:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Wednesday, March 2, 2011

ReVieW :: SeMiNaR KeNaLi poTeNsi DiRi ::

dijadikan cerita..hari Sabtu hari tu, aku dan encik Hasben pagi-pagi sudah bangun...*macam biasa saja*...hehehe...dan bersiap-siap untuk ke Shah Alam...sebabnya encik Hasben telah mendaftarkan kami untuk menyertai Seminar Kenali Potensi Diri yang disampaikan oleh Dr. Azizan Osman...*maklumat lanjut pasal seminar ni nanti aku letak dalam entry khas ye*


kitorang sampai dalam pukul 9 pagi..seminar tu dijangkakan bermula pada 9.30 pagi..mujur lah sempat minum pagi tu, sebab bila da daftar tu kitorang terus je masuk..rupanya dah ramai yang datang sebab dewan tu dan lebih dari separuh yang penuh...kitorang duduk kat barisan tepi skali tapi baris kedua dari depan...aku ni, sebenarnya cuma cari pintu keluar je...yela, manala tau kan...tengah-tengah berseminar kang datang pulak panggilan alam...huhuhu....

sepanjang seminar dari pagi sampai petang ni..alhamdulillah banyak betul yang aku belajar...banyak juga yang aku lebih tau pasal diri aku, encik Hasben, dan cara macam mana nak kenal orang-orang di sekeliling aku...orang kata tak kenal maka tak cinta...*eceh..orang kata ye~*...daripada mula, niat aku datang cuma lah untuk menemankan encik Hasben yang beriya-iya benar nak datang seminar ni...tapi akhirnya, aku rasa seminar ni memang patut disertai oleh semua orang...tak kisahla siapa pun orang tu...pelajar ke, pekerja ke, majikan ke, surirumah ke....semua orang...

kenapa aku cakap macam tu..???sebab semua orang ada persekitaran masing-masing...dan kadang-kadang apa yang menjadi masalah tu adalah dipuncakan daripada diri sendiri atau orang lain ada dalam persekitaran yang sama...mungkin kita rasa kita lebih kenal siapa kita, siapa pasangan kita atau siapa ahli keluarga kita...tapi sebenarnya banyak lagi yang kita tak tau pasal mereka...dan Dr. Azizan telah memberikan idea untuk bagaimana mengenal dengan lebih baik lagi tentang diri sendiri, pasangan, keluarga dan individu lain...

masa sesi meluahkan rasa tak puas hati dengan pelbagai aspek kehidupan tu..kami diminta untuk meluahkan kepada partner masing-masing --- in this case, encik Hasben adalah partner aku ---...terlalu banyak sebenarnya rasa tak puas hati yang bersarang dalam diri aku...tapi rupa-rupanya apa yang paling aku tak puas hati ialah macam mana aku tak boleh nak bagitau apa yang aku tak puas hati...aku tak punya kekuatan atau keberanian untuk meluahkan dengan kata-kata...nasib baik encik Hasben adalah sangat memahami...

sama jugak macam masa sesi menilai keseimbangan dalam kehidupan tu...aku terlalu memikirkan orang lain sampaikan aku lupa, cuma aku yang berupaya mengemudi hidup aku...dan aku sangat respek dengan encik Hasben sebab dia berani untuk berterus-terang tanpa takut melukakan pihak lain..sebab menda tu sume sebenarnya adalah kenyataan kan..???

dan petang tu...aku keluar dari seminar tu dengan macam-macam rasa...bercampur-baur...seminar ni betul-betul membuka mata dan minda aku...dari pelbagai aspek...jadi untuk sesiapa yang tak penah dengar atau tak penah pergi, pergilah...insya Allah ada sesuatu yang sangat berharga mampu korang dapat...macam mana sesi-sesi itu dijalankan, taklehla nak cite kat sini kan...kena pegi sendiri, baru tau...orang kata --- seeing is believing ---....macamana bagus pun sesuatu menda tu, kita takkan tau kalau kita tak merasainya sendiri...betul tak...??? ^_^

Monday, February 7, 2011

::eRTi sEbuaH PeRsaHaBaTaN 35::

Suasana pagi di Tokyo benar-benar menenangkan hatiku. Gunung Fuji yang memutih di puncaknya memaku pandanganku. Sesungguhnya, terlalu lama aku impikan untuk menjejakkan kaki ke sini. Lamunanku teralih apabila terasa genggaman tangan Adam di tanganku.


“Ohaiyo, sweetheart.”



Aku tersenyum dengan ucapan itu. Hampir seminggu kami di situ. Menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan yang tiada tandingnya. Hari ini kami bercadang untuk berjalan-jalan di kaki gunung Fuji buat kesekian kalinya.

“Cepatlah siap. Nanti ramai orang.”

“Okey, Adam. Tunggu sekejap ye.”

Kami tiba di Stesen Shinjuku hampir tengahari. Mujurlah kami sempat menaiki bas terawal ke Gunung Fuji.

“Tia.”

Aku berpaling memandang Adam. Dia kelihatan merenung puncak Fuji dengan penuh asyik.

