:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Monday, July 11, 2011

Naufal Satu Bulan

hello hello~

hari ni Naufal sudah sebulan...tak sangka, da sebulan aku jadik mummy..hehehe...pagi tadi pegi klinik untuk chek up..sian encik Hasben sebab lambat masuk opis nak anta aku ngan Naufal pegi klinik..tapi takpela kan..nama pun da jadi walid, kenala korban sket..hehehe...

Naufal okey saja..berat pun sudah menjadi 4.5 kg, berbanding 3.31 kg masa lahir dulu..yang kelakarnya, encik Hasben target 5 kg berat budak bulat ni..maunye tak, asek minum susu je kejanya...asal bukak mata je, mulala mencari-cari mummy dia ni...tapi 4.5 kg pun da berat da..naik lenguh jugak tangan nak memangku dia menyusu..encik Hasben masih di peringkat belajar lagi..maklumla, weekend baru balik jumpa Naufal...so, setiap kali Naufal menangis memang dia surrender..cepat-cepat pass kat aku...takpela, nanti da balik umah kena jugak handle..hehehehe...

 Naufal dengan baju zirafah dan patung zirafah..

dia ni manja sangat dengan opahnya..tak tau la bila da balik umah nanti macam mana..lagi pulak, sepanjang sebulan ni bape kali je aku mandikan dia..selalunya opah yang mandikan sume..aku pun ada pikir jugak...nanti lau Naufal da balik umah sure opah ngan atuk rindu kat dia..maunye tak, sebulan setengah ni 24 jam mengulit Naufal je..takpela, semoga dilapangkan masa aku dan encik Hasben untuk kerap balik ke rumah opah and atuk ni...insya Allah..

Naufal ngan Opah -- keluar makan pizza tu sempena Naufal umo sebulan..hehehe
till then~

:: update :: ini budak manyak nakal..tadi sudah bagi tido, tapi takmo..asek merengek-rengek,,ni dukung dia sambil online, elok pulak tido...haih la anak~

Monday, April 25, 2011

:: eRTi sEbuaH PeRsaHaBaTaN 37 ::

KELAM-KABUT aku ke mesyuarat pagi itu. Pagi tadi aku terlewat sedikit kerana Adam nampaknya agak kurang sihat. Aku masuk ketika Haris sedang membentangkan usul terbaru yang dirancang pembangunannya di Australia.

“Minta maaf semua, saya ada hal kecemasan tadi.”

Setelah memohon maaf daripada Haris, aku mengambil tempat duduk di sebelah Amy.

“Jadi, saya sangat berharap supaya mendapat kerjasama dan perhatian daripada semua pihak. Sekarang kita masuk kepada perkembangan tender kita di Taiwan.”

Aku membuka fail di hadapanku. Memang banyak perkembangan yang berlaku sejak aku serahkan semula urusan tender di Taiwan itu kepada Haris.

So, I want to congratulate all staffs involved with this process. And yes, we got the tender.

Serentak itu, bergema tepukan memenuhi bilik mesyuarat itu. Haris mengenyitkan mata ke arahku. Aku membalasnya dengan senyuman, dan sedikit anggukan.

“Tahniah, Haris.” Aku menghulurkan tangan sewaktu kami berjalan keluar dari bilik mesyuarat itu.

Thanks to you, Maya. You yang mulakan projek ni.” Dia menyambut huluran tanganku, sambil tersenyum.

“Eh, kenapa you lambat pagi tadi. You sakit ke?”

“Tak lah. Bukannya I, tapi doktor I yang sakit.”

“Adam? Really?”

“Yup. Badan dia panas betul pagi tadi. So, I hantar dia ke klinik. Dapatlah MC 2 hari. Mula-mula dia sibuk jugak nak pergi kerja, tapi I dah warning dia awal-awal. So, sekarang ni adalah dia, berehat kat rumah.”

Haris ketawa. Mungkin lucu memikirkan bagaimana aku dan Adam berbalah, dan akhirnya aku yang menang. Malah, sempat aku masakkan bubur ayam untuk dia makan tengahari nanti. Aku memohon untuk kembali ke bilikku apabila tiba-tiba bahuku terasa sakit sekali.

“Aduh!”

Aku terduduk apabila dilanggar dengan kuat.

“Ops, sorry. I tak perasan pulak you tadi.”

Aku melontar pandang ke arah Tasya. Dia memandang sinis ke arahku. Malas mahu bergaduh dengannya, aku melangkah untuk kembali ke bilikku. Namun sangkaanku yang Tasya akan berdiam, meleset sama sekali. Dia dengan kasar, menarik kolar bajuku.

“You nak apa lagi, Tasya?”

Belum sempat Tasya menjawab, Zakuan yang entah dari mana muncul di sebelahku. Dia memegang erat pergelangan tangan Tasya.

“Siapa pun awak, saya tak benarkan awak sentuh Maya.”

