“Ryna, En. Haris dah masuk office ke?”
“En. Haris ke pejabat peguam berhubung isu tuntutan daripada RichWealth S.B.”
Aku mengucapkan terima kasih sebelum mematikan perbualan. Sedang aku meneliti fail-fail yang bertimbun di mejaku, telefonku berdering.
“Assalamualaikum Tia. Please don’t hang up because I really have something to tell you.”
Suara Adam di hujung talian, membuatkan hatiku berdebar-debar. Aku diam menanti bicara Adam yang seterusnya.
“Tia, apa yang Tia nampak semalam bukan apa yang berlaku sebenarnya. Tolong bagi Adam peluang untuk jelaskan keadaan.”
“Okay.”
Panggilan terus dimatikan. Sedikit bingung, namun aku berasa marah dengan tindakan Adam. Adakah dia sengaja mahu menyakitkan hatiku?
Seketika pintu pejabatku dibuka. Adam muncul dengan berpakaian biasa, sangat berbeza dengan imej kasual seorang doktor yang aku lihat selama ini.
“Can we talk now?”
“Awak memang dah ada kat sini daripada tadi?”
Adam mengangguk dan duduk berhadapan denganku. Aku menutup dan menyusun fail-fail yang ada di atas mejaku, mahu menumpukan perhatian kepada apa yang bakal diperkatakan oleh lelaki di hadapanku.
“First of all, I’m sorry. That was not supposed to happen.”
Aku mengangguk, diam. Masih membiarkan ruang bicara itu untuk Adam.
“That lady, she is Arissa. My coursemate masa study dulu.”
“But I’m sure she’s more than just a friend, Adam.”
Adam terdiam. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung.
“Yes, we used to be together. Tapi itu pun masa kami belajar. Arissa dah tinggalkan Adam untuk lebih daripada tiga tahun, Tia. Kami langsung tak berhubung lepas tu. Cuma baru-baru ni dia contact Adam semula, but we’ve nothing more than just a friend.”
“But you told her that you love her.”
Luruh hatiku menuturkan kata-kata itu. Dapat kulihat Adam juga mengeluh mendengarnya.
“I used to. Adam memang pernah cintakan dia, tapi tiga tahun lepas. Sekarang, akan datang, Adam hanya akan cintakan orang di depan Adam ni. Takde orang lain dalam hati Adam, hidup Adam, selain Tia. ”
Keadaan bungkam. Hatiku berbelah bahagi. Aku terdiam. Masih ragu-ragu sama ada mahu menerima pernyataannya atau tidak. Bukannya tidak percayakan Adam, tapi aku masih berasakan yang aku perlukan masa untuk berfikir. Tentang semuanya.
“Okay. Adam takkan paksa Tia. Just call me when you’re ready. Till then, Adam akan tetap tunggu Tia. No matter what.”
Adam bangun. Meninggalkan kerusi itu kosong, sekosong hatiku kini.
Tengahari itu aku keluar berjalan-jalan di KLCC sendirian. Kononnya ingin meleraikan kekusutan fikiranku tika itu. Tambahan pula, petang itu aku sengaja mengambil cuti separuh hari. Haris menelefonku apabila mendapati aku tidak berada di pejabat.
“How’s the case?”
“Settled. Kita di pihak yang betul, takkan kita nak kena saman kan.”
Aku tersenyum. Senang dengan jawapan Haris. Pandanganku mati pada sesusuk tubuh ketika melintasi restoran Secret Recipe.
“Haris, I’ll call you back.”
Pantas kakiku melangkah masuk ke restoran tersebut. Mencari-cari empunya diri yang seakan pernah aku lihat.
“Excuse me. You ni Arissa ke?”
Seorang gadis berseluar panjang warna coklat, dengan kemeja merah jambu dan rambut yang lurus dibiar lepas itu memandangku. Ada sangsi dalam matanya.
“Do I know you?”
Pertanyaan itu aku jawab dengan senyuman. Menggeleng dan menghulurkan tangan.
“Fathihah, kawan Adam.”
Dia akhirnya mengangguk, dan menjemput aku duduk.
“So, macamana you kenal Adam?” Arissa terlebih dahulu memulakan perbualan.
“He’s my doctor.”
Sengaja aku sembunyikan apa yang selebihnya. Kulihat Arissa berfikir sejenak sebelum mengangguk. Mungkin menilai kebenaran dalam jawapanku tadi.
“You pulak, macamana boleh kenal Adam?” giliran aku pula yang bertanya.
“He’s my boyfriend. We’ve been together for more than five years, since di UK lagi.”
“Tapi Adam ada beritahu I yang both of you dah takde apape for almost 3 years.” Laju ayat tersebut keluar dari mulutku.
Arissa terdiam memandangku. Dia mengecilkan matanya, menilai kedudukan aku di antara perhubungannya dengan Adam mungkin.
“You ni girlfriend baru Adam ke? Fathihah, break off tu perkara biasa untuk kami. Memang sejak dulu lagi, hampir 2,3 kali juga break off.”
Aku terdiam, mengangkat bahu.
“Lagi-lagi kami dah bersama untuk lebih 5 tahun. Diri dia, luar dalam I kenal Fathihah. You rasa apa lagi yang boleh menggugat hubungan kami?”
“Bersama? Apa maksud you?”
4 comments:
hhoohooh...
mkin complik crta ni...]enth la tia nak prcya sape???
pe pun tia jgn brtndk trburu2........
siast btul2...
hi epy~
thanks for reading...also the comment...sowi lmbt sket update..betul2 tgh bz skang ni..^_^
ouh, tidak...luar dalam tuh!
boleh tak CI sekeh arissa tuh?
awk...xbk contd ker..??huhuhu
Post a Comment