Adela.

    Ariel mengangguk, lalu mereka kembali berpelukan dan bayangan Aireen berkecai dalam kesamaran malam itu.


    I hope she’ll love this suprise.’ Senyuman Adreen melebar.

    Perlahan-lahan dia membuka pintu rumah banglo dua tingkat itu. Memang kunci pendua banglo itu ada dalam simpanannya bagi memudahkan dia datang. Hampir sebulan dia tidak ke sini, membuatkan dia ingin memberikan kejutan kepada tuan rumah itu.

    Pantas dia melangkah naik ke bilik tidur utama. Sempat dia mencium jambangan mawar merah di tangannya. Berhati-hati dia membuka pintu bilik tersebut. Langkahnya terhenti apabila kakinya terpijak sesuatu.

    Her night dress. What was she thinking?’akal jahatnya mula meraja.

    Namun akalnya tergencat apabila kakinya sekali lagi terpijak sesuatu.

    Bath robe? I don’t think that she’s wearing both at the same time.’pantas Adreen mencari suis lampu dan memetiknya.

    Di hadapannya kini seorang lelaki dan wanita terpisat-pisat bangun apabila bilik itu diterangi cahaya. Mata Adreen membesar apabila terlihat orang-orang yang dia kenal di situ, bersama di atas satu katil.

    “Ery! Apa You buat kat sini?”

    Pantas Adela bangun, membalut tubuhnya dengan selimut. Tidak mengendahkan soalan Adela, Adreen melangkah ke arah Ariel.

    “Apa kau buat kat sini?”Ariel terdiam apabila bertentang mata dengan Adreen.

    “Ery, wait. I can explain.”

    Don’t touch me!”Adreen menolak Adela jauh daripadanya dan menghampiri Ariel yang masih terpaku.

    “Kau cakap macam-macam kat tunang kau, tapi kau tak sedar kau yang bergelumang dosa dengan perempuan ni.”bentak Adreen menumbuk kuat muka Ariel.

    Sekilas wajah Aireen menerpa minda Ariel. Dia meraup muka, kesal dan sakit akibat ditumbuk oleh Adreen.

    “Habis kau buat apa kat sini? Bukan nak bergelumang dosa dengan perempuan ni?”

    Giliran Ariel pula bersuara, membuatkan Adreen sedikit tersentak.

    “Memang, tapi sekurang-kurangnya aku tak curang pada tunang aku. Apa lagi menuduh dia yang bukan-bukan.”

    “Kau!”Ariel mengepal penumbuknya, yang bila-bila masa saja akan singgah di muka Adreen.

    But I’m telling you what. Kau boleh angkut terus perempuan ni sebab aku takkan jumpa dia lagi. And Aireen, aku akan pastikan dia tinggalkan kau dan jadi milik aku.”

    “Ery, apa you cakap ni?”

    “Jangan harap korang boleh main-mainkan hidup kami.”

    Adreen melangkah keluar, meninggalkan Adela dan Ariel dalam marah yang teramat sangat. Sempat dia campakkan kunci rumah itu di kaki Adela, sumpah dia tidak akan menjejakkan kaki ke situ lagi.

    Keretanya dipandu laju. Mahu meninggalkan semua kekusutan itu daripada terus membebankan fikirannya. Dia berhenti di hadapan Menara Berkembar Petronas, mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mendail nombor yang kian sering didailnya kebelakangan ini.

    “Hello,” suara serak basah yang nyata malas menjawab panggilan itu.

    “Hello Aireen.”

    Wednesday, November 4, 2009

    .: aKu sKanDaL 14:.

    “Ma, kami nak kahwin!” tegas suara Ariel, mengejutkan semua yang ada.

    Aireen masih tunduk. Semuanya gara-gara kejadian minggu lepas yang membuatkan hidupnya huru-hara. Adreen mahu membuat laporan polis, mendakwa Ariel yang telah melebamkan mata kanannya. Namun campurtangan Adrean berupaya menyelamatkan keadaan.

    “Kenapa dengan Boy ni? Hari tu Boy juga yang beria-ia nak tangguhkan perkahwinan kamu. Sekarang jadi macam ni pula,”bantah mama Ariel.

    “Ma, kalau Ryana tak menggatal dengan jantan lain takdela Boy nak buat keputusan tergesa-gesa macam ni!”

