:: LoVe is in the air ::

Thursday, December 24, 2009

Seni Kaligrafi Khat~

hey all reader...

da lama saya nk post pasal 1 menda ni tapi asyik x kesampaian je..ni dpt masa sket barulah menaip kat depan pc ni...sebenarnya just nak show kan gambar2 kaligrafi khat ni...hasil tangan seorang kawan semasa bekerja di pejabat lama..tangannya memang berseni sungguh...selain daripada kaligrafi khat ni, beliau juga sangat pandai melukis..pernah sekali dia lukis scene tepi pantai atas kanvas, nampak macam gambar yang kita ambil dan edit pula...lukisannya memang hidup....beliau juga pandai melukis potret...disebabkan saya x pandai melukis, maka saya amat cemburu dengan kebolehan beliau...

di sini saya sertakan beberapa keping kaligrafi yang dihasilkan oleh beliau...untuk maklumat lanjut sudilah lawat blog Seni Khat...

 
 
 


Monday, December 21, 2009

Aduhai Cik Penceramah~


Nia menguap lagi, entah kali ke berapa dia sendiri tak ingat. Yang dia tahu, matanya menjadi semakin berat dan mulai berair. Dia memandang sebelah kiri. Rakannya, Nurul masih setia melarikan pen di atas buku notanya. Dia memandang ke hadapan pula. Dyah, Shidah dan Dilla masing-masing melayan perasaan sendiri. Ada yang benar-benar berusaha menahan mata daripada tertutup, ada juga yang asyik memandang skrin telefon bimbit di atas meja.

'Aii..mengantuknya.'

Menguap lagi. Nia mengerdip-ngerdipkan mata beberapa kali. Kanta lekap berwarna coklat yang dipakainya sudah melebihi 12 jam, membuatkan matanya terasa kering. Sudahlah badannya penat, mindanya letih, kini emosinya pula tertekan. Semuanya gara-gara perempuan yang berdiri di hadapan mereka semua kini. Sudahlah mengenakan pakaian yang tidak bersesuaian, percakapannya juga bagai menunjukkan yang dia sebenarnya syok sendiri. Bercakap tanpa henti, tak peduli orang lain boleh faham atau terima.

"Nurul."

Perlahan Nia mencuit teman di sebelah. Nur yang duduk di hujung sekali nampaknya masih khusyuk menulis, dibiarkan saja.

"Kenapa?"

Nurul berpaling menghadapnya. Hampir terhambur tawa Nia melihat muka Nurul yang hampir bengkak, pastilah menahan perasaan yang sama dengannya.

"Kau faham tak?"

Nia mengeluh apabila Nuruk menggeleng. Dia menyerahkan buku notanya kepada Nia. Erm, pasti tidak dapat difahami hatta oleh Nurul sendiri apabila dijadikan bahan rujukan nanti. Pelbagai corak dan gaya tulisan ada di situ.

"Aku mengantuklah, Nia."

Kata-kata Nurul itu menarik perhatian Dyah yang duduk di hadapan mereka. Dyah memandang Nia dan Nurul lama, sebelum membuka mulut.

"Kita pun sama. Mengantuklah, tak boleh nak faham apa yang dia ni cakap."

Nia diam. Sangkanya hanya dia seorang yang telah hilang sabar untuk terus memaku pandangan dan memasang telinga. Jam di tangan kini dipandang lemah. Masih ada lebih kurang sejam lagi untuk si perempuan di hadapan berhenti bercakap.

"Adoyai..apa masalah dia ni?"

Pertanyaan spontan Nurul yang bagai menzahirkan rasa tidak puas hati itu mengundang pandangan Nia. serentak mereka berdua ketawa. Terbang sebentar perasaan yang terpendam sedari tadi. Kelihatannya Shidah dan Dilla pula menzahirkan kehilangan tumpuan mereka. Malah semakin ramai pula yang bersuara. Namun si perempuan itu masih tidak mengerti, masih melajukan jari merancakkan bicara.

"Malas dah aku nak salin apa-apa ni."

Keluhan Dilla itu dapat didengari oleh Nia. Dia masih berfikir bagaimana mahu memancing hatinya agar terus memandang dan mendengar setiap butir bicara perempuan yang di hadapan itu. Sekali-sekali matanya masih mahu memincing jam di pergelangan tangannya, merasakan betapa lambantnya waktu berlalu.

'Nak buat macam mana ni. Dekat dua puluh kali dah aku menguap."Nia merungut di dalam hati.

Masih teringat kira-kira sejam yang lalu, betapa mereka begitu bersemangat melangkah masuk ke dewan ini. Namun selepas sejam, masing-masing kian berterabur di dalam ruang lingkup logika masing-masing.

"Betul tak? Semua dah biasa kan?"

