:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Wednesday, March 14, 2012

:: eRTi sEbuaH PeRsaHaBaTaN 38 ::

"Maya."

Perlahan, aku membuka mata apabila terdengar suara Adam. Lembut dia memanggil namaku. Rupanya aku terlelap di sisi katil. Adam bangun, menuangkan segelas air untukku.

"Minumlah." ujarnya, lembut.

"Thanks. Dah macam Maya pulak yang sakit."

Adam tersenyum dengan kata-kataku. Dia duduk di birai katil, membetulkan anak rambut yang berjuntai di dahiku. Setibanya di rumah semalam, tiada langsung bayangan Adam. Aku menemuinya terlantar di bilik mandi, tidak sedarkan diri. Dengan bantuan Haris yang tiba tidak lama selepas itu, Adam dibawa ke hospital dan terpaksa ditahan.

"Adam dah jumpa doktor tadi, dia kata petang ni Adam boleh balik."

Aku memandangnya, lama. Semua urusan melibatkan doktor akan diuruskan oleh Adam sendiri. 

"Tapi Adam sakit apa? Sampai kena tahan wad macam ni. Lepas tu, boleh pulak nak balik."

Adam tertawa dengan susunan ayat yang berterabur keluar dari mulutku.

"Adam cuma penat je la, sayang. Takde apa-apa yang serius pun, sebab tu lah Adam boleh balik. Lagipun kesian kat isteri Adam ni, sampai tertidur-tidur kat tepi katil."

Aku mencubit halus lengannya, terdengar dia sedikit mengaduh. Namun cepat dia menangkap jemariku dan dibawa ke bibirnya. Lama dia mengucup jari-jemariku.

"I love you, Adam. I love you so much."

Spontan, aku mendakap erat tubuhnya. Tiba-tiba aku berasa takut akan kehilangannya. Dapat kurasakan Adam membalas pelukanku, erat.

"I love you too, sayang. And I will love you, till the end of my life."



 “Ye, sayang. Adam pun rindukan Tia.”

Ketukan di pintu menghentikan perbualan itu. Seorang jururawat masuk, membawa fail berwarna merah jambu di tangannya.

‘Okeylah Tia. Adam ada patient ni.’

‘Okey. Jangan lupa dinner kita malam nanti.’

I will not.’

Talian diputuskan. Adam tersenyum sejenak, sebelum mengalihkan pandangan pada jururawat di hadapannya.

“Ini fail yang doktor minta tadi.”

Adam menganggukkan kepala. Fail bertukar tangan, dan jururawat tersebut melangkah keluar. Baru menyelak kulit hadapan fail tersebut, pintunya diketuk lagi. Menyangkakan jururawat tadi yang kembali, Adam hanya membiarkan sahaja pintu ditolak dari luar.

“Adam.”

Bacaannya terhenti. Suara yang telah lama tidak didengar, lebih-lebih lagi setelah dia berkahwin. Pandangannya kini tertumpu kepada gadis manis di hadapannya. Rambut hitam keperangan yang panjang sebelum ini, kini hanya separas bahu. Wajah yang sedia cantik, dipalit pula dengan solekan nipis, membuatkan gadis itu begitu menarik. Namun, lekas Adam mengalihkan pandangan apabila menyedari yang dia mula dikawal perasaan.

“Arissa. Apa you buat kat sini?”

Tidak menjawab soalan itu, Arissa pantas meluru ke arah Adam dan memeluknya. Adam cepat-cepat meleraikan pelukan itu, bimbang kejadian dulu berulang kembali.

“Kenapa dengan you ni?”

Simpatinya timbul apabila melihat pipi Arissa basah dengan air mata. Dia memimpin Arissa duduk di kerusi berhadapan mejanya.

“Adam, you kena tolong I.”

“I tak faham.”

Arissa masih menangis, sedikit teresak-esak. Lama dia diam, mengumpulkan kekuatan untuk berbicara dengan Adam.

I’m pregnant!

Adam tersandar dengan kata-kata Arissa itu. Sungguh dia tidak menyangka, Arissa yang bijak boleh terperangkap dalam situasi sebegitu.

What should I do, Adam? Dia tak nak bertanggungjawab, and I’m sure my family will not accept this. I tak tau nak minta tolong pada siapa lagi.”

