“Anak ibu bahagia?”
“Kenapa ibu tanya macam tu? Maya bahagia sangat, bu.”
Aku merenung wajah ibu. Kulihat ada air mata yang bergenang di tubir matanya.
“Shah pernah datang jumpa ibu, tapi dia tak minta apa-apa selain doakan kebahagiaan Maya.”
“Ibu cakap apa ni? Maya dah jadi isteri Adam, bu.”
“Ibu tau. Ibu berterima kasih sangat pada Adam sebab berjaya buka hati anak ibu ni. Sebab dia sanggup bertahan dengan perangai anak ibu yang degil ni.”
Aku ketawa. Dalam hati, aku turut mengiakan kata-kata ibu itu.
“Lepas ni, takdela lagi orang nak berlawan cakap dengan ibu.”
“Ibu, Maya kan tetap ada untuk ibu.”
Kami berpelukan. Suasana riuh-rendah di luar sedikit pun tidak mampu menenangkan emosi kami ketika ini. Adam mendiamkan diri, mendengar sahaja setiap butir perkataan kami dari balik pintu. Namun aku sedar kehadirannya di situ.
“Adam.”
Adam agak tersentak mendengar namanya disebut. Dia masuk dengan senyuman manis yang tak pernah lekang dari wajahnya. Tampak begitu segak dalam persalinan biru laut yang kami pilih bersama-sama. Terus sahaja dia memelukku dan ibu.
“Kenapa sedih-sedih masa hari bahagia Adam ni?”
Pertanyaan Adam mengundang semula air mata di pipi ibu. Adam meleraikan pelukan dan mengesat lembut air mata di pipi ibu.
“Ibu tak suka Adam kahwin dengan Tia?”
“Siapa cakap ibu tak suka?”
Aku hanya memerhatikan cara Adam mengambil hati ibu. Sememangnya Adam memang bijak mengambil hati setiap ahli keluargaku.
“Habis tu, kenapa ibu menangis. Ataupun ibu sedih sebab Adam pilih Tia, bukannya pilih ibu?”
Serentak itu, Adam menerima cubitan di kedua-dua belah lengannya. Hadiah isitimewa daripada aku dan ibu.
“Ish, Adam ni. Ke situ pulak dia. Sudahlah, malas ibu nak layan kamu.”ibu merungut-rungut sambil melangkah keluar dari bilik pengantin kami.
Terhenti sudah tangisannya tadi, diganti pula dengan bebelan yang masih panjang kedengaran. Kedengaran suaranya bertingkah dengan sanak-saudara di luar sana.
Adam menggenggam erat tanganku, menarikku ke tepi jendela yang terbuka. Menghadap halaman belakang rumahku yang kelihatan sayup mata memandang.
“Tia bahagia?”
“Kenapa semua orng tanya saya soalan yang sama?”
Aku mengeluh perlahan. Agak kesal apabila merasakan semua orang di sekelilingku bagai menaruh prasangka terhadapku.
“It’s ok kalau Tia tak nak jawab.”
Adam berpaling, mahu melangkah pergi namun segera aku menarik tangannya. Dia memandangku, dalam. Tidak jadi bersuara apabila aku memeluknya erat-erat.
“Saya bahagia Adam. Sangat bahagia bila Adam sudi terima saya dalam hidup Adam.”
“Adam minta maaf. Adam tak perlu tanya soalan tu kan?”
Nafas kami bersatu. Terpaut dalam satu rasa yang terpahat kukuh di hati kami.
“Ops, wrong timing.”
Suara Haris menyedarkan kami. Segera aku longgarkan pelukan, menahan malu yang bertamu.
“Selamat pengantin baru, Maya.”
Lissa dan Jasmin memelukku erat. Aku membalas pelukan mereka dan mengucapkan terima kasih.
“Relakslah bro. Tetamu masih bertabur kat luar tu, korang dah duduk diam-diam kat sini.”usik Haris sambil ketawa.
“Kalau kau tak kacau tadi, jadi jugak kot.”
“Adam!” laju jari-jariku mencubit halus lengannya.
“She’s blushing, Adam.”
Usikan Haris membuatkan suasana riuh-rendah di bilik kami. Sungguh bahagia sekali perasaanku ketika itu. Namun sedikit sayu apabila sahabatku, Shah, tidak berada di sini. Haris mendekati Lissa dan berbisik sesuatu kepadanya.
“Haris, bisik apa dengan Lissa tu? Mengumpat I?”
“Taklah, Maya. Dia kata, cemburu tengok kau berdiri sebelah Adam dengan baju pengantin tu. Wishing that dia di tempat Adam.”
“Over my dead body, kawan.”
Lantas Adam memaut bahuku, erat ke dadanya.
“Then I wish it never happen.” Balasku, tersenyum.
No comments:
Post a Comment