RIUH- rendah daripada bilik Pengarah Urusan memanggil aku untuk menjenguk. Tanpa meletakkan beg di bilikku, aku terus menuju ke biliknya. Ryna, setiausaha Haris tercegat di depan pintu.
“What happened?” pertanyaanku itu dijawab dengan gelengan kepala.
Aku mengetuk pintu bilik Haris sebelum melangkah masuk. Kulihat Haris terduduk di sofa hitamnya, sambil gadis semalam berdiri bercekak pinggang di hadapannya. Kelihatan bunga water lily berwarna putih yang sentiasa menjadi penyeri ruang ini terkulai layu di atas lantai, diselaputi kaca halus pasu kristal.
“Fathihah.” Perlahan kedengaran suara Haris menyebut namaku.
“What’s wrong, en. Haris?”tanyaku mati apabila terlihat titisan darah dari hujung jemarinya.
Tanpa menegur si gadis yang bermuka masam, aku berlari keluar mencari peti pertolongan cemas.
Haris menyuakan jemarinya sebaik aku kembali ke situ. Aku membantu membersihkan lukanya apabila bahuku ditepuk keras.
“You ni tak tau nak respect tetamu kan? Dahlah masuk tak tegur I, senang-senang hati je pegang-pegang boyfriend I.”
Aku mahu menjawab apabila Haris terlebih dahulu membuka mulut.
“Sya, meet my best manager, Fathihah. Fathihah, my cousin Tasya.”
“Nik Sofea Natasya, his girlfriend.” Sedikit keras nada suaranya pada perkataan ‘girlfriend’ itu.
Kelu lidahku mendengar nama itu. Nama yang terlalu lama aku simpulkan dalam lipatan kenangan, yang pastinya tidak manis untuk dikenang.
“Mariatul Fathihah.” Antara dengar dengan tidak aku menuturkannya.
Aku mengangkat muka apabila terdengar tawa halus Tasya. Kulihat dia memandang sinis ke arahku. Haris yang tidak mengerti bangun dari duduknya dan berdiri di antara kami.
“I thought so! Since yesterday, i knew that it was You.”
“Apa maksud You, Tasya?”
Pertanyaan Haris dibiarkan tidak berjawab. Sebaliknya Tasya merapatkan dirinya denganku.
“Maya, dulu you nak rebut Shah dari I. Sekarang you nak rampas Is pulak dari I? You ni memang tak tau malu kan?”
Terduduk aku apabila Tasya menolakku dengan keras. Aku yang tersentak dengan perlakuannya sedikit tergamam. Malah masih terkejut dengan tebaran kenangan yang tiba-tiba dibuka.
“Fathihah!” Haris menerpa ke arahku. Kaca daripada pasu kristal yang bertaburan di atas lantai menembusi tapak tanganku.
“Fathihah ni lah yang selalu jadi penyebab untuk you tak berjumpa dengan I kan?”
Kelihatan beberapa orang staf mula memanjangkan leher, meninjau apa yang berlaku di pejabat Pengarah Urusan itu.
“Tasya, apa yang you buat ni?”keras suara Haris, menaikkan lagi kemarahan Tasya.
“Is! You tak kenal perempuan ni. Dia nila perempuan kampung yang ada hati nak rebut boyfriend I dulu. Sekarang ni ada hati nak rampas you pulak.”
Aku menekup telinga, tdak mahu membiarkan luka lampau terus berdarah. Kepalaku terasa berdenyut, memudarkan pandanganku yang akhirnya hanya gelap. Tanpa cahaya, tanpa perasaan.
No comments:
Post a Comment