:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!
Showing posts with label KoNgSi iNFo. Show all posts
Showing posts with label KoNgSi iNFo. Show all posts

Monday, March 7, 2011

cUBaaN mEnaMbaH SaVing BaBy~

hello hello~

setelah berminggu-minggu diperkenalkan dengan HeartBeat ni, hari ni aku tryla join..sebabkan waktu lunch tadi kepala rasa berpusing-pusing je tengok paperwork kan...*alasan la tu*...so, dengan penuh kesusahpayahan *almaklumlah..orang tak pandai komputer*...akhirnya aku berjaya mendaftarkan diri di HeartBeat itu...

gambar ni aku copy saja dari websitenye...sorryla korang...aku ni memang buta IT sket~

jadinya..insya Allah, HeartBeat ini akan aku jadikan sebagai medium tambahan untuk aku menambahkan simpanan si kecik ni...setakat ni tak penah lagi aku niat nak gunakan duit daripada iklan-iklan kat blog ni untuk beli barang-barang sendiri...yang terlintas cumala nak buat simpanan si kecik...hehehe...sebab aku tau, si kecik ni akan memerlukan perbelanjaan yang banyak nanti...untuk yang dah bergelar ibu atau bapa, sure mengakui kata-kata aku ni kan...???

so kalau korang rasa berminat nak join HeartBeat ni...tak kisahla atas matlamat apa pun bolehla klik kat banner kat atas tu untuk daftar ye...nanti korang akan dibawak ke homepage HeartBeat ni, then klik create account...ikut je arahan dia...pastu korang klik la join affiliate, ni untuk membolehkan korang letak banner iklan dia kat website korang...itulah sahaja ceritanya....

aku ni sebenornye nak cite menda lain...tapi alang-alang baru buat HeartBeat ni, makanya aku pun stori-mori la sket..lambat-lambat kang terlupe pulak kan...heheheh...orang kata ---> ShaRiNg iS caRiNg...^_^

Saturday, March 5, 2011

WaReHoUsE SaLe :: My Dear

hello hello~

setelah dijanjikan...aku pun cepat-cepat je membuat entry pasal My Dear Warehouse Sale ni...sebenarnya, aku pun tak tau hari ni ada sale kat My Dear ni..tau pun sebab encik Hasben yang bagitau...*nampaknya encik Hasben lagi peka pulak bab-bab sale ni*....hehehehe...selepas beronok-ronok tengok baby kat dalam perut tadi, kitorang pun bergerak la ke My Dear...dekat je jaraknya dengan poliklinik tadi..hehehe...


rupanya ramai sudah orang yang datang walaupun masa tu baru je pukul 11 pagi...aku ngan encik Hasben pun cepat-cepatla turun keta dan join sekali kemeriahan tu...*hehehe...meriah ke???*...kitorang pun bergerak masuk ke bangunan tu..memang banyak betul barang-barang yang ditawarkan dengan harga yang murah...disebabkan ada beberapa barang yang kitorang da beli, maka kitorang cuma mencari-cari barang-barang yang kecik-kecik sahaja...selebihnya hanya berjalan-jalan men'survey' segala macam produk yang dijual...

encik Hasben sejak dalam keta lagi dah sibuk bagitau yang dia nak cari bouncer/bouncinette untuk si kecik ni...aku macam biasa, okey saje...hehehe...jadi sampai-sampai je, melilau la mata kitorang men'survey' bouncer...dan berentilah di depan deretan bouncer jenama MamaLove..cantik-cantik jugak bouncer diorang ni...ada yang siap ada playmate tu...ada jugak yang build-in dengan buzzer untuk vibrate, music dan macam-macam lagi...
lebih kurang camni la bouncer dia..cuma takde hooded ngan playmate tu..encik Hasben kata rimas kalau penuh sangat *macam la dia yang nak dok dalam tu*

pilih punya pilih, encik Hasben akhirnya berkenan kat satu bouncer ni...harga asal dia RM259 tapi disebabkan nama pun warehouse sale kan...kitorang beli dengan harga RM120 je...pada aku, sangat la berbaloi-baloi...sebab bouncer ni kira besar la jugak...ada sesetengah bouncer tu kecik je..agaknya memang cuma untuk infant je kot..tapi yang ni aku rasa Balkisy yang debab tu pun leh muat lagi...hehehe...dan encik Hasben pun tersenyum riang....

