:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Friday, December 17, 2010

:: aKu sKanDaL 21 ::

Aireen terangguk-angguk. Memandang satu-satu wajah di hadapannya. Pandangannya terhenti pada wajah comel milik Balkisy.

“Kenapa awak berpisah dengan mama Balkisy?”terpacul soalan itu dari mulut Aireen.

Tisya dan Adreen berpandangan sesama sendiri. Aireen masih tidak mengerti bahasa isyarat yang diberikan kedua mereka. Dia masih memandang Adrean, meminta jawapan.

“Saya tak nampak kenapa awak patut tahu sebabnya.”

Keras jawapan yang keluar dari mulut Adrean. Tisya mengerutkan kening. Lazimnya apabila pertanyaan Aireen dibalas dengan kata-kata sinis seperti itu, pastilah temannya itu akan mula berbalah.

Peliknya, Aireen bagai tidak mengambil hati. Dia menggamit Balkisy mampir kepadanya. Balkisy yang mulanya agak malu-malu, perlahan-lahan melangkah dekat kepada Aireen.

“Nak jadi kawan auntie tak?” Aireen menghulurkan tangan kepada Balkisy.

Perlakuan Aireen itu dipandang penuh minat oleh si kembar dan Tisya. Lama berdiam, akhirnya Balkisy mengangguk. Dia tersenyum dan menyambut huluran tangan Aireen.

Aireen turut tersenyum dengan telatah Balkisy, lantas menarik Balkisy rapat dalam pelukannya. Melihat situasi yang tidak terduga itu, Adreen datang dan berlutut di hadapan Aireen. Terpinga dia melihat ada titisan air jernih mengalir di pipi Aireen. Spontan, tangannya menyapu lembut air mata itu.

“You menangis?”

Aireen memandang Adreen dengan dengan mata yang basah. Kata-kata Adreen membuatkan hatinya bertambah terusik.

“Ibu. Ibu tinggalkan saya dengan abah masa saya umur 5 tahun. Saya boleh rasa apa yang Balkisy rasa sekarang.”

Suasana menjadi sunyi. Hanya esakan halus Aireen yang kedengaran. Balkisy berbisik sesuatu di telinga Adreen, membuahkan sedikit senyum di bibirnya.

“Nanti auntie marah.”

“Tak. Papa selalu buat macam tu kat Akisy kalau Akisy sedih. Akisy tak marah pun.”

Petah anak kecil itu berbicara.

Adreen mengangguk dan menarik Aireen rapat ke dadanya. Dapat dirasakan hembusan nafas gadis, namun didiamkan. Dia memeluk Aireen, rapat. Berharap agar kesedihan yang melanda itu segera hilang. Tanpa disedari, Adrean mengalihkan pandangan ke arah lain melihatkan perlakuan adiknya.

“Apa Balkisy cakap kat you?”tanya Aireen apabila dia menjarakkan diri dengan Adreen.

“Dia cakap, Uncle Ery tak kesian ke tengok auntie tu menangis. Pergilah peluk dia, Akisy kesian la.”

Serentak itu, semua mereka tertawa. Balkisy segera berlari memeluk Adrean, menyembamkan muka di dada papanya. Aireen mencubit halus lengan Adreen, mengundang usikan bertubi-tubi daripada Tisya.

“Sebab papa selalu buat macam tu kat Akisy. Hm?”

Adrean memandang anak kesayangannya. Perlahan dia mengucup dahi anak itu. Terlalu kasih dia pada Balkisy. Dia mengangkat kepala apabila terdengar deringan telefon.

“Baik. Kami ke sana sekarang.”

“Kenapa, bro?”

Adrean mengeluh, perlahan. Namun sempat ditangkap semua yang ada di situ. Aireen menghampiri Adrean dan mengambil Balkisy dari pegangannya.

“Lepas satu, satu masalah yang datang.”

Adrean mengusap mukanya. Dia memandang satu-persatu wajah yang ada di depannya. Selanjur dia menggelengkan kepala.

“Kenapa ni, Ean?” Aireen memandang muka Adrean, meminta jawapan.

“Kita kena ke pejabat peguam sekarang. Adela dakwa Ery rogol dia.”

What??”



“You betul nak buat macam ni, Adela?”

Adela mengangguk. Dia akan pastikan Adreen takkan lepas daripadanya.

“Takkan you nak tengok je Ery rampas tunang you?”

Ariel diam. Dia juga tidak mahu Aireen terlepas daripadanya. Dia setuju untuk menolong Adela pun sebab Adela memberikan jaminan yang Aireen akan pulang ke pangkuannya.

“Tapi kenapa you nak sangat Adreen tu?”

“Sebab I tau dia boleh jamin hidup I. Masa depan I.”

Ariel mengeluh. Nampaknya dia hanya dijadikan alat oleh Adela untuk memuaskan keinginannya. Sedangkan sasaran Adela hanya Adreen seorang. Melihatkan Ariel bermuram, segera Adela merapatinya. Dia memeluk Ariel dari belakang dan berbisik di telinganya.

“You janganlah risau, okay? I tetap perlukan you. Lagipun I sebenarnya cuma nak balas dendam je pada Ery sebab malukan I tempoh hari. Kalau ikutkan, you lagi hebat berbanding dia tau.”

Tersenyum Ariel mendengar kata-kata Adela itu. 

Adela turut tersenyum apabila melihatkan Ariel kembali dapat dipengaruhinya. Ariel memang amat dia perlukan untuk melayani keinginannya, namun dia juga perlukan Adreen untuk menjamin status kewangannya.

“I sayangkan Ryana.”

Adela diam. Dia hampir melepaskan pelukannya apabila Ariel menarik tangannya.

“Tapi I perlukan you.”

1 comment:

Anonymous said...

mula2 bc citer ni blur sikit..... last2 menyampah lak.... ngan ariel n adela.....

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?