Nia mengangkat kening. Penat dengan pengandaian yang dibuat oleh perempuan yang di hadapan itu terhadap mereka yang ada di sini. Seringkali mengandaikan mereka sudah biasa dengan situasi yang dibincangkan. Nia memandang Dyah sekali lagi. Dyah kini mencuba seratus dua puluh peratus untuk menumpukan perhatian dan memahami setiap kata yang dilontarkan.

Satu biji gula-gula bulat berwarna merah dicapai dan dibuka pembalutnya. Setelah memasukkan gula-gula ke dalam mulut, Nia mencapai pen. Mencatat apa sahaja yang didengar, menulis apa saja yang difikir.

Baru dia baris ayat ditulis, Nia mengangkat muka. Ramai lagi antara mereka selain mereka berenam yang sudah memulakan aktiviti memancing, tidak kurang juga yang mula membuka tingkap bicara masing-masing. Nia mengeluh, tidak pasti atas sebab apa.

"Okay, kita take five sekejap."

Keluhan lega bergema di dalam dewan yang sederhana besar itu. Nia turut menghela nafas. Senyuman mula tergaris di setiap bibir kawan-kawannya. Namun senyum Nia terhenti apabila jam menunjukkan ada 45 minit lagi sebelum 10.30 malam.


p/s: cerita ini ditulis dalam kepayahan mengikuti apa yang dikatakan oleh penceramah semasa kursus..aduhai cik penceramah..considerla sikit bila audiens da hilang tumpuan..dan jgnla buat andaian yang kami dah biasa..sebab kalau dah biasa, maka takde gunala ceramah kamu itu~

Wednesday, December 2, 2009

.: aKu sKanDaL 15:.


“Hai Ariel. Seorang je?”

Teguran Adela tidak dijawab oleh Ariel. Dia masih diam, merenung gelas berisi lemonade yang kini tinggal separuh.

“Ariel, kenapa ni? You ada problem?”Adela memaut manja lengan Ariel.

“Adela, please. I tengah kusut ni.”Ariel menolak pelukan Adela.

“Ariel, I know that you’re having problems. Come with me, I bawak You pergi satu tempat yang boleh hilangkan kekusutan You tu.”pujuk Adela, menarik lembut lengan Ariel.

Ariel yang pada mulanya menolak, akhirnya akur apabila Adela mula memainkan peranannya sebagai penggoda yang berjaya.


“Eh, ni kan rumah You?”tanya Ariel apabila mereka akhirnya tiba di perkarangan sebuah banglo dua tingkat.

Yes, my house. Biar I buatkan You air, so You boleh rasa okay sikit.”

Mereka beriringan masuk ke banglo yang dihias cantik itu. Adela sengaja menggunakan kekusutan Ariel untuk mengajaknya datang. Dia tahu, Ariel tidak akan dapat dimiliki sekiranya berada dalam keadaan waras.

You belum makan lagi kan? Apa kata You mandi dulu sebelum I sediakan makan malam. Mandian aromaterapi biasanya dapat meredakan masalah I. You cubalah.”

Okay, tapi You ni pandai ke memasak?”

You’ll know.”Adela mengenyitkan mata, mengundang senyum di bibir Ariel.

Ariel naik ke tingkat atas, terus ke bilik air. Dia terus merehatkan diri di dalam tab mandi yang memang sedia berbau lavender. Mindanya masih memikirkan Aireen buat beberapa ketika sebelum dia memejamkan mata perlahan-lahan. Dia tersedar apabila terdengar suara Adela memanggilnya turun.

“Wah, sedapnya bau. You masak apa?”

Ariel kini hanya memakai bath robe berwarna merah tua, melangkah turun ke meja makan. Dia duduk apabila Adela menarikkan kerusi untuknya. Meja yang dihias cantik dan dinyalakan beberapa batang lilin membuatkan Ariel sedikit terpegun dengan cara Adela melayaninya.

Roasted chicken with lime sauce.”Adela meletakkan pinggan di hadapan Ariel.

Ariel menelan liurnya. Teruja dengan hidangan lazat yang dihidangkan Adela, dan lebih teruja lagi melihat Adela yang kini hanya memakai gaun satin berwarna merah. Hilang bayangan Aireen dari fikirannya.

“Kenapa Ariel? You tak suka masakan I?”sengaja Adela bertanya.

“Takdelah. It’s just..You..You look so beautiful tonight.”

“Ada-ada jela You ni. Makanlah, nanti dah sejuk tak sedap.”

Adela sengaja memasang perangkap. Telah terlalu lama dia mahukan Ariel, hatinya sakit setiap kali melihat Ariel bergandingan mesra bersama Aireen. Padanya dirinya terlalu jauh lebih layak untuk memiliki Ariel dibandingkan dengan Aireen. Dia tersenyum puas apabila Ariel tidak henti-henti memuji kesedapan masakannya dan pastilah, kecantikannya malam itu.