lepas tu...kitorang mula berjalan-jalan lagi...sasaran seterusnya adalah bedding section...tengah belek-belek tu ternampak encik Hasben dok diam-diam depan satu rak ni..dia ni kalau berkenan satu-satu menda, memang akan dok diam-diam, belek je menda tu...rupa-rupanya dia dok membelek tilam si kecik...tilam ni memang tebal betul...nampak macam sedap je...*agak-agak tenggelam tak lau baby baring atas tu???*...hehehehe...

inilah baby dreamland yang menjadi encik Hasben's dream...hehehehe

disebabkan encik Hasben da berkenan...ditambah lak gambar baby yang sangat lena tu, kitorang pun sepakat untuk angkut je tilam ni sekali...harga asal dia RM69.90, tapi kitorang beli kat sini dengan harga RM35.00....hehehe...lagi pulak, da sedia ada dengan beg dia tu...teramatlah senang kalau nak bawak travel...encik Hasben siap pesan lagi, lau ada orang bagi adiah tilam kita leh letak kat umah...kan senang...*tinggi sungguh cita-cita encik Hasben ku ini*

dan selepas itu...aku jugak sibuk la nak membeli jugak...hehehe...akhirnya cuma satu je yang beli untuk diri sendiri iaitu Nursing Pillow...aku lama da survey menda ni...sebab senang nak wat tido, and breastfeeding baby bila dia da keluar nanti...dan harga yang ditawarkan jugak adalah sangat menarik...paling murah berbanding sume store yang aku survey...aku beli ngan harga RM55...

sebelah kanan ialah Nursing Pillow aku..sebelah kiri ialah home & car bottle warmer...dan encik Hasben yang  saje nak masuk dalam gambar...

dan akhir sekali, barang yang aku angkut ialah Snow Bear: Home & Car Bottle Warmer...da 2,3 kali jugak la aku survey menda ni..hari tu survey kat Jusco, takde stok...yang ada sekali pakej ngan sterilizer tu..harga dalam RM180...sama jugak masa kat Manjaku hari tu...jugak takde stock..yang ada hanyalah bottle warmer tapi takde car inverter...pada aku, lebih bagus lau leh letak dalam keta jugak...sebab manala tau, kalau balik kampung ke travel ke, kan senang sket keja kan...heheheh...

Home & Car Bottle Warmer yang di'survey' sekian lama..siap ada waranti lagi untuk setahun -- start tarikh mula pakai...

jadinya di warehouse sale ini aku angkut Bottle Warmer dengan harga just RM78...stendet harga dia dalam RM99.90...jadinya aku rasa pembelian kali ini memang sangat berbaloi-baloi....*hahahaha...lagi sekali aku letak berbaloi-baloi*...jadi untuk korang terasa-rasa nak pegi menerjah warehouse sale ni, pergila selagi stok masih ada....setau aku sale ni sampai 13 haribulan ni je...oh ye, selain tu ada jugak jual playpen, stroller, toys *sangat banyak*, mama bags, baby carrier/sling, dan banyak lagi la...dan apa yang paling penting *selain kerjasama ye* adalah harga yang ditawarkan boleh menepati bajet korang...^_^

MooD :: perlu hapdet status barang-barang baby kan...??nanti la ye~

:: oUr 3D/4D sCaN ::

hari yang ditunggu-tunggu telah tiba...hehehe...ini semuanya gara-gara masa 1st scan hari tu, baby takmo tunjuk muka...apatah lagi nak bagitau dia tu boboy or gegirl...*ceh..alasan je mummy kamu ni kan??*jadi, aku dan encik Hasben sepakat untuk tempah appointment 3D/4D ni...disebabkan tak berapa berpengetahuan dalam bidang O&G, kami telah mendapatkan perkhidmatan daripada KasihKu SayangKu...sebenarnya terjumpa online shop ni masa blogwalking survey barang-barang si kecik..belek punye belek, rupanya dia ada sediakan perkhidmatan scan 3D/4D...harga yang pakej yang ditawarkan pun amatlah berbaloi-baloi...*bukan iklan celcom lagi yek*...jadi kami pun mula ber'sms' dengan mereka...

