:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Monday, May 25, 2009

.: aKu sKanDaL 6:.


“AIREEN ada?”

Suasana pagi yang riuh di pejabat itu, menjadi sunyi nyenyat. Kehadiran Nik Adrean betul-betul melumpuhkan aktiviti berborak yang dianggotai oleh hampir semua staf Bahagian Khidmat Pelanggan.

“Tak ada sesiapa nak jawab soalan saya ke?”

“Erm, Cik Aireen belum masuk lagi. Encik Nik nak tinggalkan pesanan ke?”takut-takut Wanie menjawab.

“Takpelah kalau macam tu. Nanti saya datang balik,” Nik Adrean berlalu sambil membetulkan tali leher hijau epal yang dipakainya.

Suasana aman tenteram sebentar tadi nampaknya tidak dapat bertahan lama dan mula dicemari dengan suara-suara sumbang yang mulai meneka-neka tujuan Nik Adrean mencari Aireen di awal pagi. Aktiviti bergosip kini memonopoli acara.


“Selamat pagi semua.”Aireen melangkah masuk dengan wajah yang agak bercampur-baur antara ceria dan sugul.

Langkahnya terhenti di hadapan pintu, dan berpusing menghadap rakan sepejabat yang kini memusatkan pandangan kepadanya. Macam-macam maksud dan taksiran yang diperolehi daripada pandangan mereka semua.

“Hello, I pakai baju terbalik ke? Ataupun I lupa nak zipkan skirt I?”

Pertanyaan sinis itu berjaya mengalihkan pandangan mereka semua, namun kedengaran efek suara-suara sumbang yang masih berterusan.

“Wanie, ada apa-apa yang tak kena dengan I ke?”

Wanie yang sedang tunduk, buat-buat bertambah sibuk dengan kerjanya. Namun apabila Aireen tidak berganjak seinci pun dari sisi mejanya, dia mengangkatkan muka.

“Erm..Tadi Encik Nik datang cari Cik, tapi Cik belum sampai lagi. Dia tak ada tinggalkan apa-apa pesan. Dia kata dia akan datang balik nanti,”

Aireen terangguk-angguk mendengar penjelasan Wanie. Dalam hatinya mencari kalau-kalau ada kesalahan yang dia lakukan. Seingatnya, selepas peristiwa dimarahi bulan lepas tiada pula apa-apa kesalahan tambahan yang dilakukannya.

‘Hadoi...apalah pula kesalahan aku kali ni?’hatinya mengomel, sementara tangannya menolak pintu pejabat.

Dia tergamam apabila pintu pejabatnya terbuka.



Aireen tersenyum buat kali yang entah keberapa. Jambangan mawar putih yang digubah cantik dalam plastik lembut berwarna putih, dicium lagi.

‘Erm, habis juga bau bunga ni aku cium-cium.” Dia tertawa dengan pemikiran luar logik yang timbul di benaknya.

Sedang dia mengusap lembut jambangan itu, jarinya tersentuh sesuatu. Kad yang diselit di celah-celah kuntuman mawar putih itu ditarik. Tidak sedar kad itu ada di situ sedari tadi.

‘Ryana,
Sorry tak dapat lunch together today.
But promise, i’ll buy you dinner.
Love you,
sayang.
Ariel’

Jambangan yang didakap dari tadi, terus dicampakkan ke atas meja. Aireen melepaskan keluhan berat. Bengkak hatinya diperlakukan begitu. Sejak akhir-akhir ini, semakin kerap Ariel memungkiri janjinya.

Aireen termenung lagi. Memikirkan rasionalnya tindakan dia membiarkan Ariel melakukan sesuka hati. Matanya memandang lama pada jambangan bunga yang dilemparkan tadi. Tiba-tiba matanya tertancap pada dokumen di bawah jambangan tersebut.

‘Quotation as at 20th May, 2009’

“Oh, my God!” Aireen bingkas mencapai dokumen tersebut dan berlari ke Bahagian Pemasaran.



‘Nak masuk ke tak nak? Nak masuk, tak nak. Nak masuk, tak nak.’

Aireen mundar-mandir di hadapan bilik Nik Adrean. Dalam hatinya berkira-kira hendak masuk ataupun tidak. Masih lagi terbayang peristiwa dimarahi oleh Pengurus Pemasaran itu.