Tasya segera melepaskan cengkamannya di kolar bajuku. Dia sedikit meronta untuk melepaskan pegangan Zakuan.

“Dah ada buah hati baru pulak kat sini? Patutlah you tak kisah Shah pergi, kan?”

Aku memandang tepat ke arahnya. Niat hendak membalas kata-kata Tasya itu aku pendamkan apabila beberapa orang staf mula mengerumuni kami. Aku menarik tangan Tasya, mengheretnya ke bilikku. Zakuan turut sama melangkah menuruti kami dari belakang. Setelah mengunci pintu bilikku, aku berdiri berhadapan dengan Tasya.

“Apa yang you nak lagi dari I, Tasya?”

“I nak you merana. You dah rampas Shah dari I, dan you jugak dah rampas Adam dari Arissa.”

Aku melepaskan keluhan, berat. Mengapa asyik itu sahaja yang diungkit oleh Tasya? Terlalu sukar untuk aku faham. Mengapa begitu besar sekali kebenciannya padaku.

“I dengan Shah, kami takde apa-apa. Berapa kali I kena beritahu you pasal ni? Dan I dengan Adam, dah jadi suami isteri pun. Kalau Adam cintakan Arissa, dia takkan kahwin dengan I, Tasya.”

“No! You rampas Adam dari Arissa. I akan pastikan you takkan bahagia, Maya!”

Tidak memperdulikan Zakuan yang berdiri di hadapan pintu, Tasya melangkah keluar. Pintu dihempas sekuat hatinya, membuatkan hatiku berasa sakit. Aku duduk di kerusi, dan mengeluarkan botol ubat yang tidak pernah aku tinggalkan. Setelah menelan sebutir pil berwarna putih itu, aku memejamkan mata. Mencari sedikit ketenangan.

Are you okay, Maya?”

Tersentak aku seketika. Macam manalah aku boleh terlupa yang Zakuan masih lagi di sini?

I’m fine, you boleh keluar sekarang.”

Tapi Zakuan terus sahaja menarik kerusi dan duduk di hadapanku. Dia memandangku lama, membuatkan aku sedikit rimas dengan perlakuannya.

“Nampaknya dia tu betul-betul berdendam dengan you. Baik you berhati-hati, dendam boleh mendorong manusia berbuat apa saja.”

It’s okay. I boleh jaga diri I. Thanks, and please. I need to be alone.”

Zakuan mengangkatkan bahu, tanda mengalah dengan kemahuanku. Dia bangun dan menuju ke pintu untuk keluar.

“Maya. I sentiasa ada bila-bila masa juga you perlukan I.”

Aku cuba mengabaikan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Zakuan sebentar tadi. Aku tak perlukan sesiapa pun, dan tentunya bukan dia. Sedang aku mengelamun, telefon bimbitku berbunyi. Tertera nama Adam di situ.

“Assalamualaikum, Adam.”

“Maya...come home now...please...

“Hello, Adam?”

Aku cuba menghubungi Adam semula namun tiada jawapan. Segera aku maklumkan kepada Zatty sebelum bergegas pulang. Sepanjang perjalanan aku berdoa supaya tiada apa-apa perkara buruk yang berlaku.

Tuesday, April 19, 2011

:: eRTi sEbuaH PeRsaHaBaTaN 36 ::

“MORNING!”

Setelah hampir tiga minggu bercuti, aku kembali ke pejabat. Semua staf tersenyum-senyum memandangku. Aku membalas senyuman mereka dan masuk ke bilikku.

“Puan nak air?” tanya Zatty setelah memaklumkan jadualku untuk hari itu.

Aku tersenyum memandangnya.

“Cepat je you tukar cik jadi puan kan.”

Zatty tersengih. Aku menganggukkan kepala sebelum dia berlalu keluar. Aku menyelak satu-persatu fail di atas meja sebelum memulakan kerja. Setelah habis menyemak sepintas lalu, aku mencatatkan perkara dan tindakan penting yang perlu diambil perhatian. Tidak sampai beberapa minit, aku mula tenggelam dalam timbunan kerja yang telah lama aku tinggalkan.

Aku masih tunduk menyiapkan semua kerjaku, apabila terdengar ketukan di pintu.

“Maya! Nak lunch sama tak?”

Aku yang sedang menaip, tersentak dengan pertanyaan itu. Segera aku mengalihkan pandangan ke arah empunya suara. Kelihatan Haris tersenyum manis di situ.

“You, Haris. Ingatkan siapa tadi.”

Are you expecting someone else?”

Aku tersenyum, melihat dia mengecilkan matanya yang sedia sepet itu.

No. Just feel weird bila you panggil I Maya.”

Kami tertawa. Sedikit rindu aku akan situasi itu. Aku segera mengemaskan fail-fail di atas mejaku sebelum melangkah menurut langkah Haris.

“Oh ye, Adam ada called I. Dia kata tak dapat contact you, and arahkan I untuk pastikan you makan tengahari.”

