:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Friday, March 4, 2011

:: mY HaPpY FRiDaY~ ::

Today is Friday...and aku tau, mostly orang *lebih-lebih lagi yang bekerja* adalah amat menanti-nantikan ketibaan hari yang penuh barokah ini...termasuklah aku...hehehe...tapi Jumaat kali ni boleh dikatakan amat membahagiakan aku ^_^...bukan sebab malam tadi malam Jumaat hokey~ tapi disebabkan beberapa perkhabaran gumbira yang aku terima pada hari Jumaat yang mulia ini....*eceh~*

khabar gumbira yang pertama ---> cek pertama aku dari Nuffnang telah selamat sampai...

*ye tuan-puan...aku kini menetap di Putrajaya*

alhamdulillah, walaupun takdela banyak macam blogger-blogger feymes yang lain tapi adalah something kan..??? bolehla jugak nak wat shopping di Jusco ujung minggu ini....tak banyak, tapi ada...yang sangat banyak adalah terima kasih dan penghargaan untuk mereka-mereka yang datang melawat atau menyinggah dan sudi meng'klik' banner iklan di sini...anda semua adalah yang paling hebat di dunia...dan insya Allah di akhirat juga...

*amaun takyah tunjukla kan...lau banyak aku tunjuk hokey..^_^*

hasil daripada cek ini akan aku simpankan dalam akaun si kecik nanti...encik Hasben kata, tak sangka blogger pemalas hapdet macam aku pun leh ada earning dari blog....*huhuhu~ kecik hati ai tau*...tapi pada aku...bukan aku yang membantu menambah simpanan si kecik ini tapi anda semua...semoga Tuhan membalas setiap kebaikan anda itu...

khabar gumbira yang kedua ---> baki pembayaran bagi akaun Maxis aku adalah negatif...*ha..???tak pahamla..ce cite..ce cite...*...sebenarnya macam ni...pagi tadi aku da log in ke akaun maxis aku untuk membayar bil..almaklumla aku ni pelupa sket bab-bab membayar bil henpon dan berukband ni...ditakuti henpon tetibe takleh pakai, sementara teringat tu aku pun laju-lajula nak check kat maxis...skali, hambik ko~!!~ baki akaun aku adalah negatif..???


*wah..seronotnye ada baki negatif dalam akaun...*

bile check-check balik rupanya bulan lepas aku terbayar dua kali untuk statement yang sama...maka setelah ditolak statement untuk bulan ni, masih ada lagi negatif seratus++ dalam akaun...alhamdulillah...maksudnya bulan ni dan bulan depan tak payah la aku nak membayar bil henpon...boleh tambah lagi saving untuk si kecik...^_^...hepi uols..maunye tak hepi....

khabar gumbira yang ketiga dan seterusnya ---> yang ini aku belum dapat lagi...tapi penah ada pakar motivasi beritau...bila saja satu-satu hari itu dimulakan dengan positif, insya Allah kita akan menerima yang lebih positif sehinggalah hari itu berakhir...dan esok, sudah tentunya akan jadi lebih baik dari hari ini...heheheh ^_^

MooD :: adalah sangat baik -- alhamdulillah...

Wednesday, March 2, 2011

:: BaBy'S sTuFF ::

list barang-barang si kecik yang dah lama buat..tapi xpenah nye nak hapdet...huhuhu....*malas jugak mummy kamu ni ye baby*...bukan malas, tapi takde masa...*ceh~ alasan lagi*...dan jugak, sejak pregnant ni kekurangan mood untuk menulis...lagi pulak, encik Hasben telah meng'conquer' penggunaan internet dalam kebanyakan masa...maka, berhabukla list ni dalam pendrive...hehehehe

SENARAI BARANG-BARANG SI KECIK YANG PERLU DIBELI:

Baby Apparel -- anggaran saiz newborn sampai 6 bulan/setahun
- baju lengan panjang (anggaran 8 helai )
- baju lengan pendek (anggaran 6 helai jugak)
- seluar panjang (anggaran 8 helai)
- seluar pendek (anggaran 6 helai)
- mitten & booties (anggaran 5 pasang)
- topi (1 atau 2 cukup la kot..??)
- baby binder (8 helai)
- bip (1 atau 2 helai)
- napkins (sedozen..??)
- nappy liners

Bathing & Bedding
- Comforter set (tilam, bantal + bolster)
- Infant head support
- Bouncer/Bouncinette
- Mosquito net
- Tub
- Changing mat
- Towel
- Blanket
- Diapers (disposable)

