:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Tuesday, February 24, 2009

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 8 ::

"Fatihah!"keras suaranya membuatkan aku tersentak, terkejut mungkin.

Aku mengangkatkan muka memandang Haris yang kini merenung tepat ke wajahku.

"Saya punyalah susah hati macam ni, awak buat tak tahu je. Boleh pulak makan aiskrim macam saya tak wujud langsung kat sini,"

"Sorry. Tadi memang saya takut nak tegur, tengok awak masam je. Tapi lepas dapat aiskrim nie, memang betul-betul lupa awak ada kat depan ni,"

Dia hanya ketawa dengan jawapanku itu. Aku melepaskan sebuah keluhan kecil. Lega apabila dia kembali bersuara dan mampu tertawa. Namun tawaku mati apabila menyedari dia memandangku kembali dengan mata yang dikecilkan sedikit.

What?”tanyaku sambil mengangkat bahu.

“Takdela. Kenapa tiba-tiba awak mengeluh?”tanyanya kembali.

Nothing. It’s just lega bila tengok awak ketawa. Yela, lepas kita go through a ‘dead silent’ lunch.”balasku, sedikit mengangkatkan kening.

Haris yang mulanya terdiam dengan jawapanku itu, ketawa. Ketawanya lepas, bagai tidak ada apa-apa yang pernah berlaku sebelum itu.

Ok, i’m sorry. Let me tell you. Tadi tu, my cousin yang call. Actually, saya dah lama tak jumpa dia. She’s been in US for years, and now dia balik sini asyikla nak berkepit dengan saya. Tadi pun dia ajak saya lunch ngan dia. But i‘ve promised you, so i told her that i can’t. Bila dia mula meleter, tu yang buat saya hilang mood tu,”terangnya, panjang lebar.

“Ala, people like you mestilah ada orang yang nak berkepit, especially perempuan. Bukan macam tu?”usikku pula.

“Hei, jangan samakan saya dengan mana-mana orang korporat yang awak kenal. I’m not that kind of person, ok?”Haris menggoyangkan jari telunjuknya sambil memandangku.

Aku tertawa sambil mengangkat kedua-dua belah tangan. Dia juga turut tertawa dengan reaksiku itu. Mungkin sudah biasa dengan setiap gurauanku. Kami mahu menyambung perbualan apabila telefon bimbitnya sekali lagi berbunyi. Aku hanya membuat isyarat untuk mengajaknya pulang. Dia hanya mengangguk dan berlalu untuk menjawab panggilan tersebut.

Selepas makan tengah hari itu, aku memandu pulang. Sebenarnya, aku telah mengambil cuti separuh hari untuk ke hospital. Kesihatanku agak teruk akhir-akhir ini. Malah, aku juga mahu merehatkan diri untuk berjumpa dengan pelanggan dari Singapura esok hari. Setelah menyerahkan kad, aku duduk di kerusi panjang yang disediakan di satu sudut di klinik tersebut.

“Maya, kenapa Maya nampak pucat je ni. Maya demam ke?”tanya Shah suatu petang, semasa kami mengulangkaji pelajaran bersama.

Ketika itu, kami belajar bersama di bawah pohon rambutan yang rendang di hadapan rumahku. Sengaja ibu buatkan meja dan kerusi dari kayu untuk kemudahan kami berbincang di bawah pohon itu.

“Erm, takdela. Penat sikit je,”jawabku mengelak, walaupun aku sendiri berasa tidak selesa dengan keadaanku ketika itu.

“Eh, panas ni. Maya dah makan ubat belum?”tanya Shah, spontan menarik tangannya yang dilekapkan di dahiku.

Aku menepis tangannya, sambil menganggukkan kepala. Sebenarnya, aku tidak betah dengan ubat. Aku berkata sedemikian hanyalah untuk mengelak dari pertanyaan demi pertanyaan yang Shah hamburkan.