Aku mengerutkan kening sebentar. Kemudian, sebuah tawa halus terbit dari bibirku. Sedar yang aku tertinggal telefon bimbitku di atas meja  di rumah. Kami bersama-sama ke Restoran Nelayan, sengaja memilih tempat yang agak jauh dari pejabat.

“Fathihah!”

Hampir tersedak aku apabila secara tiba-tiba seorang gadis menghempaskan beg tangannya betul-betul di hadapan pinggan makananku. Aku mengangkat muka, bertentang mata dengan si gadis cantik yang berambut sedikit keperangan.

“Arissa. You nak apa lagi?”

Arissa mengalihkan pandangan ke arah Haris. Haris kini berdiri, betul-betul berhadapan dengan Arissa yang bercekak pinggang. Namun, kutarik lembut tangan Haris. Memintanya untuk duduk semula.

Have a sit, Arissa.”

Arissa menarik kerusi, dan duduk berhadapan denganku. Wajahnya masih lagi kelat, tiada segaris senyum pun di bibirnya.

“Haris, is it? Lama tak jumpa kan?”

Perhatiannya beralih kepada Haris. Aku maklum bahawa mereka mengenali antara satu sama lain; daripada cerita Haris sebelum ini.

Yeah. And you look totally different, Arissa.”

Arissa tergelak kecil, kelihatan berbangga dengan perubahan pada dirinya yang semakin menawan itu. Namun, tidak pula aku nafikan yang Arissa sememangnya cantik.

“You nak apa dari I, Arissa?”

Soalan aku itu memancung habis senyum Arissa. Dia memandang tajam ke arahku sebelum bersuara.

Good. Let’s come clean about this, okay? I nak tau, kenapa you kahwin juga dengan Adam?”


Aku menghela nafas. Memang sudah aku duga pertanyaan itu yang akan dilemparkannya.

Why? Because he loves me, and I do loves him too.”

Aku perasan yang Haris sedikit tersenyum dengan jawapanku itu. Namun lain pula reaksi Arissa, dia kelihatannya begitu marah dengan kata-kataku tadi.

“You betul tak kisah dengan apa yang dah jadi antara I dengan dia?” kali ini kata-katanya berubah, sinis.

“No. I tak kisah langsung. Mungkin Adam pernah buat silap, tapi tak bermakna dia akan terus buat silap selama-lamanya.”

“Silap? No! Apa yang berlaku adalah atas kerelaan kami.”

Haris mahu mencelah, namun segera aku tahan. Biarlah aku sahaja yang menangani semua ini. Tambahan pula, Adam kini adalah suamiku. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab semula kata-kata Arissa.

“Well, then. I tetap tak rugi apa-apa kalau apa yang berlaku antara you berdua adalah atas kerelaan sendiri. Dia lelaki, Arissa. Apa yang I akan rugi?”

Sungguh, bukan niatku untuk berkelakuan kurang sopan tapi kurasakan Arissa benar-benar menipiskan kesabaranku. Dan aku, perlu mengikut rentak permainannya. Haris kelihatan sedikit terpana dengan kata-kataku yang agak kasar itu.

“You....”

Arissa mungkin sudah terlalu marah. Dia berdiri dan menudingkan jari telunjuknya ke mukaku. Aku ikut bangun, berdiri berhadapan dengannya.

“Arissa. I dah dengar semuanya dari you, dan I dah dengar semuanya dari Adam. I jugak dah buat keputusan untuk terima Adam sebagai suami I lepas I tau semuanya. I terima dia, sebagaimana dia seadanya. Jadi Iharap you janganlah ganggu kami lagi.”

Dengan muka merah padam, Arissa melangkah meninggalkan kami. Haris menepuk lembut bahuku, dan tersenyum. Aku pula menghela nafas, lega.

“I tak sangka pula you boleh speak out macam tu dengan dia?”

“I have to, Haris. I tak nak dia campur lagi urusan rumah tangga I.”

Haris mengangguk dengan jawapanku itu.

“Tadi you kata, you dah bincang dengan Adam.”

“I cakap je. Just to make her shut up.”

Kami tertawa sejurus itu. Memang pernah aku suarakan pada Adam mengenai Arissa, dan Adam juga telah menjelaskan segalanya kepadaku. Namun biarlah ia menjadi rahsia antara kami berdua.


            “LAMA TUNGGU?”


Pertanyaan Adam itu kujawab dengan gelengan.

Adam menghulurkan tangan dan kami beriringan menuju ke kereta. Dia sibuk bercerita mengenai pesakit-pesakitnya.

“Sayang, Adam ada satu perkara lagi nak beritahu.”

“Apa dia?”

Adam senyum, masih tenang memandu. Aku mengulang tanya apabila dia tidak memberikan jawapan.

“Adam dah daftarkan Maya untuk recovering programme. Tapi maya Cuma boleh attend selepas kita jalankan pembedahan.”

