:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Friday, May 22, 2009

.: aKu sKanDaL 5:.

“MAMA!”

“Boy! Rindunya mama kat Boy. Aireen pun ada sekali? Marilah masuk,” riuh suara Puan Sri Maria menyambut kepulangan satu-satunya anak yang tercinta.

Malam itu, Aireen menghabiskan banyak masa di rumah Ariel. Pelbagai perkara dibincangkan termasuklah mengenai persiapan perkahwinan mereka. Muka Aireen menjadi kemerah-merahan, malu walaupun di dalam hati dia melonjak suka. Puan Sri Maria sibuk mencadangkan khidmat beberapa perunding perkahwinan yang terkenal di Kuala Lumpur apabila Ariel tiba-tiba bersuara.

“Ma, Boy rasa baik kita tangguhkan dulu perkahwinan ni,”

Aireen yang daripada malu-malu kucing, bertukar rupa menjadi terkejut beruk.

“Boy cakap apa ni? Sampai bila you berdua nak tangguh? Mama tak setuju. Mama nak teruskan juga perkahwinan ni. Aireen, do you agree with me?”

Pandangan Puan Sri Maria kini menghala kepada Aireen yang masih tak hilang daripada keterkejutan yang melanda.

“Sayang..”

Tangan yang digenggam Ariel meredakan sedikit aura keberukan yang dialami Aireen.

‘Erm...nak pujuk akulah tu. Jangan harap!’hati Aireen cuba bertegas.

“Ryana, Ariel bukan tak nak kahwin dengan Ryana. Ariel cuma minta sikit masa je. You tau kan I baru dapat projek di Jepun tu? I promise, once the project is starting, we’ll get married.”

Aireen masih tunduk, kelu. Dia cuba mempertimbangkan alasan Ariel dengan kehidupan mereka sekiranya meneruskan perkahwinan itu. Tidak mahu pula dia dituduh pentingkan diri kelak. Sebuah keluhan berat sengaja dihela.

“Noor Aireen Adryanna.”

‘Alahai..Ariel ni sengaja je sebut nama penuh aku. Nie yang rasa melting je ni.’

You jangan setuju dengan idea Boy tu, Aireen!”

Suara Puan Sri Maria bagai mengencatkan semula sendi-sendi mulut Aireen. Pantas dia menjawab.

Its ok, Mama. Betul juga apa yang Boy cakap tu. Dia baru dapat projek tu, there must be a lot of works to go. Kalau kami kahwin juga, Mama tak kesian ke Aireen kena tinggal sorang-sorang nanti?”

Jawapan paling logik yang boleh difikirkan, dilontarkan keluar. Puan Sri Maria merengus, geram dengan sikap Aireen yang suka memenangkan Ariel. Aireen sempat menangkap senyum di bibir Ariel melalui ekor matanya.

Fine, up to both of you. Tapi Mama nak ingatkan Boy, kalau satu masa Aireen ni terlepas ke tangan orang lain jangan nak menyesal.”amaran Puan Sri Maria itu disambut dengan senyuman oleh Ariel.


“Ryana, thanks sebab sokong I tadi,”ujar Ariel sejurus mereka tiba di hadapan pintu pagar rumah Aireen.

Aireen hanya menganggukkan kepala sebelum berlalu tanpa sepatah kata. Melihatkan demikian, Ariel segera keluar mengejarnya.

“Kenapa ni, Ryana. You marah I?”

Wajah kesayangannya itu ditenung dalam-dalam. Macam-macam perkara bermain di fikiran Aireen. Akhirnya kini menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka mulut.

Better you’re saying the truth when you want us to postpone our wedding,”

“Sumpah, Ryana!”Ariel mengangkatkan tangan kanannya, dengan muka yang sengaja di’serius’kan membuatkan Aireen tergelak melihatnya.

Okay, kita lunch sama esok. I’ll call you. Have a good night,”ujar Ariel, mencubit halus pipi Aireen sebelum berlalu ke keretanya.

Aireen memandang Ariel sehingga hilang dari pandangan. Muka yang dibuat-buat ceria tadi kembali ke wajah asal.


“Aireen!”

Sergahan Tisya kali ini betul-betul tidak kena pada tempatnya. Hampir luruh jantung Aireen bila disergah begitu.

“Kau ni, Tisya. Tak bolehke tegur aku elok-elok?”

Dengan muka tegang, Aireen melangkah masuk. Tisya yang terpinga-pinga, menggaru kepala yang agak gatal sedikit.

‘Erk! Apasal minah ni tetiba je jadi emo. Datang bulan ke?’

“Aireen, kenapa ni? Sorryla,”

Muka Tisya yang berjarak hanya beberapa inci dari mukanya dipandang.

Its ok, bukan salah kau pun sebenarnya.”

Tisya tersenyum, menampakkan lesung pipit yang bertakuk di pipinya.

“Aku dah agak dah memang bukan salah aku. Cuba kau beritahu salah siapa yang buat aku kena marah tadi ni?”

Belum sempat Aireen menjawab, mulut becok Tisya segera menyambung.

“Eh, aku nampak bukan main lagi korang bermesra-mesra depan pintu tadi. Kalaulah orang pejabat agama nampak, sure dah kena kahwin free ni.”

Namun segera Tisya menutup mulutnya dengan tangan apabila menyedari Aireen kini telah berubah rupa menjadi singa yang kelaparan.

“Baguslah dapat kahwin free!”bagaikan mengaum, Airenn membentak.

Giliran Tisya berubah menjadi lalat yang agak pening-pening.

“Ariel nak tangguhkan perkahwinan kami,”akhirnya terbongkar juga segala apa yang disimpan di hatinya.

Again?”

Aireen mengangguk, lemah. Memang sebelum ini Ariel pernah menangguhkan perkahwinan mereka kerana hendak mendapatkan projek di Jepun itu. Dan kini, setelah projek itu berjaya diperolehinya sekali lagi perkahwinan mereka ditangguhkan atas alasan mahu projek itu berjalan dahulu.

“Hish, takde perasaan agaknya Ariel ni. Kenapalah dia buat macam tu? Family dia tak bising ke? Kau pun satu, kau setuju dengan dia?”

Aireen menekup telinga, menahan hujanan peluru yang bertubi-tubi keluar dari mulut Tisya.

“Kau jangan banyak tanya boleh tak? Aku cium kau nanti.”

Tisya ketawa dengan jawapan Aireen itu. Dapat dia simpulkan yang Aireen kini sedang mengalami masalah mental bersifat sementara.

“Boleh juga. Apa rasanya dicium kau ye?”

“Tisya!”

2 comments:

gulamanis said...

apakah ini yang ditulis tempoh hari?

nEeYa_dEeyA said...

yezza gulamanis..
mencari ilham setelah kian lama dihentikan update nye..huhuhuh

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?