“Sejak bila saya upah awak jadi security guard kat depan pintu saya?”

Pintu bilik Nik Adrean tiba-tiba terkuak, dan terjengul wajah Nik Adrean di situ. Aireen yang terkejut, hampir-hampir melatah namun sempat menutup mulutnya dengan tangan. Segera dia masuk ke dalam bilik Nik Adrean tanpa berkata apa-apa.

‘Eh, dia ni. Tadi bukan main lagi ke hulu, ke hilir. Aku buka pintu, melulu je dia masuk.’ Tergelak Nik Adrean melihat telatah Aireen itu.

Nik Adrean duduk di kerusinya, berhadapan dengan Aireen yang masih menutup mulut dengan tangan. Gadis itu tunduk, menguis permaidani dengan hujung kasut hitam yang dipakainya.

“Awak nak tutup mulut sampai esok ke?”

Sengaja Nik Adrean berkata begitu apabila dilihatnya Aireen masih tidak menukar posisi. Aireen segera menurunkan tangan dan menggeleng. Kelihatan Nik Adrean tertawa kecil dengan kelakuannya kali ini. Menyedari kesengalannya terserlah, Aireen menepuk dahi. Tabiat yang sukar dibuang oleh gadis muda ini.

“Minta maaf, Encik Nik. Saya sendiri tak tahu kenapa saya ada kat sini.”Jelas sekali Aireen masih belum pulih daripada penyakit mental sementaranya apabila bertanya begitu.

“Saya rasa mesti ada kena-mengena dengan dokumen kat tangan awak tu,”jawab Nik Adrean, mengunjuk kepada dokumen di tangan Aireen.

Aireen memandang tangannya. Sekali lagi dia menepuk dahi. Macam manalah dia boleh terlupa perihal dokumen ini. Segera dia hulurkan dokumen tersebut kepada Nik Adrean.

Nik Adrean membaca dokumen tersebut sambil terangguk-angguk. Sempat dia mengerling Aireen yang serba tidak kena di hadapannya.

“Alright. So, tengah hari ni kita ada business lunch. Dalam pukul 12.30 awak datang sini semula ok?”ujar Nik Adrean, tersenyum nipis.

Aireen menganggukkan kepala.

‘Nasib baikla dia ni tak marah aku. Eh, nanti dulu. Takkan kita tu merujuk pada..aku ngan dia?’


“Encik Nik,”panggilan Aireen membuatkan Nik Adrean kembali menumpukan pandangan kepada gadis ini. Mata mereka bertemu, menimbulkan satu keresahan di hati Aireen.

‘Hmm..cantik juga dia ni. Anak mata dia warna coklat bening. Bulu mata lentik, pipi merah, bibir dia..’

“Encik Nik,”panggil Aireen sekali lagi apabila dirasakan mata Nik Adrean berenang terlalu jauh dalam matanya, menyemukan merah di kedua pipinya.

“Bibir awak cantik,”terluncur ayat itu dari mulut Adrean, membuatkan Aireen terasa hampir mahu pitam.

Friday, May 22, 2009

.: aKu sKanDaL 5:.

“MAMA!”

“Boy! Rindunya mama kat Boy. Aireen pun ada sekali? Marilah masuk,” riuh suara Puan Sri Maria menyambut kepulangan satu-satunya anak yang tercinta.

Malam itu, Aireen menghabiskan banyak masa di rumah Ariel. Pelbagai perkara dibincangkan termasuklah mengenai persiapan perkahwinan mereka. Muka Aireen menjadi kemerah-merahan, malu walaupun di dalam hati dia melonjak suka. Puan Sri Maria sibuk mencadangkan khidmat beberapa perunding perkahwinan yang terkenal di Kuala Lumpur apabila Ariel tiba-tiba bersuara.

“Ma, Boy rasa baik kita tangguhkan dulu perkahwinan ni,”

Aireen yang daripada malu-malu kucing, bertukar rupa menjadi terkejut beruk.

“Boy cakap apa ni? Sampai bila you berdua nak tangguh? Mama tak setuju. Mama nak teruskan juga perkahwinan ni. Aireen, do you agree with me?”

Pandangan Puan Sri Maria kini menghala kepada Aireen yang masih tak hilang daripada keterkejutan yang melanda.

“Sayang..”

