:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!
Showing posts with label adrean. Show all posts
Showing posts with label adrean. Show all posts

Friday, December 17, 2010

:: aKu sKanDaL 21 ::

Aireen terangguk-angguk. Memandang satu-satu wajah di hadapannya. Pandangannya terhenti pada wajah comel milik Balkisy.

“Kenapa awak berpisah dengan mama Balkisy?”terpacul soalan itu dari mulut Aireen.

Tisya dan Adreen berpandangan sesama sendiri. Aireen masih tidak mengerti bahasa isyarat yang diberikan kedua mereka. Dia masih memandang Adrean, meminta jawapan.

“Saya tak nampak kenapa awak patut tahu sebabnya.”

Keras jawapan yang keluar dari mulut Adrean. Tisya mengerutkan kening. Lazimnya apabila pertanyaan Aireen dibalas dengan kata-kata sinis seperti itu, pastilah temannya itu akan mula berbalah.

Peliknya, Aireen bagai tidak mengambil hati. Dia menggamit Balkisy mampir kepadanya. Balkisy yang mulanya agak malu-malu, perlahan-lahan melangkah dekat kepada Aireen.

“Nak jadi kawan auntie tak?” Aireen menghulurkan tangan kepada Balkisy.

Perlakuan Aireen itu dipandang penuh minat oleh si kembar dan Tisya. Lama berdiam, akhirnya Balkisy mengangguk. Dia tersenyum dan menyambut huluran tangan Aireen.

Aireen turut tersenyum dengan telatah Balkisy, lantas menarik Balkisy rapat dalam pelukannya. Melihat situasi yang tidak terduga itu, Adreen datang dan berlutut di hadapan Aireen. Terpinga dia melihat ada titisan air jernih mengalir di pipi Aireen. Spontan, tangannya menyapu lembut air mata itu.

“You menangis?”

Aireen memandang Adreen dengan dengan mata yang basah. Kata-kata Adreen membuatkan hatinya bertambah terusik.

“Ibu. Ibu tinggalkan saya dengan abah masa saya umur 5 tahun. Saya boleh rasa apa yang Balkisy rasa sekarang.”

Suasana menjadi sunyi. Hanya esakan halus Aireen yang kedengaran. Balkisy berbisik sesuatu di telinga Adreen, membuahkan sedikit senyum di bibirnya.

“Nanti auntie marah.”

“Tak. Papa selalu buat macam tu kat Akisy kalau Akisy sedih. Akisy tak marah pun.”

Petah anak kecil itu berbicara.

Adreen mengangguk dan menarik Aireen rapat ke dadanya. Dapat dirasakan hembusan nafas gadis, namun didiamkan. Dia memeluk Aireen, rapat. Berharap agar kesedihan yang melanda itu segera hilang. Tanpa disedari, Adrean mengalihkan pandangan ke arah lain melihatkan perlakuan adiknya.

“Apa Balkisy cakap kat you?”tanya Aireen apabila dia menjarakkan diri dengan Adreen.

“Dia cakap, Uncle Ery tak kesian ke tengok auntie tu menangis. Pergilah peluk dia, Akisy kesian la.”

Serentak itu, semua mereka tertawa. Balkisy segera berlari memeluk Adrean, menyembamkan muka di dada papanya. Aireen mencubit halus lengan Adreen, mengundang usikan bertubi-tubi daripada Tisya.

“Sebab papa selalu buat macam tu kat Akisy. Hm?”

Adrean memandang anak kesayangannya. Perlahan dia mengucup dahi anak itu. Terlalu kasih dia pada Balkisy. Dia mengangkat kepala apabila terdengar deringan telefon.

“Baik. Kami ke sana sekarang.”

“Kenapa, bro?”

Adrean mengeluh, perlahan. Namun sempat ditangkap semua yang ada di situ. Aireen menghampiri Adrean dan mengambil Balkisy dari pegangannya.

“Lepas satu, satu masalah yang datang.”

Adrean mengusap mukanya. Dia memandang satu-persatu wajah yang ada di depannya. Selanjur dia menggelengkan kepala.

“Kenapa ni, Ean?” Aireen memandang muka Adrean, meminta jawapan.

“Kita kena ke pejabat peguam sekarang. Adela dakwa Ery rogol dia.”

What??”



“You betul nak buat macam ni, Adela?”

Adela mengangguk. Dia akan pastikan Adreen takkan lepas daripadanya.

“Takkan you nak tengok je Ery rampas tunang you?”