Mendengarkan tentang pembedahan, hatiku kecut. Aku masih mahu bersama Adam, suamiku. Melihatkan perubahan riak wajahku, Adam menggenggam erat jemariku. Bagai mengerti apa yang bergolak dalam hatiku.
“Adam akan sentiasa untuk Maya. Adam janji.”

Aku senyum, membalas genggaman jemarinya. Memang, dengan adanya Adam aku menjadi lebih berani. Akhirnya aku hanya mengangguk, setuju dengan cadangannya.

“Ingatkan tak suka tadi.”

“Ish, Adam ni. Mana ada tak suka. Maya just teringat kerja yang melambak kat pejabat tu. Kalau kena cuti lagi untuk pembedahan ni, alamatnya bertambah melambaklah kerja Maya tu.”

Adam tertawa, dia mencubit halus pipiku. Aku memandangnya, dengan penuh rasa kasih di hati. Terasa kekosongan hatiku sedari dulu, kini terisi.

“Maya, tadi ada sorang patient Adam kirim salam. Dia kata teringin nak jumpa Maya.”

Aku senyum, menjawab salam di dalam hati.

“Tadi dia datang dengan baby dia. Baru lagi lahir, dalam 3bulan lepas. Comel sangat tau, baby girl.”

“Adam, manalah ada baby yang tak comel?”

Adam ketawa. Dia menarik tanganku, dan dibawa ke bibirnya.

“Kalau kita ada baby, mesti dia lagi comel kan?”

mY 101 WisHes~!!!

hye semua~

sorry ye..lama sangat tak update blog...sebab lately agak bizi dengan kerja-kerja luar...dan hari ini *setelah tertangguh lebih 2minggu* akhirnya aku berjaya siapkan 101 impianku...semuanya aku letakkan dalam blog aLL aBouT mY dReaMs...sebenarnya, ada orang bagitau aku...kalau kita sendiri tak mampu dan tak upaya untuk mempunyai impian, macam mana kita boleh berupaya untuk berjaya..???

mungkin kalau korang baca impian-impian aku ni, ada antara korang yang akan ketawa...mungkin jugak akan ada yang mencebik..atau mungkin jugak ada yang menyokong...tapi apa jugak reaksi korang, aku tak kisah....sebab itu semua kan impian aku, bukannya impian korang..hehehe...setiap dari kita punya impian yang berbeza-beza...betul tak...??dan kalau korang ada impian, aku jugak cadangkan korang senaraikan semua impian korang tu...lagi pulak orang kata, hidup akan lebih bermakna kalau kita punya impian...kalau kita rasa terlalu cukup dan selesa dengan apa yang kita ada, di mana kita berada...kita takkan rasa hidup ni sangat menyeronokkan..sebab personally, bagi aku..bila aku rasa tak cukup dengan apa yang aku punya sekarang *tapi bukan bermakna aku tak bersyukur* aku akan rasa ada keseronokan dalam menda-menda yang belum aku cuba, belum aku capai...

so..untuk korang semua...sangat bertuah dan sangat bagus kalau korang punya impian dan mampu senaraikan impian korang tu...untuk itu, aku doakan korang semua akan jadi lebih baik dan lebih berjaya...people who dare to dreams, will dare to achieve...

p/s: ye...salah satu daripada 101 impian aku tu ialah menyiapkan e-novel aku yang ada bersawang dah kat sini...

Monday, March 14, 2011

Tahun Yang Kedua -- Yang Tambah Bermakna~!!!

Terima kasih Tuhan
Untuk hari ini, 2 tahun yang lalu
Kau perteguhkan hatinya
Kau bulatkan tekadnya
Memilih aku sebagai isteri
Menjadikan aku sebahagian diri

Terima kasih Tuhan 
Untuk hari ini, 1 tahun yang lalu
Kau kuatkan cintanya
Kau patrikan janjinya
Menerima aku apa adanya
Membimbing aku apa mampunya

dan
Terima kasih Tuhan, untuk hari ini
Kau izinkan dia
Kau jadikan dia
Setia meneguh setiap goyahku
Terus mekar cintanya untukku

Terima kasih Tuhan
Menciptakan dia yang terpaling indah 
Melengkapi aku sebagai insan
Membaja kasih menyemai sayang

Jangan, Tuhan
Kau inginkan dia selain dariku
Kau penuhi aku selain darinya
Biar sampai bila, sampai ke syurga...

encik Hasben --- Syed Fahmi alJunid Syed Shahrom
Selamat Tahun yang Kedua
Moga ada yang seterusnya, sampai ke sejuta

Thursday, March 10, 2011

aLL TiMe FaVoURiTe....???

hey all~

hari yang agak kesuraman...tapi sakit belakang sudah surut hari ini..mungkin disebabkan kebaik-hatian encik Hasben yang mengurut belakangku semalam..thanks a lot ye darling...hari ni, rasa macam sedap sikit badan ni...