Tangan yang digenggam Ariel meredakan sedikit aura keberukan yang dialami Aireen.

‘Erm...nak pujuk akulah tu. Jangan harap!’hati Aireen cuba bertegas.

“Ryana, Ariel bukan tak nak kahwin dengan Ryana. Ariel cuma minta sikit masa je. You tau kan I baru dapat projek di Jepun tu? I promise, once the project is starting, we’ll get married.”

Aireen masih tunduk, kelu. Dia cuba mempertimbangkan alasan Ariel dengan kehidupan mereka sekiranya meneruskan perkahwinan itu. Tidak mahu pula dia dituduh pentingkan diri kelak. Sebuah keluhan berat sengaja dihela.

“Noor Aireen Adryanna.”

‘Alahai..Ariel ni sengaja je sebut nama penuh aku. Nie yang rasa melting je ni.’

“You jangan setuju dengan idea Boy tu, Aireen!”

Suara Puan Sri Maria bagai mengencatkan semula sendi-sendi mulut Aireen. Pantas dia menjawab.

“Its ok, Mama. Betul juga apa yang Boy cakap tu. Dia baru dapat projek tu, there must be a lot of works to go. Kalau kami kahwin juga, Mama tak kesian ke Aireen kena tinggal sorang-sorang nanti?”

Jawapan paling logik yang boleh difikirkan, dilontarkan keluar. Puan Sri Maria merengus, geram dengan sikap Aireen yang suka memenangkan Ariel. Aireen sempat menangkap senyum di bibir Ariel melalui ekor matanya.

“Fine, up to both of you. Tapi Mama nak ingatkan Boy, kalau satu masa Aireen ni terlepas ke tangan orang lain jangan nak menyesal.”amaran Puan Sri Maria itu disambut dengan senyuman oleh Ariel.


“Ryana, thanks sebab sokong I tadi,”ujar Ariel sejurus mereka tiba di hadapan pintu pagar rumah Aireen.

Aireen hanya menganggukkan kepala sebelum berlalu tanpa sepatah kata. Melihatkan demikian, Ariel segera keluar mengejarnya.

“Kenapa ni, Ryana. You marah I?”

Wajah kesayangannya itu ditenung dalam-dalam. Macam-macam perkara bermain di fikiran Aireen. Akhirnya kini menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka mulut.

“Better you’re saying the truth when you want us to postpone our wedding,”

“Sumpah, Ryana!”Ariel mengangkatkan tangan kanannya, dengan muka yang sengaja di’serius’kan membuatkan Aireen tergelak melihatnya.

“Okay, kita lunch sama esok. I’ll call you. Have a good night,”ujar Ariel, mencubit halus pipi Aireen sebelum berlalu ke keretanya.

Aireen memandang Ariel sehingga hilang dari pandangan. Muka yang dibuat-buat ceria tadi kembali ke wajah asal.


“Aireen!”

Sergahan Tisya kali ini betul-betul tidak kena pada tempatnya. Hampir luruh jantung Aireen bila disergah begitu.

“Kau ni, Tisya. Tak bolehke tegur aku elok-elok?”

Dengan muka tegang, Aireen melangkah masuk. Tisya yang terpinga-pinga, menggaru kepala yang agak gatal sedikit.

‘Erk! Apasal minah ni tetiba je jadi emo. Datang bulan ke?’

“Aireen, kenapa ni? Sorryla,”

Muka Tisya yang berjarak hanya beberapa inci dari mukanya dipandang.

“Its ok, bukan salah kau pun sebenarnya.”

Tisya tersenyum, menampakkan lesung pipit yang bertakuk di pipinya.

“Aku dah agak dah memang bukan salah aku. Cuba kau beritahu salah siapa yang buat aku kena marah tadi ni?”

Belum sempat Aireen menjawab, mulut becok Tisya segera menyambung.

“Eh, aku nampak bukan main lagi korang bermesra-mesra depan pintu tadi. Kalaulah orang pejabat agama nampak, sure dah kena kahwin free ni.”

Namun segera Tisya menutup mulutnya dengan tangan apabila menyedari Aireen kini telah berubah rupa menjadi singa yang kelaparan.

“Baguslah dapat kahwin free!”bagaikan mengaum, Airenn membentak.

Giliran Tisya berubah menjadi lalat yang agak pening-pening.

