:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Thursday, March 18, 2010

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 21 ::

TIDAK banyak yang dibangkitkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah kali ini. Sedikit sebanyak projek baru yang sedang kami usahakan diberi penekanan agar pelaksanaannya dapat dilaksanakan secepat mungkin. Mesyuarat itu berakhir kurang 15 minit pukul 2.30 petang.

“Fathihah, jom lunch.” Haris mempelawaku.

Shah yang berdiri di sebelahnya turut menganggukkan kepala.

You all nak lunch kat mana?”

“Saya tak ikutlah, En Haris. Nak kena pergi hospital. My brother kena denggi, warded.”

Your brother, Faisal? Really sorry for hearing that, Shah. Send my warm regards to him okay?”

Terbayang wajah Shah Faisal Ashaari yang manis, sentiasa melayani aku dengan baik dan mesra. Erm, jelaslah sudah terlalu lama kami tidak bersua.

Shah mengangguk kecil dan meminta diri.

Aku berjalan beriringan dengan Haris ke tempat letak kereta. Telefon bimbit Haris berdering sebaik kereta BMW yang dipandunya meluncur laju meninggalkan bangunan pejabat kami.

“Yes, Sya.” Hambar suaranya menjawab.

Sorry, I kat luar ni. Lunch with my staff. Maybe next time, okay?”

What? No, I malas nak pusing balik ke rumah You. Besides, I ada meeting with my client this evening.”

Next time okay? I’m driving now, so we talk later.”

Haris mematikan talian sambil menggelengkan kepala. Aku hanya tersenyum melihat perlakuannya.

 
Kami tiba di Saloma Bistro 10 minit kemudian. Sambil menunggu pesanan diterima, aku memerhati sekeliling restoran ini. Kebanyakan pengunjung di sini adalah orang Melayu selain pelancong asing yang kelihatan. Aku melepaskan keluhan, mengundang tujahan anak mata Haris.

Why? Tak suka makan kat sini?”

“Takdelah. Just thinking about something.”

And that is..”Haris menyilangkan kedua-dua tangannya sambil bersandar, menandakan dia sudah bersedia mendengar kata-kataku.

Aku menarik nafas dalam, sebelum menyusun bicara.

I rasa macam pernah jumpa cousin you tu tapi I tak ingat kat mana.”

Haris ketawa, membuatkan aku menarik muka masam.

Fine. Katakanlah You pernah jumpa dia, so?”

Aku mengangkat bahu.

“Fathihah, I pun ada berfikir sesuatu sekarang ni.”

Aku bersandar, memberi ruang untuk Haris membuka bicara. Kehadiran pelayan membantutkan sebentar bicara Haris, namun dia terus menyambung sebaik pelayan itu beredar.

I rasa macam You dengan Shah ni ada apa-apa. You kenal ahli keluarga dia, dia pun macam rapat dengan You.”

“Wrong conclusion okay.”

“So make me right.”

Aku menghela nafas. Tidak pernah berniat untuk memberitahu sesiapa tentang hubungan kami di masa lalu, termasuk Haris.

I rapat dengan You juga, Haris. Jadi takde salahnya I rapat dengan Shah kan? Satu lagi, dia pernah beritahu I pasal family dia. That’s all.”

Okay. But I still got a feeling that something is not right here.”

Up to You.”

Pendek aku mengulas sambil menghirup air tembikai yang telah cair aisnya.

Haris diam, tidak mahu memanjangkan isu itu sementelah makanan yang dipesan telah lama dihidang. Kami makan, sehingga aku tersedar jam telah hampir 3.00 petang.

“Haris!”

Tersedak Haris apabila aku menyergahnya begitu. Cepat-cepat aku hulurkan air kepadanya.

You ni, nak bunuh I ke apa?” tegur Haris sambil mengusap dadanya.

“Bukan ke You ada meeting dengan client?”

“Client mana?” terpinga-pinga dia di hadapanku.

“Tadi I terdengar masa You bercakap dalam phone.”

Haris tergelak besar. Aku sedikit menunduk apabila menyedari beberapa pasang mata singgah ke meja kami. Aku mengetuk meja perlahan apabila Haris masih terusan ketawa.

“Well. Itu Cuma alasan untuk I lari daripada Tasya.”

No comments:

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?