:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Tuesday, October 26, 2010

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 27::

SEKALI lagi aku di sini. Bersendirian di Taman Suria KLCC, memerhati gelagat manusia yang pelbagai. Sambil fikiranku masih dipenuhi tiap butir perkataan Arissa di Pavillion tadi.

Bunyi telefon bimbit menyentak lamunanku.

“Hello, Maya kat mana?”

Panggilan dari Shah. Lenyap sebentar bayangan Arissa yang cantik manis dari bayanganku.

“Maya cuti petang ni. En Haris dah maklum pasal ni. Kalau ada apa-apa Shah serahkan pada Zatty terus. Esok Maya buat follow up, okey?”

“Maya okey?”

Yes, Shah. Thanks.”

Panggilan diputuskan. Aku bersandar di kerusi panjang yang disediakan di situ, berhadapan dengan tasik buatan yang tenang. Tidak seperti hatiku.


I tak salahkan Adam kalau dia jatuh hati pada perempuan lain. Apatah lagi pada you. You cantik, berkerjaya, memang kena dengan taste Adam. Lagipun Fathihah, lelaki kan boleh kahwin sampai empat.”

Aku diam, memandang kosong wajah Arissa di depanku.

“Atau mungkin dia dah bosan dengan I. Mungkin dia nak mencuba sesuatu yang baru, seseorang yang baru selain I. Tapi I yakin dengan cinta I untuk dia, dan I rasa tak salah kalau I turut yakin dengan dia untuk I.”

Aku masih diam. Masih memandang si cantik manis di hadapanku ini. Berwajah pan-asian, berpewatakan menarik, Arissa memang mampu mencairkan hati mana-mana lelaki.

But Adam told me that it’s over between both of you.” Perlahan aku menuturkan kata-kata itu.

Maybe it was my fault for leaving him. But when he told me that he met someone else and gonna leave me for good, I just couldn’t take it.”

“Tapi you yang tinggalkan dia dulu.”

Yes! Tapi selama ni pun dia akan datang pujuk I semula. Macam-macam kami dah tempuh bersama, takkan semua tu takde makna langsung untuk dia?” Mata Arissa mulai berkaca.

“Arissa, sorry for asking. But when you said that both of you have been together, does it really mean that...”

Sengaja aku habiskan ayat di situ, menanti reaksi daripada Arissa.

You ni naif sangat kan? I faham apa yang you cuba sampaikan. And the answer is yes.”

Langit seakan runtuh menghempapku apabila Arissa selesai menuturkan ayat tersebut. Aku bangun dan mahu beredar apabila terdengar dia menyambung.

You boleh tanya Adam kalau you rasa I sengaja nak manipulate you.”

Aku melepaskan keluhan, dan melangkah meninggalkan Arissa. Kepalaku mula terasa berdenyut. Aku meraba-raba beg tanganku mencari ubat yang tidak pernah aku tinggalkan ke mana saja.

Kenapa? Kenapa selepas aku benar-benar membuka hatiku pada Adam?



Morning Zatty.

Pagi itu kugagahkan kaki ke pejabat. Sepanjang malam aku tidak dapat tidur, memikirkan setiap kata-kata Arissa.

“Cik nak air? Saya boleh buatkan.” Tanya Zatty selesai dia membacakan jadual harianku.

“Boleh juga. Hot chocolate for me please. Thanks Zatty.”

Aku duduk, merenung kosong skrin komputer yang gelap. Mencapai mug berisi coklat panas yang dihantar oleh Zatty. Baru sahaja seteguk, pintu bilikku ditolak dengan kasar.

“Maya!”

Di hadapanku, Tasya berdiri dengan wajah yang merah menyala.

Yes, Tasya. Is there anything I can help?

Aku bangun dan menutup pintu apabila terlihat beberapa pekerja yang memanjangkan leher menjenguk ke dalam bilikku.

“Kau jangan nak buat baik dengan aku. Dulu Shah, sekarang Haris. Tak cukup dengan tu. Aku dengar boyfriend kawan aku, Arissa pun kau nak rampas!”

Aku segera berpaling ke arahnya sebaik mendengar nama Arissa disebut.

“Arissa tu, kawan you?”

Yes. And aku tak tau apa masalah or dendam kau dengan aku. Tak habis-habis kau menyusahkan hidup aku, and now kau susahkan hidup kawan aku pulak?”

Kata-kata Tasya yang membabi-buta itu bergema lantang memenuhi ruang bilikku. Aku berdoa di dalam hatiku, semoga apa yang disebut Tasya tidak singgah ke telinga staf-staf di luar sana.

“Tasya, cool down okay. Kita bincang betul-betul.”

Aku menarik Tasya ke sofa biru tua yang terletak di sudut bilik itu. Dia menurutiku walaupun dengan muka yang masam mencuka. Aku meminta Zatty menyediakan fresh orange sejuk untuknya.

“Tasya, I tak pernah membenci atau berdendam dengan you. Malah sejak kita sekolah pun, I tak pernah rasa macam tu pasal you.”

Tasya meletakkan gelas fresh orange yang dipegangnya. Dia membetulkan kolar baju kemeja yang dipakainya sebelum bersuara.

You memang pandai berlakon baik kan?”

Belum sempat aku bersuara Tasya kembali menyambung percakapannya.

I hate you! Dulu you nak rampas Shah dari I. Sekarang, Haris pulak. Tak cukup dengan tu, boyfriend Arissa, my bestfriend pun you nak.”

Aku melepaskan keluhan, berat.

I dengan Shah, we’re just friend. Childhood friend. I dengan Haris pun just friend, I bekerja dengan dia. But Adam, I memang ada hati dengan dia. Tapi I sendiri baru tau pasal Arissa recently. That’s all.

See? You dah tahu pasal Arissa but still nakkan dia kan?”

“Tasya.”

Tasya bangun berhadapan denganku. Dia memandangku tajam sebelum melangkah untuk berlalu.

I akan pastikan you takkan bahagia, for you are messing into me and my friend’s life!”

No comments:

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?