    Kata-kata itu membuatkan hati Aireen menjadi panas. Cepat-cepat dia berdiri menghadap Ariel. Sengaja dibesarkan matanya, melihatkan ketidakpuasan hati.

    What? You nak cakap I merepek? I nampak dengan mata I sendiri, Ryana. Sebab tu juga I nak perkahwinan kita dilangsungkan.”

    “Kalau itu sebab you nak kita kahwin, no! I tak nak!”

    “Kenapa? I tunang You, memang sepatutnya kita kahwin. Atau sepanjang I takde kat sini, You dengan jantan tu dah...”

    Pang!

    Pertengkaran yang tadinya memonopoli suasana, diganti dengan senyap-sunyi kini. Aireen menggosok tangannya yang perit. Sungguh, dia sendiri tak menyangka akan bertindak begitu. Tapi Ariel dirasakan sudah melampau. Penghinaan itu benar-benar melukakan hati Aireen.

    I takkan kahwin dengan You selagi tanggapan buruk tu ada dalam diri You.”



    “Aireen, ambilkan aku air.”

    Lamunan Aireen mati mendengar suara Tisya. Dia menyambut gelas di tangan Tisya dan bangun mengambil air.

    “Kenapa ni? Datang lawat aku macam aku nak mati esok.” Tisya merungut sambil meletakkan gelas di sisi katil. Sudahla dia sakit, muka Aireen yang berkerut macam jeruk terlebih cuka membuatkan kesihatannya merosot lagi 28%.

    “Aku bergaduh dengan Ariel.”perlahan Aireen bersuara.

    “Pasal Ery?”

    Aireen memandang Tisya, hairan. Namun seketika sahaja kerana dia tahu bagaimana rapatnya hubungan dua sepupu itu. Aireen mengeluh, dan mengangguk.

    Sorry on behalf of him, Aireen. Ery memang macam tu. Sangat berbeza dengan Abg Ean walaupun mereka tu kembar seiras.”

    Aireen mengangguk, mengiakan kata-kata Tisya. Walaupun dia sedikit menyalahkan Adreen, namun hatinya lebih bengkak dengan kata-kata Airel malam itu.

    “Erm, speaking of that devil, mana dia? Selalu ada je dia terpacak kat sini?”

    “Dekat seminggu dah dia tak datang. Takde pula dia bagitahu dia nak pergi mana. Last dia datang bagitahu pasal dia bertumbuk dengan Ariel malam dia hantar kau balik tu.”

    “Encik Nik pun dah lama aku tak nampak kat office.”

    Tisya mengangguk, mungkin memikirkan sesuatu.

    “Tisya.”

    Aireen teragak-agak mahu bertanya atau tidak. Tisya yang melihat Aireen terkial-kial membuka mulut, melontarkan soalan.

    “Kau nak tanya pasal siapa? Ery ke Abg Ean?”

    ‘Eh, Tisya ni. Macam tau-tau je apa yang aku fikir.’

    “Encik..er..Ean,”lambat-lambat dia menggunakan nama Ean berbanding Encik Nik.

    “Aku ingatkan kau akan lebih berminat kat Ery, tapi rupanya Abg Ean lebih menarik perhatian kau.”

    Kata-kata Tisya itu disambut dengan serangan sepit ketam oleh Aireen, membuatkan suasana yang tadi suram menjadi riuh dengan ketawa mereka berdua.

    “Sebelum tu aku nak tanya, kenapa kau panggil dia Abg sedangkan dia dengan Ery tu sama umur?”nampaknya lidah Aireen semakin fasih membahasakan nama panggilan si kembar.

    “Aku memang rapat dengan diorang sejak kecil lagi. Abg Ean dah jadi macam abang aku sendiri. Dia terlalu menjaga aku ngan Ery. Malah lebih baik daripada macam mana papa dan mama aku jaga aku, Aireen.”

    Aireen dapat menangkap genangan air mata di tubir mata Tisya. Segera dia memeluk bahu teman kesayangannya itu.

    “Kau tengoklah sendiri. Dekat sebulan aku kat sini, siapa yang datang lawat aku selain kau, Ery dan Abg Ean?”

    “Kau juga yang cakap tak nak mama dan papa kau datang melawat?”