Ariel diam. Dia juga tidak mahu Aireen terlepas daripadanya. Dia setuju untuk menolong Adela pun sebab Adela memberikan jaminan yang Aireen akan pulang ke pangkuannya.

“Tapi kenapa you nak sangat Adreen tu?”

“Sebab I tau dia boleh jamin hidup I. Masa depan I.”

Ariel mengeluh. Nampaknya dia hanya dijadikan alat oleh Adela untuk memuaskan keinginannya. Sedangkan sasaran Adela hanya Adreen seorang. Melihatkan Ariel bermuram, segera Adela merapatinya. Dia memeluk Ariel dari belakang dan berbisik di telinganya.

“You janganlah risau, okay? I tetap perlukan you. Lagipun I sebenarnya cuma nak balas dendam je pada Ery sebab malukan I tempoh hari. Kalau ikutkan, you lagi hebat berbanding dia tau.”

Tersenyum Ariel mendengar kata-kata Adela itu. 

Adela turut tersenyum apabila melihatkan Ariel kembali dapat dipengaruhinya. Ariel memang amat dia perlukan untuk melayani keinginannya, namun dia juga perlukan Adreen untuk menjamin status kewangannya.

“I sayangkan Ryana.”

Adela diam. Dia hampir melepaskan pelukannya apabila Ariel menarik tangannya.

“Tapi I perlukan you.”

Tuesday, December 14, 2010

:: aKu sKanDaL 20 ::

“Ibu!”

Ardina mengangkat kepala. Segera dia bangun meninggalkan bancuhan kuih yang diadunnya sedari tadi. Terpacul wajah Aqmal Dzikry, dengan senyuman panjang ke telinga.

“Cerianya Dzik hari ni. Ada apa-apa ke?”

Dzikry senyum, menarik tangan ibunya untuk duduk di sofa berwarna putih susu. Warna kegemaran ibu.

“Ada apa ni, Dzikry?”Ardina bertanya lagi, melihatkan anak bujangnya masih tidak berhenti tersenyum-senyum.

“Tadi Dzik jumpa akak tu.”

“Akak mana ni, Dzik?”

“Yang Dzik pernah cerita kat ibu dulu. Ala, kakak yang marah Dzik tanya dia nak panadol ke tak tu.”

Terhambur tawa Ardina mendengarnya. Memang Dzikry pernah bercerita tentang kejadian itu. Dia menepuk dahi, kesal dengan sikap pelupanya.

“Dahla bu. Jangan ketawakan Dzik banyak sangat.”

Ardina mengurut-urut dada. Dia benar-benar merasakan yang kejadian itu amat melucukan.

Okay, sorry. So Dzik dah berkenalan dengan dia lah ni?”

Dzikry mengangguk. Ada sesuatu yang membuat dia tertarik pada Aireen. Cinta? Bukanlah. Dzikry sedar, Aireen tu dah sah-sah benar lebih berusia dari dia.

“Muka dia dengan ibu, sama.”

Ardina berhenti ketawa. Dia merenung tajam anak terunanya itu.

“Betul bu. Daripada mula-mula Dzik jumpa dia lagi Dzik dah perasan. Suka tepuk-tepuk dahi pulak tu. Memang sama dengan ibu.”

“Iyelah Dzik tu. Semua perempuan yang Dzik berkenan Dzik kata sama muka macam ibu. Padahal saja nak suruh ibu jumpa dengan diorang kan?”

Merah padam muka Dzikry. Terimbas dia sebelum ini. Pernah dia mengatakan muka Sofea seiras dengan ibunya semasa dia mula-mula berkawan dengan gadis itu. Semua itu semata-mata alasannya bagi menemukan ibu dengan gadis pujaan hatinya. Namun apabila mata bertentang mata, hampir satu minggu dia ditertawakan baik oleh Sofea mahupun ibunya sendiri. Masakan tidak, Sofea yang berkulit hitam manis dan mempunyai raut wajah ala Indonesia itu disamakan dengan ibunya yang putih melepak dan berwajah Pan Asian.

“Ish, ibu ni. Kali ni betul, bu. Memang sama macam muka ibu. But no, i’m not falling in love with her.

“Yelah, ibu percaya. Lagipun, Dzik kan dah ada Sofea. Nanti merajuk pula dia kalau tahu Dzik jatuh hati kat perempuan lain, lebih tua dari dia pulak tu.”

“Ibu!”

Ardina ketawa lagi. Dia bangun ke dapur, mahu menyiapkan kerjanya yang tertangguh.

