:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Friday, April 10, 2009

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 11 ::

“Hey, dude. Lama betul tak jumpa.”

Mereka berpelukan seketika, menimbulkan lebih banyak persoalan timbul di benakku. Ketawa mereka masih bersisa apabila menyedari yang aku masih di situ.

You ni memang bawa tuahla, Fatihah. This is Adam, my roomate masa study dulu. Lepas grad, terus lost contact.”

Adam yang masih tersenyum, mengangguk dengan kata-kata Haris itu. Aku yang mulai mengerti, mengangguk faham.

“Kalau sebab Adam, you sanggup biarkan i makan sorang-sorang, i tak kisah. Dia ni dulu tak pernah keluar berdua dengan perempuan.”

“Tia jangan dengar apa Is mengarut tu.”

Aku hanya tergelak kecil sambil mengangkat bahu.

Wait the minute. Tia? Erm, aku tak sangka korang berdua dah serapat ni. Aku cuma kenal dia as Fatihah.”

“Haris!”

Kami sama-sama tergelak kemudiannya. Seketika, Haris yang terdahulu memohon diri kerana telah terlewat ke satu perjumpaan. Kami turut meminta diri selepas itu.

Sejak itu, aku dan Adam menjadi semakin rapat. Malah aku senang dengan caranya. Kami tidak berbicara mengenai hati dan perasaan, namun aku akui hatiku agak tertarik padanya. Malah selepas Shah, aku tidak pernah membuka hatiku untuk mana-mana lelaki.

Megat Adam Fakhrul Megat Mohamad. Nama yang seindah orangnya. Berkulit cerah, bertubuh tinggi dan badannya yang agak berisi membuatkan dia memang menarik perhatianku. Malah keningnya yang lebat dipadankan dengan matanya yang hitam bercahaya serta bibirnya yang merah turut membuat aku jatuh hati. Tambahan pula dia melayanku dengan begitu baik sekali.

“Ops, sorry..”

Tanpa mengangkat muka aku segera tunduk mengutip fail-fail yang bertaburan. Silapku juga, terlalu terburu-buru sehingga terlanggar orang yang sedang berjalan bertentangan arah denganku. Sebenarnya, pagi itu aku terlambat ke pejabat kerana menyiapkan tender baru yang telah diluluskan semalam setelah aku menghadiri mesyuarat di Taiwan selama seminggu.

“Maya.”

Suara dan panggilan itu benar-benar menyentak tangkai hatiku. Tanganku yang tadinya ligat mengutip fail-fail yang bertaburan seakan kaku tidak bergerak.

“Maya.”panggilnya lagi.

Aku mengetap bibir sambil mengangkat mukaku. Lelaki yang berada di hadapanku kini membuatkan aku menjadi tidak menentu.

“Shah tak tau Maya kerja kat sini. Minggu lepas Shah datang tapi tak nampak Maya pun,”katanya.

Aku yang masih tergamam dengan kehadiran Shah di hadapanku hanya membisu seribu bahasa. Benar, dialah lelaki pertama yang mengetuk hatiku dulu. Malah dialah lelaki pertama yang melukai hatiku dengan luka yang masih berdarah sehingga kini. Dalam menghakiminya, Amy datang dan menepuk bahuku menyedarkan aku dari terus diulit kenangan lalu.

“Fathihah, this is our new manager for logistic and transportation. En Shah Faris Azharie,”kata Amy sambil tersenyum.

Shah menghulurkan tangannya padaku sambil tersenyum. Dalam aku berkira-kira hendak menyambut huluran tangannya atau tidak, telefon bimbitku berdering. Aku menjadikannya sebagai alasan untuk kembali ke bilikku.

Sempat aku mengerling ke arah Shah. Kulihat dia agak kecewa dengan perlakuanku itu. Panggilan daripada Liesa membuatkan aku sebak. Pantas sahaja aku memberitahunya tentang kehadiran Shah di pejabatku kini. Aku berbual dengan Liesa sehingga Haris datang ke bilikku.

Sorry, my friend called. Dah lama tak dengar cerita pasal dia.”kataku seraya mempersilakan majikanku duduk.

Actually sepatutnya i yang datang bilik you bawak tender ni,”sambungku.

It’s ok. You dah work hard selama you ada kat Taiwan minggu lepas. Apa salahnya i datang bilik you yang just beberapa langkah je dari bilik i ni?”

Jawapan Haris membuatkan aku tersenyum. Malah melegakan mindaku seketika dari persoalan Shah sebentar tadi. Kami berbincang mengenai tender tersebut sehingga Shah datang mengetuk pintu bilikku.

Yes, En Shah. Fathihah, have you meet our new staff ni?”

Pertanyaan Haris itu sayup menusuk ke telingaku. aku mengangkat muka memandang Shah yang kini berjalan ke arah kami berdua. Pandangan kami bertaut, namun hanya renungan kosong yang kulemparkan buat tatapannya.

'Aku dah agak korang mesti akan berjumpa satu hari nanti. Tak sangka hari tu da sampai.'

Kata-kata Liesa sebentar tadi meresap jauh, ngilu terasa dalam hatiku.

3 comments:

Hafia Hana said...

alaahhh.abih tu adam per citer?

aqilah said...

ni dah best part ni. sambung lagi.......................

Mami Naufal said...

saya suka sume watak lelaki dalam citer nih..camne ek..??saya tak fikir lagi sape akan jadi teman Maya...

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?