:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Friday, October 22, 2010

The Blind Side

malam tadi, dalam ketandusan minat menonton drama2 kat tibi...astro pun nampaknya takde apa yang menarik.. kadang-kadang rasa buat rugi je duit bayar bulan2...hasben ajak layan movie..lama dah beli movie ni tapi tak rasa tertarik untuk tengok..kagi2 bile tengok cover dvd tu nampak macam tak menarik..so, hasben pun pasangla kat XboX kesayangan dia tu...

"The Blind Side"



cerita yang agak mendatar pada awalnya..tapi semakin lama semakin memaku pandangan dan tumpuan kami berdua...cerita dia simple..based on true story of Michael Oher, a homeless and traumatized boy who became an All American football player and first round NFL draft pick with the help of a caring woman and her family...

Michael "Big Mike" Oher..takde pelajaran yang bagus, takde pengenalan diri, takde tempat tinggal...masa umo dia 7 tahun, state gov pisahkan dia daripada family dia untuk dihantar ke foster centre...sebab mak dia ni drug-addicted, dan ayah dia...erm., dia sendiri tak penah jumpa pun ngan ayah dia...tapi dia terlalu sayangkan mak dia, family dia..sampaikan setiap kali dia dihantar ke mana-mana rumah perlindungan, dia akan lari cari mak dia...meningkat remaja, dia lebih suka jadi homeless daripada dihantar ke mana-mana foster homes...

Dia diperkenalkan kepada jurulatih private Christian School yang mmg tengah cari atlet dengan badan besar macam Michael..dia ni xbanyak bercakap, dalam kelas pun diam je..cikgu, kawan2 semua takmo kawan ngan dia..dia ni suka kat budak2 (maybe sebab adik bradik dia lebih kurang sedozen)..sebab dalam ramai2 orang kat sekolah tu dia tegur 2budak perempuan kecik yang tengah main buaian...tapi bebudak tu just ignored him...but then, anakTuohy pulak yang tego dia..this boy was really cute yet adorable..nama dia Sean Junior a.k.a SJ...itula satu-satunya kawan Michael kat situ... 

satu malam..lepas Sj buat persembahan Red Indian kat skolah, Tuohy family terserempak dengan Michael yang otw nak pegi gym...tau yang Michael ni xde tempat lain nak pergi, Leigh Ann (mak SJ) ajak dia tido kt umah dorang...masa ni a bit terharu sebab Leigh Ann ni jenis mcm datin2 je gaya dia..tapi sense of humanity dia tu betul2 mengkagumkan...dia bincang dengan hasben dia utk benarkan Michael tinggal dengan dorang...and dia sediakan satu bilik tidur yang lengkap untuk Micahel...dan dialog masa tu buat aku betul-betul tersentuh...

Michael Oher: It's nice, I never had one before. 


Leigh Anne Touhy: What, a room to yourself? 
Michael Oher: A bed. 

Leigh Ann terus lari masuk bilik dia and menangis...agaknya dia tak sangka macam tu skali Michael tu hidup sedangkan dia dan orang dlm dunianya semuanya idup senang...and satu lagi scene bila Leigh Ann masak untuk Thanksgiving..bila dia panggil family dia makan, sume orang ambil pinggan, fill up dan duduk depan tv..tapi Leigh Ann tengok Michael duduk kat meja makan (with a gracious manner)..terus dia tutup tv and kerahkan family dia makan sama2 kat meja makan...yela, that's how thanksgiving to celebrate kan...

sampai Michael ditawarkan main dalam group football (ragbi) sekolah tu..memula dia mcm xmenyerlah..sebab dia yang sepatutnya stopping people from other team..tapi disebabkan dia punya protective instinct tu terlalu tinggi, dai xboleh nak berkasar dengan orang...sampaikan Leigh Ann bagitau dia yang protecting the team sama macam protecting the family...barula dia main dengan bagus sekali...masa Krismas, diorang bergambar satu family and Leigh Ann jadikan poskad utk wish kat family n kengkawan dia..so ramaila yang perli2 Leigh Ann sebab ada black guy dalam her white family...tapi Leigh Ann tegas cakap, itu keputusan dia..dan dia xminta kengkawan dia untuk pilih bagi pihak dia, tapi hormat apa yang dia pilih...end of that..


dalam satu game, Michael jadi tumpuan semua agensi/universiti sukan..satu dialog yang paling aku suka masa game tu ialah lepas Michael tolak opponent dia yang sgt berlagak tu sampai keluar padang..

Michael Oher: [after pushing an opponent all the way off the field] Sorry, Coach. I stopped when I heard the whistle. 


Coach Cotton: Where were you taking him? 
Michael Oher: The bus. It was time for him to go home.


tapi Michael kena naikkan gred dia supaya dapat biasiswa tu..so Leigh Ann carikkan dia tutor untuk blaja kat umah...so lepas blaja ngan tutor dia akhirnya Michael berjaya naikkan gred dia..and sampai masa utk dia decide mana dia nak pergi...all this Tuohy family belaja di Miss Ole, yang mana Sean Tuohy penah jadi player kt situ, Leigh Ann penah jd cheerleader kat situ..perkara ni membuatkan sorang penyiasat panggil Michael sebelum dia masuk ke Miss Ole..macam2 dia soal kat Michael, sebab ingatkan Tuohy Family n tutor dia just nak Michael masuk Miss Ole atas kepentingan dorang...

Michael terus lari keluar dan terserempak dengan Leigh Ann...dia tanak pecaya apa yang Leigh Ann cakap n lari cari mak dia kat Hurt Village..tapi mak dia dah tak duduk situ lagi...esok paginya Leigh Ann cari Michael kat kawasan
black people tapi xjumpa..sampaila Michael called dia bagitau dia ada kat kedai dobi...masa tula Leigh Ann sedar yang dia pun tak penah tanya apa sebenarnya yang Michael nak..then Michael terus pegi jumpa penyiasat tu semula dan bgtau...dia nak masuk Miss Ole sebab semua ahli keluarga dia pergi sana untuk belaja..dan dia dah dapat terima sepenuhnya yang Tuohy family adalah his family...

Ending dia...??happy ending ofcos...Michael berjaya menjadi professional. the real Michael Oher pop out the screen dengan gambar2 dia bersama ahli keluarga kulit putihnya...and the story end...with a deep thought in my heart...agaknya kalau aku berjumpa dengan budak seperti Michael mampukah aku jadi macam Leigh Ann...???mampukah aku lihat in the blind side..???

Kalau korang pulak macam mana..???

1 comment:

Anonymous said...

xprnah tgk crita ni, tp msti best, ttg smgt kekeluargaan kn..

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?