“Ibu nak kena siapkan tempahan cupcake ni. Petang ni Puan Sri Marya nak datang ambil. Untuk birthday party anak dia yang bongsu tu. By the way, siapa nama dia Dzik?”

“Nor Aireen Adryanna.”

‘Tak mungkin!’


p/s: Sekali lagi nak minta maaf sebab lewat post new n3 untuk aKu sKanDaL ni..biasalah akhir-akhir tahun macam ni sume keja kena pulun...nak kena tutup akaun b4 abes tahun...untuk yang setia menanti tu, thanks a lot~!!! 

p/s/s: azam tahun baru mungkin boleh masukkan "post new n3 cepat2"..^_^

Friday, October 8, 2010

:: aKu sKanDaL 19.1 ::

Suasana sepi sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Tisya berkeras mahu memandu sendiri, Aireen yang malas mahu bertekak hanya membiarkan segala tindakan Tisya.

Hampir 3 jam tiada sebarang bentuk bunyian di dalam kereta. Masing-masing membatu, kepala keras macam batu. Sampai satu masa, Aireen tidak tahan lagi dengan kesepian itu.

"Tisya, stop the car now!"

Hampir melompat jantung Tisya apabila Aireen tiba-tiba menjerit. Sepantas itu juga dia memberhentikan kereta di tepi jalan.

"Oi!! Kau ni, terkejut aku tau! Kalau aku sakit jantung ke tadi, agaknya dua-dua kita ni dah jadi arwah tau tak."

Tisya mengurut dadanya yang masih bergelora. Dia benar-benar terkejut dengan reaksi Aireen yang tiba-tiba itu. Aireen yang sedar kesilapannya, menepuk dahi.

"Sorry Tisya. Aku tak boleh tahan lagi kita berdua tak bercakap sepatah apa dari tadi. Aku boleh jadi gila tau."

Mereka berpandangan sesama sendiri. 

"Agaknya aku dah gila. Sebab tu aku tiba-tba menjerit."

Pecah ketawa dua sahabat itu. Masing-masing terlalu memikirkan banyak persoalan sehinggakan tidak sedar tiada sebarang perkataan yang mereka ucapkan sejak bertolak pulang dari kampung Aireen tadi.

"Memang kau dah gila. Kalau apa-apa jadi tadi macamane? Tak sampai ke mana kita tau."

"Sorry lagi sekali ok? Tapi boleh tak kau bagitahu aku kenapa kita kena cepat-cepat balik KL ni?"

Tisya mengeluh perlahan.

"It's about Abang Ean. And Balkisy."


p/s: Sorry untuk semua..n3 kali ni memang buat pendek je..aku kena recover balik semua fail e-novel aku sebab laptop kena curi aritu..so kena buat balik semua..tapi aku akan mula update balik..step by step..thanks sebab masih sabar tunggu n3 ni...XOXO

    Tuesday, March 30, 2010

    .: aKu sKanDaL 19 :.

    “Tolongla aku, Eim.”

    Dr. Imran Hadi meraup mukanya sekali lagi. Simpantinya hadir, namun kekuasaannya terbatas. Dipandang sekali lagi Balkisy yang lena di pangkuan Adreen di kerusi panjang di klinik itu.

    “Bukan aku tak nak tolong. Tapi ini dah jadi kes polis tau.”

    “Aku boleh gugurkan semua dakwaan kan? Then Jasmine will be fine.”

    “Susah Ean. Ramai orang boleh jadi saksi. Dia boleh didakwa atas bertindak membahayakan keselamatan orang awam. Hak penjagaan Balkisy mungkin boleh ditarik balik.”

    Adrean mengeluh berat. Dia sedar kemungkinan itu, tapi hatinya berat melihat Jasmine berada dalam situasi itu.

    “Ean, maybe this is the right time for us to send her there.”

    Where?”

    Come on, Ean. Aku da cakap penyakit dia boleh diubati, tapi kau kena carikan pengasuh untuk Balkisyla.”

    “Entahla Eim. Aku buntu sekarang ni.”

    Adreen yang mendengar dari tadi, bangun dan mendukung Balksiy menghampiri mereka berdua. Dia menepuk perlahan bahu abang kembarnya.

    “Betul juga kata Abg Eim tu. Ery boleh tolong jaga Balkisy.”

    “Ery nak tolong jaga Balkisy. Diri Ery sendiri pun belum terjaga, inikan nak jaga anak abang.”

    “Jangan pandang Ery sebelah mata tau. Ery confident yang Ery boleh jaga Balkisy lagi baik daripada abang tau.”