“Maya, jangan tipu Shah. Kalau belum makan ubat, baik Maya makan ubat. Kalau melarat nanti, siapa yang susah? Shah jugak yang susah,”usiknya sambil tertawa.

“Eh, apa kena-mengena dengan Shah pulak? Patut Maya la yang susah,”balasku turut tertawa.

“Yela, buah hati Shah sakit mestilah Shah pun susah jugak.”Shah masih membalas usikanku dengan ketawa yang lebih kuat daripada tadi.

Aku yang malas mahu membalas hanya membiarkannya dan terus membuka buku. Shah akan mengajarku, diselang-seli dengan usikannya yang tidak pernah mati.

“Cik Fathihah,”suara jururawat menyedarkan aku dari lamunan.

Aku bangun ke bilik doktor apabila sampai giliranku. Entahlah, akhir-akhir ini aku banyak mengelamun. Rindukan kenangan-kenangan yang pernah tercipta dulu agaknya.

Aku duduk berhadapan dengan doktor yang bertanggungjawab memeriksa kesihatanku hari ini. Dia masih tunduk menatap laporan perubatanku. Sejurus kemudian, dia memandangku sambil tersenyum nipis. Aku menjadi semakin tidak keruan melihatkan reaksinya itu.

“Cik Mariatul Fathihah,”dia membaca namaku di muka hadapan fail yang dipegangnya.

Aku menganggukkan kepala tanpa berkata apa-apa. Bertambah hairan apabila dia tertawa kecil di hujung perlakuanku. Aku mengerutkan kening memandangnya.

Sorry, saya tak bermaksud apa-apa.”katanya sambil mengangkatkan kedua-dua belah tangannya.

“Fathihah, tak kenal saya ke?”tanyanya lagi apabila aku hanya membisu tanpa sepatah kata.

Wednesday, February 18, 2009

iDea..idEa...iDEa...

kesibukan betul2 melanda minggu nie..sampai tak sempat nak sambung sume crite2 yang ada..aritu ada ter pk nak wat cerpen..idea ada da dalam pale nih..tapi nak mengarang tu takde masa pulak..

adoyai..minggu nie betul2 menguji kesabaran dan ketabahan..kadang2 ade jugak pk..masa ni berlalu terlalu pantas bila kita memerlukannya..tapi berlalu terlalu lambat masa kita mengharapkan sebaliknya..mungkin masa kita harapkan ia berlalu pantas lebih banyak daripada ia berlalu perlahan..sebab tu, ia berlalu dengan pantas..

hahahaha..da mula da mengarut..ini bermaksud yang otak sebenarnya memerlukan rehat yang cukup sebelum memulakan apa-apa aktiviti yang melibatkannya..heheheh..skang ni tengah survey pakej pelancongan seluruh malaysia..bukan apa, tengah buat persiapan untuk sebulan akan datang..ada apa..??heheheh..boleh dikatakan macam Dua haTi meNjaDi saTu..ataupun SiNguLar tuRns ouT inTo pLuRaL..hehehe..pandai2 la menafsirkannya..

apepun..kena berusaha habis-habisan sehingga akhir bulan ni..sebelum otak, badan dan hati dapat bercuti lama..(walaupun cuma dua minggu kira lama la tu kan??)..heheheheh..

p/s: sekarang ni tengah kering otak..takde idea nak sambung crita..lau ada apa-apa pandangan bulehla kemuka kan ek..??sharing2 sket..org kata sharing is caring..hehehehe



have a nice day to all..and full of luck to me..