Hiba hati Adam dengan tangisan Arissa itu. Walaupun mereka telah lama berpisah, namun dia tidak boleh menafikan yang hakikatnya mereka pernah menyayangi satu sama lain. Adam mengusap mukanya. Walaupun dia tidak tahu siapa lelaki yang dimaksudkan Arissa, namun dia sedar. Dia wajib menolong Arissa!

“Kenapa sampai jadi macam ni, Arissa?”

I don’t know. I’m screwed up, but sekarang ni…I takut, Adam. I tak boleh lahirkan bayi ni, mungkin I patut gugurkan je?”

Pantas Adam menggeleng. Dia tidak tega membiarkan Arissa membuat dosa dengan membunuh. Cukuplah dengan kesilapannya yang terlanjur.

“Habis tu? Takkan I nak biarkan bayi ni membesar dalam rahim I? People will talk, Adam.”

Arissa merebahkan kepalanya ke bahu Adam. Kali ini, Adam membiarkan sahaja perlakuan Arissa itu. Dia sendiri buntu, memikirkan penyelesaian terbaik untuk Arissa. Terasa basah bahunya dek air mata Arissa. Akhirnya, dia bersuara.

You balik rumah your parents dulu. Nanti I pergi sana.”

You nak buat apa?”

Adam menggeleng. Dia menghela nafas, dalam.

I’ll figure out something, okay? Sekarang ni I nak siapkan kerja I dulu. Lepas kerja I terus ke rumah parents you. We’ll talk about it later.”

Arissa mengangguk. Perlahan dia bangun dan mengesat mata dengan belakang telapak tangannya. Dia memegang erat jemari Adam, menzahirkan penghargaan.

Thanks, Adam. Kalau takde you, mungkin I jugak takkan ada lagi di dunia ni.”

Sepeninggalan Arissa, Adam bermenung panjang. Masih mencongak apakah tindakan terbaik yang boleh dilakukan untuk Arissa. Yang paling penting adalah bayi dalam kandungan Arissa, fikir Adam. Tepat jam menginjak pukul enam petang, Adam bergegas ke rumah Arissa.


Order, miss?”

Aku yang sedang merenung keluar restoran sedikit tersentak. Kelihatan pelayan lelaki itu tersenyum.

Later, please. I’m waiting for someone.”

Dia mengangguk, masih tersenyum. Aku melirik jam di pergelangan tangan, sudah hampir waktu maghrib. Mujurlah restoran ini ada menyediakan kemudahan bersolat untuk yang memerlukan.

‘Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.’

Telefon di tangan kurenung. Telah beberapa kali aku cuba menghubungi Adam namun tidak dapat disambung.

‘Barangkali bateri telefonnya habis, atau ,mungkin saja dia sedang memandu.’bisik hati kecilku.

Jam kini hampir ke pukul lapan malam, namun tidak kelihatan bayang Adam di mana-mana. Aku masih berkeras untuk menanti, tidak peduli perut yang sejak pagi tadi belum diisi.

“Fathihah, what a surprise.

Aku mengeluh. Sudahlah Adam masih belum tiba, Zakuan pula yang menyapa. Aku hanya mengangguk dan tersenyum nipis dengan tegurannya itu.

“Kebetulan kan. Do you mind if I join you?”

Actually, I do. Furthermore, I’m waiting for my husband, En. Zakuan.”

Dia tersenyum, namun menarik kerusi di hadapanku dan duduk. Sedikit meluat dengan kelakuannya, aku mencebikkan bibir.

It’s ok. I pun tengah tunggu my friend. So sementara date kita sampai, bolehlah kita berbual. Takdelah bosan sangat menunggu, kan?”

Tidak sempat aku membantah, dia sudah mengangkat tangan memanggil pelayan. Akhirnya aku biarkan sahaja dia di situ. Sepanjang hampir setengah jam dia duduk di hadapanku, tiada sepatah perkataan pun yang aku lontarkan.

“Kita order makan dulu nak? You pun dari pagi tadi belum makan apa-apa kan?”

No, thanks. I’ll wait.”