“Ariel nak tangguhkan perkahwinan kami,”akhirnya terbongkar juga segala apa yang disimpan di hatinya.

“Again?”

Aireen mengangguk, lemah. Memang sebelum ini Ariel pernah menangguhkan perkahwinan mereka kerana hendak mendapatkan projek di Jepun itu. Dan kini, setelah projek itu berjaya diperolehinya sekali lagi perkahwinan mereka ditangguhkan atas alasan mahu projek itu berjalan dahulu.

“Hish, takde perasaan agaknya Ariel ni. Kenapalah dia buat macam tu? Family dia tak bising ke? Kau pun satu, kau setuju dengan dia?”

Aireen menekup telinga, menahan hujanan peluru yang bertubi-tubi keluar dari mulut Tisya.

“Kau jangan banyak tanya boleh tak? Aku cium kau nanti.”

Tisya ketawa dengan jawapan Aireen itu. Dapat dia simpulkan yang Aireen kini sedang mengalami masalah mental bersifat sementara.

“Boleh juga. Apa rasanya dicium kau ye?”

“Tisya!”

Tuesday, May 12, 2009

:: WesTeRn aNyoNe..?? ::


Hari tu, aku xingat bape aribulan..seminggu aku rasa nak makan western..mungkin rezeki, aku ngan hubby diblanje oleh Pak Usu & MakSu makan kat Putrajaya Lake Club..satu2nya boat club yang ada kat Malaysia…da lama da dorang ajak dinner kat situ tapi baru aritu berkesempatan..kat situ, kitorg pulak yang tataw nak pilih menu pe..choices banyak tapi xsumenye menyelerakan pada perut aku..hehehe…


Info sket pasal Putrajaya Lake Club, ada 3 restoran kat sini..Restoran Samudera, Putra Kalsik Café and Restoran Bayu..aritu kitorg makan kat restoran Bayu..setau aku bile weekend especially Sabtu malam Ahad, tempat nie akan penuh sesak ngan pengunjung tempatan & luar Negara..

lastly aku pilih untuk makan lamb chop & hubby aku pilih sirloin steak..yang agak mengecewakan, lamb chop cuma ada satu pilihan sahaja tanpa black pepper sauce..(oh..syahdunye…)..tapi pas tengok sirloin steak black pepper yang dihidangkan kat hubby aku, aku pk xde black pepper sauce pun xpe..sebab dahla kurang pedas, kurang rasa black pepper, kaler pon da macam kuah kacang..siyes beb, aku xtipu..tapi, mungkin citarasa aku yang menyebabkan aku rasa kekurangan tu sebab aku tengok orglen rilek je makan..hehehehe…

sehari lepas tu..disebabkan kempunan nak makan western food..hubby aku bawak sampai ke serdang..pas penat aku buat2 happy (padahal da lapa sangat da..)sampaila kitorg kat satu restoran nie..Chop n Steak…


sangat cantik & sangat menarik..ok..kenangan datang time makan kat Kg Baru dulu..steakhouse yang ada kapal kat tengah2 restoran dia..dulu, MakNgah slalu bawak kitorg mkn kat situ lau balik umah opah kat kg baru..riki2 then dapat tau yang Chop n Steak nie salah satu cawangan dia..hahahaha…memories..memories…

[p/s: WAR..betolla lu cakap kat gua pasal restoran kg baru tu..mahap..gua fail bab hapal2 tempat ni..heheheh…]

Rupanya sekarang ni restoran ni dah makin maju sampai dah ada 4 cawangan termasuk restoran utama kat kampung baru. Ramai orang datang kat restoran ni tambah2 lagi bila hujung minggu. Memang ramai org beb, parking pun payah sket tapi kitorg berjaya dapat tempat duduk..hehehe...
Makanan dia mmg puas hati makan..memang aku akan slalu ajak hubby aku pegi sana..harga boleh dikategorikan murah..yang paling penting sedap..servis pun ok..

aku nie pelik sket..lau makanan murah, sedap tapi servis hampeh mmg aku xmo pegi lagi..nak wat camne kan..??services are always be a highly demand..