Monday, February 16, 2009

:: BreaKfaSt aNyoNe?? ::

erm..lama da aku nak post n3 pasai breakfast nie..dr minggu lepas lagi..tp rasa malas gile nak update blog nie walaupun slalu bukak..kat opis skang time lunch n balik jela yg free pun..keja da semakin banyak skang..eh..stop bebel..jom kongsi sama-sama pasai nih..hehehehe

korang ada menu breakfast WAJIB tak..??hehehe..used to have it..dulu time skolah rendah, aku suka gile makan nasi lemak..tapi biasanya nasi lemak tu hanya dapat dibeli time rehat je..ingat lagi..sepinggan 50sen..dulu2 makan kat kantin skola rendah kan murah je..betoi tak..??


nasi lemak kat kantin skola rendah aku mmg yang paling sedap skali la..heheheh..jangan tanya aku nape..sebab aku pon tatw..yang aku tau aku mmg suka makan nasi lemak tu..sambal dia besh gile..ikan bilis pon rangup..erm...nyum..nyum..heheheh

2nd tempat yang aku jumpa nasi lemak sedap time aku keja kat kilang dulu..pas u..kilang tu cina punye..nak makan punye la payah..bayang kan la..area kilang..time lunch mmg berpusu2 la org mencari habuan..hahahah..tapi kat tepi kilang tu ada akak jual nasi lemak kangkung..lau lambat nanti abes..so aku slalu jalan cepat2 sebab tanak terlepas makan nasi lemak dia..murah je..sepinggan RM1.50 lau tak silap..tapi berbaloi la ngan kesedapan dia..

menu kedua yang jadi pilihan da tentula roti canai kosong..heheheh..walaupun roti canai tu akan dihidangkan ngan kari, dal..tapi yang menjadi pilihan utama aku tetap lah sambal kosong atau sambal ikan bilis..kadang2 aku campurkan je sambal tu ke dalam dal..aku sebenarnya kureng sket kari2 nih..tapi lau ngan roti canai aku layan kan je..



lau ikutkan dulu..aku suka makan roti canai telur..tapi ada la satu filem klako kat wayang yg wat aku ilang minat kat roti telur nih..erm..takmo la kabo cite pe..lau korang tau diam2 jela ek..sebab aku masih lagi ingin menghormati peminta2 tegar roti telur..hehehehe..sebenarnya sedap jugak roti telur nih..juz beware la..sebab kolestrol dia mmg tinggi..heheheh



erm..masa study kat Matrik Perlis dulu, aku diperkenalkan ngan menu breakfast yang baru iaitu MOY SUP..moy sup nie lebih kurang macam bubur nasi tapi banyak kuah sket..hehehe..tu menu breakfast aku kat KMP dulu..moy sup ni senang jumpa kat utara..lagipun lau makan kat sini rasa dia mmg tak sama..


setengah2 org mmg suka makan bubur time breakfast..nape..??aku tataw..tanya la org yg suka makan..eheheheh..maybe sebab bubur ni banyak khasiat kot..lau aku pulak, aku suka makan bubur time demam ataupun time aku lapo tapi takde selera nak makan nasik..huhuhuh..


apepun..as Malaysian kite patut bersyukur kan..dan sepatutnye bangga ngan makanan kita..bukan apa..la ni aku tengok org kite pun da ramai yang minat makan makanan luar utk breakfast..contoh..??set breakfast kat McD, brownies, sandwich, etc..sedangkan kat luar negara, org asing siap kaut untung ngan jual makanan malaysia for breakfast..huhuhuh..pk2 kan la..

Friday, February 13, 2009

.: aKu sKanDaL 4:.

“Ha! Mengumpat sape tu?”

Terjahan Tisya benar-benar menyebabkan semangatnya terbang.

“Kau ni Tisya! Tak boleh ke tegur aku elok-elok?”agak tinggi suaranya menegur Tisya.

“Ops. Aku tak tau pulak kau tengah emosional. Sorry princess.”suara Tisya mengendur, agak bersalah.

Aireen memalingkan muka. Melihat Tisya yang merapatkan kedua-dua telapak tangannya sambil membuat muka manja. Sahabatnya yang satu ini memang manja.

Nurin Batrisya Dato’ Radzi, anak perempuan tunggal orang kaya yang menolak segala kemewahan semata-mata untuk mencari hidupnya sendiri. Rambutnya yang hitam lurus dengan sedikit ikal di hujungnya, membuatkan kulitnya yang putih kemerahan terserlah. Ditambah dengan matanya yang bundar dan bibir yang sedikit mungil, Tisya memang cantik.

