:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Monday, June 1, 2009

.: aKu sKanDaL 7:.



‘ALAHAI..kenapa la aku cakap macam tu tadi.’Nik Adrean mengusap kepalanya.

Masih terbayang bagaimana merahnya muka Aireen sebenter tadi. Hampir bertukar warna keunguan pula. Nasib baik tak pengsan budak tu dalam biliknya, kalau tidak jenuhlah dia nak menjawab gosip-gosip liar yang bakal tumbuh bak cendawan selepas hujan. Namun dia tersenyum, mengenang muka Aireen yang amat menarik hatinya kala itu.

Tok! Tok!

Lamunan Nik Adrean terhenti apabila terdengar ketukan di muka pintu. Terjengul wajah Nik Adreen, saudara kembarnya. Belum dijemput, Adreen sudah pun duduk di sofa merah hati yang sedia ada di situ.

Busy ke, Bro?”

Adrean menggelengkan kepala seraya bangun ke arah adiknya. Biasanya, Adreen hanya akan memunculkan diri sekiranya menghadapi masalah. Masa-masa terluangnya hanya diisi dengan berseronok dan bertukar-tukar teman wanita.

“Apa pula masalah Ery kali ni?”Adrean bertanya, tidak menjawab soalah Adreen sebentar tadi.

Adreen tergelak dengan soalan itu. Dia sedar, selain wajah yang serupa dengan abangnya, mereka berdua adalah dua orang yang sangat berbeza. Adrean lebih bertanggungjawab, rajin bekerja dan sangat menghormati wanita. Sedangkan dia hanya gemar berseronok. Wanita baginya tidak lebih dari sekadar peneman di kala sunyi, dan boleh ditukar ganti apabila dirasakan perlu.

“Ery, I’m talking to you. Yang tersenyum-senyum pandang abang tu kenapa? Dah tukar selera pula, tapi kalau ye pun janganla abang yang jadi mangsa,”

Tawa mereka bergabung. Membuatkan pekerja-pekerja Adrean terintai-intai mahu mengetahui situasi di dalam biliknya.

Nonsense, abang. I’m just curious. Kenapa abang yang sama-sama hensem, kaya macam Ery, takde girlfriend sampai sekarang,”

Adrean menepuk lembut bahu adiknya.

“Abang dah pernah ada, dan abang pernah kecewa. Cukuplah sekali, Ery. Yang lain, abang serahkan pada jodoh. Lagipun abang banyak kerja nak buat, bukan macam Ery ni. Boleh ke sana ke sini sesuka hati.”

“Abang masih tunggu Jasmine? Lupakanlah dia, bang. Dia tu perempuan bodoh yang tak sedar diri,”

“Ery!”

Adreen merengus kasar. Dia bencikan Jasmine, yang hampir-hampir merosakkan hubungan kekeluargaan mereka. Namun dia tahu, abangnya sengaja menyibukkan diri di pejabat untuk melupakan Jasmine. Sebuah keluhan dilepas, dia tidak berniat membincangkan soal itu apabila berjumpa dengan Nik Adrean kali ini.

Back to the main point. Apa Ery nak abang tolong kali ni?”ujar Adrean, setelah keadaan menjadi tegang seketika.

“Ery nak minta duit sikit,”

Adrean mengeluh. Baru minggu lepas dia masukkan RM10,000 ke dalam akaun bank Adreen.

“Boleh, tapi ada syarat,”akhirnya Adrean bersuara.

“Ala, Bro. Dengan Ery pun nak kena syarat-syarat ke?”

“Ery nak abang tolong ke tak?”

Fine, apa syaratnya?”

Adrean tersenyum sedikit, merasakan kemenangan berada di pihaknya.

“Abang nak Ery tolong abang kat pejabat.”

What?”Adreen berpura-pura terperanjat. Walhal dia tahu, itulah permintaan abangnya sejak dahulu.

Bro, Ery tak taula buat kerja-kerja ofis ni. Lagipun I got my own job. Kerja yang Ery minat,”Adreen membuat cubaan untuk merayu walaupun tahu apa hasilnya.

“Kerja apa yang Ery minat? Photographer? Ambil gambar perempuan yang kononnya model tu 3,4 keping. Lepas tu, Ery heret bawak masuk bilik. Itu yang Ery panggil kerja? No! Abang tak suka Ery buat kerja macam tu, abang nak Ery kerja dengan abang.”tegas suara Adrean kali itu.

“Bukan Ery paksa pun diorang buat semua tu, diorang yang rela.”

Muka Adreen yang masam bertambah kelat apabila Adrean menggelengkan kepala. Memang dia sukakan kerjayanya sebagai jurugambar. Selain dapat berdamping dengan perempuan-perempuan cantik, dia boleh mendapatkan siapa sahaja yang dia idamkan.

Okay. Kalau abang tak nak tolong Ery, abang tunggu jela Ery masuk jail.”Adreen bangun dan menyambar jaketnya.

No comments:

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?