    Mereka tertawa dengan pernyataan Adreen itu. Hilang sebentar kekusutan yang menyelubungi suasana tadi. Tawa kuat mereka mengejutkan Balkisy dari tidurnya.

    “Papa.”

    Gadis cilik itu bangun, menggosok-gosok matanya. Dia memerhatikan Adrean dari pangkuan Adreen. Dia mahu turun mendapatkan Adrean sebelum Adreen menghulurkan tangan kepadanya. Dia diam sejenak, sebelum menyambut huluran tangan Adreen.

    “Eh, tak jadi datang kat papa?”

    Balkisy senyum. Dia mengucup lembut pipi Adreen sebelum turun mendapatkan papanya. Adrean memegang tangan Balkisy dan dikucup lembut.

    “Akisy sayang uncle Ery?”

    Laju dia mengangguk. Selain papa dan mamanya, dia juga amat sayangkan uncle Ery.

    “Papa sayang Akisy?”

    Adrean senyum, dan mengangguk. Walaupun baru berusia 5 tahun, Balkisy memang pandai menawan hatinya. Dia menarik Balkisy ke dalam pelukannya.

    “Balkisy nak tinggal rumah papa?”


    “AMBOI jauhnya menung. Ingat kat sape tu?”

    Teguran itu menyedarkan Aireen dari lamunan. Dia senyum, memandang ayahnya yang menatang dulang berisi pisang goreng dan kopi o kegemarannya. Ayahnya, meskipun seorang lelaki, memang pakar dalam memasak.

    “Tisya mana abah?”panjang lehernya menjengah ke dalam rumah.

    “Kat sini!”


    Pantas Aireen mengurut dada. Temannya yang seorang ini kalau sehari tak melemahkan kondisi jantungnya, macam makan ayam goreng McD tak cicah sos. Laju tangannya menepuk peha Tisya. Puas hatinya apabila Tisya mengaduh kesakitan.

    Zharif Ismail hanya menggeleng melihat perlakuan dua sahabat itu. Sejak mereka pulang, meriah betul rumah itu dengan senda-gurau mereka.

    “Abah! Ha, berangan ke? Teringatkan Mak Cik Munah Janda yang jual nasi lemak tu ye?”

    “Hisy, kamu ni. Daripada abah ingatkan Munah Janda tu baik juga ayah ingatkan Nora Danish ke, Fasha Sandha ke.”

    “Euww abah ni. Takde taste betulla. Lebih baikla Mak Cik Munah Janda tu daripada artis-artis tu semua.”

    Zharif Ismail tergelak melihat anaknya menarik muncung panjang. Agaknya kalau dibuat penyangkut baju pun boleh muat 3, 4 helai.

    “Abah kutuk Reen ye?”

    Sekali lagi tawa Zharif dan Tisya meledak. Mana orang tak kutuk kalau dah buat muka macam cencorot.

    “Abah tengok muka Aireen ni, sama sangat dengan muka ibu.”

    Aireen terdiam. Dia dapat menangkap genangan air mata di tubir mata ayahnya. Dia duduk, memeluk erat leher lelaki lebih separuh abad itu. Tisya yang berada di sebelah, turut menyeka air mata. Namun dia bergerak menjauhi dua beranak itu apabila telefonnya menjerit nyaring.

    “Dahlah. Abah bukan nak buat Reen sedih.”

    Aireen tunduk, menguis daun kering di tanah dengan hujung kakinya. Tisya yang berada agak jauh dari mereka, dipandang kosong.

    “Abah tak nak cari ibu?”

    Zharif tersenyum, hambar.

    “Bukan abah tak cuba cari, Reen. Sekarang pun abah masih mencari. Abah tau abah terlalu ikutkan perasaan abah dulu. Kalaulah abah boleh undurkan masa, abah takkan buat macam ni pada Reen, pada ibu.”

    “Abah, apa yang berlaku semuanya ada hikmah kan? Abah jugak yang selalu pesan macam tu kat Reen.”

    Zharif senyum. Mujurlah anak perempuannya ini begitu mengerti. Dia benar-benar rindukan isterinya. Peristiwa pahit itu masih sering menghantui lenanya, biarpun setelah 20 tahun ia berlalu.

    “Aireen...kita....kita...”

    Tisya tiba-tiba berlari mendapatkan Aireen.

    “Kau ni kenapa? Cuba tarik nafas dalam-dalam. Lepas tu bagitau aku.”
    Aireen dan Zharif sama-sama menumpukan perhatian kepada apa yang bakal keluar dari mulut Tisya.

    “Kita kena balik KL sekarang!”