    “Sebab aku tau, kalau aku harap diorang datang pun, diorang takkan datang!”

    Aireen mengeratkan pelukannya. Dapat dirasakan Tisya membalas erat pelukannya. Air mata mereka bersatu.

    “Ops, am I disturbing, ladies?”

    Suara Ery menyedarkan dua sahabat itu daripada terus hanyut dibuai emosi. Cepat-cepat Aireen mengesat air matanya dengan belakang tapak tangan.

    Sorry Princess. Lama Ery tak datang sini,”kata Ery seraya mengucup lembut dahi Tisya.

    It’s ok. Ery ada hal kan?” Tisya memegang lembut tangan Adreen.

    Adreen mengambil tempat di sebelah Aireen. Aireen masih diam membatu. Memang selama Tisya di hospital, dia dapat melihat betapa Adrean dan Adreen begitu mengambil berat mengenainya.

    “Aireen, you okay?”

    Pertanyaan Adreen memancung lamunannya.

    Okay. Kenapa, saya nampak macam ada masalah ke?”

    Adreen tersenyum, manis. Sewaktu pertama bertemu gadis ini, hati dan nafsunya tertarik. Namun setelah mengenalinya, dia semakin menghormatinya.

    I’m talking about that guy. The one who call you Ryana.” Pertanyaan itu mengubah mood Aireen.

    “Ariel? Pasal malam tu ke?"tanya Tisya yang blur.

    “Yelah. Aku bergaduh dengan dia, sebab aku dengan Ery...”

    Belum sempat Aireen menghabiskan ayat, Adreen menyampuk tak sabar-sabar.

    You bergaduh dengan dia sebab I? Pasal apa lagi?”

    “Bukan sebab you sebenarnya, Ery. Tapi dia tu yang buruk sangka dengan I. Dia kata I macam-macam, and I can’t accept it.”

    Keluar segala cerita yang berlaku lewat malam itu. Muka Tisya dan Adreen kelihatan merah padam, menahan marah namun tidak mahu memanjangkan perkara itu.

    “Dia tak patut buat macam tu kat You.”

    Aireen diam, memandang Adreen yang mengepal tangannya.

    ‘Mak ai..penumbuk dia ni kalau kena mau pengsan 2,3 kali.’

    “Kenapa dia pertikaikan kita je? Kenapa dia tak jelaskan kenapa dia ada kat situ malam tu, dengan Melissa Adela pulak tu.”

    You kenal Adela?”Aireen cepat-cepat bertanya, bimbang Adreen akan memonopoli perbualan itu sekali lagi.

    Yes, I do. She used to be my model, love hooking up with me because of my money.” Jawab Adreen.

    Your money? Bukan dia tu engineer ke? They’re working together, Ery.”

    “Memang dia tu engineer, but you have to remember. Selain duit, I boleh temankan dia kalau dia ‘takut’ tidur sorang-sorang.” Balas Adreen, mengenyitkan mata.

    Pantas Aireen mencebik bibir. Walau baru berkenalan dengan Adreen, dia maklum perangai Adreen yang gemar berpoya-poya.

    “Sudahla, Aireen. Lepas malam tu, I takde jumpa dia dah. Lagipun I dah jumpa sorang perempuan yang betul-betul mengganggu tidur I,”sambung Adreen, mencuit lembut pipi Aireen yang merah.

    You jangan perasan yang I boleh jatuh hati kat You. Tisya, kau tengokla....”

    Suasana sunyi sebentar apabila kedua mereka berpaling ke arah Tisya. Serentak itu ketawa mereka bersatu.

    “Makcik Tisya ni boleh tidur pulak time ni,”rungut Aireen.

    Adreen masih tertawa, menggosok lembut ubun-ubun Aireen namun ditepis oleh tangan gadis itu. Tidak mahu mengusik lena Tisya, mereka melangkah keluar dari situ.

    “Jangan!!”

    Jeritan Tisya mematikan langkah keduanya.

    Monday, October 19, 2009

    .: aKu sKanDaL 13 :.



    “Aireen, boleh tolong I tak?”

    Pertanyaan Adreen memecah kebisuan antara mereka. Sejak bertolak dari hospital tadi, tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut kedua mereka.

    “Tolong apa? Awak jangan nak ambil kesempatan macam hari tu!”