So..untuk yang da penah pegi lehla share experiences with others..yang belum pegila try..memang berbaloi..ada satu lagi tempat yang telah menarik hati aku..tapi gambar masih dok dalam Nikon D60, maka tunggu next entry la ek…oh ye..aku ada letak alamat n no phone restoran tu..manala tau kot2 ada yang terfikir nak wat surprise dinner ke, or hang out with frens..

Address :Chop 'n Steak
No. 379, Jalan 18/1,
Taman Sri Serdang,
43400 Serdang,Selangor.
Contact Number :012-447 1639 / 019-335 7373

Monday, May 11, 2009

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 12 ::

'Aku dah agak korang mesti akan berjumpa satu hari nanti. Tak sangka hari tu da sampai.'
Kata-kata Liesa sebentar tadi meresap jauh, ngilu terasa dalam hatiku.

“Sorry, saya ada kerja sikit nak bincang dengan Fathihah. So, can you wait for a while in my room please?"Suara Haris mengembalikan aku ke alam nyata.

Shah mengangguk dan berlalu keluar. Dia sempat melemparkan senyuman padaku, namun berat rasanya bibirku untuk membalas senyumannya itu. Setelah habis berbincang dan menyerahkan tender itu ke tangan Haris, dia meminta izin untuk kembali ke biliknya. Aku pula terus menyambung semula kerja-kerjaku yang tertangguh hampir seminggu.

“Maya, jom lunch sama-sama.”

Ajakan itu membuatkan aku berhenti dari membuat kerjaku. Kulihat Shah sudah berdiri di depan pintu bilikku.

“Kenapa dengan Maya ni? Kenapa macam nak mengelak daripada Shah? It’s been a long time we didn’t see each other kan? Takkan Maya tak nak kita kawan balik macam dulu. So jomlah kita lunch sama-sama,”pertanyaan Shah itu mengundang sebak di hatiku.

“No, thanks. I didn’t feel like going out for lunch,”balasku.

“Maya, i think we need to talk. Jangan buat Shah macam ni boleh tak?”

“I’m doing what?”

“Maya macam mengelak dari Shah. Macam tak kenal dengan Shah. Maya buat Shah macam orang asing, macam kita tak pernah kenal before this.”

“En Shah Faris Azharie, since you left me after school and never contact me back i’ve throw out your name from my life. And for what reason you want me to threat you like the old times? I dah lupakan semua tu, zaman tu dah berlalu,”

Shah terdiam dengan jawapanku kali itu. Mungkin dia memikirkan kata-kataku sebentar tadi.

“Erm, am i disturbing you guys?”

Haris yang muncul di pintu bilikku mencelah. Aku menafikannya sambil mengambil dompetku dan berjalan menuju ke arahnya.

“Shah, wanna join us for lunch?”pelawa Haris.

Shah hanya menggelengkan kepala sambil memandangku tajam. Sebelum aku melangkah keluar sempat dia berbisik kepadaku.

“I thought you didn’t feel like going out for lunch,”

Aku hanya tersenyum nipis sambil berlalu meninggalkannya.

Petang itu, aku memandu balik ke rumahku. Dalam perjalanan masih terbayang lagi pertemuanku dengan Shah pagi tadi. Aku pun tidak pasti mengapa aku berkata demikian terhadapnya. Mujurlah sewaktu makan tengah hari tadi Haris tidak membangkitkan soal itu lagi. Memikirkan tiada kerja yang hendak dibereskan di rumah, aku mengubah haluanku ke KLCC. Aku berniat untuk berjalan-jalan sambil meredakan kekeliruan fikiranku tika itu.

Setelah meletakkan kenderaan, aku berjalan-jalan di sekitar taman yang terdapat di KLCC itu. Pemandangannya tidak banyak yang berubah. Sesuai dengan dasar pembangunan mapan yang dilaksanakan kerajaan semenjak Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi memegang tampuk pemerintahan Malaysia.

Penat berjalan, aku duduk di salah sebuah bangku yang disediakan di taman tersebut. Sambil itu, aku meliarkan pandangan menjamah gelagat muda-mudi yang berkunjung ke situ. Semuanya kelihatan gembira, mungkin masing-masing mahu melepaskan tekanan sepertiku. Aku tersenyum sendiri dengan andaianku itu.

“Assalamualaikum,”

Serentak dengan itu, aku menoleh ke arah suara yang menegurku itu. Kulihat Adam sedang tersenyum, membariskan giginya yang putih tersusun.