“Apa Adam ni. Panggil Tia tapi pandang si gunung Fuji pulak.”

Adam tertawa apabila melihat aku menarik muka masam. Dia memeluk erat bahuku, meredakan sedikit kedinginan yang menyelubungi.

“Tia, selagi mana puncak Fuji tu tak berubah, macam itulah cinta Adam pada Tia.”

Aku tersenyum mendengarnya.

“Andai satu hari nanti Adam tak mampu temankan Tia semula ke sini, puncak Fuji itulah tanda cinta Adam pada Tia.”

Cepat-cepat aku menutup mulutnya dengan tapak tanganku. Sungguh, luluh hatiku mendengar kata-kata itu. Air mata mula bergenang di kelopak mata, namun pantas diseka Adam.

“Adam cuma nak bermadah pujangga jela, sayang.”

“Tapi janganlah sampai membayangkan situasi yang macam tu. Tia takut, kalau Adam takde dengan Tia.”

Aku membenamkan muka ke dadanya. Dia mengusap lembut ubun-ubunku.

“Adam akan sentiasa ada dengan Tia. Sekurang-kurangnya ada dalam hati Tia. Adam janji.”

Aku diam, memegang erat janjinya. Dalam dingin bayu Tokyo, aku berasa hangat di pelukannya. Namun, merasakan seperti ada yang memerhati aku segera mengangkat kepala.

Kelihatan kelibat seorang lelaki di hujung sana. Namun, dengan topi dan baju sejuk yang tebal tidak jelas gerangannya pada pandanganku. Adam turut menghalakan pandangan ke arah yang sama.

“Kenapa, Tia?”

“Tak taulah. Tia rasa macam ada orang perhatikan kita.”

Adam kembali menoleh ke arah yang sama. Namun akhirnya dia tersenyum.

“Sini bukan Malaysia, Tia. Mungkin saja orang tempatan atau pelancong yang cemburu dengan kemesraan kita.”

Laju sahaja jemariku mencubit lengannya. Dia tertawa, mengundang senyum di bibirku.



Pintu kamar dibuka. Dia melangkah masuk, penuh longlai. Topi yang dipakai, dibuka dan dibiarkan di atas meja.

‘Aku pasti itu Maya. Tapi kenapa? Terlalu jauh rasanya aku lari daripada mereka, namun dipertemukan juga kami di sini.’

Terbayang riak wajah Maya sewaktu di kaki Gunung Fuji siang tadi. Mujurlah Maya tidak mengecam dirinya tika itu. Entah mengapa, dia terpanggil untuk ke Gunung Fuji hari itu. Dan pandangannya terhenti pada sepasang lelaki dan perempuan yang kelihatannya sungguh bahagia. Malah senyuman di wajah mereka sudah cukup membuktikan betapa kebahagiaan itu kini menjadi milik mereka.

‘Tuhan, kuatkanlah hatiku. Aku tidak mahu menjadi perosak kebahagiaan Maya.’

Shah terduduk di tepi sofa. Tanpa sedar, air matanya mengalir tanpa henti. Terlalu rindu dia pada insan yang disayanginya. Dan terlalu kesal dia atas perbuatan masa silamnya.

Wednesday, December 22, 2010

ChurpChurp | Social Share » Check out what Berry you are today! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Check out what Berry you are today! (Preview)


CHECK OUT WHAT BERRY YOU ARE TODAY!

KepohBerry? KiamsapBerry? NoobBerry? What berry do you think you are? Play the fun quiz today and stand a chance to win a limited edition BlackBerry exclusively from DiGi. Share with your friends what berry are you on your Facebook and check out tons of other Cute Berry Characters! Trust me, you will definitely play this more than once, because it's just too addictive to stop! Share the fun today!


ChurpChurp | Social Share » The Celcom Everyone Sale is back! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » The Celcom Everyone Sale is back! (Preview)


THE CELCOM EVERYONE SALE IS BACK!

The EVERYONE SALE is here and it’s gonna be the BIGGEST SALE of the year! We’ve got awesome offers for EVERYONE! Xpax is launching this sale at a perfect time, coinciding with the Christmas and New Year celebrations as well as school holidays. It’s the best time for people to go out shopping for new phones and gadgets, at AWESOME DISCOUNTS! You shoppers out there won’t wanna miss out on this! Share this mind-blowing deal now!

::eRTi SebuaH PeRsaHaBaTaN 34::

“Suprise!”

Aku dan Adam berpaling. Haris, Lissa dan Jasmin tersengih-sengih dan duduk menyertai kami. Kami duduk bersama-sama di bawah pohon rambutan. Ibu keluar, menghidangkan juadah ringan buat kami semua. Namun tidak pula dia mahu menyertai kami di sini.

“Suprise apanya korang ni? Dah berapa hari korang duduk kat sini? Lainla kalau bertahun tak jumpa, tiba-tiba muncul macam ni.”