Thanks for the dinner. It’s was amazing.”

“Reda dah masalah You?”

Ariel yang baru melabuhkan punggung di sofa, menghela nafas. Memang dia terlupa langsung apa yang memberatkan kepalanya tadi.

“Jangan beratkan fikiran You lagi, okay?”

Thanks Adela, for trying to help me clear up my mind.”dia memegang lembut tangan Adela di lengannya.

It’s ok. Mari I tolong picitkan bahu You.”

Ariel tidak menolak sedikit pun pelawaan Adela itu. Jari-jari lembut Adela yang menari di bahu dan lehernya membuatkan dia hampir lupa siapa dirinya. Akhirnya jari-jemari itu ditarik dan dibawa ke bibirnya, lama. Layanan Adela benar-benar membuatkan dia lupa pada Aireen, tunangnya.

“Ariel, I Cuma nak tolong You lupakan masalah You je.”Adela pura-pura menolak kelakuan Ariel itu.

Ariel tidak lagi mendengar apa yang dikatakan oleh Adela. Dia merangkul tubuh langsing Adela rapat ke dadanya. Adela yang mulanya menolak badan Ariel rapat padanya, kini membalas pelukan Ariel. Bibir Ariel mula merayap, lalu bertaut lama di bibir Adela. Ariel kini benar-benar lupa hubungannya dengan Adela. Kehangatan nafas Adela di telinganya kini menghalang akal logiknya bersuara.

No Ariel. Please stop!”

Bagai terkena gencatan elektrik, Ariel terpana. Tidak sedar bagaimana mereka kini boleh berada dalam bilik tidur utama. Dia melihat Adela di hadapannya yang memandangnya dalam-dalam.

“Adela, I’m sorry. I never mean to..”

“Rileks Ariel. Calm down okay? I minta maaf, mungkin I layan You terlalu baik sampai kita tak sedar

Ariel menggeleng, merebahkan badan atas katil milik Adela. Dia menarik Adela agar berbaring di sebelahnya. Menyedari perangkapnya mengena, Adela tersenyum nipis.
I tau You tak berniat untuk menduakan tunang You kan? I tau You sayang dia lebih dari segalanya Ariel. Tapi I, I cuma nak You happy.”

Ariel merengus, mendengar nama Aireen disebut membuatkan hatinya bengkak. Dia terus menutup mulut Adela dengan tangannya.

Please, I tak nak dengar nama dia sekarang.”

Adela mengangguk. Dia memandang Ariel yang sedang berperang dengan persaannya sendiri. Sengaja dia menyuruh Ariel berhenti, ingin melihat sejauh mana Ariel menginginkannya malam ini. Dia tersenyum lagi.

I wish that You are her.”

Bisikan Ariel di telinga Adela membuatkan senyumannya bertambah lebar. Dia mengucup dada dan leher yang terdedah. Pangkal leher Ariel juga dikucup perlahan, membuatkan Ariel mengeluh. Ariel kini kembali memeluk Adela, dia benar-benar mahukan perempuan yang mampu mengisi kekosongan jiwanya kini.

“Ariel, you really wanna do this?”tanya Adela.

Ariel mengangguk, lalu mereka kembali berpelukan dan bayangan Aireen berkecai dalam kesamaran malam itu.


I hope she’ll love this suprise.’ Senyuman Adreen melebar.

Perlahan-lahan dia membuka pintu rumah banglo dua tingkat itu. Memang kunci pendua banglo itu ada dalam simpanannya bagi memudahkan dia datang. Hampir sebulan dia tidak ke sini, membuatkan dia ingin memberikan kejutan kepada tuan rumah itu.

Pantas dia melangkah naik ke bilik tidur utama. Sempat dia mencium jambangan mawar merah di tangannya. Berhati-hati dia membuka pintu bilik tersebut. Langkahnya terhenti apabila kakinya terpijak sesuatu.

Her night dress. What was she thinking?’akal jahatnya mula meraja.

Namun akalnya tergencat apabila kakinya sekali lagi terpijak sesuatu.

Bath robe? I don’t think that she’s wearing both at the same time.’pantas Adreen mencari suis lampu dan memetiknya.

Di hadapannya kini seorang lelaki dan wanita terpisat-pisat bangun apabila bilik itu diterangi cahaya. Mata Adreen membesar apabila terlihat orang-orang yang dia kenal di situ, bersama di atas satu katil.

“Ery! Apa You buat kat sini?”

Pantas Adela bangun, membalut tubuhnya dengan selimut. Tidak mengendahkan soalan Adela, Adreen melangkah ke arah Ariel.

