:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Wednesday, June 3, 2009

.: aKu sKanDaL 8:.



“Encik Nik, kita nak pergi sekarang ke?”

Aireen yang tiba-tiba muncul di muka pintu, sedikit mengejutkan Adreen yang sedang menyelak majalah hiburan yang ada di meja kopi. Entah dari mana sesatnya majalah itu, dia sendiri kurang pasti kerana setahunya Adrean tidak berminat dengan majalah sebegitu.

Dalam terkebil-kebil, dia menatap gadis yang tiba-tiba masuk ke bilik abangnya ini.

“Apa dia?”akhirnya Adreen bersuara.

“Dah dekat pukul 12.30 ni. Encik Nik kata ada business lunch?”tanya Aireen apabila melihat Nik Adrean seakan-akan bodoh melihatnya.

Adreen memandang gadis itu. Kali ini dia bangun dan berdiri hampir dengannya. Rambut Aireen yang dibiarkan lepas sedikit mencuri perhatiannya. Matanya turun, menjamah lembut bibir Aireen yang agak basah dek sapuan lipgloss. Matanya merendah lagi, melewati kolar baju Aireen yang sedikit terbuka, melihatkan kehalusan kulit lehernya dan akhirnya pandangan Adreen jatuh pada betis Aireen yang agak terdedah kerana skirt pendek paras lutut yang dikenakannya. Dia memejamkan mata, dan tersenyum.

“Kenapa Encik Nik pandang saya macam tu?”tanya Aireen, menjauhkan sedikit dirinya dari Adreen.

‘Encik Nik? I see, this girl dah salah anggap yang aku ni abang.’

“Saya tunggu Encik Nik kat lobby,”akhirnya Aireen bangun dan menuju ke pintu apabila dirasakan Nik Adrean semakin tidak siuman.

“Eh, nantilah dulu. Kenapa nak tergesa-gesa ni?”Adreen berdiri di hadapan Aireen, menghalang gadis itu meneruskan langkah.

Aireen meneguk liurnya.

‘Alamak, apasal ngan Encik Nik ni? Wrong timing lagi ke?’

You got a nice lips,”Aireen tersentak apabila jari-jari kasar Adreen hinggap di bibirnya.

“Apa Encik Nik buat ni?”separuh menjerti Aireen menepis tangan sasa itu.

‘Garang. She’s just my type.’

Adreen tergelak kecil sambil menarik kembali tangannya yang mula merayap. Namun tawa itu dirasakan bagai memerli oleh Aireen.

“Saya tunggu Encik Nik kat lobby.”sekali lagi Aireen cuba keluar dari bilik itu.

Baru sahaja dia melepasi Adreen, Aireen terasa lengannya ditarik dan badannya seakan melayang. Sedar-sedar dia kini berada dalam pelukan Adreen.

“Encik Nik, lepaskan saya! Kalau tidak, saya menjerit,”

“Rileks. I bukan nak apa-apakan you,”Adreen berbisik lembut di tepi telinga Aireen.

Menggigil tubuh Aireen diperlakukan begitu. Dalam hatinya, dia berdoa agar Nik Adrean segera pulih daripada ketidaksiumannya itu.

We’ll meet again, dearest.”ucap Adreen, sambil mengucup lembut pipi Aireen yang sedia kemerahan.

Aireen meronta-ronta, dan pelukan itu dilepaskan. Adreen melangkah keluar sambil mengenyitkan mata ke arah gadis yang baru dikenalinya itu. Dia kini sudah tidak peduli akan wang yang ingin diminta dari abangnya. Malah dia telah mempunyai tarikan baru untuk terus singgah di NusaDesign.


Pipi yang masih merah digosok perlahan. Mata Aireen berkaca, apalah malang nasibnya hari ini. Dia duduk di sofa, menahan rasa terkejut yang masih bersisa.

Sorry, Ery. Lambat sikit. Ni cek yang...”

Kata-kata Nik Adrean terhenti apabila menyedarinya adiknya telah tiada di situ, berganti dengan Aireen yang sedang duduk di sofa.

“Eh, awak dah sampai? Minta maaf, saya ada hal tadi.”

Bagai terkena kejutan elektrik, Aireen bingkas bangun menyedari Nik Adrean kini berada di dalam bilik itu. Sedikit terpinga-pinga melihat Nik Adrean berkelakuan lebih siuman berbanding tadi, dan lebih terpinga-pinga apabila Nik Adrean berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku tadi.

Just a minute, saya nak kemaskan dokumen ni.”Nik Adrean masih tidak sedar apa yang bergolak di hati Aireen.

Mereka menuju ke lif, namun Aireen seboleh mungkin menjauhkan diri daripada Nik Adrean. Nik Adrean yang merasa sedikit pelik hanya mendiamkan diri dengan tindakan Aireen itu. Lif yang penuh membuatkan Aireen terpaksa berdiri rapat dengan Nik Adrean, namun sengaja dipalingkan mukanya ke arah lain.

“Awak sakit ke?”tanya Nik Adrean.

“Tak, eh, sakit. Sakit hati,”berterabur jawapan yang keluar dari mulut Aireen.

Nik Adrean mengangkatkan bahu dengan jawapan Aireen itu. Sedikit pun tidak menyangka sakit hati Aireen ada kena-mengena dengannya.

Sampai di basement, Aireen cepat-cepat meloloskan diri untuk keluar dari lif. Memang hari yang malang untuk Aireen apabila kakinya tersadung di hadapan pintu lif. Hampir sahaja wajahnya mencium lantai marmar, namun Nik Adrean sempat memaut pinggangnya.

“Jangan sentuh saya!”Aireen menolak Nik Adrean jauh dari tubuhnya.

Beberapa orang pekerja yang berada di situ berpandangan sesama sendiri. Nik Adrean mengeluh dengan situasi itu.

“Dahlah tak reti nak ucap terima kasih, lagi nak marah.”

“Terima kasih untuk apa? Untuk ciuman awak tadi?”

Jeritan itu menyebabkan pekerja-pekerja yang ada di situ mulai berbisik-bisik. Pastilah berita itu akan menjadi topik paling hangat di NusaDesign bulan itu.

“Apa awak merepek ni, Cik Aireen?”kesabaran Nik Adrean tercabar dengan fitnah itu.

“Merepek? Mungkin awak boleh berpura-pura macam takde apa yang berlaku, tapi kenyataannya memang awak dah cium saya kat pejabat awak tadi!”

No comments:

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?