“Adam, macam mana awak ada kat sini?”

“Actually kat traffic light tadi i saw you car. Tapi bila tengok Tia masuk KLCC, Adam ikutla,”

“Are you stalking on me?”

Adam tertawa dengan soalanku itu. Dia menggelengkan kepala sambil mengambil tempat di sebelahku.

“Actually, saya tak marah pun kalau awak betul-betul ikut saya. I just come here to clear up my mind,”

Adam tersenyum dengan jawapanku itu. Kelihatan dia seperti memikirkan sesuatu. Melihatkan dia diam, aku kembali melontar pandangan ke seberang tasik buatan yang terdapat di sini.

“Tia, kalau Adam tanya jangan marah tau.”

“Tanya apa?”

Thursday, May 7, 2009

:: HaRvesT MooN - BoY & giRL ::

Lately aku layan game je la..al maklumla, dapat husband pun yang jenis suka main game..nasibla..hehehehe…just nak share ‘bout satu game yang memang melalaikan aku..hahahaha…aku start main game nie masa cuti pas abes blaja dulu..slalu tengok my lil bro main game nie..kadang2 tu sampai tak tido malam..mula2 feel weird la kan..best sangat ke game nie sampaikan dia main tak brenti2..

So bersemangat dengan PSP yang ada, my hubby (time tu lu jadik hubby lagik)..dia download la this game ::HaRvesT MooN : BoY & girl:: .


hehehe..sure orang tak caye yang aku layan game nie..tapi memang betol..dekat setahun da umo PSP nie..maka dekat setahun jugakla aku leka ngan game nie..meh aku citer sket pasal game yang aku layan sangat2 nie..

game nie ada dua karakter..satu boy & satu lagi girl..korang buleh letak nama sendiri la kat dorang nie..untuk girl aku da main & da abes pun..untuk boy version masih lagi sedang berjalan..hehehe..game nie simple je..korang kena jaga ladang yang terbiar..make profit drp ladang tu..selain sayur & buah-buahan, korang jugak boleh ada ayam, kambing biri2, lembu, kuda, lebah, ikan…hehehe..banyak lagi la..
Ladang yang da ditanam ngan sayur & buah-buahan..
Dalam kandang lembu…

Reban ayam yang da penuh..



Kandang kambing (skali ngan lembu)..

FYI, untuk girl version game nie akan abes bile korang berjaya kawen ngan salah sorang watak lelaki..tapi untuk boy version, game nie akan berterusan sampai korang da malas nak main lagi..untuk boy version, korang boleh kawen ngan watak perempuan (sorang je seumur idup) n leh dapat baby (sorang je seumur idup)..tapi baby tu akan kekal sebagai baby sampai abes game…


Okey..ni la watak2 dalam HaRvesT MooN nie..
Bachelors: Doctor (Trent), Gray (Blacksmith), Rick (Poultry), Kai (Summer Seaside) and Cliff (Vineyard)
Bachelorettes: Mary (Library), Elli (Nurse), Popuri (Poultry) à Rick’s lil sis, Karen (Supermarket) and Ann (Doug’s Inn)

Disebabkan aku takdela pandai sangat main game nie..maka aku telah menjelajah internet untuk cari hints and cheats game nie..so its depend atas karakter pe yang korang pilih.. lau korang pilih boy version, leh amik hints & cheats kat BoY’s cHEaTs..lau korang men girl version, amik kat GirL’s cHeaTs..nie untuk memudahkan korang kenal watak2 and event yang akan berlangsung dalam game nie..

Ada banyak event dalam game nie..setiap musim ada event sendiri..korang boleh tengok dalam cheats tu la..game nie ada 4 musim – spring, summer, fall & winter..pada aku, fall yang paling best..nape..??main dulu baru tau..hehehehe
Nie masa tomato festival..kind of mini game la..korang kena baling org ngan tomato..sape kena dia kalah…Nie lak masa harvest festival..korang leh bawak ape je yang ada kat ladang korang n throw it dalam hot pot..

Yang nie lak dog race..korang akan diberi sekor anjing untuk dibela..(dalam game je k)..time winter ada dog race..lau anjing tu dilatih ngan baik, korang sure menang punye…

Dan banyak lagi la yang korang akan jumpa kalau korang main game nie..ok..just nak share ngan sumer..