Babycare & Safety
- Toiletries (baby bath + shampoo + lotion + bedak)
- Baby wipes
- Nappy rash
- Cotton buds
- minyak baby
- nail clipper
- baby digital thermometer
- nasal aspirator

Travel
- Stroller
- Carrier/ car seat
- Baby carrier/sling

Furniture/Storage
- Bakul baju
- Storage box
- Almari berlaci
- Playmat

Feeding
- Newborn Feeding Bottle *niat mmg nk BF tp kena ada botol kan..senang nk anta kt babysitter*
- EBM storages
- Storage containers

For Mummy *nakla jugak kan~*
- Mama bag *convenience for travel or jalan-jalan*
- Set bersalin
- Breastpump
- Nipple cream
- Breast pads
- Maternity pads
- Maternity panties
- Nursing bra
- Beg hospital (dengan barang-barang yang nak bawak p spital la kan*

wah...ini adalah senarai yang final setelah ditolak ditambah didarab dan dibahagi...hehehe...panjang jugak senarainya kan...untuk sesiapa yang dah ada experience tu share-share la ngan aku...sebab nye aku bukannya tau mana satu yang paling penting, or mana satu yang boleh dibeli kemudian...disebabkan dah ada list maka aku jugak dah sediakan bajet untuk semua barang-barang ni...tapi maklumla kan...lepas si kecik ni keluar lagi banyak bajet yang perlu diperuntukkan...jadi aku amat menghargai pandangan sesiapa yang sudi...

lagi bagus kalau korang rekemen terus brand apa ke, nak beli katne ke...sekurang-kurangnya takdela aku melilau-lilau sangat nak cari ke sana-ke sini...huhuhu....nanti lau da beli sket-sket aku hapdet la..tapi idakle selalu benor...

:: SeMiNaR KeNaLi poTeNsi DiRi ::

Program Transformasi Diri – Dr Azizan Osman
SEMINAR KENALI POTENSI DIRI: DIMENSI BARU 2011

Rahsia bagaimana untuk mengenali serta menguasai potensi sebenar diri anda serta keluarga anda supaya berubah menjadi lebih berjaya di dalam kerjaya, perniagaan serta merubah kehidupan kepada menjadi “magnet kejayaan”?


PERNAHKAH ANDA BERTANYA 9 SOALAN INI?
1          Siapakah anda?
2          Apakah tujuan sebenar hidup anda?
3          Apakah potensi serta bakat sebenar diri anda?
4          Apakah kekuatan atau kelemahan yang perlu ada perbaiki?
5          Bagaimana anda boleh lebih Berjaya dalam kerjaya atau perniagaan anda?
6          Kerjaya atau perniagaan bagaimanakah yang sesuai dengan perwatakan anda?
7          Bagaimana anda boleh hidup lebih baik dari sekarang?
8          Bagaimana anda boleh mengatasi masalah “kebocoran wang”?
9          Bagaimana anda boleh mencapai hampir semua impian hidup anda?

Apa itu dimensi baru??
Ia adalah kaedah kajian tingkah laku manusia yang diasaskan sejak tahun 1938. Anda akan diajar 2 kaedah mudah dan   berkesan untuk mengenalpasti potensi diri   anda.                                                                 

Kaedah yang pertama adalah kaedah DISC Behaviour Analysis- Ia banyak digunakan di syarikat-syarikat antarabangsa sebagai alat untuk mengenalpasti perwatakan seseorang untuk menganalisa kekuatan, kelemahan dan potensi dirinya.


Kaedah yang kedua adalah kaedah DNA Pin Code. Ia menggunakan struktur DNA-Pin Code yang dapat digunakan selain untuk menganalisa perwatakan serta potensi seseorang, ia juga dapat mengenalpasti potensi kerjaya, perniagaan atau kehidupan melalui karektornya.


Siapa perlu hadir??
Seminar ini pernah dihadiri oleh lebih 16,000 orang apabila pertama kali diadakan pada tahun 2009 danlebih 27,000 orang pada awal tahun 2010 di semenanjung Malaysia.                                                                                

Ia pernah dihadiri oleh semua golongan dewasa termasuk kumpulan professional, pemilik perniagaan, eksekutif, surirumah, pengarah syarikat, ahli politik, doktor perubatan, peguam, selebriti, artis dan ramai lagi.