malam tadi, disebabkan kehabisan stok kuaci kegemaran, aku layan la double decker yang perasa udang tu...lama sangat tak makan menda ni...semalam masa pegi k4, ternampak..terus je beli...dulu masa kecik-kecik suka sangat makan ni...

aku makan satu je..satu lagi bagi kat opismate sebelah ni haa...

masa kecik-kecik dulu korang ada tak makanan ringan kegemaran..???aku ada, tapi jarang sangat dapat makan sebab ayah aku memang tak bagi kitorang makan jajan ni...huhuhuh....double decker ni adalah salah satu jajan kegemaran aku masa kecik dulu...ingat lagi iklan dia dengan bas merah dua tingkat tu...hehehe...

ini pun salah satu kegemaran aku jugak ni...

pastu masa kecik-kecik dulu suka sangat makan chewing gum...gambar teddy bear ni aku suka..pembalut dia ada kaler merah, kuning ngan biru...ini pun jarang-jarang dapat makan...kalau jumpa, selalu aku beli terus sekotak macam nak jual kat kedai tu...tapi lately takleh da nak makan banyak-banyak...sebab kandungan gula dia tinggi..kang tak pasal-pasal kena diabetis pulak kang...

ini all time feberet...

korang suka tak makan apollo layer cake ni...??dulu-dulu Tora ngan Ding Dang memang feymes...tapi disebabkan kitorang ni bukanla anak orang yang banyak duit, jarang sangat dapat beli nye..aku paling suka yang pandan je..yang perisa lain-lain aku tak mau makan...tapi apollo layer cake ni selalu la jugak aku curi-curi beli..makan cepat-cepat kat sekolah sebelum balik umah...ada 2 sebab ye...1: sebab adik aku ramai...nanti dorang berebut lak nak menda ni...2: sebab kalau mak ayah aku tau sure kena piat telinga...huhuhu....

sama jugak dengan yang ni...aku cuma makan dairy milk or black forest sahaja..kacang-kacang alergik sket...huhuhuh

dan ini...Cadburry coklat...dulu tem dok hostel, bila nak balik hostel je mulala membodek ayah aku suh belikan ni...ceh~ itulah kelebihan duduk di hostel ye tuan-puan...hehehe...walaupun balik tu sebulan sekali je, tapi merasa la jugak kan makan...hehehe...then bila dapat biasiswa lagila seronok sebab takyah nak membodek ayah pun boleh beli dah...hehehe...aku tak makan coklat yang ada kacang...*apa-apa yang ada kacang pun aku kurang gemar...kecuali kuah kacang di hari raya*


mamee monster...suka yang paket merah ni tapi tak penah makan campur ngan perencah dia tu...

ni jajan yang paling mendapat sambutan di rumah aku...disebabkan kitorang adik-badik ramai...kalau ayah aku bermurah-hati dia akan beli peket besar mamee ni..so, sorang boleh dapat dua bungkus...sampai sekarang pun kitorang akan berebut mamee ni...*walaupun masing-masing da boleh mak-bapak-budak*...kitorang dulu kecik-kecik kalau makan mamee paling sonok bile kuar iklan dia kt tibi tu..sebab kitorang pun mula la ikut mamee monster tu menari-nari sambil makan mamee...kuang kuang kuang....


hanya stoberi hokey~ perisa coklat ai tak layan...

last but not least, keropok rocky berperisa stoberi...hehehe...adik-adik aku suka yang perisa cokelat..tapi aku cuma layan yang perisa stoberi je..ngape..??ntahla...aku selalu sangat beli menda ni...lagi-lagi kalau ada kursus or seminar...penceramah berbuih mulut kat depan, aku berpenuh mulut melayan rocky stoberi ni...hehehe...tapi encik Hasben tak bagi sangat aku makan ni..sebab dia kata, gula tinggi...*ok cayang...makan sket je ek???*

rupanya banyak jugak jajan feberet aku ye..ini tak termasuk lagi segala jenis potato chips tu..kerepek-kerepek lagi...kuaci pulak...huahuahuahua...kadang-kadang bila kitorang adik-badik lepak sesama makan jajan ni mula la keluar cite-cite masa kitorang kecik dulu...mula la nak compare dengan adik bongsu kitorang yang sangat berbeza cara didikannya berbanding kitorang...macam mana bertuahnya dia bila apa yang dia nak, mostly dia dapat...yela, agaknya keluarga kitorang pun da makin senang kan...berbanding dulu...

apepun...aku bertuah dan bersyukur sebab dididik dengan cara aku dididik masa kecik dulu...sebab cara didikan itulah yang menjadikan aku macam mana aku sekarang ni...big thanks to my ayah and emak...big hugs and loves~!!!

MooD :: tak berapa bagus...tapi perlu menceriakan diri..sape lagi nak wat kita senyum kalau bukan diri sendiri...betul...???