    Tuesday, March 23, 2010

    .: aKu sKanDaL 18 :.

    'Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.'

    Adreen mengeluh. Sudah masuk kali ke lima puluh lapan dia mendail nombor telefon Aireen, namun masih disambut oleh mesin yang setia mengulang ayat yang sama.

    'Hai, manalah si Aireen ni pergi. Sekejap je dah tak dapat dikesan oleh radar,"

    Sedar yang dia tidak mungkin dapat menjejaki Aireen dalam masa terdekat, Adreen kembali melangkah ke ara bangunan NusaDesign Sdn. Bhd. Langkahnya terhenti apabila terpandang kelibat Adrean bersama seorang wanita jelita. Malah wanita itu sepertinya sangat mesra dengan Adrean.

    "Jasmine?"


    "Kita nak makan kat mana ni Ean?"

    "Terpulang pada you, tapi I belanja."

    Jasmine tersenyum, menampakkan barisan gigi yang putih menawan. Wajah cantiknya kelihatan berseri, mungkin kerana kehadiran Adrean tika itu.

    "I rasa nak makan western la."

    Adrean mengangguk, dan mereka beriringan ke Sooka Sentral yang terletak berhampiran dengan bangunan NusaDesign Sdn. Bhd. Jasmine memaut mesra lengan Adrean. Pada mulanya dia menolak, namun apabila Jasmine masih tidak mahu melepaskan pautannya, Adrean mengalah.

    Mereka makan di Centro, Sooka Sentral. Sambil makan Jasmine asyik bercerita tentang Balkisy. Adrean hanya mendengar sambil tersenyum, jarang sekali mencelah. Terbayang keletah manja Balkisy, satu-satunya anak yang sangat dia sayangi. Satu-satunya anak bersama bekas isterinya, Jasmine.

    "I ingat nak balik Jerman."

    Suapan Adrean terhenti. Dia memandang Jasmine yang masih tersenyum.

    "Why so sudden?"

    "Well, it's just come across my mind. I rasa rindu sangat dengan Jerman, and i was thinking to start a new life there."

    "Balkisy?"

    "For sure dia akan ikut I."

    Adrean melepaskan keluhan. Sudu garfu yang dipegang tadi diletakkan di sisi pinggan.

    "Min, untuk apa you balik sana? Family you bukannya ada lagi kat sana."

    Air muka Jasmine berubah. Teringat kemalangan yang meragut nyawa semua ahli keluarganya. Teringat yang dia suda tidak punya sesiapa melainkan Adrean. Dan Balkisy.

    "Min, listen here. My friend suggest this place, where you can be cure."

    "No! I tak sakit, kenapa I nak kena pergi mana-mana?"

    Reaksi itu telah diduga oleh Adrean. Melihat Jasmine mulai mengongoi, dia cuba menenangkan keadaan.

    "Okay, fine. But can we just go there and take a look?" masih mahu mencuba, Adrean membuat cadangan.

    "Shut up! You, go away from me!"

    Jasmine mulai mengamuk macam orang gila. Habis berterabur semua yang ada di atas meja, menyebabkan beberapa pelanggan di meja berhampiran bangun menjauhkan diri.

    "Jasmine, calm down please."

    Usaha Adrean itu hanya sia-sia apabila Jasmine tidak lagi mampu berfikir ataupun bertidak secara rasional. Suasana menjadi kecoh apabila Jasmine melemparkan pasu kecil di atas meja ke arah Adrean.

    "Abang!"

    Pantas Adreen meluru ke arah Adrean yang tersandar di dinding. Dahinya yang berdarah ditekup dengan telapak tangan. Beberapa pengunjung cuba memegang Jasmine, namun Jasmine bertindak meloloskan diri dan menerpa ke arah Adrean.

    "Ean, I minta maaf."

    Jasmine mendekati Adrean dan memegang dahinya. Dia menangis tersedu-sedu sebelum menoleh ke arah Adreen.

    "You okay kan, Ean. Tadi I nampak kepala you berdarah. I ingat I dah sakiti you dalam I tak sedar. No, I tak sakit. Tak mungkin I akan cederakan you kan?"

    Adreen kaku, hanya membiarkan Jasmine memeluk dirinya. Adrean memandang bekas isterinya yang kini berada dalam pelukan Adreen. Dia meraup muka berkali-kali, menahan air matanya daripada tumpah. Perlahan dia mengeluarkan telefon bimbit.

    "Hello. Eim, I need your help."


    wHaT Do wE LoVe...???

    OuR pReCioUs~!!!

    How`s my pregnancy doing?