Tapi nampaknya Zakuan pula yang tidak mengendahkan jawapanku. Dia terus menggamit pelayan dan mula membelek menu. Tidak cukup dengan itu, dipaksanya pula aku untuk turut membuat pesanan. Memikirkan yang Adam mungkin mempunyai urusan yang belum selesai, aku akhirnya bersetuju dengan cadangan Zakuan.Makanan sampai ketika jam hampir ke pukul sembilan malam.

Happy 3rd Anniversary For Me~!!!


Alhamdulillah
Terima kasih Tuhan
Memberi nikmat cinta sentiasa
Mengurnia rasa meneguh jiwa
Menyatu kasih antara kita

Tahun ke tiga ini
Sekali lagi aku menadah
Mengharap kasih memohon ihsan
Agar cinta kekal selamanya

Besar sungguh kurniaanMu Tuhan
Dengan keluarga yang mengasihi
Kau kurniakan suami yang menyintai
Kau anugerahkan anak yang disayangi
Kau lebarkan rahmat memayungi

Alhamdulillah
Moga berterusan di bawah lindunganMu
Perjalanan aku dan dia
Perjalanan kami berdua
Perjalanan kami sekeluarga
Lewat hingga ke syurgaMu

Amin~

Suamiku -- Syed Fahmi alJunid -- 
Terima kasih sayang
Atas segalanya
Jangan pernah jemu, jangan pernah penat
Membimbing aku, mengetuai aku
Mengharap redha Yang Maha Esa

Anak lelaki mummy -- Syed Naufal alJunid --
Terima kasih sayang
Menjadi anugerah terindah yang mummy miliki
Menjadi penawar duka pengubat hati


Keluargaku 
- ayah :: Miskiman::  mak :: Nor Asimah :: 
adik-adik :: Nazarul Azim, Nazran Azim, Nadzira, Nashriq Azim, Nafisha ::
- mama :: Saadiah :: kak Long dan Eein
Terima kasih semua
Tak pernah jemu menabur sayang
Tak pernah lelah memberi maaf
Alangkah bertuahnya
-- kakak punya keluarga sebegini

Monday, July 11, 2011

Naufal Satu Bulan

hello hello~

hari ni Naufal sudah sebulan...tak sangka, da sebulan aku jadik mummy..hehehe...pagi tadi pegi klinik untuk chek up..sian encik Hasben sebab lambat masuk opis nak anta aku ngan Naufal pegi klinik..tapi takpela kan..nama pun da jadi walid, kenala korban sket..hehehe...

Naufal okey saja..berat pun sudah menjadi 4.5 kg, berbanding 3.31 kg masa lahir dulu..yang kelakarnya, encik Hasben target 5 kg berat budak bulat ni..maunye tak, asek minum susu je kejanya...asal bukak mata je, mulala mencari-cari mummy dia ni...tapi 4.5 kg pun da berat da..naik lenguh jugak tangan nak memangku dia menyusu..encik Hasben masih di peringkat belajar lagi..maklumla, weekend baru balik jumpa Naufal...so, setiap kali Naufal menangis memang dia surrender..cepat-cepat pass kat aku...takpela, nanti da balik umah kena jugak handle..hehehehe...

 Naufal dengan baju zirafah dan patung zirafah..

dia ni manja sangat dengan opahnya..tak tau la bila da balik umah nanti macam mana..lagi pulak, sepanjang sebulan ni bape kali je aku mandikan dia..selalunya opah yang mandikan sume..aku pun ada pikir jugak...nanti lau Naufal da balik umah sure opah ngan atuk rindu kat dia..maunye tak, sebulan setengah ni 24 jam mengulit Naufal je..takpela, semoga dilapangkan masa aku dan encik Hasben untuk kerap balik ke rumah opah and atuk ni...insya Allah..

Naufal ngan Opah -- keluar makan pizza tu sempena Naufal umo sebulan..hehehe
till then~

:: update :: ini budak manyak nakal..tadi sudah bagi tido, tapi takmo..asek merengek-rengek,,ni dukung dia sambil online, elok pulak tido...haih la anak~

Monday, April 25, 2011

:: eRTi sEbuaH PeRsaHaBaTaN 37 ::

KELAM-KABUT aku ke mesyuarat pagi itu. Pagi tadi aku terlewat sedikit kerana Adam nampaknya agak kurang sihat. Aku masuk ketika Haris sedang membentangkan usul terbaru yang dirancang pembangunannya di Australia.