dan tepat jam 9.00 pagi, 5 Mac 2011...kami pun bertolakla ke Poliklinik MediNur di Puchong Utama...mungkin KasihKu SayangKu ni ber'colaborate' dengan poliklinik ni untuk menjalankan perkhidmatan scan ni...masa sampai tu, adalah 2,3 orang yang menunggu...selesai mendaftar, kitorang pun menunggu la sama..tak lama pun, dalam 10 minit macam tu nama aku pun dipanggil...berdebar-debar pun ada..tapi malam tadi da pesan kat baby..kena posing comey-comey sebab nak amik gamba hari ni...hehehehe...

sonographer kitorang ni sorang Chinese lady yangteramatlah peramahnya...and kitorang rasa sangat dialu-alukan di situ...masa 1st scan dulu, baby punyala memalu..usahkan nk tunjuk jantina, muka pun tak nak tunjuk kan..??tapi pagi tadi, dia terus je exposed...sonographer tu baru je start scan, dia terus tunjuk kat kitorang...

Miss S (sonographer): wa...you tengok tu..belum apa-apa dia sudah tunjuk la..

Aku & encik Hasben: tunjuk apa?? *blur..takde pengalaman la kata kan*

Miss S pun tunjuklah kat satu area..dia tunjukkan paha, kaki and -tutttt- baby...tapi aku ngan encik Hasben masih lagi terpinga-pinga...hahahahaha

Miss S: ini la dia punya -tutttt-...sudah confirm ha...

aku pandang encik Hasben...encik Hasben pandang aku --- senyum diam ---....hehehehe...saje aku tak nak bagitau lagi kat sini...kena tunggu after 30 weeks baru boleh announce secara rasmi...*saje alasan nak bagi korang tunggu entry akan datang*

makanya...tepat sudah instinct aku sebelum ni...kan aku penah cakap, aku ada instinct tentang jantina baby ni tapi tak nak bagitau sesape lagi...dan alhamdulillah, betulla tu...agaknya itulah yang dinamakan gerak hati seorang ibu kan...??hehehehe....jadinye, selama setengah jam itu puaslah kami menengok telatah si kecik tu dalam perut..tapi si kecik tu masam biasalah...tido saje...cuma tangan je yang bergerak-gerak...*agaknya nanti sure susah nak dibedung budak ni*...hehehehe

dalam banyak-banyak gambar...gambar ni la yang paling mummy suka...mummy rasa kamu sangat comey dalam gambar ni, baby...heheheh

selepas itu kami pun bergerak pulang..oh, tidak terus pulang sebenarnya ye...sebab encik Hasben bagitau yang My Dear ada buat warehouse sale hari ni...next entry aku update pasal sale tu ye...kesimpulannya aku dan encik Hasben memang sangat berpuashati dengan perkhidmatan yang diberi oleh KasihKu SayangKu dan Poliklinik Medi Nur itu...bayar murah, dapat gambar 3D berkeping-keping pulak..dapat lagi video 4D masa scanning tu *untuk aku, aku dapat dalam 10 video clip*...dan semua tu di 'burn'kan dalam CD untuk disimpan buat kenangan...dorang jugak ada printkan sekeping gamba berkaler dan 4 keping gambar itam-putih...memang sangat berbaloi ye...

so..untuk sesapa yang nak cuba try test tu lehla visit website diorang...lagipun kalau memang dalam setengah jam scanning tu baby takmo tunjuk muka jugak, ada money back guarantee...hehehehe...aku dan encik Hasben sangat seronok hari ni...baby, we LOVE you~!!!!!!!


Wednesday, March 2, 2011

:: SeMiNaR KeNaLi poTeNsi DiRi ::

Program Transformasi Diri – Dr Azizan Osman
SEMINAR KENALI POTENSI DIRI: DIMENSI BARU 2011

Rahsia bagaimana untuk mengenali serta menguasai potensi sebenar diri anda serta keluarga anda supaya berubah menjadi lebih berjaya di dalam kerjaya, perniagaan serta merubah kehidupan kepada menjadi “magnet kejayaan”?


PERNAHKAH ANDA BERTANYA 9 SOALAN INI?
1          Siapakah anda?
2          Apakah tujuan sebenar hidup anda?
3          Apakah potensi serta bakat sebenar diri anda?
4          Apakah kekuatan atau kelemahan yang perlu ada perbaiki?
5          Bagaimana anda boleh lebih Berjaya dalam kerjaya atau perniagaan anda?
6          Kerjaya atau perniagaan bagaimanakah yang sesuai dengan perwatakan anda?
7          Bagaimana anda boleh hidup lebih baik dari sekarang?
8          Bagaimana anda boleh mengatasi masalah “kebocoran wang”?
9          Bagaimana anda boleh mencapai hampir semua impian hidup anda?