Friday, April 24, 2009

:: KeNa TaG LaGi ::

Kali nie di'tag' oleh sis yang kiut-miut - aryanna...
pagi ni pun awal pulak datang ofis, so saya layan jela tagged dia ni...

1. nyatakan usia blog anda
usia blog ni ek..erm..tak ingatla..blog nie da lama saya wujudkan tapi masa x selalu ada untuk saya menyinggah..sebab tu kadang2 terbengkalai je..hukhukhuk..kalau ikut 1st entry saya mula pada 23 Disember 2008...agak lama jugak ek..tapi xbanyak menda sangat..sebab another blog saya ialah My hEaRT's TaLkiNg..tu yg kejap kat sana, kejap kat sini...

2. terangkan kenapa anda berblogging
saja suka2..eh..ye ke..??heheheh..saya rasa most of blogger ada sebab yang sama untuk start blogging..nak luahkan apa yang kita rasa secara aman..hehehehe..selebihnya untuk berkongi dengan sape2 yang sudi tentang perasaan, pengalaman, dsb..tp saya hargai sume kawan2 yang sudi follow blog saya..anda sume la inspirasi saya...

3. nyatakan blog pertama yg anda bace
Blog adik saya -> ms. adjie..dia lagi advance drp saya dalam berblogging nih..(adoyai..malu2...)hehehehe

4. letakkan n3 pertama dlm blog anda
entry pertama..??jap saya cari...

"kat common blog aku, aku ada cakap yang hobi aku ialah menulis..so aku saje je create blog ni untuk kongsi ape yang aku suka tu..n hope most of korang yang visit this blog bolehla komen or share ur opinion wif me..


so its a pleasure to share my interest in here..i'm juz a simple girl..wif a simple heart, wif full of words..to share..to learn..and to be remember.. "

5. huraikan entry tersebut
Masa tu mmg tengah blur..then one of friend suggest untuk kongsi apape yang saya ada untuk melegakan perasaan saya yang berserabut..(eh..betulke ayat ni..??)..jadi saya terfikir untuk berkongsi cerita saya dengan semua org..xsemua cerita yg saya tulis adalah rekaan semata2..MeMoiR seoRaNg aKu cthnya adalah cite betul yang telah ditambah, ditolak, didarab, dibahagi utk dikongsi di sini..heheheh..(bocor rahsia lak...)

6. letakkan satu pic yg anda paling suka dlm blog anda.
alamak..nak kena cr lagi...

rupanya cuma ada dua, tiga keping saja gambar yang saya letak dalam blog nie berbanding blog yang satu lagi..hukhukhuk...(sure u all bosan kan..asik nampak huruf saja..)

nampaknya inilah gambar yang paling saya suka..(saya mmg suka makan..*wink*)..ada satu lg yang saya suka iaitu gamba saya ngan hubby tp saja takmo letak kat tag ni..hehehe

7. harapan anda
Harapan..??saya cuma harap dapat berkongsi minat dan pengalaman dengan sape2 saja yang sudi..and saya juga harap kawan2 yang saya dapat masa ber blog nie, akan terus jadi kawan2 saya...

8. pas tag nie pada sape yg anda nk..
sape saya nak tag ye...
kak hanni ramsul
amirah anak pakcik hamid
bidadari cinta
Miss Kira
~zuE_inSan BiAsa+peNconTeNg tEgaR~
aqilah
>dan sesape yg sudi jawab tag ni<

Friday, April 10, 2009

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 11 ::

“Hey, dude. Lama betul tak jumpa.”

Mereka berpelukan seketika, menimbulkan lebih banyak persoalan timbul di benakku. Ketawa mereka masih bersisa apabila menyedari yang aku masih di situ.

“You ni memang bawa tuahla, Fatihah. This is Adam, my roomate masa study dulu. Lepas grad, terus lost contact.”

Adam yang masih tersenyum, mengangguk dengan kata-kata Haris itu. Aku yang mulai mengerti, mengangguk faham.

“Kalau sebab Adam, you sanggup biarkan i makan sorang-sorang, i tak kisah. Dia ni dulu tak pernah keluar berdua dengan perempuan.”

“Tia jangan dengar apa Is mengarut tu.”

Aku hanya tergelak kecil sambil mengangkat bahu.