Tuesday, March 8, 2011

::eRTi sEbuaH PeRsaHaBaTaN 35.1 ::

"Betul Shah nak pergi ni?"

Wajah mamanya dipandang lama. Shah masih diam, mungkin memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku jika dia ingin meneruskan niatnya.

"Shah tak nak jumpa dia?"

Sebuah keluhan dilepaskan. Memang dia terlalu ingin bertemu gadis itu, namun peristiwa beberapa hari lepas membuatkan hatinya bengkak. Dia tidak mahu lagi terus menunggu, dan dikecewakan. Sebab itulah dia mengambil keputusan untuk ke Australia bersama papanya. Kebetulan papanya perlu menerima rawatan di sana.

"Nanti sijil SPM Shah macam mana?"

Shah memegang lembut tangan mamanya. Dia tahu, mamanya berat hati untuk melepaskan dia pergi. Apatah lagi dalam usia yang begitu muda, baru menginjak ke lapan belas tahun. 

"Mama tolong ambilkan untuk Shah."

Mamanya membuang pandang. Habis sudah usahanya untuk memujuk agar Shah tidak meneruskan niat untuk ke Australia.

"Dan ma, tolong jangan beritahu sesiapa ke mana Shah pergi."

Keputusannya muktamad. Shah tahu, dia tidak akan dapat berpatah balik setelah keputusan itu dibuat. Sebenarnya, dia terlalu rindu pada Maya. Namun perasaan egonya menghalang dia daripada terus tenggelam dalam kasih yang pada sangkanya, hanya bertepuk sebelah tangan.


SUASANA di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur begitu sesak. Cuti sekolah yang telah bermula tambah menyesakkan lagi keadaan di situ. Shah awal-awal lagi melarang mamanya menghantar dia pergi. Dia tahu, mamanya tidak akan berputus asa memujuk dia untuk membatalkan hasratnya. Dia asyik bermenung apabila lengannya ditarik seseorang.

"Tasya, apa awak buat kat sini?"

Tasya diam, merenung tajam ke arahnya. Sungguh dia tak sangka, Shah akan membuat keputusan untuk meninggalkan negara ini. Dan yang paling penting, Shah akan meninggalkan dirinya!

"Kenapa awak nak lari jauh-jauh, menyusahkan diri sendiri semata-mata kerana perempuan yang tak tahu mengenang budi tu Shah?"

Shah mengeluh. Tasya terlalu banyak menghukum Maya, sedangkan Tasya bukanlah begitu mengenali gadis itu.

"Saya buat semua ini untuk kebaikan saya. Bukan sebab sesiapa pun, Tasya."
"Tapi saya tahu, dia ada kena-mengena dengan semua ni kan?"

Shah mengangguk. Dia tahu, Tasya bencikan Maya. Namun dia juga terpaksa mengakui, dia pernah merasa dekat dengan gadis itu.

"Apa salah saya, Shah? Kenapa dia yang lebih dulu hadir dalam hidup awak, dan dia juga yang jadi penyebab memisahkan saya dengan awak?"

"Awak tak salah Tasya, Maya juga tak salah. Mungkin ini yang terbaik untuk kita semua."

Tasya diam, walau dalam hati dia membantah keras kata-kata Shah itu. Bagi Tasya, semuanya adalah salah Maya!

"Terima kasih, Tasya. Kalau bukan sebab awak, mungkin saya masih ingat yang Maya adalah Maya yang saya kenal selama ni. Saya tak tahu yang Kuala Lumpur mampu mengubah siapa dia."

"Takkan awak tak kenal Maya, Shah?"

"Saya kenal dia, Tasya. Atau mungkin, saya sangka saya kenal dia. Tapi apa yang saya nampak malam tu, benar-benar membuka mata saya. Rupanya saya dah salah. Dia bukan lagi Maya yang dulu."

Tasya senyum kecil, namun segera disembunyikan senyuman itu. Dia mengusap lembut bahu Shah, cuba menenangkan pemuda itu.

"People changed, Shah. Sebenarnya, saya takut juga nak beritahu awak masa tu. Yelah, takut awak ingat saya sengaja memburuk-burukkan dia."

"Takkan awak nak buat saya macam tu. Kan?"

Tasya melarikan pandangan apabila mata mereka bertemu. Panggilan untuk berlepas membantutkan perbualan mereka. Shah mengucapkan selamat tinggal, sebelum melangkah masuk ke balai pelepasan. Tasya melambaikan tangan, sebelum kembali tersenyum. Sendiri. Telefon bimbit dikeluarkan dan satu nombor didail.

"Hello, papa. I wanna go to Australia."

---------------------------------------------------------------------------------------



Titis hujan mengejutkan Shah dari lamunan. Dia segera masuk dan menutup pintu balkoninya. Dia mengusap mukanya, lama. Terlalu jauh rupanya dia dibawa menyingkap satu-persatu kenangan yang ingin dilupakan. Tidak mahu lagi dia kenangkan semua itu, namun entah mengapa. Kenangan itu begitu mudah terlayar di ruang ingatannya.

