:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Monday, December 21, 2009

Aduhai Cik Penceramah~


Nia menguap lagi, entah kali ke berapa dia sendiri tak ingat. Yang dia tahu, matanya menjadi semakin berat dan mulai berair. Dia memandang sebelah kiri. Rakannya, Nurul masih setia melarikan pen di atas buku notanya. Dia memandang ke hadapan pula. Dyah, Shidah dan Dilla masing-masing melayan perasaan sendiri. Ada yang benar-benar berusaha menahan mata daripada tertutup, ada juga yang asyik memandang skrin telefon bimbit di atas meja.

'Aii..mengantuknya.'

Menguap lagi. Nia mengerdip-ngerdipkan mata beberapa kali. Kanta lekap berwarna coklat yang dipakainya sudah melebihi 12 jam, membuatkan matanya terasa kering. Sudahlah badannya penat, mindanya letih, kini emosinya pula tertekan. Semuanya gara-gara perempuan yang berdiri di hadapan mereka semua kini. Sudahlah mengenakan pakaian yang tidak bersesuaian, percakapannya juga bagai menunjukkan yang dia sebenarnya syok sendiri. Bercakap tanpa henti, tak peduli orang lain boleh faham atau terima.

"Nurul."

Perlahan Nia mencuit teman di sebelah. Nur yang duduk di hujung sekali nampaknya masih khusyuk menulis, dibiarkan saja.

"Kenapa?"

Nurul berpaling menghadapnya. Hampir terhambur tawa Nia melihat muka Nurul yang hampir bengkak, pastilah menahan perasaan yang sama dengannya.

"Kau faham tak?"

Nia mengeluh apabila Nuruk menggeleng. Dia menyerahkan buku notanya kepada Nia. Erm, pasti tidak dapat difahami hatta oleh Nurul sendiri apabila dijadikan bahan rujukan nanti. Pelbagai corak dan gaya tulisan ada di situ.

"Aku mengantuklah, Nia."

Kata-kata Nurul itu menarik perhatian Dyah yang duduk di hadapan mereka. Dyah memandang Nia dan Nurul lama, sebelum membuka mulut.

"Kita pun sama. Mengantuklah, tak boleh nak faham apa yang dia ni cakap."

Nia diam. Sangkanya hanya dia seorang yang telah hilang sabar untuk terus memaku pandangan dan memasang telinga. Jam di tangan kini dipandang lemah. Masih ada lebih kurang sejam lagi untuk si perempuan di hadapan berhenti bercakap.

"Adoyai..apa masalah dia ni?"

Pertanyaan spontan Nurul yang bagai menzahirkan rasa tidak puas hati itu mengundang pandangan Nia. serentak mereka berdua ketawa. Terbang sebentar perasaan yang terpendam sedari tadi. Kelihatannya Shidah dan Dilla pula menzahirkan kehilangan tumpuan mereka. Malah semakin ramai pula yang bersuara. Namun si perempuan itu masih tidak mengerti, masih melajukan jari merancakkan bicara.

"Malas dah aku nak salin apa-apa ni."

Keluhan Dilla itu dapat didengari oleh Nia. Dia masih berfikir bagaimana mahu memancing hatinya agar terus memandang dan mendengar setiap butir bicara perempuan yang di hadapan itu. Sekali-sekali matanya masih mahu memincing jam di pergelangan tangannya, merasakan betapa lambantnya waktu berlalu.

'Nak buat macam mana ni. Dekat dua puluh kali dah aku menguap."Nia merungut di dalam hati.

Masih teringat kira-kira sejam yang lalu, betapa mereka begitu bersemangat melangkah masuk ke dewan ini. Namun selepas sejam, masing-masing kian berterabur di dalam ruang lingkup logika masing-masing.

"Betul tak? Semua dah biasa kan?"

Nia mengangkat kening. Penat dengan pengandaian yang dibuat oleh perempuan yang di hadapan itu terhadap mereka yang ada di sini. Seringkali mengandaikan mereka sudah biasa dengan situasi yang dibincangkan. Nia memandang Dyah sekali lagi. Dyah kini mencuba seratus dua puluh peratus untuk menumpukan perhatian dan memahami setiap kata yang dilontarkan.

Satu biji gula-gula bulat berwarna merah dicapai dan dibuka pembalutnya. Setelah memasukkan gula-gula ke dalam mulut, Nia mencapai pen. Mencatat apa sahaja yang didengar, menulis apa saja yang difikir.

Baru dia baris ayat ditulis, Nia mengangkat muka. Ramai lagi antara mereka selain mereka berenam yang sudah memulakan aktiviti memancing, tidak kurang juga yang mula membuka tingkap bicara masing-masing. Nia mengeluh, tidak pasti atas sebab apa.

"Okay, kita take five sekejap."

Keluhan lega bergema di dalam dewan yang sederhana besar itu. Nia turut menghela nafas. Senyuman mula tergaris di setiap bibir kawan-kawannya. Namun senyum Nia terhenti apabila jam menunjukkan ada 45 minit lagi sebelum 10.30 malam.


p/s: cerita ini ditulis dalam kepayahan mengikuti apa yang dikatakan oleh penceramah semasa kursus..aduhai cik penceramah..considerla sikit bila audiens da hilang tumpuan..dan jgnla buat andaian yang kami dah biasa..sebab kalau dah biasa, maka takde gunala ceramah kamu itu~

No comments:

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?