“Apa kau buat kat sini?”Ariel terdiam apabila bertentang mata dengan Adreen.

“Ery, wait. I can explain.”

Don’t touch me!”Adreen menolak Adela jauh daripadanya dan menghampiri Ariel yang masih terpaku.

“Kau cakap macam-macam kat tunang kau, tapi kau tak sedar kau yang bergelumang dosa dengan perempuan ni.”bentak Adreen menumbuk kuat muka Ariel.

Sekilas wajah Aireen menerpa minda Ariel. Dia meraup muka, kesal dan sakit akibat ditumbuk oleh Adreen.

“Habis kau buat apa kat sini? Bukan nak bergelumang dosa dengan perempuan ni?”

Giliran Ariel pula bersuara, membuatkan Adreen sedikit tersentak.

“Memang, tapi sekurang-kurangnya aku tak curang pada tunang aku. Apa lagi menuduh dia yang bukan-bukan.”

“Kau!”Ariel mengepal penumbuknya, yang bila-bila masa saja akan singgah di muka Adreen.

But I’m telling you what. Kau boleh angkut terus perempuan ni sebab aku takkan jumpa dia lagi. And Aireen, aku akan pastikan dia tinggalkan kau dan jadi milik aku.”

“Ery, apa you cakap ni?”

“Jangan harap korang boleh main-mainkan hidup kami.”

Adreen melangkah keluar, meninggalkan Adela dan Ariel dalam marah yang teramat sangat. Sempat dia campakkan kunci rumah itu di kaki Adela, sumpah dia tidak akan menjejakkan kaki ke situ lagi.

Keretanya dipandu laju. Mahu meninggalkan semua kekusutan itu daripada terus membebankan fikirannya. Dia berhenti di hadapan Menara Berkembar Petronas, mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mendail nombor yang kian sering didailnya kebelakangan ini.

“Hello,” suara serak basah yang nyata malas menjawab panggilan itu.

“Hello Aireen.”

Monday, November 23, 2009

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 20 ::


Aku sedang menyiapkan laporan apabila suara Zatty bergema di interkom.


“Cik Fatihah, En Haris minta cik ke biliknya sekarang.”

Okay, Zatty. Thanks.”

Segera aku menyudahkan laporan dan bergegas ke bilik Pengarah Urusan yang terletak tidak jauh dari bilikku.

“En Haris. You cari I?”

Haris yang sedang bercakap di telefon menggangguk seraya mengarahkan aku duduk dahulu.

Aku duduk sambil memandang sekeliling bilik Pengarah Urusanku ini. Susanan perabot dengan rekabentuk moden membuatkan ruang tersebut nampak mewah walaupun dalam sentuhan ringkas. Tiga kuntuk bunga water lily menjadi penyeri meja sisi, membangkitkan suasana selesa apabila berada di sini.

“Amboi, bukan main lagi meninjau bilik I?”

Teguran Haris memijakkan aku ke dunia nyata. Kulihat dia tersenyum senang memandangku.

“Takdelah. I tengah berangan macam mana agaknya rupa bilik ni bila I jadi Pengarah Urusan nanti.”

Haris tertawa dengan jawapanku. Aku turut tertawa apabila dia kelihatan begitu ceria.

“Kalau tak jadi Pengarah Urusan, jadi isteri Pengarah Urusan pun boleh kan?”

Tawaku mati apabila sejambak mawar putih dihulur kepadaku. Dengan kata-kata Haris yang agak aneh sebentar tadi, aku terdiam memandangnya.

I was kidding okay? Bunga ni kiriman dari sahabat I yang jauh di seberang laut. Malam-malam call I minta belikan untuk You.”

Adam? Perlahan-lahan senyuman terukir di bibirku. Haris menggelengkan kepala melihat jambangan itu bertukar tangan.

You takut I goda You ke?”

“Ha? Takdelah. I was just...”

“Jangan risau. You adalah kawan I yang paling baik, and I know You’ll be the very best soulmate for my bestfriend.”

Kembang rasa hatiku mendengar ulasan Haris. Sepatutnya aku berasa bertuah dengan kehadiran insan-insan berhati mulian seperti Haris dan Adam. Aku meminta diri apabila terdengar ketukan di muka pintu.

Seorang gadis tinggi lampai, dengan rambut ikal yang diwarnakan sedikit keperangan melangkah masuk. Dress labuh berjenama terkenal yang dipakainya, menyerlahkan kegebuan kulitnya yang putih melepak. Dia melepasiku sambil matanya tertancap pada jambangan mawar yang kupegang.

“Is, kenapa You tak ambil I kat airport hari tu? I dah bagitahu daddy minta you jemput I, tapi alih-alih Pak Teh yang tua tu yang datang.” Manja suara itu mengadu.

