Aku sampai di pejabat lewat lima minit pukul sembilan pagi. Sesampai di pejabat, aku terus mengemaskan usul yang akan kami bentangkan dalam mesyuarat nanti. Sedang aku mengemaskan fail-fail yang berkaitan, suara Zatty kembali bergema di interkom.
“Cik Fathihah, En Haris minta cik ke biliknya sekarang.”
“Ok.”jawabku ringkas.
Aku bergegas ke bilik Pengarah Urusanku itu. Aku tahu dia pasti hendak berjumpa denganku berkenaan dengan usul tersebut. Setelah mengetuk pintu, aku masuk dan duduk di kerusi berhadapan dengannya.
“Selamat pagi, En Haris. Maaf saya terlewat sikit,”kataku, memulakan bicara.
“Selamat pagi. So, dah bersedia untuk meeting nanti?”tanyanya, memandang fail di tanganku.
Aku mengangguk sambil tersenyum dan menghulurkan fail yang kupegang sedari tadi kepadanya. Dia membelek isi kandungannya, sesekali menganggukkan kepalanya. Agak berpuas hati dengan hasil kerjaku.
“Bagus. You’re doing well,”pujinya, menyenangkan hatiku.
Amir Haris Daniel Dato Lokman adalah seorang ketua yang bertanggungjawab dan baik hati. Walaupun dia masih muda, dia betul-betul berwibawa dan berhati-hati dalam setiap tindakannya. Usianya hanya tua lima tahun dariku. Pulang sahaja dari luar negara, dia terus mengambil alih syarikat ini dari bapanya. Walaupun aku baru enam bulan bekerja dengannya, dia tak ubah seperti bapanya dalam menguruskan perjalanan syarikat ini.
Berkulit cerah, tinggi kira-kira 5 kaki 7 inci, dan berbadan sasa membuatkan dia mendapat perhatian di kalangan kakitangan syarikat kami. Ditambah dengan kacamata tanpa bingkai berbentuk empat segi yang dipakainya membuatkan dia betul-betul nampak sempurna dalam setiap mata yang memandangnya. Apatah lagi, dia memang cekap menguruskan syarikat warisan keluarganya ini.
“Erm, Cik Fathihah, saya difahamkan kita akan menerima staf baru esok. Ketua jabatan logistik kalau tak silap saya,”tegur Haris, agak memeranjatkanku.
“Yes. Amy dah maklumkan saya mengenainya,”jawabku.
“Kalau tak silap saya lagi, lelaki. Mesti semua staf kita bersemangat nak berjumpa dengan dia esok,”ujarnya.
“Nampaknya En Haris ada sainganla nanti,”usikku sambil tersenyum.
Dia hanya tertawa kecil dengan kata-kataku itu. Kami bersiap untuk ke bilik mesyuarat sebentar lagi. Aku agak rapat dengan bosku ini, mungkin kerana jarak umur kami yang tidak terlalu jauh membuatkan dia senang dengan caraku.
Aku sedang menyiapkan tugasku tengah hari itu apabila Zatty memaklumkan aku yang Amy mahu berjumpa denganku. Pastilah mengenai kemasukan staf baru esok hari. Walaupun aku hanya memgang jawatan sebagai Pengurus Pemasaran, dia seringkali meminta pendapatku dalam pelbagai perkara.
Aku ke Jabatan Sumber Manusia selepas menerima pesanan setiausahaku itu. Kelihatan Amy telah sedia menantiku.
“Yes, what can i help you?”tanyaku apabila dia mempersilakan aku duduk.
“Nothing. Just nak ingatkan you pasal intake staf esok. I harap you boleh hadirkan diri di sini. Kalau boleh i nak semua pengurus ada, senang kita nak explain kat they all,”katanya.
Aku memandang matanya yang redup, sejenak tersenyum. Setelah beberapa ketika barulah aku bersuara.
“I’m sorry, but i can’t. I ada meeting dengan klien dari Singapore esok pagi. Mungkin lewat sikit baru i masuk office. Sorry, i bukan tak nak but i really can’t,”ujarku.
“Well, what can i do?”katanya, mengangkatkan bahu. Keluhan kecilnya singgah di telingaku, membuatkan aku pantas memluk bahunya.
Setelah meminta maaf, aku meminta diri untuk menyudahkan kerja-kerjaku yang tergendala sebentar tadi. Amy juga turut keluar dari biliknya kerana terdapat urusan yang perlu dibereskan di luar.
Di bilikku, kelihatan Haris sedang duduk di mejaku. Aku yang baru menyedari kehadirannya di situ, pantas mengatur langkah ke arahnya.
“Erm, sorry En Haris. Saya ke human resources dept tadi,”kataku seraya menarik kerusi untuk duduk.
“Saya tau, Zatty dah bagitau saya tadi. So, jom lunch. Saya belanja,”usulnya sambil tersenyum.
"Siapa lagi nak belanja kalu bukan En Haris?"kami tertawa dengan kata-kata itu.
“Ok, see you in about ten minutes?”soalnya sekali lagi sambil bangun dari kerusi yang didudukinya.
“Ok,”jawabku ringkas.
Aku memandangnya sehingga dia hilang dari pandanganku. Lincah aku mengemaskan semua dokumen yang berselerak di atas mejaku dan menyudahkan kerja yang tertangguh sebelum turun makan tengah hari.
TENGAH hari itu, kami makan di Saloma Bistro yang terletak berhampiran Menara Berkembar KLCC. Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Haris membawaku makan di sini. Selepas membuat pesanan, kami lebih banyak melayan perasaan masing-masing.
“Erm, Fathihah. Kenapa diam je ni?”pertanyaan Haris yang agak mengejut membuat aku sedikit tersentak.
“Takde apa-apalah En Haris,”jawabku.
“Eish, kita bukan kat office. Tak payahla formal sangat,”
Aku tersenyum dengan usikannya itu. Memang selalunya apabila kami berada di luar pejabat, aku tidak akan memanggilnya En Haris. Tapi entah mengapa tengah hari itu lancar sahaja lidahku menyebut Encik.
“Sorry, tak sengaja.”balasku, akhirnya.
Haris hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum kecil. Dia seperti mahu berkata sesuatu apabila telefon bimbitnya berbunyi.
“Ya, saya bercakap. One minute,”sejurus itu, dia bangun dan memohon diri sebentar.
Aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. Di satu sudut, aku memerhatikan ketuaku itu. Sesekali kelihatan tangannya terawang-awang seperti menerangkan sesuatu. Walaupun tidak begitu jelas, aku dapat menangkap riak wajahnya yang agak keruh. Haris kembali ke meja kami apabila pelayan siap menghidangkan makanan.
Sepanjang menikmati hidangan, tidak banyak yang kami bualkan. Haris pula yang awalnya agak ceria menjadi muram tiba-tiba. Selesai makan, kami memesan pencuci mulut seperti biasa. Haris memesan sepinggan salad buah-buahan manakala aku memesan semangkuk aiskrim vanilla kegemaranku. Aku menyudukan aiskrim dengan penuh selera, terlupa yang Haris masih di hadapanku dengan wajah yang kian mencuka.
"Fatihah!"keras suaranya membuatkan aku tersentak, terkejut mungkin.

1 comment:
knp haris masam muka je..jgn disebabkan maya dah la..mst staff baru tu shah kan?? kisah lama akan berputik kembali..writer, cpt sambung ye...
Post a Comment