"Maya, kalaulah Shah tolak sedikit ego Shah masa tu....."

Monday, March 7, 2011

NeeD a HuG~!!!

hey all~

sorry sangat ye...lately aku just masukkan entry-entry pasal LiFe JoUrNey aku je..itupun kebanyakannya aku copy-pasta daripada blog aku yang satu lagi ---> JoUrNeY oF mY LiFe...aku masih belum berkesempatan meng'upload' e-novel aku kat sini...untuk cerita ESP tu memang aku da rangka da sampai pengakhiran dia..idea tu ada, tapi untuk aku huraikan dalam bentuk penulisan masih belum sempat lagi...untuk aKu sKaNdaL tu memang blur sampai hari ni...aku masih tak dapat membayangkan pengakhiran yang diingini lagi...huhuhu...

untuk MeMoiR tu pun dah ada...tapi kenapala kurang sangat masa nak meng'upload' nye..??dan last skali untuk AnTiQuE BaKeRy kesayangan aku tu...jalan cerita dah ada, pengakhiran ada tapi belum final...cuma penghuraian je yang belum ada...aku cuba ye korang...aku tau, salah satu azam aku tahun ni adalah untuk lebih kerap meng'update' e-novel aku kat sini..aku cuba sehabis baik ye...untuk yang masih jugak sudi menjenguk aku kat sini, sangat bebanyak terima kasih aku ucapkan...korang memang terbaik~!!!

ditambah lagi dengan keja-keja yang semakin banyak kat sini...walaupun boss sudah bertukar tapi apakah malangnya nasib aku...aku tetap berada di bawah tampuk pemerintahan yang sama..malah lebih kejam daripada sebelum ni...dulu, aku terlalu menanti-nantikan penstrukturan semula ni, tapi nampaknya takde langsung perubahan apatah lagi kelebihan untuk aku...aku tengah gigih menyiapkan sebuah monograf dan beberapa kertas kerja sekarang ni...dan aku jugak tengah berhempas-pulas untuk pembentangan yang sepatutnya dibuat oleh officer-officer yang lebih berpengalaman daripada aku...*sigh*


takpela..nak buat camne kan...hidup perlu diteruskan..hari ni, aku sebenarnya kurang sihat...daripada pagi tadi kepala rasa berpusing je...berat semacam rasanya...mungkin kurang rehat, atau kurang kalsium ataupun kurang vitamin...entahla, aku pun tak pasti...yang aku tau, aku harap dapat sampai cepat ke rumah dan aku nak baring-baring...saje merehatkan badan....

encik Hasben..i need a hug..just to make me feeling better~

cUBaaN mEnaMbaH SaVing BaBy~

hello hello~

setelah berminggu-minggu diperkenalkan dengan HeartBeat ni, hari ni aku tryla join..sebabkan waktu lunch tadi kepala rasa berpusing-pusing je tengok paperwork kan...*alasan la tu*...so, dengan penuh kesusahpayahan *almaklumlah..orang tak pandai komputer*...akhirnya aku berjaya mendaftarkan diri di HeartBeat itu...

gambar ni aku copy saja dari websitenye...sorryla korang...aku ni memang buta IT sket~

jadinya..insya Allah, HeartBeat ini akan aku jadikan sebagai medium tambahan untuk aku menambahkan simpanan si kecik ni...setakat ni tak penah lagi aku niat nak gunakan duit daripada iklan-iklan kat blog ni untuk beli barang-barang sendiri...yang terlintas cumala nak buat simpanan si kecik...hehehe...sebab aku tau, si kecik ni akan memerlukan perbelanjaan yang banyak nanti...untuk yang dah bergelar ibu atau bapa, sure mengakui kata-kata aku ni kan...???

so kalau korang rasa berminat nak join HeartBeat ni...tak kisahla atas matlamat apa pun bolehla klik kat banner kat atas tu untuk daftar ye...nanti korang akan dibawak ke homepage HeartBeat ni, then klik create account...ikut je arahan dia...pastu korang klik la join affiliate, ni untuk membolehkan korang letak banner iklan dia kat website korang...itulah sahaja ceritanya....

aku ni sebenornye nak cite menda lain...tapi alang-alang baru buat HeartBeat ni, makanya aku pun stori-mori la sket..lambat-lambat kang terlupe pulak kan...heheheh...orang kata ---> ShaRiNg iS caRiNg...^_^

Sunday, March 6, 2011

SeRoNok...TaPi eMo...???

hello hello~

hari ahad yang agak memenatkan...yet fun...adalah sket-sket menda yang wat aku terasa jugak, tapi kenapa nak beratkan menda yang sedih kalau ada menda lain yang leh wat aku hepi kan..???hehehehe....*baby dok menendang-nendang lak...agaknya dia terasa kot mummy tengah melawan perasaan ni*...mummy okeyla, baby...

