:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Thursday, June 4, 2009

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 16 ::


PERLAHAN aku membuka mataku. Aku merenung siling, agak lama. Agak asing dalam pandanganku. Kelihatan beberapa orang perempuan berbaju putih di sekelilingku.

‘Erm, hospital.’

Suara hatiku memberitahu diriku yang masih separuh sedar.

“Doktor, pesakit ni dah sedar.”

Kelihatan seorang lelaki menerpa masuk dengan wajah yang muram. Aku hanya memandangnya tanpa tahu mengucapkan apa-apa.

“Tia.”panggilnya sambil memegang lenganku.

“Tia, kenal Adam? Tia kat hospital ni. Tia pengsan hari tu, kat office. Ingat tak?”

Satu-persatu peristiwa tempoh hari menerjah masuk ke ruang mindaku. Serentak itu, aku merasakan kepalaku bagai ditekan, segera aku memegangnya.

Kedengaran suara Adam mengarahkan pembantunya membawakan sejenis ubat. Namun tidak aku pedulikan kerana kesakitan kepalaku mengatasi segala-galanya. Sambil menenangkan aku, Adam menyuntik sejenis cecair di pangkal lenganku. Ternyata ia memberi kesan positif ke atasku apabila aku merasakan sakit kepalaku telah berkurangan. Mataku mula layu, dan aku mula terasa mengantuk. Sayup-sayup aku terdengar suara Adam.

“Tia, have a rest ok? Adam tak nak Tia bebankan fikiran dengan benda-benda yang boleh buat Tia tertekan. Nanti bila Tia sedar, I’ll be here. I promise.”

Dalam tak sedar, aku menyematkan kata-kata Adam itu di sudut hatiku. Adam benar-benar dapat meredakan segala kekusutan hariku. Akhirnya aku terlena dengan segala kenangan bersamanya.

Apabila aku sedar, kelihatan Adam tertidur di kerusi bersebelahan katilku. Raut wajahnya menampakkan yang dia benar-benar keletihan. Niat hendak mengambil air sendiri tidak kesampaian apabila sikuku berlaga dengan gelas yang diletak di atas almari di kepala katilku, menyebabkan ia jatuh pecah sekaligus membangunkan Adam dari tidurnya.

Sorry, saya tak berniat nak kacau awak tidur.”

“Astaghfirullah. Mana ada kacau. Adam memang ada kat sini nak tolong Tia. Manala tau if you need anything.”

Jawabnya sambil mengambilkan gelas satu lagi dan menyuakan padaku apabila siap diisi dengan air. Kemudian dia mengambil penyapu dan membersihkan serpihan kaca yang bertaburan di lantai. Aku hanya memerhatikan setiap pergerakannya. Tanpa aku sedari, segaris senyum terlukis di bibirku.

“Adam.”

Menyedari aku menyebut namanya, Adam berpaling memandangku.

“Yes?”

“Erm, takde apa-apa. Sorry banyak susahkan awak.”

There’s nothing, Tia.”

Senyuman manisnya yang mengiringi jawapan itu membuatkan aku lupa pada peristiwa yang menyebabkan aku berada di sini. Sementelah timbul persoalan di benakku. Apa sebenarnya yang menyebabkan aku terlantar di sini. Sedangkan sewaktu aku mula-mula membuat pemeriksaan dengan Adam dahulu, dia hanya memberitahu yang aku cuma keletihan dan tidak mempunyai apa-apa yang perlu kubimbangkan.

“Adam.”

“Ada apa Tia?”

Adam datang duduk di sebelahku.

“Saya sakit apa Adam?”

Kelihatan dia melepaskan sebuah keluhan. Atas tujuan apa, aku sendiri tidak pasti. Kemudian dia memandangku, lama. Sejurus kemudian melepaskan satu lagi keluhan yang tak kurang beratnya seperti yang awal tadi.

“Adam, awak pernah beritahu saya yang mengeluh tu tak elok. So, on what reason you’re doing it just now?”

“Tia, Adam nak minta maaf banyak-banyak.”

For what?”

“About you result test.”

Aku tergamam mendengarnya. Permainan apakah yang dimulakan Adam ini sedangkan dahulu dia yang menyatakan bahawa aku tidak menghadapi apa-apa masalah dengan kesihatanku. Tiba-tiba hatiku berdetak, mungkinkah..?

Aku memandang tepat anak matanya, mencari kepastian.

“I lied. I’m sorry.”

Bicara Adam yang begitu dingin bagai meluruhkan tangkai hatiku. Dengan mata yang mula berkaca-kaca aku memandangnya, meminta penjelasan.

“Tia, it’s really hard for me to tell you but you have to know. It’s about yourself. Tia ada tumor dalam otak.”

Entah dari mana datangnya kekuatan dalam diriku, aku mencabut wayar-wayar yang berselirat di tanganku dan berlari keluar.

“Tia!”

Panggilan Adam tidak lagi kuhiraukan. Aku terus berlari sebelum kakiku tidak berdaya lagi melangkah. Aku jatuh terduduk di situ, melihat Adam semakin menghampiri.

Don’t be like this, Tia. Ia masih di peringkat awal. Adam janji Adam akan sembuhkan Tia walau apa cara sekalipun. Walau Adam terpaksa tukar nyawa Adam dengan Tia.”

Serentak itu aku merebahkan diriku di dalam pelukannya dan menangis. Sesungguhnya itulah yang menjadi punca sakit kepalaku selama ini. Adam tak henti-henti memujukku. Namun aku telah hanyut dalam tangisan yang tak berpenghujung. Mengapa aku? Mengapa aku yang ditakdirkan menghadapi semua ini?

1 comment:

Anonymous said...

nak lg..nk tau sapa yg leh wt maya tbuka ati...hariz?adam?

-adil-

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?