“Minta maaf semua, saya ada hal kecemasan tadi.”

Setelah memohon maaf daripada Haris, aku mengambil tempat duduk di sebelah Amy.

“Jadi, saya sangat berharap supaya mendapat kerjasama dan perhatian daripada semua pihak. Sekarang kita masuk kepada perkembangan tender kita di Taiwan.”

Aku membuka fail di hadapanku. Memang banyak perkembangan yang berlaku sejak aku serahkan semula urusan tender di Taiwan itu kepada Haris.

So, I want to congratulate all staffs involved with this process. And yes, we got the tender.

Serentak itu, bergema tepukan memenuhi bilik mesyuarat itu. Haris mengenyitkan mata ke arahku. Aku membalasnya dengan senyuman, dan sedikit anggukan.

“Tahniah, Haris.” Aku menghulurkan tangan sewaktu kami berjalan keluar dari bilik mesyuarat itu.

Thanks to you, Maya. You yang mulakan projek ni.” Dia menyambut huluran tanganku, sambil tersenyum.

“Eh, kenapa you lambat pagi tadi. You sakit ke?”

“Tak lah. Bukannya I, tapi doktor I yang sakit.”

“Adam? Really?”

“Yup. Badan dia panas betul pagi tadi. So, I hantar dia ke klinik. Dapatlah MC 2 hari. Mula-mula dia sibuk jugak nak pergi kerja, tapi I dah warning dia awal-awal. So, sekarang ni adalah dia, berehat kat rumah.”

Haris ketawa. Mungkin lucu memikirkan bagaimana aku dan Adam berbalah, dan akhirnya aku yang menang. Malah, sempat aku masakkan bubur ayam untuk dia makan tengahari nanti. Aku memohon untuk kembali ke bilikku apabila tiba-tiba bahuku terasa sakit sekali.

“Aduh!”

Aku terduduk apabila dilanggar dengan kuat.

“Ops, sorry. I tak perasan pulak you tadi.”

Aku melontar pandang ke arah Tasya. Dia memandang sinis ke arahku. Malas mahu bergaduh dengannya, aku melangkah untuk kembali ke bilikku. Namun sangkaanku yang Tasya akan berdiam, meleset sama sekali. Dia dengan kasar, menarik kolar bajuku.

“You nak apa lagi, Tasya?”

Belum sempat Tasya menjawab, Zakuan yang entah dari mana muncul di sebelahku. Dia memegang erat pergelangan tangan Tasya.

“Siapa pun awak, saya tak benarkan awak sentuh Maya.”

Tasya segera melepaskan cengkamannya di kolar bajuku. Dia sedikit meronta untuk melepaskan pegangan Zakuan.

“Dah ada buah hati baru pulak kat sini? Patutlah you tak kisah Shah pergi, kan?”

Aku memandang tepat ke arahnya. Niat hendak membalas kata-kata Tasya itu aku pendamkan apabila beberapa orang staf mula mengerumuni kami. Aku menarik tangan Tasya, mengheretnya ke bilikku. Zakuan turut sama melangkah menuruti kami dari belakang. Setelah mengunci pintu bilikku, aku berdiri berhadapan dengan Tasya.

“Apa yang you nak lagi dari I, Tasya?”

“I nak you merana. You dah rampas Shah dari I, dan you jugak dah rampas Adam dari Arissa.”

Aku melepaskan keluhan, berat. Mengapa asyik itu sahaja yang diungkit oleh Tasya? Terlalu sukar untuk aku faham. Mengapa begitu besar sekali kebenciannya padaku.

“I dengan Shah, kami takde apa-apa. Berapa kali I kena beritahu you pasal ni? Dan I dengan Adam, dah jadi suami isteri pun. Kalau Adam cintakan Arissa, dia takkan kahwin dengan I, Tasya.”

“No! You rampas Adam dari Arissa. I akan pastikan you takkan bahagia, Maya!”

Tidak memperdulikan Zakuan yang berdiri di hadapan pintu, Tasya melangkah keluar. Pintu dihempas sekuat hatinya, membuatkan hatiku berasa sakit. Aku duduk di kerusi, dan mengeluarkan botol ubat yang tidak pernah aku tinggalkan. Setelah menelan sebutir pil berwarna putih itu, aku memejamkan mata. Mencari sedikit ketenangan.