“Wait the minute. Tia? Erm, aku tak sangka korang berdua dah serapat ni. Aku cuma kenal dia as Fatihah.”

“Haris!”

Kami sama-sama tergelak kemudiannya. Seketika, Haris yang terdahulu memohon diri kerana telah terlewat ke satu perjumpaan. Kami turut meminta diri selepas itu.

Sejak itu, aku dan Adam menjadi semakin rapat. Malah aku senang dengan caranya. Kami tidak berbicara mengenai hati dan perasaan, namun aku akui hatiku agak tertarik padanya. Malah selepas Shah, aku tidak pernah membuka hatiku untuk mana-mana lelaki.

Megat Adam Fakhrul Megat Mohamad. Nama yang seindah orangnya. Berkulit cerah, bertubuh tinggi dan badannya yang agak berisi membuatkan dia memang menarik perhatianku. Malah keningnya yang lebat dipadankan dengan matanya yang hitam bercahaya serta bibirnya yang merah turut membuat aku jatuh hati. Tambahan pula dia melayanku dengan begitu baik sekali.

“Ops, sorry..”

Tanpa mengangkat muka aku segera tunduk mengutip fail-fail yang bertaburan. Silapku juga, terlalu terburu-buru sehingga terlanggar orang yang sedang berjalan bertentangan arah denganku. Sebenarnya, pagi itu aku terlambat ke pejabat kerana menyiapkan tender baru yang telah diluluskan semalam setelah aku menghadiri mesyuarat di Taiwan selama seminggu.

“Maya.”

Suara dan panggilan itu benar-benar menyentak tangkai hatiku. Tanganku yang tadinya ligat mengutip fail-fail yang bertaburan seakan kaku tidak bergerak.

“Maya.”panggilnya lagi.

Aku mengetap bibir sambil mengangkat mukaku. Lelaki yang berada di hadapanku kini membuatkan aku menjadi tidak menentu.

“Shah tak tau Maya kerja kat sini. Minggu lepas Shah datang tapi tak nampak Maya pun,”katanya.

Aku yang masih tergamam dengan kehadiran Shah di hadapanku hanya membisu seribu bahasa. Benar, dialah lelaki pertama yang mengetuk hatiku dulu. Malah dialah lelaki pertama yang melukai hatiku dengan luka yang masih berdarah sehingga kini. Dalam menghakiminya, Amy datang dan menepuk bahuku menyedarkan aku dari terus diulit kenangan lalu.

“Fathihah, this is our new manager for logistic and transportation. En Shah Faris Azharie,”kata Amy sambil tersenyum.

Shah menghulurkan tangannya padaku sambil tersenyum. Dalam aku berkira-kira hendak menyambut huluran tangannya atau tidak, telefon bimbitku berdering. Aku menjadikannya sebagai alasan untuk kembali ke bilikku.

Sempat aku mengerling ke arah Shah. Kulihat dia agak kecewa dengan perlakuanku itu. Panggilan daripada Liesa membuatkan aku sebak. Pantas sahaja aku memberitahunya tentang kehadiran Shah di pejabatku kini. Aku berbual dengan Liesa sehingga Haris datang ke bilikku.

“Sorry, my friend called. Dah lama tak dengar cerita pasal dia.”kataku seraya mempersilakan majikanku duduk.

“Actually sepatutnya i yang datang bilik you bawak tender ni,”sambungku.

“It’s ok. You dah work hard selama you ada kat Taiwan minggu lepas. Apa salahnya i datang bilik you yang just beberapa langkah je dari bilik i ni?”

Jawapan Haris membuatkan aku tersenyum. Malah melegakan mindaku seketika dari persoalan Shah sebentar tadi. Kami berbincang mengenai tender tersebut sehingga Shah datang mengetuk pintu bilikku.

“Yes, En Shah. Fathihah, have you meet our new staff ni?”

Pertanyaan Haris itu sayup menusuk ke telingaku. aku mengangkat muka memandang Shah yang kini berjalan ke arah kami berdua. Pandangan kami bertaut, namun hanya renungan kosong yang kulemparkan buat tatapannya.

'Aku dah agak korang mesti akan berjumpa satu hari nanti. Tak sangka hari tu da sampai.'

Kata-kata Liesa sebentar tadi meresap jauh, ngilu terasa dalam hatiku.

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?