Paling Aireen suka mengenai Tisya ialah pipinya yang kemerahan semula jadi. Tidak perlu mengenakan solekan pun sudah cukup untuk membuat Tisya digilai ramai lelaki. Namun Aireen hairan kerana sehingga kini tidak pernah Tisya bercerita mengenai mana-mana lelaki dalam hidupnya selain bapanya yang menjadi idola serta pendorong.

“Woi! Kau ni pandang aku macam da jatuh cinta ngan aku je ni kenapa?”

“Ei budak ni. Takde bila nya aku nak jatuh cinta kat kau. Ariel aku nak letak mana pulak?”

Serentak itu, berderai tawa keduanya.

“Kau ni, nak kata tak cantik, cantik. Pergilah mana pun, sure ada yang terpaling-paling nak tengok kau. Tapi satu pun ko tak layan.”

“Aku tak minatla layan lelaki yang cuma pandang perempuan hanya pada rupa.”

“Betul ke ni? Ataupun kau ni..”sengaja Aireen tidak menghabiskan ayatnya kali itu.

“Atau apa?’ bulat mata Tisya memandangnya.

“Atau kau sebenarnya suka kat aku?”

Pantas Aireen berlari apabila Tisya sudah mengambil kusyen untuk memukulnya.

Riuh rendah rumah batu dua tingkat itu dengan gelak ketawa mereka berdua. Begitulah seharian hubungan Aireen dan Tisya. Usia perkenalan yang singkat, hanya bertemu semasa tahun akhir pengajian namun masing-masing bagai sayang mahu meninggalkan satu sama lain. Walaupun rumah tersebut agak besar bagi mereka yang tinggal berdua, namun tidak pula mereka berhasrat untuk menambah rakan serumah. Alasannya, sukar mencari keserasian.


KESIBUKAN di Lapangan Terbang Kuala Lumpu pagi itu langsung tidak diendahkan Aireen. Sesekali matanya dihalakan ke Balai Ketibaan KLIA yang sentiasa penuh dengan penumpang yang baru mendarat.

“Ish, mana Ariel ni. Dekat setengah jam da landed, tak keluar-keluar jugak. Ke beg dia ilang ni?”omel Aireen sendirian.

Penantiannya berakhir apabila terpandang sesusuk tubuh bersarungkan jaket berwarna hijau tua, dipadankan dengan jeans hitam berpotongan lurus.

“Ariel!”jeritnya, girang.

Mendengar sahaja namanya disebut, Ariel segera melangkah menuju ke arah Aireen. Tangan Aireen digenggam erat menzahirkan kerinduan yang terbuku di hatinya.

“Lama sayang tunggu? Sorryla sayang, I tak jumpa luggage I tadi.”

‘Aku da agak da.”bisik Aireen, faham benar dengan perangai tunangnya itu.

I miss you, Ariel.”

Serentak itu, Ariel mengucup dahinya penuh kasih. Cintanya pada tunang tersayang hanya mampu dizahirkan dalam bentuk yang tidak lebih dari itu, walaupun dia sebenarnya amat ingin melakukan lebih dari itu. Namun norma dan adat menjadi batasan buatnya.

“Ril! Kenapa tak tunggu I?”

Satu suara halus yang tiba-tiba merencatkan kerinduan yang tadinya berputik dan berbunga-bunga mekar di hati Aireen. Segera dia berpaling ke arah yang empunya suara.

Seorang gadis bertubuh kurus, tinggi dan berpakaian seksi berada di hadapannya. Kulitnya yang putih nampak sesuai dengan matanya yang sepet dan bibirnya yang merah menyala. Dress singkat separas peha dipadankan dengan cermin mata Chanel yang melekap di tangannya. Sedang sebelah tangan lagi menarik bagasi berwarna pink yang kelihatan agak sarat.