Are you okay, Maya?”

Tersentak aku seketika. Macam manalah aku boleh terlupa yang Zakuan masih lagi di sini?

I’m fine, you boleh keluar sekarang.”

Tapi Zakuan terus sahaja menarik kerusi dan duduk di hadapanku. Dia memandangku lama, membuatkan aku sedikit rimas dengan perlakuannya.

“Nampaknya dia tu betul-betul berdendam dengan you. Baik you berhati-hati, dendam boleh mendorong manusia berbuat apa saja.”

It’s okay. I boleh jaga diri I. Thanks, and please. I need to be alone.”

Zakuan mengangkatkan bahu, tanda mengalah dengan kemahuanku. Dia bangun dan menuju ke pintu untuk keluar.

“Maya. I sentiasa ada bila-bila masa juga you perlukan I.”

Aku cuba mengabaikan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Zakuan sebentar tadi. Aku tak perlukan sesiapa pun, dan tentunya bukan dia. Sedang aku mengelamun, telefon bimbitku berbunyi. Tertera nama Adam di situ.

“Assalamualaikum, Adam.”

“Maya...come home now...please...

“Hello, Adam?”

Aku cuba menghubungi Adam semula namun tiada jawapan. Segera aku maklumkan kepada Zatty sebelum bergegas pulang. Sepanjang perjalanan aku berdoa supaya tiada apa-apa perkara buruk yang berlaku.

Tuesday, April 19, 2011

:: eRTi sEbuaH PeRsaHaBaTaN 36 ::

“MORNING!”

Setelah hampir tiga minggu bercuti, aku kembali ke pejabat. Semua staf tersenyum-senyum memandangku. Aku membalas senyuman mereka dan masuk ke bilikku.

“Puan nak air?” tanya Zatty setelah memaklumkan jadualku untuk hari itu.

Aku tersenyum memandangnya.

“Cepat je you tukar cik jadi puan kan.”

Zatty tersengih. Aku menganggukkan kepala sebelum dia berlalu keluar. Aku menyelak satu-persatu fail di atas meja sebelum memulakan kerja. Setelah habis menyemak sepintas lalu, aku mencatatkan perkara dan tindakan penting yang perlu diambil perhatian. Tidak sampai beberapa minit, aku mula tenggelam dalam timbunan kerja yang telah lama aku tinggalkan.

Aku masih tunduk menyiapkan semua kerjaku, apabila terdengar ketukan di pintu.

“Maya! Nak lunch sama tak?”

Aku yang sedang menaip, tersentak dengan pertanyaan itu. Segera aku mengalihkan pandangan ke arah empunya suara. Kelihatan Haris tersenyum manis di situ.

“You, Haris. Ingatkan siapa tadi.”

Are you expecting someone else?”

Aku tersenyum, melihat dia mengecilkan matanya yang sedia sepet itu.

No. Just feel weird bila you panggil I Maya.”

Kami tertawa. Sedikit rindu aku akan situasi itu. Aku segera mengemaskan fail-fail di atas mejaku sebelum melangkah menurut langkah Haris.

“Oh ye, Adam ada called I. Dia kata tak dapat contact you, and arahkan I untuk pastikan you makan tengahari.”

Aku mengerutkan kening sebentar. Kemudian, sebuah tawa halus terbit dari bibirku. Sedar yang aku tertinggal telefon bimbitku di atas meja  di rumah. Kami bersama-sama ke Restoran Nelayan, sengaja memilih tempat yang agak jauh dari pejabat.

“Fathihah!”

Hampir tersedak aku apabila secara tiba-tiba seorang gadis menghempaskan beg tangannya betul-betul di hadapan pinggan makananku. Aku mengangkat muka, bertentang mata dengan si gadis cantik yang berambut sedikit keperangan.

“Arissa. You nak apa lagi?”

Arissa mengalihkan pandangan ke arah Haris. Haris kini berdiri, betul-betul berhadapan dengan Arissa yang bercekak pinggang. Namun, kutarik lembut tangan Haris. Memintanya untuk duduk semula.

Have a sit, Arissa.”

Arissa menarik kerusi, dan duduk berhadapan denganku. Wajahnya masih lagi kelat, tiada segaris senyum pun di bibirnya.