Aku merapatkan pintu, sambil fikiranku berputar. Terasa seperti suara itu pernah kukenal. Namun aku terlupa siapa dan di mana aku pernah mendengarnya.

 
p/s: minta maaf sebab buat masa sekarang saya sedang busy atas sebab-sebab tertentu..entry kali ni pendek je sebab idea pun macam dah sangkut ni..huhuhu~

Wednesday, November 4, 2009

.: aKu sKanDaL 14:.

“Ma, kami nak kahwin!” tegas suara Ariel, mengejutkan semua yang ada.

Aireen masih tunduk. Semuanya gara-gara kejadian minggu lepas yang membuatkan hidupnya huru-hara. Adreen mahu membuat laporan polis, mendakwa Ariel yang telah melebamkan mata kanannya. Namun campurtangan Adrean berupaya menyelamatkan keadaan.

“Kenapa dengan Boy ni? Hari tu Boy juga yang beria-ia nak tangguhkan perkahwinan kamu. Sekarang jadi macam ni pula,”bantah mama Ariel.

“Ma, kalau Ryana tak menggatal dengan jantan lain takdela Boy nak buat keputusan tergesa-gesa macam ni!”

Kata-kata itu membuatkan hati Aireen menjadi panas. Cepat-cepat dia berdiri menghadap Ariel. Sengaja dibesarkan matanya, melihatkan ketidakpuasan hati.

What? You nak cakap I merepek? I nampak dengan mata I sendiri, Ryana. Sebab tu juga I nak perkahwinan kita dilangsungkan.”

“Kalau itu sebab you nak kita kahwin, no! I tak nak!”

“Kenapa? I tunang You, memang sepatutnya kita kahwin. Atau sepanjang I takde kat sini, You dengan jantan tu dah...”

Pang!

Pertengkaran yang tadinya memonopoli suasana, diganti dengan senyap-sunyi kini. Aireen menggosok tangannya yang perit. Sungguh, dia sendiri tak menyangka akan bertindak begitu. Tapi Ariel dirasakan sudah melampau. Penghinaan itu benar-benar melukakan hati Aireen.

I takkan kahwin dengan You selagi tanggapan buruk tu ada dalam diri You.”



“Aireen, ambilkan aku air.”

Lamunan Aireen mati mendengar suara Tisya. Dia menyambut gelas di tangan Tisya dan bangun mengambil air.

“Kenapa ni? Datang lawat aku macam aku nak mati esok.” Tisya merungut sambil meletakkan gelas di sisi katil. Sudahla dia sakit, muka Aireen yang berkerut macam jeruk terlebih cuka membuatkan kesihatannya merosot lagi 28%.

“Aku bergaduh dengan Ariel.”perlahan Aireen bersuara.

“Pasal Ery?”

Aireen memandang Tisya, hairan. Namun seketika sahaja kerana dia tahu bagaimana rapatnya hubungan dua sepupu itu. Aireen mengeluh, dan mengangguk.

Sorry on behalf of him, Aireen. Ery memang macam tu. Sangat berbeza dengan Abg Ean walaupun mereka tu kembar seiras.”

Aireen mengangguk, mengiakan kata-kata Tisya. Walaupun dia sedikit menyalahkan Adreen, namun hatinya lebih bengkak dengan kata-kata Airel malam itu.

“Erm, speaking of that devil, mana dia? Selalu ada je dia terpacak kat sini?”

“Dekat seminggu dah dia tak datang. Takde pula dia bagitahu dia nak pergi mana. Last dia datang bagitahu pasal dia bertumbuk dengan Ariel malam dia hantar kau balik tu.”

“Encik Nik pun dah lama aku tak nampak kat office.”

Tisya mengangguk, mungkin memikirkan sesuatu.

“Tisya.”

Aireen teragak-agak mahu bertanya atau tidak. Tisya yang melihat Aireen terkial-kial membuka mulut, melontarkan soalan.

“Kau nak tanya pasal siapa? Ery ke Abg Ean?”

‘Eh, Tisya ni. Macam tau-tau je apa yang aku fikir.’

“Encik..er..Ean,”lambat-lambat dia menggunakan nama Ean berbanding Encik Nik.

“Aku ingatkan kau akan lebih berminat kat Ery, tapi rupanya Abg Ean lebih menarik perhatian kau.”

Kata-kata Tisya itu disambut dengan serangan sepit ketam oleh Aireen, membuatkan suasana yang tadi suram menjadi riuh dengan ketawa mereka berdua.

“Sebelum tu aku nak tanya, kenapa kau panggil dia Abg sedangkan dia dengan Ery tu sama umur?”nampaknya lidah Aireen semakin fasih membahasakan nama panggilan si kembar.