Apa itu dimensi baru??
Ia adalah kaedah kajian tingkah laku manusia yang diasaskan sejak tahun 1938. Anda akan diajar 2 kaedah mudah dan   berkesan untuk mengenalpasti potensi diri   anda.                                                                 

Kaedah yang pertama adalah kaedah DISC Behaviour Analysis- Ia banyak digunakan di syarikat-syarikat antarabangsa sebagai alat untuk mengenalpasti perwatakan seseorang untuk menganalisa kekuatan, kelemahan dan potensi dirinya.


Kaedah yang kedua adalah kaedah DNA Pin Code. Ia menggunakan struktur DNA-Pin Code yang dapat digunakan selain untuk menganalisa perwatakan serta potensi seseorang, ia juga dapat mengenalpasti potensi kerjaya, perniagaan atau kehidupan melalui karektornya.


Siapa perlu hadir??
Seminar ini pernah dihadiri oleh lebih 16,000 orang apabila pertama kali diadakan pada tahun 2009 danlebih 27,000 orang pada awal tahun 2010 di semenanjung Malaysia.                                                                                

Ia pernah dihadiri oleh semua golongan dewasa termasuk kumpulan professional, pemilik perniagaan, eksekutif, surirumah, pengarah syarikat, ahli politik, doktor perubatan, peguam, selebriti, artis dan ramai lagi.


KENAPA MEREKA TELAH HADIR & APA YANG ANDA AKAN PELAJARI?
Berpuluh ribu testimonial yang diterima mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana melalui program ini, mereka telah diajar banyak perkara terutamanya:-
1          Bagaimana untuk mengenali potensi diri mereka serta ahli keluarga mereka?
2          Bagaimana untuk meningkatkan potensi diri mereka untuk lebih berjaya di dalam kerjaya atau perniagaan mereka?
3          Bagaimana mereka boleh lebih mudah mengenali perwatakan orang sekeliling  seperti suami/isteri, anak-anak, pekerja, majikan supaya lebih mudah untuk berkomunikasi dan bekerjasama?Apakah kekuatan atau kelemahan yang perlu ada perbaiki?
4          Bagaimana untuk merancang serta mencapai matlamat atau impian hidup?
5          Bagaimana untuk berhadapan dengan cabaran hidup serta memperbaikinya?
6          Bagaimana untuk mengubah kehidupan daripada “biasa-biasa” kepada “hidup luar biasa”?

AMARAN!!!!!

  • Program ini memberikan anda ilmu, panduan, prinsip kejayaan serta pengalaman jatuh bangun penceramah untuk anda gunakan di dalam kehidupan anda, ia tidak menjamin anda menjadi kaya & berjaya jika tidak disertai dengan D,U,I,T- D-Doa, U-Usaha, I-Ilmu dan T-Tindakan.

  • 93% Kegagalan seseorang itu adalah berpunca daripada kegagalan bertindak atas apa ilmuyang diberikan, peserta perlu bertanggungjawab kepada segala tindakannya. Fast action, fast result

  • Jangan percaya cakap orang atau dengan semua ilmu yang diajar sehingga anda datang serta belajar sendiri dan mencubanya dengan 100% komitmen.



SIAPAKAH DR AZIZAN OSMAN YANG MUNGKIN TELAH ANDA KETAHUI?
Ø Anda mungkin pernah mendengar namanya sebagai pakar perunding motivasi dan potensi diri dalam kajian sains tingkah laku manusia berdasarkan kajian tarikh lahir .
Ø Anda mungkin pernah tahu yang seminar-seminar anjurannya telah dihadiri hampir 100,000 orangdalam tempoh yang singkat 2 tahun sahaja.
Ø Anda mungkin tahu yang beliau selalu di wawancara di TV, Akhbar dan Majalah tempatan.



SIAPAKAH DR AZIZAN OSMAN YANG MUNGKIN ANDA BELUM KETAHUI?
  • Terlibat sebagai pengurus projek pemasaran dan pengiklanan bermula pada tahun 2001 dibawah prinsipalnya, syarikat pemasaran & pengiklanan antarabangsa beribu-pejabat di London, United Kingdom (www.cobragroup.com).