“Haris, is it? Lama tak jumpa kan?”

Perhatiannya beralih kepada Haris. Aku maklum bahawa mereka mengenali antara satu sama lain; daripada cerita Haris sebelum ini.

Yeah. And you look totally different, Arissa.”

Arissa tergelak kecil, kelihatan berbangga dengan perubahan pada dirinya yang semakin menawan itu. Namun, tidak pula aku nafikan yang Arissa sememangnya cantik.

“You nak apa dari I, Arissa?”

Soalan aku itu memancung habis senyum Arissa. Dia memandang tajam ke arahku sebelum bersuara.

Good. Let’s come clean about this, okay? I nak tau, kenapa you kahwin juga dengan Adam?”


Aku menghela nafas. Memang sudah aku duga pertanyaan itu yang akan dilemparkannya.

Why? Because he loves me, and I do loves him too.”

Aku perasan yang Haris sedikit tersenyum dengan jawapanku itu. Namun lain pula reaksi Arissa, dia kelihatannya begitu marah dengan kata-kataku tadi.

“You betul tak kisah dengan apa yang dah jadi antara I dengan dia?” kali ini kata-katanya berubah, sinis.

“No. I tak kisah langsung. Mungkin Adam pernah buat silap, tapi tak bermakna dia akan terus buat silap selama-lamanya.”

“Silap? No! Apa yang berlaku adalah atas kerelaan kami.”

Haris mahu mencelah, namun segera aku tahan. Biarlah aku sahaja yang menangani semua ini. Tambahan pula, Adam kini adalah suamiku. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab semula kata-kata Arissa.

“Well, then. I tetap tak rugi apa-apa kalau apa yang berlaku antara you berdua adalah atas kerelaan sendiri. Dia lelaki, Arissa. Apa yang I akan rugi?”

Sungguh, bukan niatku untuk berkelakuan kurang sopan tapi kurasakan Arissa benar-benar menipiskan kesabaranku. Dan aku, perlu mengikut rentak permainannya. Haris kelihatan sedikit terpana dengan kata-kataku yang agak kasar itu.

“You....”

Arissa mungkin sudah terlalu marah. Dia berdiri dan menudingkan jari telunjuknya ke mukaku. Aku ikut bangun, berdiri berhadapan dengannya.

“Arissa. I dah dengar semuanya dari you, dan I dah dengar semuanya dari Adam. I jugak dah buat keputusan untuk terima Adam sebagai suami I lepas I tau semuanya. I terima dia, sebagaimana dia seadanya. Jadi Iharap you janganlah ganggu kami lagi.”

Dengan muka merah padam, Arissa melangkah meninggalkan kami. Haris menepuk lembut bahuku, dan tersenyum. Aku pula menghela nafas, lega.

“I tak sangka pula you boleh speak out macam tu dengan dia?”

“I have to, Haris. I tak nak dia campur lagi urusan rumah tangga I.”

Haris mengangguk dengan jawapanku itu.

“Tadi you kata, you dah bincang dengan Adam.”

“I cakap je. Just to make her shut up.”

Kami tertawa sejurus itu. Memang pernah aku suarakan pada Adam mengenai Arissa, dan Adam juga telah menjelaskan segalanya kepadaku. Namun biarlah ia menjadi rahsia antara kami berdua.


            “LAMA TUNGGU?”


Pertanyaan Adam itu kujawab dengan gelengan.

Adam menghulurkan tangan dan kami beriringan menuju ke kereta. Dia sibuk bercerita mengenai pesakit-pesakitnya.

“Sayang, Adam ada satu perkara lagi nak beritahu.”

“Apa dia?”

Adam senyum, masih tenang memandu. Aku mengulang tanya apabila dia tidak memberikan jawapan.

“Adam dah daftarkan Maya untuk recovering programme. Tapi maya Cuma boleh attend selepas kita jalankan pembedahan.”

Mendengarkan tentang pembedahan, hatiku kecut. Aku masih mahu bersama Adam, suamiku. Melihatkan perubahan riak wajahku, Adam menggenggam erat jemariku. Bagai mengerti apa yang bergolak dalam hatiku.
“Adam akan sentiasa untuk Maya. Adam janji.”