“Aku memang rapat dengan diorang sejak kecil lagi. Abg Ean dah jadi macam abang aku sendiri. Dia terlalu menjaga aku ngan Ery. Malah lebih baik daripada macam mana papa dan mama aku jaga aku, Aireen.”

Aireen dapat menangkap genangan air mata di tubir mata Tisya. Segera dia memeluk bahu teman kesayangannya itu.

“Kau tengoklah sendiri. Dekat sebulan aku kat sini, siapa yang datang lawat aku selain kau, Ery dan Abg Ean?”

“Kau juga yang cakap tak nak mama dan papa kau datang melawat?”

“Sebab aku tau, kalau aku harap diorang datang pun, diorang takkan datang!”

Aireen mengeratkan pelukannya. Dapat dirasakan Tisya membalas erat pelukannya. Air mata mereka bersatu.

“Ops, am I disturbing, ladies?”

Suara Ery menyedarkan dua sahabat itu daripada terus hanyut dibuai emosi. Cepat-cepat Aireen mengesat air matanya dengan belakang tapak tangan.

Sorry Princess. Lama Ery tak datang sini,”kata Ery seraya mengucup lembut dahi Tisya.

It’s ok. Ery ada hal kan?” Tisya memegang lembut tangan Adreen.

Adreen mengambil tempat di sebelah Aireen. Aireen masih diam membatu. Memang selama Tisya di hospital, dia dapat melihat betapa Adrean dan Adreen begitu mengambil berat mengenainya.

“Aireen, you okay?”

Pertanyaan Adreen memancung lamunannya.

Okay. Kenapa, saya nampak macam ada masalah ke?”

Adreen tersenyum, manis. Sewaktu pertama bertemu gadis ini, hati dan nafsunya tertarik. Namun setelah mengenalinya, dia semakin menghormatinya.

I’m talking about that guy. The one who call you Ryana.” Pertanyaan itu mengubah mood Aireen.

“Ariel? Pasal malam tu ke?"tanya Tisya yang blur.

“Yelah. Aku bergaduh dengan dia, sebab aku dengan Ery...”

Belum sempat Aireen menghabiskan ayat, Adreen menyampuk tak sabar-sabar.

You bergaduh dengan dia sebab I? Pasal apa lagi?”

“Bukan sebab you sebenarnya, Ery. Tapi dia tu yang buruk sangka dengan I. Dia kata I macam-macam, and I can’t accept it.”

Keluar segala cerita yang berlaku lewat malam itu. Muka Tisya dan Adreen kelihatan merah padam, menahan marah namun tidak mahu memanjangkan perkara itu.

“Dia tak patut buat macam tu kat You.”

Aireen diam, memandang Adreen yang mengepal tangannya.

‘Mak ai..penumbuk dia ni kalau kena mau pengsan 2,3 kali.’

“Kenapa dia pertikaikan kita je? Kenapa dia tak jelaskan kenapa dia ada kat situ malam tu, dengan Melissa Adela pulak tu.”

You kenal Adela?”Aireen cepat-cepat bertanya, bimbang Adreen akan memonopoli perbualan itu sekali lagi.

Yes, I do. She used to be my model, love hooking up with me because of my money.” Jawab Adreen.

Your money? Bukan dia tu engineer ke? They’re working together, Ery.”

“Memang dia tu engineer, but you have to remember. Selain duit, I boleh temankan dia kalau dia ‘takut’ tidur sorang-sorang.” Balas Adreen, mengenyitkan mata.

Pantas Aireen mencebik bibir. Walau baru berkenalan dengan Adreen, dia maklum perangai Adreen yang gemar berpoya-poya.

“Sudahla, Aireen. Lepas malam tu, I takde jumpa dia dah. Lagipun I dah jumpa sorang perempuan yang betul-betul mengganggu tidur I,”sambung Adreen, mencuit lembut pipi Aireen yang merah.

You jangan perasan yang I boleh jatuh hati kat You. Tisya, kau tengokla....”

Suasana sunyi sebentar apabila kedua mereka berpaling ke arah Tisya. Serentak itu ketawa mereka bersatu.

“Makcik Tisya ni boleh tidur pulak time ni,”rungut Aireen.

Adreen masih tertawa, menggosok lembut ubun-ubun Aireen namun ditepis oleh tangan gadis itu. Tidak mahu mengusik lena Tisya, mereka melangkah keluar dari situ.

“Jangan!!”

Jeritan Tisya mematikan langkah keduanya.

Monday, October 19, 2009

.: aKu sKanDaL 13 :.



“Aireen, boleh tolong I tak?”

Pertanyaan Adreen memecah kebisuan antara mereka. Sejak bertolak dari hospital tadi, tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut kedua mereka.

