“Tia nampak macam ada problem. Tak mengganggu ke Adam datang sini?”
Aku ketawa dengan soalannya itu. Namun melihatkan raut wajahnya yang tegang tanpa segaris senyum, aku menggelengkan kepala. Sebenarnya aku amat menghargai kehadirannya tika itu. Dia hadir saat aku benar-benar memerlukan seseorang untuk diajak berbual.
Adam kelihatan berpuashati dengan jawapanku itu. Raut wajahnya yang tegang tadi mulai kendur dan akhirnya membentuk seukir senyuman di bibirnya.
“Tak nak kongsi masalah Tia dengan Adam ke?”
Pertanyaannya kali itu membuatkan aku terharu. Dalam hati, aku amat berterima kasih dengan kehadirannya tika ini.
Aku menceritakan segala-galanya pada Adam. Semenjak zaman persekolahanku sehinggalah peristiwa aku bertemu kembali dengan Shah di pejabat pagi tadi. Adam mendengar setiapa patah perkataan yang kuucapkan dengan tekun. Entah mengapa, lancar sahaja aku menceritakan segala-galanya pada Adam. Namun kuakui setelah meluahkan segala-galanya beban yang tadi kurasa berat menghempap pundakku terasa ringan sedikit.
“Sorry sebab libatkan awak dalam masalah saya,”kataku sambil memandang Adam yang masih setia di sisiku.
“Janganlah cakap macam tu. Adam tak pernah rasa Tia menyusahkan Adam. Hey, i’m your doctor remember?”
“Ya, awak memang seorang doktor yang baik. Sangat baik,”
“So, apa yang Tia nak buat sekarang?”
Aku mengangkatkan bahu. Aku sedar aku tidak boleh mengelak daripada Shah kerana kami bekerja di bawah bumbung yang sama. Buntu memikirkannya, aku mengajak Adam pulang. Adam hanya menuruti kemahuanku.
Tut..tut...
Aku yang baru selesai solat melangkah malas ke meja solekku untuk menjawab panggilan yang entah dari siapa itu. Namun sebaik telefon berada dalam genggamanku, panggilan terputus. Aku segera menyemak panggilan yang tidak sempat kujawab.
‘Nombor siapa ni?’desis hatiku apabila menatap sebaris nombor yang agak asing denganku.
Malas mahu memberatkan kepala dengan persoalan tersebut, aku meletakkan kembali telefonku di atas meja semula. Segera aku mengemaskan kain sembahyangku dan menuju ke dapur. Sebenarnya, petang tadi aku ada membeli sedikit buah-buahan. Itupun kerana Adam yang beria-ia benar mahu aku membeli sesuatu untuk dimakan. Bimbang jika aku tidak makan malam ini, katanya.
Aku ke dapur memotong buah-buahan tersebut menjadi bentuk kiub, menuangkan sedikit thousand island mayonnaise dan mencampurkan sedikit salad dan tomato ceri. Selepas meletakkan salad buah di dalam mangkuk kaca, aku membawanya ke ruang tamu dan membuka televisyen. Sayup-sayup kedengaran telefon bimbitku berbunyi. Aku bingkas bangun ke bilik tidurku.
“Hello.”
“Hello, Maya ke?”
Suara itu. Shah.
“Maya, I think we need to talk. Shah tak nak kita terus macam ni.”
“There’s nothing we have to talk, Mr. Shah. Lagipun hari dah malam, i don’t feel like going out tonight.”
“Look. Siang tadi pun Maya cakap macam tu tapi Maya keluar juga lunch ngan En. Haris. Takkan Shah nak ajak Maya keluar kejap pun tak boleh?”
“Kalau ada apa-apa yang awak nak bincang pasal kerja, kita jumpa kat office esok. Selain tu, saya tak berminat nak tau.”
Aku memutuskan talian dan kembali ke ruang tamu. Walaupun mataku tertumpu pada rancangan yang disiarkan di kaca televisyen, namun fikiranku masih melayang mengingatkan Shah. Akhirnya, aku melepaskan sebuah keluhan kecil.
Tut...Tut...
Telefonku kembali berdering.
Tanpa melihat skrin, aku pantas menjawabnya.
“Apa yang lagi yang awak nak? Tak faham ke apa yang saya cakap tadi?”
“Assalamualaikum, Tia.”
No comments:
Post a Comment