KENAPA MEREKA TELAH HADIR & APA YANG ANDA AKAN PELAJARI?
Berpuluh ribu testimonial yang diterima mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana melalui program ini, mereka telah diajar banyak perkara terutamanya:-
1          Bagaimana untuk mengenali potensi diri mereka serta ahli keluarga mereka?
2          Bagaimana untuk meningkatkan potensi diri mereka untuk lebih berjaya di dalam kerjaya atau perniagaan mereka?
3          Bagaimana mereka boleh lebih mudah mengenali perwatakan orang sekeliling  seperti suami/isteri, anak-anak, pekerja, majikan supaya lebih mudah untuk berkomunikasi dan bekerjasama?Apakah kekuatan atau kelemahan yang perlu ada perbaiki?
4          Bagaimana untuk merancang serta mencapai matlamat atau impian hidup?
5          Bagaimana untuk berhadapan dengan cabaran hidup serta memperbaikinya?
6          Bagaimana untuk mengubah kehidupan daripada “biasa-biasa” kepada “hidup luar biasa”?

AMARAN!!!!!

  • Program ini memberikan anda ilmu, panduan, prinsip kejayaan serta pengalaman jatuh bangun penceramah untuk anda gunakan di dalam kehidupan anda, ia tidak menjamin anda menjadi kaya & berjaya jika tidak disertai dengan D,U,I,T- D-Doa, U-Usaha, I-Ilmu dan T-Tindakan.

  • 93% Kegagalan seseorang itu adalah berpunca daripada kegagalan bertindak atas apa ilmuyang diberikan, peserta perlu bertanggungjawab kepada segala tindakannya. Fast action, fast result

  • Jangan percaya cakap orang atau dengan semua ilmu yang diajar sehingga anda datang serta belajar sendiri dan mencubanya dengan 100% komitmen.



SIAPAKAH DR AZIZAN OSMAN YANG MUNGKIN TELAH ANDA KETAHUI?
Ø Anda mungkin pernah mendengar namanya sebagai pakar perunding motivasi dan potensi diri dalam kajian sains tingkah laku manusia berdasarkan kajian tarikh lahir .
Ø Anda mungkin pernah tahu yang seminar-seminar anjurannya telah dihadiri hampir 100,000 orangdalam tempoh yang singkat 2 tahun sahaja.
Ø Anda mungkin tahu yang beliau selalu di wawancara di TV, Akhbar dan Majalah tempatan.



SIAPAKAH DR AZIZAN OSMAN YANG MUNGKIN ANDA BELUM KETAHUI?
  • Terlibat sebagai pengurus projek pemasaran dan pengiklanan bermula pada tahun 2001 dibawah prinsipalnya, syarikat pemasaran & pengiklanan antarabangsa beribu-pejabat di London, United Kingdom (www.cobragroup.com).

  • Pernah diberi tanggungjawab oleh prinsipalnya untuk menjalankan projek “outsourced” pemasaran dan jualan untuk portfolio syarikat besar di dalam   industri perbankan, telekomunikasi dan program kutipan dana untuk kebajikan.

  • Beliau mencipta fenomena dan gimik pemasaran dengan kontroversi “Workshop Rahsia Tarikh Lahir” yang menjadi perhatian banyak pihak yang “melatah” kononnya ia meramal nasib sedangkan ia sebenarnya disahkan tidak ada kena mengena dengan meramal nasib atau menilik nasib sebagaimana yang disimpulkan di dalam majlis mesyuarat panel JAKIM (Jabatan Akidah). Ia diterima sebagai satu kajian untuk menganalisa karektor atau perwatakan seseorang semata-mata untuk diperbaiki dan diimprovasi.

  • Beliau menjadi ikon, inspirasi dan pemimpin untuk program berbentuk seminar atau bengkel di Malaysia kerana keupayaannya menarik puluhan ribu peserta dalam masa yang singkat.


  • Beliau merupakan ahli kepada Institute of Marketing Malaysia (IMM) dan mempunyai syarikat agensi pengiklanan yang di akreditasi dibawah NSTP, Media Prima, AMP Radio, Utusan Media dan banyak lagi. Beliau merupakan pakar perunding pemasaran dan pengiklanan serta penasihat AMP (Advertising, Marketing & Promotions) untuk beberapa buah syarikat terkemuka di Malaysia.
Yuran Kursus : RM497.00/orang  RM10.00 + Yuran Pendaftaran : RM50 (Kos Pengurusan)


Jadi. anda hanya perlu membayar sebanyak RM60.00 untuk menikmati transformasi ini~!!!
JADUAL PROGRAM (SEHINGGA 13 MAC 2011)
TARIKH
LOKASI
MASA
2011-02-27 (Ahad)
Hotel Abadi, Melaka
9pg~ 5ptg
2011-03-12 (Sabtu)
Kuala Lumpur
9pg~ 5ptg
2011-03-13 (Ahad)
Landmark Hotel, Batu Pahat
9pg~ 5ptg

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR??
1          Daftar dengan kami melalui SMS
            Taip: SKPD (jarak) Nama Penuh (jarak) No. KP (jarak) Lokasi Pilihan  (jarak) Alamat emel (jarak) Alamat Penuh dan hantar ke 019-3477758.