Kami tertawa dengan kejutan yang tidak menjadi itu. Hampir seminggu mereka di sini. Menginap di chalet berdekatan dengan rumahku, dan kadangkala apabila terlalu letih, mereka bermalam sahaja di sini.

“Nah, ada hadiah daripada kitorang.”

Haris menghulurkan bungkusan yang dipegangnya kepadaku. Adam meminta aku membukanya. Perlahan-lahan aku membuka balutannya. Aku mengeluarkan dua helai baju sejuk. Baju itu kelihatannya memang direka untuk pasangan dan kelihatan amat menarik. Aku menghulurkan sehelai daripadanya kepada Adam.

“Cantiknya. Thanks.”

Aku dan Adam mencuba baju itu dan menayangkannya di hadapan mereka. Bagai budak kecil mendapat gula-gula, mereka ketawa dan bertepuk tangan. Sesuatu jatuh dari poket bajuku, lalu aku tunduk mengambilnya. Membuka sampul surat itu, kolam mataku terasa berair.

“Kenapa, sayang?”

Adam mengambil sampul surat dari tanganku. Dia tertawa dan memeluk bahuku. Gambar aku, Lissa dan Jasmin bersolek ala-ala gadis Jepun semasa jamuan bilik asramaku dulu benar-benar mengembalikan ingatanku ke masa itu.

“Dulu, kita selalu cakap nak pergi bercuti ke Jepun sama-sama. Mungkin kita tak dapat pergi bersama buat masa ni, tapi kau boleh pergi dengan Adam dulu kan?”

Habis sahaja Lissa bercakap, terus aku memeluk dirinya. Bagitu terharu apabila impian itu masih tertanam kukuh di ingatan kami semua. Jasmin turut bangun dan memeluk kami semua.

“Dude, aku tak sangka majlis ni akan jadi minggu paling emosi buat kita semua.”

Kami semua berhenti menangis dan mula mendapatkan Haris yang telah awal-awal membuka langkah. Pasti dia menyedari padah ucapannya itu. Adam menarikku rapat ke dadanya, membuatkan lidahku kelu seketika. Berdebar hatiku bila dia mengucup lembut dahiku.

“Alamak. Nampaknya kita dah jadi penyibuk kat sini.”

Suara Jasmin kedengaran, diikuti dengan gelak tawa Haris dan Lissa. Kami berpaling menghadap mereka yang tersenyum simpul.

“Thanks for the honeymoon trip.”

Kata Adam sebelum mereka meminta diri. Nampaknya mereka tidak akan pulang ke chalet malam ini. Masing-masing mengangkat beg masuk ke rumahku. Aku dan Adam masih di sini. Menghayati sinaran bulan yang kelihatannya begitu indah belakangan ini.

“Bro, jangan duduk lama-lama kat luar. Nanti masuk angin!”

Sempat Haris menjerit dari ringkap rumahku apabila menyedari kami masih duduk berdua di situ. Namun sengaja pula Adam menyuruhku agar tidak melayani usikan Haris itu.

“Adam rasa macam bermimpi.”

Aku memandang suamiku, penuh kasih. Dia kelihatannya seperti khayal, merenung jauh di angkasa.

“Kenapa?”

“Sebab Adam berpeluang rasa bahagia macam ni. Lebih-lebih kebahagiaan tu Adam dapat dengan Tia. Adam harap waktu boleh berhenti. Adam nak kekal macam ni sampai bila-bila.”

Aku diam mendengarnya.

‘Tuhan, berilah aku lebih masa untuk bersamanya.’

Tuesday, December 21, 2010

::eRTi SebuaH PeRsaHaBaTaN 33::

Kad harum berwarna biru putih itu ditatap lagi. Hampir seminggu dia mengulangi perkara yang sama. Tiket kapal terbang ke Malaysia digenggamnya.

‘Perlukah aku pulang? Apakah kepulangan aku akan disambut ceria?’

Terbayang wajah Maya saat ini. Jika dahulu, setiap kali melihatnya, pasti Maya akan tersenyum ceria. Namun silapnya kerana mengambil keputusan yang silap sepuluh tahun lalu. Kesilapan yang memisahkan dia dengan Maya. Dan akhirnya membawa Maya pergi, jauh dari hidupnya.

Tiket kapal terbang itu akhirnya dibiarkan sepi di atas almari. Dia melangkah ke balkoni. Menikmati bayu sejuk dari pergunungan Victoria di Australia itu.

“Selamat pengantin baru, Maya. Shah doakan Maya bahagia dengan Adam.”

Shah menutup pintu kaca yang menghubungkan ruang tamu dengan balkoni rumahnya. Dia mengambil beg pakaian yang sedia diletakkan di tepi pintu. Lama dia meneliti setiap inci ruang itu, menyimpan setiap kenangan dia di situ.

‘Aku akan kembali. Cuma waktu yang akan menghakimi.’

Tiket ke Jepun dikeluarkan. Dia memutuskan untuk berhenti bekerja dengan Haris dan bercadang memulakan hidup yang baru. Sengaja tidak dikhabarkan kepada sesiapa mengenai perkara tersebut.

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?