:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Wednesday, March 4, 2009

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 9 ::

“Fathihah, tak kenal saya ke?”tanyanya lagi apabila aku hanya membisu tanpa sepatah kata.

Aku yang agak terkejut dengan pertanyaannya, memandangnya sekali lagi. Lelaki muda di hadapanku hanya tersenyum, manis. Senyuman manisnya memang seakan pernah kulihat, namun ingatanku agak kabur ketika itu.

Akhirnya, aku mengalah dengan fitrah manusia yang mudah lupa. Aku mengelengkan kepala sambil memohon maaf daripadanya.

“Adam, Megat Adam Fakhrul Megat Mohamad. Remember?”ujarnya, masih menikam pandangan mataku.

Aku terdiam sejenak mengingati pemilik nama tersebut. Akhirnya sebuah senyuman tersungging di bibirku.

“Ya Allah, Adam. Satu matriks dulu, kan? Sorry, i can’t remember you. Maklumlah, pelajar kolej tu ramai. Lagipun kita ni dah semakin tua,”kata-kataku disambut dengan ketawa nipis kami berdua.

So, Dr Adam, boleh saya tahu tahap kesihatan saya?”sambungku.

Dr Adam hanya menganggukkan kepalanya. Dia mengangkat semula fail yang telah diletakkan di atas meja sebentar tadi.

Can i call you, Tia? Dulu masa kat kolej i dengar students panggil you Tia.”tanyanya.

Aku hanya menganggukkan kepala. Agak terkejut dengan kenyataan itu, kerana seingatku hanya rakan sebilik dan sekelas denganku yang memanggilku Tia. Sedangkan Adam bukan sahaja tidak sekelas denganku, malahan kami berlainan jurusan.

Namun aku hanya membiarkan persoalan tersebut berlalu kerana persoalan kesihatanku lebih utama tika ini.

As far, you okey. Cuma you selalu sangat kerja kuat agaknya. Ada tak you rasa sakit kepala kebelakangan ni, Tia?”

“Kadang-kadang tu, ada juga. Biasalah, orang makan gaji. Kalau tak kerja kuat macam mana nak cari makan?”balasku, berseloroh.

“Betul, tapi jangan lupa jaga kesihatan sendiri. Your full report tak dapat lagi, maybe dalam dua minggu lagi. Tapi setakat ni, takde apa-apa yang serius.”jawabnya tersenyum.

Aku turut tersenyum dengan ulahnya itu. Dr Adam yang sedang meneliti laporanku, kebetulan mengangkat muka. Pandangan kami bersatu.

Anything wrong?”tanyanya.

“Takde. Cuma bila tengok you senyum macam tu, i rasa mesti ramai pesakit you yang terus sembuh. You’re so sweet,”pujiku, ikhlas.

Dr Adam hanya tertawa kecil dengan jawapanku itu.

Selepas membuat temujanji, aku meminta diri. Malah dia turut mengingatkan aku agar mengambil ubat yang diberikan olehnya. Aku yang agak elergi mendengar perkataan ‘ubat’ hanya senyum sambil menganggukkan kepala.

“Erm, Tia”panggilnya sebelum aku melangkah keluar.

Aku kembali menoleh ke arahnya.

“Saya suruh awak ambil ubat, awak jangan lupa makan pulak.”katanya ambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih berseri.

Seakan memahami sikapku yang tidak betah dengan ubat, aku turut tersenyum dengan pesanannya itu. Dia hanya mengangkatkan kening membalas senyumanku itu.

Sampai di rumah, aku membaringkan diri di atas sofa kayu yang terletak di ruang tamu. Aku masih lagi memikirkan mengenai pertemuanku dengan Adam sebentar tadi. Sebenarnya aku tidaklah begitu mengenalinya, namun reaksinya sebentar tadi membuatkan aku berasa senang dengannya. Lagipun memang banyak yang pernah kudengar mengenai Adam sewaktu di kolej dulu.

Aku terjaga ketika mendengar sayup-sayup azan maghrib yang berkumandang dari masjid yang terletak berhampiran dengan rumahku.

‘Erm tertidur rupanya aku sebentar tadi. Nampaknya terlepaslah waktu sembahyangku petang tadi,’desisku sendirian.

Selepas membersihkan diri dan bersolat, aku duduk menghadap televisyen. Malas hendak keluar makan aku hanya memanaskan pizza yang sedia ada dalam peti sejuk.
'Erm kalaulah ibu tahu pastilah aku dimarahi.'

Tiba-tiba sakit kepalaku menyerang lagi. Teraba-raba aku bangun mencapai ubat yang diberikan oleh Adam siang tadi. Setelah menelan ubat-ubat tersebut, aku kembali berbaring di sofa tempatku tertidur petang tadi. Aku memejamkan mata rapat-rapat, sambil sebelah tanganku memicit kepala. Agak lama kemudian, setelah merasakan sakit kepalaku beransur baik aku bangun menuju meja kerjaku. Aku harus membuat rujukan terakhir sebelum berjumpa dengan pelanggan dari Singapura esok pagi.

Tut... tut....

Deringan telefon bimbitku sekali lagi mengejutkan aku dari terus membaca kertas kerjaku.

“Hello..”

“Assalamualaikum, Tia.”Lembut suara itu menghulurkan salam.

1 comment:

bidadari cinta said...

sape sape cal tu??
nak tahu2..!!!cpt smbung..

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?