“Tolong apa? Awak jangan nak ambil kesempatan macam hari tu!”

Adreen tertawa dengan amaran Aireen itu. Masih teringat saat-saat pertemuan pertama mereka. Kehangatan nafas Aireen masih terasa di dadanya, malahan kelembutan bibir Aireen tika itu masih terasa. Dia tersenyum lagi, mengundang satu cubitan halus yang amat menyakitkan di lengannya.

“Adoi. Berbisa juga You ni. Janganla risau, I cuma nak mintak You temankan I to my friend’s party. Boleh?”

In this office suit?”tanya Aireen, kebodoh-bodohan.

Adreen mengenyitkan mata. Melihat Aireen yang masih dalam pakaian pejabat, dia membelokkan kereta ke shopping complex yang berdekatan.


“Jomlah masuk. You tunggu apa lagi?”tanya Adreen apabila melihat Aireen masih berdiri di sebelah BMW Z4 Roadster berwarna hitam yang diparkirnya.

Aireen memandang penampilannya di cermin tingkap kereta. Gaun malam hitam yang berbunga di bahagian dada itu kelihatan begitu memukau. Rambut yang lurus keperang-perangan dibiarkan lepas bebas seperti kemahuan Adreen. Solekan nipis yang dkenakan membuatkan Aireen kelihatan berbeza malam itu.

‘Cantik juga aku pakai macam ni.”Aireen tersenyum, memuji diri sendiri.

You look so sexy plus gorgeous in that dress.”

Adreen memandang Aireen dengan penuh minat. Memang sedari tadi dia tak henti-henti memuji Aireen. Dirasakannya Aireen malam ini begitu berbeza dengan Aireen yang pertama kali ditemuinya di NusaDesign.

You nak I dukung You bawak masuk dalam ke?”tanya Adreen yang kini berdiri di sebelah Aireen.

Tersentak dengan pertanyaan itu, Aireen segera menggelengkan kepala.

'Ish, perangai sama je dengan Encik Nik. Suka memerintah.'desis hati kecil Aireen.

“Mengomel apa lagi tu? Kalau tak nak, jom kita masuk.”kata Adreen sambil menarik tangan Aireen.

Aireen cuba menarik tangannya, namun pegangan Adreen lebih kejap di tangannya. Akhirnya dia melangkah, membiarkan tangannya digenggam Adreen.

Birthday party yang diperkatakan oleh Adreen seumpama parti pelancaran pembukaan bangunan baru pada mata Aireen. Banglo 2 tingkat itu penuh dengan tetamu dan dihias dengan begitu cantik sekali. Terdapat sebuah khemah besar di tepi kolam renang, berlatarkan warna biru benar-benar menarik perhatian Aireen.

“Ery, where have you been? I’ve been looking for you.”seorang perempuan cantik tanpa segan silu memeluk leher Adreen dan mengucup pipinya.

Sorry, dear. Terlambat sikit, ada hal tadi.”balas Adreen, membalas kucupan perempuan itu.

Aireen memandang perlakuan dua manusia itu dengan perasaan meluat. Dia memalingkan muka ke arah lain apabila Adreen sengaja mengenyitkan mata ke arahnya.

“Ery!”

Satu suara manja yang jelas dibuat-buat singgah di cuping telinga Aireen. Seakan pernah didengar suara itu, tapi di mana ya?

“Ery, kenapa lambat. Puas I cari You tau.”

Gadis cantik berpakaian singkat dan sendat itu melangkah ke arah Adreen, lalu memeluknya. Adreen membalas pelukan gadis itu dan mengusap lembut bahunya yang terdedah.

‘Seksinya. Eh, aku pun seksi jugak.’desis Aireen, memandang gaun malam separas lutut yang dipakainya.

“Melissa Adela. I want You to meet someone.”Adreen kembali menggenggam tangan Aireen di sebelahnya. Rontaan Aireen membuatkan dia mengeratkan genggaman tangannya.

Someone? Siapa?”muka si gadis manis bertukar mendung, menghilangkan kemanjaan dalam suaranya tadi.

Sempat Adreen mengenyitkan mata sebelum menjawab.

“Let me introduce. This is...”

“Ryana!"

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 19 ::


“Mariatul Fathihah, will you marry me?”

Suasana hening seketika. Tidak kedengaran suara Adam di hujung talian. Hanya hembusan nafas kami yang berlagu.

“Apalah you ni, Adam. Tak romantik langsung propose dalam phone je.”

Serentak itu, kami berdua tertawa. Jantung yang tadinya berdetak kencang, mulai perlahan dan kembali normal. Walaupun agak tersentak dengan pertanyaan itu, namun aku sebenarnya masih tidak bersedia dengan sebarang jawapan.

