“I’m happy for you, Maya.”
Riuh suara Lissa apabila kami berjumpa di The Curve. Pertemuan yang memang dirancang ini benar-benar mengusik hatiku. Aku memeluk Lissa, erat. Terlalu rindu pada sahabatku ini.
“Thanks, Lissa. I hope this is the best thing for me.”
“Ingat. Whatever it is, aku sentiasa sokong kau.”
Kami makan di The Apartment Restaurant yang terletak di tingkat bawah The Curve. Sambil itu, kami bercerita mengenai hidup masing-masing. Sesekali timbul cerita semasa zaman persekolahan, menggamit rinduku pada masa-masa itu.
“Girls!”
Perbualan kami terhenti dengan sapaan itu. Kelihatan Jasmin berdiri di sisi meja sambil tersenyum. Kami terus berpelukan, terlalu rindu pada suasana ini.
“Lamanya tak jumpa.” Kata Jasmin sambil tersenyum.
Aku menganggukkan kepala. Memandang satu-persatu wajah di hadapanku kini. Mataku berkaca, menahan rasa terharu dan sebak atas pertemuan semula ini. Dalam diam, aku bersyukur kerana masih dipertemukan dengan mereka.
“Aku dapat email dari Lissa, and terus terbang balik ke Malaysia.”
“Kau tinggal kat mana sekarang?”
“Korea. Husband aku kerja kat sana.”
Aku menganggukkan kepala. Rupanya Jasmin telah berkahwin dan tidak lagi menetap di Malaysia.
“Rindu kan zaman sekolah dulu?” tanya Lissa.
“Too much.” Serentak aku dan Jasmin menjawab.
Jasmin mengeluarkan kotak kecil dari begnya dan dihulurkan kepadaku.
“Apa ni?”tanyaku.
“Bukalah. Dah lama sangat aku simpan.” Jawab Jasmin, mengenyitkan matanya.
Perlahan aku membuka kotak itu dan mengeluarkan isinya. Gugur air mataku menatapnya. Sebuah balang berbentuk dua hati yang bercantum, dipenuhi lipatan bintang kertas berwarna-warni aku letakkan di atas meja.
“Kenapa yang ini sedangkan banyak lagi benda lain kat sini?”tanya Shah sambil mengambil balang tersebut dari tanganku.
“Entahlah. Mungkin sebab bintang-bintang dalam balang tu macam impian yang terlalu indah yang kita ada. Tapi cuma indah di pandangan, belum tentu indah untuk dikecapi. Tak semua impian tu boleh jadi nyata kan?”kataku.
“Shah minta aku serahkan kat kau bila dia berjaya buka pintu hati kau. Sekarang kau dah setuju nak kahwin dengan dia kan?”
Tersentak hatiku dengan kata-kata Jasmin itu. Betapa aku telah terlalu menaruh prasangka buruk terhadapnya, juga Shah.
“Min, Maya bukannya nak kahwin dengan Shah.” Perlahan, Lissa berkata sambil memegang tangan Jasmin.
Jasmin kelihatannya amat terkejut dengan kata-kata itu. Dia mengeluh sebelum menyambung kata-kata.
“Shah beritahu aku yang dia dah jumpa kau, Maya. Malah kau dengan dia dah rapat balik macam dulu. Dia juga ada beritahu yang dia dah rancang untuk melamar kau. Sebab tu bila Lissa beritahu aku kau nak kahwin, aku ingatkan dengan Shah.”
“Shah beritahu kau?”
“Dia selalu email aku. Aku pernah cakap nak tolong dia beritahu kau, apa yang dia rasa tentang kau tapi dia tak setuju. Dia kata kau akan nampak semuanya dari dia.”
Aku diam. Tidak menyangka pertemuan semula ini akan menyingkap lebih daripada sejarah yang pernah kami cipta.
No comments:
Post a Comment