:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Sunday, December 19, 2010

::eRTi SebuaH PeRsaHaBaTaN 31::

Today, we would like to welcome our new logistic manager.

Majlis hari itu diadakan bagi mengisi kekosongan jawatan Pengurus Logistik. Seorang lelaki berkulit cerah, berkening lebat dan berlesung pipit yang berdiri di sebelah Haris tersenyum manis. Namun aku hanya memandangnya dengan pandangan yang kosong.

“Perkenalkan, Encik Adif Zakuan. Dia akan menggantikan En. Shah di sini.”

Semua orang bertepuk tangan. Selepas memberi sepatah dua kata, majlis diteruskan dengan acara makan tengah hari. Aku mengambil pinggan, mengisinya sekadar mungkin dan melangkah ke bilikku.

“Fathihah.”

Langkahku terhenti apabila terdengar namaku dipanggil. Kelihatan Haris dan Zakuan tersenyum memandangku.

“Hai, saya Zakuan.”

Zakuan menghulurkan tangan kepadaku. Aku hanya menyambutnya sekilas. Menyedari tiada segaris senyuman pun di wajah Haris, aku meminta diri. Monitor di hadapanku, kupandang kosong. Sekosong perasaanku kini. Adam kini di luar negara, Haris pula sudah jarang bercakap denganku sejak kepergian Shah.

“Fathihah.”

Haris masuk ke bilikku, membawa dua gelas minuman. Dia duduk di hadapanku, menghulurkan segelas minuman yang dipegangnya tadi.

Thanks. I boleh ambil sendiri, tak perlu susah-susah En Haris.”

Haris memandang tajam dengan jawapanku itu. Namun sengaja aku berbuat tidak mengerti.

“Kenapa you mengelak dari I?”

Hampir tersedak air oren yang baru seteguk masuk ke tekakku. Aku mengangkat muka memandangnya.

“I mengelak dari you? Bukan you yang mengelak dari I?”

Haris meraup muka. Dia mengeluh perlahan sebelum menyambung bicara.

“Sejak Shah pegi, I rasakan yang I dah hilang you. You dah jadi macam orang lain, yang I tak kenal. You masih kenangkan Shah?”

“Ya. Masih. Dia sahabat I sejak I kecil, Haris. Tapi keadaan memisahkan kami hampir sepuluh tahun. I sayangkan dia, I sayangkan persahabatan kami.”

Haris mengangguk. Mungkin membandingkan jawapanku dengan cerita-cerita yang didengar dari Tasya.

“Sampai you sanggup lukakan Tasya untuk dia?”

Aku ketawa kecil dengan ulasannya itu. Pastilah, dia masih belum mengerti hubungan antara aku dengan Shah.

“Memang I tertolak dia masa tu, tapi bukan sebab Shah. Sebab dia cakap yang bukan-bukan pasal I, Shah dan Adam. Dia pernah ada hati dengan Shah tapi I tak tau apa sebenarnya yang terjadi antara mereka berdua.”

Haris mengangguk-angguk. Dia menyilangkan tangan di dadanya, seperti biasa setiap kali menunjukkan yang dia sedia mendengar kata-kataku.

“I akui I sayangkan Shah, tapi sekarang ni hati I cuma untuk Adam. Adam adalah masa depan I. Dan Tasya, bila dia dapat tau pasal I dengan Adam, dia bertambah marahkan I. Sebab Arissa tu kawan baik dia.”

Wait. You cakap Arissa tu kawan baik Tasya?”

Aku mengangguk. Agak pelik kerana Haris tidak mengetahui hal berkenaan.

“Dia tak pernah beritahu I. Dia cuma beritahu yang you dengan dia memang bermusuh sejak zaman sekolah lagi. Itu pun sebab Shah.”

Aku masih diam, hanya memandang Haris. Sungguh, aku tak punya sebarang pendapat mengenainya.

“Baru I faham kenapa Tasya tak suka dengan you. And baru I faham kenapa Shah minta transfer lepas tau you dah terima lamaran Adam.”

Aku mengangkatkan bahu dan tersenyum nipis kepadanya.

“Betulke apa yang I dah buat, Haris?”

“Betul atau salah bukan orang lain yang tentukan, Fathihah. Sebagai kawan, I akan sokong you walau apa jua keputusan yang you ambil.”

“So you rasa you boleh percayakan I semula?”

“I tak pernah berhenti percayakan you. I cakap macam tu sebab masa tu I terlalu kecewa. I’m sorry.”

Aku senyum, menganggukkan kepala. Aku mahu menyambung apabila pintu bilikku diketuk. Terpacul wajah Zakuan di situ.

Sorry kalau I menganggu. I ada ambilkan you air, Fathihah.”

Dia masuk dan meletakkan gelas minuman di atas mejaku. Aku tidak menjawab, namun hanya menunjukkan gelas di tanganku. Tanda aku tidak perlukan pertolongannya.

“Boleh I join sekali?”

Pertanyaan itu mematikan selera makanku. Aku berdiri berhadapan dengan Zakuan, tidak menghiraukan Haris yang memerhati tiap tingkah kami.

“Encik Adif Zakuan, kalau you rasa nak makan dengan En. Haris, silakan. Sebab I dah takde selera nak makan.”

Aku mahu berlalu apabila Zakuan memegang tanganku, erat.

“Tak perlu formal sangat dengan I. You can call me, Zack.

“Let me go!”

Pegangan Zakuan masih kejap di tanganku. Haris yang berasa terpanggil untuk campur tangan dalam situasi tersebut, bangun dan berdiri di sebelahku.

“Zack, just let her go. Tolong behave selama kita ada di pejabat ni.”

Akhirnya Zakuan melepaskan pegangannya sebelum bangun dan melangkah keluar dari bilikku. Sempat dia mengenyitkan mata, membuatkan aku bertambah meluat melihatnya.

“Mana you kutip orang macam ni, Haris?”

Haris diam dengan pertanyaanku itu. Namun segera pula tersenyum nakal memandangku.

“Nampaknya you ada peminat.”

“Shut up!”

No comments:

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?