:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Wednesday, July 15, 2009

.: aKu sKanDaL 10:.

“Tak mungkin. Awak tipu.”

Nik Adrean tersenyum sinis sambil mengangkatkan kening. Perlakuan itu membuatkan Aireen menepuk dahinya.

“Sebab tu saya cakap awak ni bodoh. Terang-terang awak tau dia tu kembar saya, kenapa susah sangat nak percaya?”

Aireen mempamerkan wajah sangsi, membuatkan Nik Adrean menghelakan nafas panjang.

Fine. Masa awak jumpa ‘saya’ siang tadi, baju apa yang saya pakai? Kemeja dengan kot atau jaket dengan jeans?”

“Err..jaket dengan jeans?”lambat-lambat Aireen menjawab.

“Lepas tu saya masuk bilik bawak cek, baju apa saya pakai?”

“Kemeja dengan kot?”

Nik Adrean mendepangkan tangan sebelum memeluk tubuh, menyatakan kemenangan adalah miliknya.

‘Betul jugak. Takkan dia nak pergi tukar baju pulak lepas tu kan? Bau minyak wangi pun lain. Tapi..’

“Itu kembar saya, Nik Adreen. He’s a freelance photographer, yang biasa dikelilingi perempuan-perempuan cantik dan open minded. Dia datang pejabat saya sebab ada hal nak minta tolong dengan saya. Then saya turun untuk prepare check, and masa tu la awak berjumpa dengan dia,”panjang kebar Nik Adrean menjelaskan perkara tersebut.

Aireen yang mendengar, terangguk-angguk. Dia mula memproses dan menerima penjelasan Nik Adrean itu tadi.

“Daripada perempuan-perempuan yang pernah wujud di sisi Ery, saya tak rasa dia akan berminat dengan awak.”

Ayat terakhir Nik Adrean benar-benar membuatkan hati Aireen yang tenang kembali berkocak hebat.

“Kalau dia tak berminat dengan saya, he’ll not gonna kissed me!”

Excuse me?”

Aireen tersentak mendengar suara itu. Dia melihat Ariel yang semakin menghampiri mereka.

“Ariel, bila you sampai?”

“Baru je. Sorry, Ryana. I ada hal tadi, sampai dekat rumah you ternampak nota yang you tulis. Terus I datang ke sini.”

It’s been so hard to reach you lately, Ariel.”Aireen menarik muka masam, lupa akan kehadiran Nik Adrean di situ.

“Ryana, please. You tahu I busy sekarang kan?”

Baru sahaja Aireen hendak memulakan peperangan, suara cik jururawat menamatkan perbalahan.

“Siapa ahli keluarga Cik Nurin Batrisya?”

“Saya housemate dia,”kata Aireen.

“Minta maaf cik. Tapi kami perlukan ahli keluarga atau saudara-mara dia,”

Aireen menjadi kalut seketika. Dia seakan mahu menangis dengan situasi ini.

“Saya abang saudara dia, nurse.”

Muka Nik Adrean dipandang lama. Namun Nik Adrean berpura-pura tidak menyedarinya dan berjalan ke arah jururawat tersebut. Mereka meninggalkan Aireen dan Ariel berdua di situ.

“Siapa lelaki tu?”tanya Ariel.

“Abang saudara Tisya,”balas Aireen pendek.

Telefon bimbit Ariel berbunyi, membuatkan Aireen menjelingnya marah. Ariel berlalu untuk menjawab panggilan tersebut.

Sorry, sayang. I kena pergi dulu, ada hal lah. Nanti I datang lawat Tisya. I’ll call you tonight ok?”Ariel memegang erat tangan Aireen sebelum berlalu pergi.

Aireen mengeluh berat dengan perlakuan Ariel. Terlupa sebentar soal kesihatan Tisya tika itu. Sakit hatinya pada Ariel benar-benar menguasai emosinya kini.

“Your boyfriend?”tanya Nik Adrean yang tiba-tiba muncul.

Pertanyaan itu dijawab dengan gelengan oleh Aireen. Malas mahu menjelaskan hubungan sebenarnya dengan Ariel.

“Tisya macam mana?”

“Doktor minta kebenaran untuk jalankan operation. She got problem with her kidney.”

Aireen menghela nafas, berat. Air mata yang telah berhenti sebentar tadi, kembali laju menuruni pipinya. Dia menekup muka dengan kedua belah tangan.

Don’t worry. It’s just a minor operation,”Nik Adrean cuba menyenangkan hati Aireen.

“Betulke awak ni abang saudara Tisya?”

“Awak ni, memang susah nak percayakan saya kan? Papa Tisya dengan mama saya adik-beradik. Jadi awak rasa saya dengan Tisya ni bersaudara ke tidak?”

Aireen memuncungkan mulut, tanda tidak puas hati. Patutlah Tisya hanya tersenyum setiap kali dia merungut mengenai Nik Adrean. Patutlah Nik Adrean terpinga-pinga apabila melihat Tisya yang pengsan di rumahnya tadi. Patutlah Nik Adrean langsung tidak mempamerkan rasa terkejut dengan penyakit yang Tisya hadapi. Semuanya patutlah...

“Jom, saya hantar awak balik.”

“Saya nak tunggu Tisya,”tegas Aireen.

Princess, this operation will take in about 4 or 5 hours. Esok awak kena masuk ofis, kerja. Dan kalau saya tak salah, awak belum makan lagi daripada tadi. So, it’s better untuk saya bawa awak pergi makan then hantar awak balik.”

“Saya tak lapar,”Aireen masih lagi mahu menunjukkan betapa keras kepalanya dia.

Irama keroncong yang berlagu dari perut Aireen membuatkan keadaan menjadi sunyi seketika.

Okay, fine. Saya lapar,”kata Aireen, mengambil beg tangannya dan berjalan menuju ke lif.

Di belakang, Nik Adrean tersenyum nipis dengan telatah gadis itu sebelum menurut langkahnya ke lif.

3 comments:

alreinsy said...

sweet n3... best2... tp geram kt ariel... mcm x kisah je yg tunang dia tgh susah hati... sure ada affair dgn adeela... ada terbau sket unsur2 curang kt situ... suka kalau aireen dgn nik adrean... x sbr nk tunggu next n3...

ckin said...

me too..cepat2 la upload n3 tebaru..xsabar nak bace lagi..nik adrean vs aireen

LiNa said...

sweet nya citer nie..
sambung lagi yer..

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?