  • Pernah diberi tanggungjawab oleh prinsipalnya untuk menjalankan projek “outsourced” pemasaran dan jualan untuk portfolio syarikat besar di dalam   industri perbankan, telekomunikasi dan program kutipan dana untuk kebajikan.

  • Beliau mencipta fenomena dan gimik pemasaran dengan kontroversi “Workshop Rahsia Tarikh Lahir” yang menjadi perhatian banyak pihak yang “melatah” kononnya ia meramal nasib sedangkan ia sebenarnya disahkan tidak ada kena mengena dengan meramal nasib atau menilik nasib sebagaimana yang disimpulkan di dalam majlis mesyuarat panel JAKIM (Jabatan Akidah). Ia diterima sebagai satu kajian untuk menganalisa karektor atau perwatakan seseorang semata-mata untuk diperbaiki dan diimprovasi.

  • Beliau menjadi ikon, inspirasi dan pemimpin untuk program berbentuk seminar atau bengkel di Malaysia kerana keupayaannya menarik puluhan ribu peserta dalam masa yang singkat.


  • Beliau merupakan ahli kepada Institute of Marketing Malaysia (IMM) dan mempunyai syarikat agensi pengiklanan yang di akreditasi dibawah NSTP, Media Prima, AMP Radio, Utusan Media dan banyak lagi. Beliau merupakan pakar perunding pemasaran dan pengiklanan serta penasihat AMP (Advertising, Marketing & Promotions) untuk beberapa buah syarikat terkemuka di Malaysia.
Yuran Kursus : RM497.00/orang  RM10.00 + Yuran Pendaftaran : RM50 (Kos Pengurusan)


Jadi. anda hanya perlu membayar sebanyak RM60.00 untuk menikmati transformasi ini~!!!
JADUAL PROGRAM (SEHINGGA 13 MAC 2011)
TARIKH
LOKASI
MASA
2011-02-27 (Ahad)
Hotel Abadi, Melaka
9pg~ 5ptg
2011-03-12 (Sabtu)
Kuala Lumpur
9pg~ 5ptg
2011-03-13 (Ahad)
Landmark Hotel, Batu Pahat
9pg~ 5ptg

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR??
1          Daftar dengan kami melalui SMS
            Taip: SKPD (jarak) Nama Penuh (jarak) No. KP (jarak) Lokasi Pilihan  (jarak) Alamat emel (jarak) Alamat Penuh dan hantar ke 019-3477758.

2          Cara pembayaran boleh dibuat melalui CimbClicks atau Maybank2u.

CEPAT~!!! TEMPAT ADALAH TERHAD!!!

ReVieW :: SeMiNaR KeNaLi poTeNsi DiRi ::

dijadikan cerita..hari Sabtu hari tu, aku dan encik Hasben pagi-pagi sudah bangun...*macam biasa saja*...hehehe...dan bersiap-siap untuk ke Shah Alam...sebabnya encik Hasben telah mendaftarkan kami untuk menyertai Seminar Kenali Potensi Diri yang disampaikan oleh Dr. Azizan Osman...*maklumat lanjut pasal seminar ni nanti aku letak dalam entry khas ye*


kitorang sampai dalam pukul 9 pagi..seminar tu dijangkakan bermula pada 9.30 pagi..mujur lah sempat minum pagi tu, sebab bila da daftar tu kitorang terus je masuk..rupanya dah ramai yang datang sebab dewan tu dan lebih dari separuh yang penuh...kitorang duduk kat barisan tepi skali tapi baris kedua dari depan...aku ni, sebenarnya cuma cari pintu keluar je...yela, manala tau kan...tengah-tengah berseminar kang datang pulak panggilan alam...huhuhu....

sepanjang seminar dari pagi sampai petang ni..alhamdulillah banyak betul yang aku belajar...banyak juga yang aku lebih tau pasal diri aku, encik Hasben, dan cara macam mana nak kenal orang-orang di sekeliling aku...orang kata tak kenal maka tak cinta...*eceh..orang kata ye~*...daripada mula, niat aku datang cuma lah untuk menemankan encik Hasben yang beriya-iya benar nak datang seminar ni...tapi akhirnya, aku rasa seminar ni memang patut disertai oleh semua orang...tak kisahla siapa pun orang tu...pelajar ke, pekerja ke, majikan ke, surirumah ke....semua orang...