‘Ish, macam manala Ariel menahan setiap godaan perempuan seksi yang tergedik-gedik ni? Nak kata lawa biasa je. Nasib baiklah kulit dia ni putih. Kalau tak, mesti orang ingat badut mana terlepas dari sarkas ni.’dalam diam Aireen mengutuk gadis di hadapannya ini.

Sorry, Deela. Nampak Ryana je aku da lupa segala-galanya.”jawab Ariel sambil memeluk bahu Aireen.

Hati Aireen berbunga kembali dengan jawapan Ariel. Bunga-bunga tersebut semakin mekar mengharum apabila terlihat wajah Adeela yang kian kelat bercampur masam.

You hantar I balik kan?”tanya Adeela kemudiannya.

You balik sendirila. I pun minta Ryana datang ambil,”kata-kata Ariel membuatkan muka yang tadinya kelat-kelat masam, bertambah cerut.

Sorryla Adeela. But if you want, i can call for you a cab,”pelawa Aireen.

No, thanks.”Segera Adeela berlalu sambil menghentakkan kaki.

Aireen memeluk lengan Ariel sambil tersenyum. Dalam hatinya tertawa senang. Bunga-bunga cinta kembang mekar memenuhi ruang hatinya kini.

"So where are we going, Ryana?"

Thursday, February 12, 2009

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 7 ::

Aku sampai di pejabat lewat lima minit pukul sembilan pagi. Sesampai di pejabat, aku terus mengemaskan usul yang akan kami bentangkan dalam mesyuarat nanti. Sedang aku mengemaskan fail-fail yang berkaitan, suara Zatty kembali bergema di interkom.

“Cik Fathihah, En Haris minta cik ke biliknya sekarang.”

“Ok.”jawabku ringkas.

Aku bergegas ke bilik Pengarah Urusanku itu. Aku tahu dia pasti hendak berjumpa denganku berkenaan dengan usul tersebut. Setelah mengetuk pintu, aku masuk dan duduk di kerusi berhadapan dengannya.

“Selamat pagi, En Haris. Maaf saya terlewat sikit,”kataku, memulakan bicara.

“Selamat pagi. So, dah bersedia untuk meeting nanti?”tanyanya, memandang fail di tanganku.

Aku mengangguk sambil tersenyum dan menghulurkan fail yang kupegang sedari tadi kepadanya. Dia membelek isi kandungannya, sesekali menganggukkan kepalanya. Agak berpuas hati dengan hasil kerjaku.

“Bagus. You’re doing well,”pujinya, menyenangkan hatiku.

Amir Haris Daniel Dato Lokman adalah seorang ketua yang bertanggungjawab dan baik hati. Walaupun dia masih muda, dia betul-betul berwibawa dan berhati-hati dalam setiap tindakannya. Usianya hanya tua lima tahun dariku. Pulang sahaja dari luar negara, dia terus mengambil alih syarikat ini dari bapanya. Walaupun aku baru enam bulan bekerja dengannya, dia tak ubah seperti bapanya dalam menguruskan perjalanan syarikat ini.

Berkulit cerah, tinggi kira-kira 5 kaki 7 inci, dan berbadan sasa membuatkan dia mendapat perhatian di kalangan kakitangan syarikat kami. Ditambah dengan kacamata tanpa bingkai berbentuk empat segi yang dipakainya membuatkan dia betul-betul nampak sempurna dalam setiap mata yang memandangnya. Apatah lagi, dia memang cekap menguruskan syarikat warisan keluarganya ini.

“Erm, Cik Fathihah, saya difahamkan kita akan menerima staf baru esok. Ketua jabatan logistik kalau tak silap saya,”tegur Haris, agak memeranjatkanku.

Yes. Amy dah maklumkan saya mengenainya,”jawabku.

“Kalau tak silap saya lagi, lelaki. Mesti semua staf kita bersemangat nak berjumpa dengan dia esok,”ujarnya.

“Nampaknya En Haris ada sainganla nanti,”usikku sambil tersenyum.