2          Cara pembayaran boleh dibuat melalui CimbClicks atau Maybank2u.

CEPAT~!!! TEMPAT ADALAH TERHAD!!!

ReVieW :: SeMiNaR KeNaLi poTeNsi DiRi ::

dijadikan cerita..hari Sabtu hari tu, aku dan encik Hasben pagi-pagi sudah bangun...*macam biasa saja*...hehehe...dan bersiap-siap untuk ke Shah Alam...sebabnya encik Hasben telah mendaftarkan kami untuk menyertai Seminar Kenali Potensi Diri yang disampaikan oleh Dr. Azizan Osman...*maklumat lanjut pasal seminar ni nanti aku letak dalam entry khas ye*


kitorang sampai dalam pukul 9 pagi..seminar tu dijangkakan bermula pada 9.30 pagi..mujur lah sempat minum pagi tu, sebab bila da daftar tu kitorang terus je masuk..rupanya dah ramai yang datang sebab dewan tu dan lebih dari separuh yang penuh...kitorang duduk kat barisan tepi skali tapi baris kedua dari depan...aku ni, sebenarnya cuma cari pintu keluar je...yela, manala tau kan...tengah-tengah berseminar kang datang pulak panggilan alam...huhuhu....

sepanjang seminar dari pagi sampai petang ni..alhamdulillah banyak betul yang aku belajar...banyak juga yang aku lebih tau pasal diri aku, encik Hasben, dan cara macam mana nak kenal orang-orang di sekeliling aku...orang kata tak kenal maka tak cinta...*eceh..orang kata ye~*...daripada mula, niat aku datang cuma lah untuk menemankan encik Hasben yang beriya-iya benar nak datang seminar ni...tapi akhirnya, aku rasa seminar ni memang patut disertai oleh semua orang...tak kisahla siapa pun orang tu...pelajar ke, pekerja ke, majikan ke, surirumah ke....semua orang...

kenapa aku cakap macam tu..???sebab semua orang ada persekitaran masing-masing...dan kadang-kadang apa yang menjadi masalah tu adalah dipuncakan daripada diri sendiri atau orang lain ada dalam persekitaran yang sama...mungkin kita rasa kita lebih kenal siapa kita, siapa pasangan kita atau siapa ahli keluarga kita...tapi sebenarnya banyak lagi yang kita tak tau pasal mereka...dan Dr. Azizan telah memberikan idea untuk bagaimana mengenal dengan lebih baik lagi tentang diri sendiri, pasangan, keluarga dan individu lain...

masa sesi meluahkan rasa tak puas hati dengan pelbagai aspek kehidupan tu..kami diminta untuk meluahkan kepada partner masing-masing --- in this case, encik Hasben adalah partner aku ---...terlalu banyak sebenarnya rasa tak puas hati yang bersarang dalam diri aku...tapi rupa-rupanya apa yang paling aku tak puas hati ialah macam mana aku tak boleh nak bagitau apa yang aku tak puas hati...aku tak punya kekuatan atau keberanian untuk meluahkan dengan kata-kata...nasib baik encik Hasben adalah sangat memahami...

sama jugak macam masa sesi menilai keseimbangan dalam kehidupan tu...aku terlalu memikirkan orang lain sampaikan aku lupa, cuma aku yang berupaya mengemudi hidup aku...dan aku sangat respek dengan encik Hasben sebab dia berani untuk berterus-terang tanpa takut melukakan pihak lain..sebab menda tu sume sebenarnya adalah kenyataan kan..???

dan petang tu...aku keluar dari seminar tu dengan macam-macam rasa...bercampur-baur...seminar ni betul-betul membuka mata dan minda aku...dari pelbagai aspek...jadi untuk sesiapa yang tak penah dengar atau tak penah pergi, pergilah...insya Allah ada sesuatu yang sangat berharga mampu korang dapat...macam mana sesi-sesi itu dijalankan, taklehla nak cite kat sini kan...kena pegi sendiri, baru tau...orang kata --- seeing is believing ---....macamana bagus pun sesuatu menda tu, kita takkan tau kalau kita tak merasainya sendiri...betul tak...??? ^_^

Monday, February 7, 2011

::eRTi sEbuaH PeRsaHaBaTaN 35::

Suasana pagi di Tokyo benar-benar menenangkan hatiku. Gunung Fuji yang memutih di puncaknya memaku pandanganku. Sesungguhnya, terlalu lama aku impikan untuk menjejakkan kaki ke sini. Lamunanku teralih apabila terasa genggaman tangan Adam di tanganku.