kenapa aku cakap macam tu..???sebab semua orang ada persekitaran masing-masing...dan kadang-kadang apa yang menjadi masalah tu adalah dipuncakan daripada diri sendiri atau orang lain ada dalam persekitaran yang sama...mungkin kita rasa kita lebih kenal siapa kita, siapa pasangan kita atau siapa ahli keluarga kita...tapi sebenarnya banyak lagi yang kita tak tau pasal mereka...dan Dr. Azizan telah memberikan idea untuk bagaimana mengenal dengan lebih baik lagi tentang diri sendiri, pasangan, keluarga dan individu lain...

masa sesi meluahkan rasa tak puas hati dengan pelbagai aspek kehidupan tu..kami diminta untuk meluahkan kepada partner masing-masing --- in this case, encik Hasben adalah partner aku ---...terlalu banyak sebenarnya rasa tak puas hati yang bersarang dalam diri aku...tapi rupa-rupanya apa yang paling aku tak puas hati ialah macam mana aku tak boleh nak bagitau apa yang aku tak puas hati...aku tak punya kekuatan atau keberanian untuk meluahkan dengan kata-kata...nasib baik encik Hasben adalah sangat memahami...

sama jugak macam masa sesi menilai keseimbangan dalam kehidupan tu...aku terlalu memikirkan orang lain sampaikan aku lupa, cuma aku yang berupaya mengemudi hidup aku...dan aku sangat respek dengan encik Hasben sebab dia berani untuk berterus-terang tanpa takut melukakan pihak lain..sebab menda tu sume sebenarnya adalah kenyataan kan..???

dan petang tu...aku keluar dari seminar tu dengan macam-macam rasa...bercampur-baur...seminar ni betul-betul membuka mata dan minda aku...dari pelbagai aspek...jadi untuk sesiapa yang tak penah dengar atau tak penah pergi, pergilah...insya Allah ada sesuatu yang sangat berharga mampu korang dapat...macam mana sesi-sesi itu dijalankan, taklehla nak cite kat sini kan...kena pegi sendiri, baru tau...orang kata --- seeing is believing ---....macamana bagus pun sesuatu menda tu, kita takkan tau kalau kita tak merasainya sendiri...betul tak...??? ^_^

Friday, October 22, 2010

The Blind Side

malam tadi, dalam ketandusan minat menonton drama2 kat tibi...astro pun nampaknya takde apa yang menarik.. kadang-kadang rasa buat rugi je duit bayar bulan2...hasben ajak layan movie..lama dah beli movie ni tapi tak rasa tertarik untuk tengok..kagi2 bile tengok cover dvd tu nampak macam tak menarik..so, hasben pun pasangla kat XboX kesayangan dia tu...

"The Blind Side"



cerita yang agak mendatar pada awalnya..tapi semakin lama semakin memaku pandangan dan tumpuan kami berdua...cerita dia simple..based on true story of Michael Oher, a homeless and traumatized boy who became an All American football player and first round NFL draft pick with the help of a caring woman and her family...

Michael "Big Mike" Oher..takde pelajaran yang bagus, takde pengenalan diri, takde tempat tinggal...masa umo dia 7 tahun, state gov pisahkan dia daripada family dia untuk dihantar ke foster centre...sebab mak dia ni drug-addicted, dan ayah dia...erm., dia sendiri tak penah jumpa pun ngan ayah dia...tapi dia terlalu sayangkan mak dia, family dia..sampaikan setiap kali dia dihantar ke mana-mana rumah perlindungan, dia akan lari cari mak dia...meningkat remaja, dia lebih suka jadi homeless daripada dihantar ke mana-mana foster homes...

Dia diperkenalkan kepada jurulatih private Christian School yang mmg tengah cari atlet dengan badan besar macam Michael..dia ni xbanyak bercakap, dalam kelas pun diam je..cikgu, kawan2 semua takmo kawan ngan dia..dia ni suka kat budak2 (maybe sebab adik bradik dia lebih kurang sedozen)..sebab dalam ramai2 orang kat sekolah tu dia tegur 2budak perempuan kecik yang tengah main buaian...tapi bebudak tu just ignored him...but then, anakTuohy pulak yang tego dia..this boy was really cute yet adorable..nama dia Sean Junior a.k.a SJ...itula satu-satunya kawan Michael kat situ... 

satu malam..lepas Sj buat persembahan Red Indian kat skolah, Tuohy family terserempak dengan Michael yang otw nak pegi gym...tau yang Michael ni xde tempat lain nak pergi, Leigh Ann (mak SJ) ajak dia tido kt umah dorang...masa ni a bit terharu sebab Leigh Ann ni jenis mcm datin2 je gaya dia..tapi sense of humanity dia tu betul2 mengkagumkan...dia bincang dengan hasben dia utk benarkan Michael tinggal dengan dorang...and dia sediakan satu bilik tidur yang lengkap untuk Micahel...dan dialog masa tu buat aku betul-betul tersentuh...