Dia hanya tertawa kecil dengan kata-kataku itu. Kami bersiap untuk ke bilik mesyuarat sebentar lagi. Aku agak rapat dengan bosku ini, mungkin kerana jarak umur kami yang tidak terlalu jauh membuatkan dia senang dengan caraku.

Aku sedang menyiapkan tugasku tengah hari itu apabila Zatty memaklumkan aku yang Amy mahu berjumpa denganku. Pastilah mengenai kemasukan staf baru esok hari. Walaupun aku hanya memgang jawatan sebagai Pengurus Pemasaran, dia seringkali meminta pendapatku dalam pelbagai perkara.

Aku ke Jabatan Sumber Manusia selepas menerima pesanan setiausahaku itu. Kelihatan Amy telah sedia menantiku.

Yes, what can i help you?”tanyaku apabila dia mempersilakan aku duduk.

Nothing. Just nak ingatkan you pasal intake staf esok. I harap you boleh hadirkan diri di sini. Kalau boleh i nak semua pengurus ada, senang kita nak explain kat they all,”katanya.

Aku memandang matanya yang redup, sejenak tersenyum. Setelah beberapa ketika barulah aku bersuara.

I’m sorry, but i can’t. I ada meeting dengan klien dari Singapore esok pagi. Mungkin lewat sikit baru i masuk office. Sorry, i bukan tak nak but i really can’t,”ujarku.

Well, what can i do?”katanya, mengangkatkan bahu. Keluhan kecilnya singgah di telingaku, membuatkan aku pantas memluk bahunya.

Setelah meminta maaf, aku meminta diri untuk menyudahkan kerja-kerjaku yang tergendala sebentar tadi. Amy juga turut keluar dari biliknya kerana terdapat urusan yang perlu dibereskan di luar.

Di bilikku, kelihatan Haris sedang duduk di mejaku. Aku yang baru menyedari kehadirannya di situ, pantas mengatur langkah ke arahnya.

“Erm, sorry En Haris. Saya ke human resources dept tadi,”kataku seraya menarik kerusi untuk duduk.

“Saya tau, Zatty dah bagitau saya tadi. So, jom lunch. Saya belanja,”usulnya sambil tersenyum.

"Siapa lagi nak belanja kalu bukan En Haris?"kami tertawa dengan kata-kata itu.

“Ok, see you in about ten minutes?”soalnya sekali lagi sambil bangun dari kerusi yang didudukinya.

“Ok,”jawabku ringkas.

Aku memandangnya sehingga dia hilang dari pandanganku. Lincah aku mengemaskan semua dokumen yang berselerak di atas mejaku dan menyudahkan kerja yang tertangguh sebelum turun makan tengah hari.

TENGAH hari itu, kami makan di Saloma Bistro yang terletak berhampiran Menara Berkembar KLCC. Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Haris membawaku makan di sini. Selepas membuat pesanan, kami lebih banyak melayan perasaan masing-masing.

“Erm, Fathihah. Kenapa diam je ni?”pertanyaan Haris yang agak mengejut membuat aku sedikit tersentak.

“Takde apa-apalah En Haris,”jawabku.

“Eish, kita bukan kat office. Tak payahla formal sangat,”

Aku tersenyum dengan usikannya itu. Memang selalunya apabila kami berada di luar pejabat, aku tidak akan memanggilnya En Haris. Tapi entah mengapa tengah hari itu lancar sahaja lidahku menyebut Encik.

Sorry, tak sengaja.”balasku, akhirnya.

Haris hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum kecil. Dia seperti mahu berkata sesuatu apabila telefon bimbitnya berbunyi.

“Ya, saya bercakap. One minute,”sejurus itu, dia bangun dan memohon diri sebentar.

Aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. Di satu sudut, aku memerhatikan ketuaku itu. Sesekali kelihatan tangannya terawang-awang seperti menerangkan sesuatu. Walaupun tidak begitu jelas, aku dapat menangkap riak wajahnya yang agak keruh. Haris kembali ke meja kami apabila pelayan siap menghidangkan makanan.