“Ohaiyo, sweetheart.”



Aku tersenyum dengan ucapan itu. Hampir seminggu kami di situ. Menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan yang tiada tandingnya. Hari ini kami bercadang untuk berjalan-jalan di kaki gunung Fuji buat kesekian kalinya.

“Cepatlah siap. Nanti ramai orang.”

“Okey, Adam. Tunggu sekejap ye.”

Kami tiba di Stesen Shinjuku hampir tengahari. Mujurlah kami sempat menaiki bas terawal ke Gunung Fuji.

“Tia.”

Aku berpaling memandang Adam. Dia kelihatan merenung puncak Fuji dengan penuh asyik.

“Apa Adam ni. Panggil Tia tapi pandang si gunung Fuji pulak.”

Adam tertawa apabila melihat aku menarik muka masam. Dia memeluk erat bahuku, meredakan sedikit kedinginan yang menyelubungi.

“Tia, selagi mana puncak Fuji tu tak berubah, macam itulah cinta Adam pada Tia.”

Aku tersenyum mendengarnya.

“Andai satu hari nanti Adam tak mampu temankan Tia semula ke sini, puncak Fuji itulah tanda cinta Adam pada Tia.”

Cepat-cepat aku menutup mulutnya dengan tapak tanganku. Sungguh, luluh hatiku mendengar kata-kata itu. Air mata mula bergenang di kelopak mata, namun pantas diseka Adam.

“Adam cuma nak bermadah pujangga jela, sayang.”

“Tapi janganlah sampai membayangkan situasi yang macam tu. Tia takut, kalau Adam takde dengan Tia.”

Aku membenamkan muka ke dadanya. Dia mengusap lembut ubun-ubunku.

“Adam akan sentiasa ada dengan Tia. Sekurang-kurangnya ada dalam hati Tia. Adam janji.”

Aku diam, memegang erat janjinya. Dalam dingin bayu Tokyo, aku berasa hangat di pelukannya. Namun, merasakan seperti ada yang memerhati aku segera mengangkat kepala.

Kelihatan kelibat seorang lelaki di hujung sana. Namun, dengan topi dan baju sejuk yang tebal tidak jelas gerangannya pada pandanganku. Adam turut menghalakan pandangan ke arah yang sama.

“Kenapa, Tia?”

“Tak taulah. Tia rasa macam ada orang perhatikan kita.”

Adam kembali menoleh ke arah yang sama. Namun akhirnya dia tersenyum.

“Sini bukan Malaysia, Tia. Mungkin saja orang tempatan atau pelancong yang cemburu dengan kemesraan kita.”

Laju sahaja jemariku mencubit lengannya. Dia tertawa, mengundang senyum di bibirku.



Pintu kamar dibuka. Dia melangkah masuk, penuh longlai. Topi yang dipakai, dibuka dan dibiarkan di atas meja.

‘Aku pasti itu Maya. Tapi kenapa? Terlalu jauh rasanya aku lari daripada mereka, namun dipertemukan juga kami di sini.’

Terbayang riak wajah Maya sewaktu di kaki Gunung Fuji siang tadi. Mujurlah Maya tidak mengecam dirinya tika itu. Entah mengapa, dia terpanggil untuk ke Gunung Fuji hari itu. Dan pandangannya terhenti pada sepasang lelaki dan perempuan yang kelihatannya sungguh bahagia. Malah senyuman di wajah mereka sudah cukup membuktikan betapa kebahagiaan itu kini menjadi milik mereka.

‘Tuhan, kuatkanlah hatiku. Aku tidak mahu menjadi perosak kebahagiaan Maya.’

Shah terduduk di tepi sofa. Tanpa sedar, air matanya mengalir tanpa henti. Terlalu rindu dia pada insan yang disayanginya. Dan terlalu kesal dia atas perbuatan masa silamnya.

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?