Michael Oher: It's nice, I never had one before. 


Leigh Anne Touhy: What, a room to yourself? 
Michael Oher: A bed. 

Leigh Ann terus lari masuk bilik dia and menangis...agaknya dia tak sangka macam tu skali Michael tu hidup sedangkan dia dan orang dlm dunianya semuanya idup senang...and satu lagi scene bila Leigh Ann masak untuk Thanksgiving..bila dia panggil family dia makan, sume orang ambil pinggan, fill up dan duduk depan tv..tapi Leigh Ann tengok Michael duduk kat meja makan (with a gracious manner)..terus dia tutup tv and kerahkan family dia makan sama2 kat meja makan...yela, that's how thanksgiving to celebrate kan...

sampai Michael ditawarkan main dalam group football (ragbi) sekolah tu..memula dia mcm xmenyerlah..sebab dia yang sepatutnya stopping people from other team..tapi disebabkan dia punya protective instinct tu terlalu tinggi, dai xboleh nak berkasar dengan orang...sampaikan Leigh Ann bagitau dia yang protecting the team sama macam protecting the family...barula dia main dengan bagus sekali...masa Krismas, diorang bergambar satu family and Leigh Ann jadikan poskad utk wish kat family n kengkawan dia..so ramaila yang perli2 Leigh Ann sebab ada black guy dalam her white family...tapi Leigh Ann tegas cakap, itu keputusan dia..dan dia xminta kengkawan dia untuk pilih bagi pihak dia, tapi hormat apa yang dia pilih...end of that..


dalam satu game, Michael jadi tumpuan semua agensi/universiti sukan..satu dialog yang paling aku suka masa game tu ialah lepas Michael tolak opponent dia yang sgt berlagak tu sampai keluar padang..

Michael Oher: [after pushing an opponent all the way off the field] Sorry, Coach. I stopped when I heard the whistle. 


Coach Cotton: Where were you taking him? 
Michael Oher: The bus. It was time for him to go home.


tapi Michael kena naikkan gred dia supaya dapat biasiswa tu..so Leigh Ann carikkan dia tutor untuk blaja kat umah...so lepas blaja ngan tutor dia akhirnya Michael berjaya naikkan gred dia..and sampai masa utk dia decide mana dia nak pergi...all this Tuohy family belaja di Miss Ole, yang mana Sean Tuohy penah jadi player kt situ, Leigh Ann penah jd cheerleader kat situ..perkara ni membuatkan sorang penyiasat panggil Michael sebelum dia masuk ke Miss Ole..macam2 dia soal kat Michael, sebab ingatkan Tuohy Family n tutor dia just nak Michael masuk Miss Ole atas kepentingan dorang...

Michael terus lari keluar dan terserempak dengan Leigh Ann...dia tanak pecaya apa yang Leigh Ann cakap n lari cari mak dia kat Hurt Village..tapi mak dia dah tak duduk situ lagi...esok paginya Leigh Ann cari Michael kat kawasan
black people tapi xjumpa..sampaila Michael called dia bagitau dia ada kat kedai dobi...masa tula Leigh Ann sedar yang dia pun tak penah tanya apa sebenarnya yang Michael nak..then Michael terus pegi jumpa penyiasat tu semula dan bgtau...dia nak masuk Miss Ole sebab semua ahli keluarga dia pergi sana untuk belaja..dan dia dah dapat terima sepenuhnya yang Tuohy family adalah his family...

Ending dia...??happy ending ofcos...Michael berjaya menjadi professional. the real Michael Oher pop out the screen dengan gambar2 dia bersama ahli keluarga kulit putihnya...and the story end...with a deep thought in my heart...agaknya kalau aku berjumpa dengan budak seperti Michael mampukah aku jadi macam Leigh Ann...???mampukah aku lihat in the blind side..???

Kalau korang pulak macam mana..???

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?