“Tia, jangan lupa jemput Adam nanti ok?”

Sure will. Jangan risau ok?”

“Err..Tia.” lembut suara itu memanggil namaku.

Yes, Adam.”

Sorry if i’m asking. Tia dengan Shah macam mana?”

Pertanyaan itu langsung mematikan tawa yang masih bersisa. Sedangkan aku terlupa langsung mengenai Shah sebentar tadi.

“Adam tahu siapa Shah dalam hati Tia. Sebab itu juga Adam tak pernah paksa Tia untuk buat apa-apa keputusan.”

“Adam. Shah adalah masa lalu I, and I’m still wondering who’ll be in my future.”

Really hope that the person is me.”

Perlahan suara Adam menerjah telingaku. Menerbitkan satu rasa yang sukar kutafsirkan.

“Adam, I ada hal esok. So, I have to go to sleep now.”

“Okey, Tia. Thanks for calling. Have a good night.”

Good night, Adam.”

Malam itu, tidurku dihiasi mimpi indah yang sekian lama tidak sudi menjenguk malam-malamku. Namun mimpi indah itu dicemari dengan kesudahan yang meruntun hatiku, membangkitkan aku dari lena dan aku sendiri termangu.



PAGI itu, dapat kurasakan Shah benar-benar mengelak daripadaku. Haris tidak kelihatan di pejabat hari ini, jadi bebanan kerja bertambah membuatkan aku kurang ambil peduli tentang persekitaranku. Ketiadaan Haris menyebabkan aku harus berjumpa kontraktor berdua bersama-sama Shah.

Sepanjang perbincangan, Shah lebih serius dan menjarakkan diri dengan aku. Sehingga usai perbincangan barulah dia menegurku, mempelawa aku makan tengah hari bersamanya. Kami makan di sebuah restoran berdekatan dengan Central Market Kuala Lumpur.

“Maya ingat lagi tak restoran ni?”pertanyaan Shah memecah kebisuan antara kami.

Aku meninjau sekeliling restoran yang lama tidak aku kunjungi ini. Terbayang saat-saat kami menjamu selera di sini sebelum menghadapi SPM hampir 10 tahun dahulu. Tidak banyak yang berubah selain dekorasinya yang bertambah moden.

“Sejak Shah balik dari Australia, selalu juga Shah makan kat sini.”

Aku menganggukkan kepala, menyisip air tembikai sejuk yang sentiasa menjadi kegemaranku.

“Shah cuba cari Maya, ibu pun tak mahu bantu Shah. Katanya Maya mengamanahkan dia untuk tidak beritahu apa-apa pada Shah. Sampai satu masa, Shah rasa macam nak give up. Tapi masa itulah Shah jumpa Maya kat office.”

“Shah yang pergi tinggalkan Maya. Lepas SPM langsung tak datang rumah, Shah hilang macam tu je.”

Sedikit demi sedikit, garis luka yang terguris dahulu kian pedih di hatiku. Peristiwa silam mulai berlayar perlahan-lahan di tubir ingatanku.

“Shah minta maaf sebab tak beritahu Maya. Papa tiba-tiba sakit and kami kena pergi ke Australia secepat mungkin. Shah cuba cari Maya lepas tu, tapi tak jumpa.”

“Kami dah pindah Shah. Lepas abah meninggal, kami tinggalkan situ dan duduk di kampung ibu.”

“Maya tak tinggal dengan ibu?”

Aku menggeleng. Ibu kini tinggal bersama-sama Wan di kampung. Kemesraan antara kami mulai terbit. Aku dan Shah mula bertukar-tukar cerita mengenai peristiwa yang berlaku sepanjang perpisahan kami.

“Maya, Shah rindu sangat masa-masa dulu kita. Sejak Maya takde, Shah rasa sunyi. Shah terkilan tak sempat jumpa Maya.”

Aku memandang tepat ke mukanya, melepaskan keluhan.

"Maafkan Shah, Maya."

"Dahla Shah. Takde gunanya kita terus hidup dalam bayangan semalam. Pada Maya, apa yang telah berlaku tu biarkanlah. Masih banyak yang menanti kita di hadapan."

"Jadi Maya sudi terima Shah semula macam dulu?"

Aku menghentikan suapan. Agak kecewa kerana telah ada yang menghuni hatiku kini, dan sesungguhnya aku tidak mahu mengecewakan sekeping hati itu.

"Maya."

Shah memegang lembut tanganku, menguit satu rasa yang telah sekian lama aku pendamkan.

'Really hope that the person is me.'

Terngiang suara Adam di ingatanku, membuatkan aku melepaskan pegangan Shah dan bingkas bangun.

"I'm sorry, Shah. Kita cuma boleh jadi kawan, tak lebih dari itu."