“AIREEN!”
‘Eh, aku ni main jerit je. Yang mana satu Aireen pun aku tak kenal’ desis hati kecil Nik Adrean. Namun dicekalkan hatinya, berusaha menahan riak marah di wajahnya. Baginya eksekutif baru seperti Aireen perlu diberi peringatan agar tidak menjatuhkan imej syarikat.
Seorang gadis manis melangkah dan berdiri di hadapannya.
“Saya Aireen” ujarnya tenang.
Dalam hati Aireen, Tuhan sahaja yang tahu betapa kecut perutnya melihat wajah Pengarah Pemasaran yang pertama kali dilihatnya.
Melihat muka Aireen yang berlagak tenang, akal logik Nik Adrean mulai menerjah kepala. Dia tahu dia tidak wajar memalukan Aireen di hadapan umum.
“Ikut saya.”
Arahan pertama yang diterima dari Pengarah Pemasaran itu membuatkan kaki Aireen pantas sahaja melangkah membuntuti Nik Adrean.
‘Adoi. Lepas satu, satu bala yang menimpa aku.’ Dalam diam Aireen mengeluh.
Masuk ke bilik Nik Adrean, Aireen terus duduk di kerusi bertentangan dengan kerusi pengarah. Nik Adrean menutup pintu rapat-rapat sebelum melangkah ke kerusinya.
‘Janganlah dia buat apa-apa kat aku.’ Menyedari yang dia tidak patut beranggapan begitu, Aireen menepuk dahinya.
“Awak pening kepala ke?”
Nik Adrean terpinga-pinga apabila soalannya tadi dijawab dengan tawa yang terhambur keluar dari mulut Aireen.
“Sorry Encik Nik. Saya teringat masa first day saya kena lapor diri, masa kat dalam tren…”bicara Aireen terhenti apabila mata Nik Adrean tajam menikam matanya.
“Okay, sorry. Ada apa Encik Nik nak jumpa saya ni?”
Serta-merta Nik Adrean teringat tujuan sebenar dia memanggil Aireen ke biliknya. Nampaknya personaliti Aireen melupakan dia sebentar mengenai kesalahan yang telah dilakukan oleh gadis tersebut.
“Macam mana awak handle kes ni?”
Belum sempat Aireen menjawab, Nik Adrean kembali menutur kata. Menerangkan segala prosedur kerja hinggalah kepada kesannya terhadap nama baik syarikat. Lama-kelamaan suaranya kendur tetapi tetap bebaur tegas. Aireen yang menyedari kesalahannya hanya tunduk mendengar dengan teliti setiap bait patah kata yang keluar dari mulut Nik Adrean.
“Jadi Aireen. I dont want this matter to happen twice.”
Keras suara itu mengingatkan Aireen.
“Baik Encik Nik. Saya betul-betul minta maaf atas kesilapan saya. Saya janji benda ni tak akan berulang lagi.”
Puas hati dengan jaminan yang diterima, Nik Adrean mengarahkan Aireen kembali ke Bahagian Khidmat pelanggan. Sedang dia tahu kerjanya akan bertambah rumit kerana terpaksa berhubung semula dengan pelanggan yang tidak puas hati dengan kejadian itu.
AIREEN menghempaskan punggungnya di sofa berwarna pink lembut setibanya di rumah. Tisya tidak kelihatan di mana-mana.
‘Mungkin masih berada di pejabatnya.’
Siaran drama siri yang menjadi kegemarannya selama ini pun tidak mampun mengalihkan tumpuan Aireen daripada kejadian di pejabat pagi tadi. Tidak dia sangka Pengarah Pemasaran yang bakal bekerjasama dengannya begitu tegas. Pada pandangan pertama Aireen, Nik Adrean memang sukar untuk didekati.
Cinta antara kita,
tiada penghalangnya,
walau akhir usia,
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggumu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji menyintamu sayang
Deringan telefon yang berkumandang nampaknya berjaya mengalihkan tumpuan Aireen dari terus memikirkan soal Nik Adrean. Pantas tangannya menyambar handphone berwarna pink yang terletak di meja sisinya.
“Hai Ariel.”
“Hello Ryana. Kenapa ni? Macam tak bersemangat je dapat my call.”
“Erm, nothing. Just a little things happened at office. But its OK.”
“Ryana, you nak I terbang terus ke rumah you ke? Ariel pergi tempah private jet sekarang jugak.”
Aireen tergelak dengan kata-kata Ariel yang kedengaran agak bersungguh itu.
“Dia gelak pulak. I serius ni, sayang.”
Namun begitu, kedengaran jelas tawa Ariel melalui corong telefon. Pastilah berasa lega apabila mendengar kekasih hati sudah mampu tertawa.
“Ariel rindu sangat kat you, Ryana.”
“Yeah, me too. You balik sini minggu depan kan? I can’t wait.”
Perbualan bersama tunang tersayang sudah tentu membuahkan rasa gembira dalam hati Aireen. Hilang seketika masalah yang bersarang di fikirannya sedari tadi. Tetapi perbualan itu terhenti apabila terdengar satu suara lain di sebelah sana.
“Siapa tu, Ariel?”Tanya Aireen apabila terdengar satu suara lain memanggil nama Ariel.
“My friend, Adeela. You know her, right? Kawan I masa study dulu. Kan I ada beritahu yang sekarang ni dia keja ngan i. kami sama-sama responsible untuk projek kat Jepun kali ni.”
Aireen hanya diam, mengiakan tidak menafikan pun tidak.
“OKlah sayang, I kena pergi ni. Nanti I call you balik OK. Take care Ryana. I love you.”
‘Ceh, cepat je letak bila perempuan tu panggil. Ish, memang aku tak suka dia.’rengus Aireen, agak geram.
Muka yang tadinya manis kembali masam. Aireen mengomel-omel kecil tentang perbuatan Ariel sebentar tadi.
“Ha! Mengumpat sape tu?”

No comments:
Post a Comment