pagi tu...awal-awal da plan ngan encik Hasben...nak ajak dia keluar meronda-ronda...dan encik Hasben pun kata "okey~"...hehehehe....jadi, cepat-cepat la kemas umah, basuh baju, jemur baju, buang sampah sume...sebab lau lambat nanti lambat pulak nak keluar..kalau ikut perancangan banyak jugak tempat yang nak dituju ni...hehehe....sementara menunggu aku buat keja umah, encik Hasben pun sibuk membuat keja bisnes dia...^_^

akhirnya kami bergerak keluar bersama-sama...mesti kena makan dulu, baru ada tenaga nak berjalan kan...hehehe....*nom..nom...nom...*selesai makan, kitorang pun ke Kelana Jaya...niat nya nak pegi tengok kedai baby kat sana...MyBBStore...berpusing-pusing la jugak nak sampai ke situ...almaklumlah terlupa nak bawak peta..and tempat dia pun memang kat bangunan baru yang separuhnya masih ada lagi yang belum siap...hehehe....

sunyi je kedainya...agaknya sebab kedai baru, tempat baru kot...serba-salah je nak survey lama-lama...disebabkan itu, sekejap jela kitorang kat situ...dan barang yang dibeli pun cuma dua je..sekadar nak jaga ati tukang jaga kedai tu, dan balasan penat berpusing-pusing tadi...hehehe...sebenarnya banyak jugak barang menarik yang ditawarkan tapi sebab banyak jugak barang yang dah dibeli dan yang lain-lain tu memang ingat nak beli dekat-dekat nak bersalin, maka hanya men'survey' sahaja la...

beli wash cloth untuk si kecik...comey je..takmo beli yang cantik+berbunga-bunga sangat...yang plain macam ni pun da cukup menarik..kan..???
dan medela nipple cream untuk mummy...beli siap-siap sebab nak letak dalam beg...takut nanti terlupa *yang paling penting, nanti promotion da bes*

selepas itu, kami pun bergerak ke umah nenek encik Hasben..lama da tak datang melawat rasanya..mungkin last datang masa hari raya dulu...*hampeh kan...???*beronok-ronok kejap kat situ...walaupun ada saja orang-orang dengki yang suka menganggu kebahagiaan kami, namun aku diamkan saja demi keharmonian bersama...*eceh~ ayat pasrah tau ni*...

dah hahis berlepak-lepak kat situ, kitorang pun bergerak balik ke umah mak + ayah aku...dekat saja, tapi disebabkan selalu sangat kesuntukan masa tak dapatlah nak menziarah dorang ni selalu...sampai-sampai macam biasala, petang-petang macam tu dengan perut yang kenyang....encik Hasben pun memulakan misi untuk berlayar ke hujung dunia...pelayaran tu jadi agak menarik bila mak ngan ayah aku pun join skali naik sekapal...tinggalla aku ngan adik aku yang bongsu tu...sementara menunggu kapal-kapal berlabuh, aku layan jela komik CoNaN yang sememangnya menjadi pilihan sejak zaman-berzaman...
aku ngan adik aku yang no.3 tu memang gila komik..lagi-lagi CoNaN ni la..aku tengah kumpul duit untuk beli full collection of this comic...heheheh

sambungan khabar gumbira daripada entry hari Jumaat tu...hehehe...hari ni baru aku tau yang rupa-rupanya bulan ni turn aku dapat duit kutu...sesapa yang tak tau apa tu duit kutu, balik nanti tanya emak masing-masing ye...hehehe...alhamdulillah, satu lagi khabar gumbira...aku sendiri tak ingat sebenarnya..tetiap bulan bayar je...hehehe...so bertambahla simpanan si kecik hari ni...insya Allah boleh simpan untuk buat akikah ke apa nanti kan...

malam tu kitorang satu family keluar makan sama-sama...lama sangat da tak makan ramai-ramai...tapi empat orang adik-badik yang lain tak dapt join sebab masing-masing ada hal...takpela, len kali insya Allah ada lagi...lepas makan dan berborak-borak, barulah kitorang bergerak pulang ke umah tercinta...sampai umah cepat-cepat pegi angkat baju kat ampaian...*sila jangan contohi perangai ini ye semua*....

dan berakhirlah hari Ahad yang agak penat tapi quite fun...lebih fun kalau "orang itu" tak mengganggu keharmonian aku dan ecnik Hasben...oh ye, encik Hasben mungkin tidak merasakan apa-apa...tapi aku je yang lebih-lebih...almaklumla, isteri mana rasa seronok bila masa-masa yang sepatutnya diluangkan bersama tiba-tiba diganggu oleh pompuan lain yang sibuk nak bermesra-mesra dengan si suami kan..??*huh~!!!*kalau takde iman, takde sabar dalam diri aku, dah lama aku bunuh dia...huhuhuh...

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?