Sepanjang menikmati hidangan, tidak banyak yang kami bualkan. Haris pula yang awalnya agak ceria menjadi muram tiba-tiba. Selesai makan, kami memesan pencuci mulut seperti biasa. Haris memesan sepinggan salad buah-buahan manakala aku memesan semangkuk aiskrim vanilla kegemaranku. Aku menyudukan aiskrim dengan penuh selera, terlupa yang Haris masih di hadapanku dengan wajah yang kian mencuka.

"Fatihah!"keras suaranya membuatkan aku tersentak, terkejut mungkin.

Friday, February 6, 2009

.: aKu sKanDaL 3:.

“AIREEN!”

‘Eh, aku ni main jerit je. Yang mana satu Aireen pun aku tak kenal’ desis hati kecil Nik Adrean. Namun dicekalkan hatinya, berusaha menahan riak marah di wajahnya. Baginya eksekutif baru seperti Aireen perlu diberi peringatan agar tidak menjatuhkan imej syarikat.

Seorang gadis manis melangkah dan berdiri di hadapannya.

“Saya Aireen” ujarnya tenang.

Dalam hati Aireen, Tuhan sahaja yang tahu betapa kecut perutnya melihat wajah Pengarah Pemasaran yang pertama kali dilihatnya.

Melihat muka Aireen yang berlagak tenang, akal logik Nik Adrean mulai menerjah kepala. Dia tahu dia tidak wajar memalukan Aireen di hadapan umum.

“Ikut saya.”

Arahan pertama yang diterima dari Pengarah Pemasaran itu membuatkan kaki Aireen pantas sahaja melangkah membuntuti Nik Adrean.

‘Adoi. Lepas satu, satu bala yang menimpa aku.’ Dalam diam Aireen mengeluh.

Masuk ke bilik Nik Adrean, Aireen terus duduk di kerusi bertentangan dengan kerusi pengarah. Nik Adrean menutup pintu rapat-rapat sebelum melangkah ke kerusinya.

‘Janganlah dia buat apa-apa kat aku.’ Menyedari yang dia tidak patut beranggapan begitu, Aireen menepuk dahinya.

“Awak pening kepala ke?”

Nik Adrean terpinga-pinga apabila soalannya tadi dijawab dengan tawa yang terhambur keluar dari mulut Aireen.

“Sorry Encik Nik. Saya teringat masa first day saya kena lapor diri, masa kat dalam tren…”bicara Aireen terhenti apabila mata Nik Adrean tajam menikam matanya.

Okay, sorry. Ada apa Encik Nik nak jumpa saya ni?”

Serta-merta Nik Adrean teringat tujuan sebenar dia memanggil Aireen ke biliknya. Nampaknya personaliti Aireen melupakan dia sebentar mengenai kesalahan yang telah dilakukan oleh gadis tersebut.

“Macam mana awak handle kes ni?”

Belum sempat Aireen menjawab, Nik Adrean kembali menutur kata. Menerangkan segala prosedur kerja hinggalah kepada kesannya terhadap nama baik syarikat. Lama-kelamaan suaranya kendur tetapi tetap bebaur tegas. Aireen yang menyedari kesalahannya hanya tunduk mendengar dengan teliti setiap bait patah kata yang keluar dari mulut Nik Adrean.

“Jadi Aireen. I dont want this matter to happen twice.”

Keras suara itu mengingatkan Aireen.

“Baik Encik Nik. Saya betul-betul minta maaf atas kesilapan saya. Saya janji benda ni tak akan berulang lagi.”

Puas hati dengan jaminan yang diterima, Nik Adrean mengarahkan Aireen kembali ke Bahagian Khidmat pelanggan. Sedang dia tahu kerjanya akan bertambah rumit kerana terpaksa berhubung semula dengan pelanggan yang tidak puas hati dengan kejadian itu.


AIREEN menghempaskan punggungnya di sofa berwarna pink lembut setibanya di rumah. Tisya tidak kelihatan di mana-mana.