    Adreen tertawa dengan amaran Aireen itu. Masih teringat saat-saat pertemuan pertama mereka. Kehangatan nafas Aireen masih terasa di dadanya, malahan kelembutan bibir Aireen tika itu masih terasa. Dia tersenyum lagi, mengundang satu cubitan halus yang amat menyakitkan di lengannya.

    “Adoi. Berbisa juga You ni. Janganla risau, I cuma nak mintak You temankan I to my friend’s party. Boleh?”

    In this office suit?”tanya Aireen, kebodoh-bodohan.

    Adreen mengenyitkan mata. Melihat Aireen yang masih dalam pakaian pejabat, dia membelokkan kereta ke shopping complex yang berdekatan.


    “Jomlah masuk. You tunggu apa lagi?”tanya Adreen apabila melihat Aireen masih berdiri di sebelah BMW Z4 Roadster berwarna hitam yang diparkirnya.

    Aireen memandang penampilannya di cermin tingkap kereta. Gaun malam hitam yang berbunga di bahagian dada itu kelihatan begitu memukau. Rambut yang lurus keperang-perangan dibiarkan lepas bebas seperti kemahuan Adreen. Solekan nipis yang dkenakan membuatkan Aireen kelihatan berbeza malam itu.

    ‘Cantik juga aku pakai macam ni.”Aireen tersenyum, memuji diri sendiri.

    You look so sexy plus gorgeous in that dress.”

    Adreen memandang Aireen dengan penuh minat. Memang sedari tadi dia tak henti-henti memuji Aireen. Dirasakannya Aireen malam ini begitu berbeza dengan Aireen yang pertama kali ditemuinya di NusaDesign.

    You nak I dukung You bawak masuk dalam ke?”tanya Adreen yang kini berdiri di sebelah Aireen.

    Tersentak dengan pertanyaan itu, Aireen segera menggelengkan kepala.

    'Ish, perangai sama je dengan Encik Nik. Suka memerintah.'desis hati kecil Aireen.

    “Mengomel apa lagi tu? Kalau tak nak, jom kita masuk.”kata Adreen sambil menarik tangan Aireen.

    Aireen cuba menarik tangannya, namun pegangan Adreen lebih kejap di tangannya. Akhirnya dia melangkah, membiarkan tangannya digenggam Adreen.

    Birthday party yang diperkatakan oleh Adreen seumpama parti pelancaran pembukaan bangunan baru pada mata Aireen. Banglo 2 tingkat itu penuh dengan tetamu dan dihias dengan begitu cantik sekali. Terdapat sebuah khemah besar di tepi kolam renang, berlatarkan warna biru benar-benar menarik perhatian Aireen.

    “Ery, where have you been? I’ve been looking for you.”seorang perempuan cantik tanpa segan silu memeluk leher Adreen dan mengucup pipinya.

    Sorry, dear. Terlambat sikit, ada hal tadi.”balas Adreen, membalas kucupan perempuan itu.

    Aireen memandang perlakuan dua manusia itu dengan perasaan meluat. Dia memalingkan muka ke arah lain apabila Adreen sengaja mengenyitkan mata ke arahnya.

    “Ery!”

    Satu suara manja yang jelas dibuat-buat singgah di cuping telinga Aireen. Seakan pernah didengar suara itu, tapi di mana ya?

    “Ery, kenapa lambat. Puas I cari You tau.”

    Gadis cantik berpakaian singkat dan sendat itu melangkah ke arah Adreen, lalu memeluknya. Adreen membalas pelukan gadis itu dan mengusap lembut bahunya yang terdedah.

    ‘Seksinya. Eh, aku pun seksi jugak.’desis Aireen, memandang gaun malam separas lutut yang dipakainya.

    “Melissa Adela. I want You to meet someone.”Adreen kembali menggenggam tangan Aireen di sebelahnya. Rontaan Aireen membuatkan dia mengeratkan genggaman tangannya.

    Someone? Siapa?”muka si gadis manis bertukar mendung, menghilangkan kemanjaan dalam suaranya tadi.

    Sempat Adreen mengenyitkan mata sebelum menjawab.

    “Let me introduce. This is...”

    “Ryana!"

    wHaT Do wE LoVe...???

    OuR pReCioUs~!!!

    How`s my pregnancy doing?