Aku senyum, membalas genggaman jemarinya. Memang, dengan adanya Adam aku menjadi lebih berani. Akhirnya aku hanya mengangguk, setuju dengan cadangannya.

“Ingatkan tak suka tadi.”

“Ish, Adam ni. Mana ada tak suka. Maya just teringat kerja yang melambak kat pejabat tu. Kalau kena cuti lagi untuk pembedahan ni, alamatnya bertambah melambaklah kerja Maya tu.”

Adam tertawa, dia mencubit halus pipiku. Aku memandangnya, dengan penuh rasa kasih di hati. Terasa kekosongan hatiku sedari dulu, kini terisi.

“Maya, tadi ada sorang patient Adam kirim salam. Dia kata teringin nak jumpa Maya.”

Aku senyum, menjawab salam di dalam hati.

“Tadi dia datang dengan baby dia. Baru lagi lahir, dalam 3bulan lepas. Comel sangat tau, baby girl.”

“Adam, manalah ada baby yang tak comel?”

Adam ketawa. Dia menarik tanganku, dan dibawa ke bibirnya.

“Kalau kita ada baby, mesti dia lagi comel kan?”

mY 101 WisHes~!!!

hye semua~

sorry ye..lama sangat tak update blog...sebab lately agak bizi dengan kerja-kerja luar...dan hari ini *setelah tertangguh lebih 2minggu* akhirnya aku berjaya siapkan 101 impianku...semuanya aku letakkan dalam blog aLL aBouT mY dReaMs...sebenarnya, ada orang bagitau aku...kalau kita sendiri tak mampu dan tak upaya untuk mempunyai impian, macam mana kita boleh berupaya untuk berjaya..???

mungkin kalau korang baca impian-impian aku ni, ada antara korang yang akan ketawa...mungkin jugak akan ada yang mencebik..atau mungkin jugak ada yang menyokong...tapi apa jugak reaksi korang, aku tak kisah....sebab itu semua kan impian aku, bukannya impian korang..hehehe...setiap dari kita punya impian yang berbeza-beza...betul tak...??dan kalau korang ada impian, aku jugak cadangkan korang senaraikan semua impian korang tu...lagi pulak orang kata, hidup akan lebih bermakna kalau kita punya impian...kalau kita rasa terlalu cukup dan selesa dengan apa yang kita ada, di mana kita berada...kita takkan rasa hidup ni sangat menyeronokkan..sebab personally, bagi aku..bila aku rasa tak cukup dengan apa yang aku punya sekarang *tapi bukan bermakna aku tak bersyukur* aku akan rasa ada keseronokan dalam menda-menda yang belum aku cuba, belum aku capai...

so..untuk korang semua...sangat bertuah dan sangat bagus kalau korang punya impian dan mampu senaraikan impian korang tu...untuk itu, aku doakan korang semua akan jadi lebih baik dan lebih berjaya...people who dare to dreams, will dare to achieve...

p/s: ye...salah satu daripada 101 impian aku tu ialah menyiapkan e-novel aku yang ada bersawang dah kat sini...

Monday, March 14, 2011

Tahun Yang Kedua -- Yang Tambah Bermakna~!!!

Terima kasih Tuhan
Untuk hari ini, 2 tahun yang lalu
Kau perteguhkan hatinya
Kau bulatkan tekadnya
Memilih aku sebagai isteri
Menjadikan aku sebahagian diri

Terima kasih Tuhan 
Untuk hari ini, 1 tahun yang lalu
Kau kuatkan cintanya
Kau patrikan janjinya
Menerima aku apa adanya
Membimbing aku apa mampunya

dan
Terima kasih Tuhan, untuk hari ini
Kau izinkan dia
Kau jadikan dia
Setia meneguh setiap goyahku
Terus mekar cintanya untukku

Terima kasih Tuhan
Menciptakan dia yang terpaling indah 
Melengkapi aku sebagai insan
Membaja kasih menyemai sayang

Jangan, Tuhan
Kau inginkan dia selain dariku
Kau penuhi aku selain darinya
Biar sampai bila, sampai ke syurga...

encik Hasben --- Syed Fahmi alJunid Syed Shahrom
Selamat Tahun yang Kedua
Moga ada yang seterusnya, sampai ke sejuta

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?