‘Mungkin masih berada di pejabatnya.’

Siaran drama siri yang menjadi kegemarannya selama ini pun tidak mampun mengalihkan tumpuan Aireen daripada kejadian di pejabat pagi tadi. Tidak dia sangka Pengarah Pemasaran yang bakal bekerjasama dengannya begitu tegas. Pada pandangan pertama Aireen, Nik Adrean memang sukar untuk didekati.

Cinta antara kita,
tiada penghalangnya,
walau akhir usia,
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggumu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji menyintamu sayang

Deringan telefon yang berkumandang nampaknya berjaya mengalihkan tumpuan Aireen dari terus memikirkan soal Nik Adrean. Pantas tangannya menyambar handphone berwarna pink yang terletak di meja sisinya.

“Hai Ariel.”

“Hello Ryana. Kenapa ni? Macam tak bersemangat je dapat my call.”

“Erm, nothing. Just a little things happened at office. But its OK.”

“Ryana, you nak I terbang terus ke rumah you ke? Ariel pergi tempah private jet sekarang jugak.”

Aireen tergelak dengan kata-kata Ariel yang kedengaran agak bersungguh itu.

“Dia gelak pulak. I serius ni, sayang.”

Namun begitu, kedengaran jelas tawa Ariel melalui corong telefon. Pastilah berasa lega apabila mendengar kekasih hati sudah mampu tertawa.

“Ariel rindu sangat kat you, Ryana.”

Yeah, me too. You balik sini minggu depan kan? I can’t wait.”

Perbualan bersama tunang tersayang sudah tentu membuahkan rasa gembira dalam hati Aireen. Hilang seketika masalah yang bersarang di fikirannya sedari tadi. Tetapi perbualan itu terhenti apabila terdengar satu suara lain di sebelah sana.

“Siapa tu, Ariel?”Tanya Aireen apabila terdengar satu suara lain memanggil nama Ariel.

My friend, Adeela. You know her, right? Kawan I masa study dulu. Kan I ada beritahu yang sekarang ni dia keja ngan i. kami sama-sama responsible untuk projek kat Jepun kali ni.”

Aireen hanya diam, mengiakan tidak menafikan pun tidak.

“OKlah sayang, I kena pergi ni. Nanti I call you balik OK. Take care Ryana. I love you.”

‘Ceh, cepat je letak bila perempuan tu panggil. Ish, memang aku tak suka dia.’rengus Aireen, agak geram.

Muka yang tadinya manis kembali masam. Aireen mengomel-omel kecil tentang perbuatan Ariel sebentar tadi.

“Ha! Mengumpat sape tu?”

Wednesday, February 4, 2009

^waLkiNg iN tHe NeT^

smlam tgh boring2..aku pon layan la blog..walaupun malas gile sebenarnye nak post n3..huahuahua..nanti pas siapkan keja ni aku post la yg baru..

nak citer..malam tadi dok aku layan2 aku termasuk satu website baru..ape tujuan sebenar website ada dinyatakan tp disebabkn mata aku da semakin layu la pulak, maka aku pun da tak ingat ape yg aku baca (erk...??aku ade baca pape ke ek..??)hehehehe....

http://www.me2everyone.com/72494

ni link website tu..nice trying gak r..layout dia nampak mmg betul2 cam beginner..tp aku rasa website nie will grow fast n becoming more interactive..aku rasa la..hahahah

neway..lau ada masa lehla visit link tu n find out urself..k..??

Tuesday, February 3, 2009

malas+BLUR+serabut...

erm..lately aku jadi malas gile..
sebenarnya sume new n3 untuk citer2 aku ni da ada pon..tinggal nak check n update je b4 di publish..tetiap ari gak nengok blog nie..tapi macam takde mood lak nak menulis..nak post new n3..nape ntah le..
lately aku jadik a lil blur pulak..maybe sebab macam2 menda yang aku dok pk skang kot..pale tengah serabut lagi nih..huhuhuhu

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?