:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Wednesday, December 22, 2010

ChurpChurp | Social Share » Check out what Berry you are today! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Check out what Berry you are today! (Preview)


CHECK OUT WHAT BERRY YOU ARE TODAY!

KepohBerry? KiamsapBerry? NoobBerry? What berry do you think you are? Play the fun quiz today and stand a chance to win a limited edition BlackBerry exclusively from DiGi. Share with your friends what berry are you on your Facebook and check out tons of other Cute Berry Characters! Trust me, you will definitely play this more than once, because it's just too addictive to stop! Share the fun today!


ChurpChurp | Social Share » The Celcom Everyone Sale is back! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » The Celcom Everyone Sale is back! (Preview)


THE CELCOM EVERYONE SALE IS BACK!

The EVERYONE SALE is here and it’s gonna be the BIGGEST SALE of the year! We’ve got awesome offers for EVERYONE! Xpax is launching this sale at a perfect time, coinciding with the Christmas and New Year celebrations as well as school holidays. It’s the best time for people to go out shopping for new phones and gadgets, at AWESOME DISCOUNTS! You shoppers out there won’t wanna miss out on this! Share this mind-blowing deal now!

::eRTi SebuaH PeRsaHaBaTaN 34::

“Suprise!”

Aku dan Adam berpaling. Haris, Lissa dan Jasmin tersengih-sengih dan duduk menyertai kami. Kami duduk bersama-sama di bawah pohon rambutan. Ibu keluar, menghidangkan juadah ringan buat kami semua. Namun tidak pula dia mahu menyertai kami di sini.

Suprise apanya korang ni? Dah berapa hari korang duduk kat sini? Lainla kalau bertahun tak jumpa, tiba-tiba muncul macam ni.”

Kami tertawa dengan kejutan yang tidak menjadi itu. Hampir seminggu mereka di sini. Menginap di chalet berdekatan dengan rumahku, dan kadangkala apabila terlalu letih, mereka bermalam sahaja di sini.

“Nah, ada hadiah daripada kitorang.”

Haris menghulurkan bungkusan yang dipegangnya kepadaku. Adam meminta aku membukanya. Perlahan-lahan aku membuka balutannya. Aku mengeluarkan dua helai baju sejuk. Baju itu kelihatannya memang direka untuk pasangan dan kelihatan amat menarik. Aku menghulurkan sehelai daripadanya kepada Adam.

“Cantiknya. Thanks.”

Aku dan Adam mencuba baju itu dan menayangkannya di hadapan mereka. Bagai budak kecil mendapat gula-gula, mereka ketawa dan bertepuk tangan. Sesuatu jatuh dari poket bajuku, lalu aku tunduk mengambilnya. Membuka sampul surat itu, kolam mataku terasa berair.

“Kenapa, sayang?”

Adam mengambil sampul surat dari tanganku. Dia tertawa dan memeluk bahuku. Gambar aku, Lissa dan Jasmin bersolek ala-ala gadis Jepun semasa jamuan bilik asramaku dulu benar-benar mengembalikan ingatanku ke masa itu.

“Dulu, kita selalu cakap nak pergi bercuti ke Jepun sama-sama. Mungkin kita tak dapat pergi bersama buat masa ni, tapi kau boleh pergi dengan Adam dulu kan?”

Habis sahaja Lissa bercakap, terus aku memeluk dirinya. Bagitu terharu apabila impian itu masih tertanam kukuh di ingatan kami semua. Jasmin turut bangun dan memeluk kami semua.

Dude, aku tak sangka majlis ni akan jadi minggu paling emosi buat kita semua.”

Kami semua berhenti menangis dan mula mendapatkan Haris yang telah awal-awal membuka langkah. Pasti dia menyedari padah ucapannya itu. Adam menarikku rapat ke dadanya, membuatkan lidahku kelu seketika. Berdebar hatiku bila dia mengucup lembut dahiku.

“Alamak. Nampaknya kita dah jadi penyibuk kat sini.”

Suara Jasmin kedengaran, diikuti dengan gelak tawa Haris dan Lissa. Kami berpaling menghadap mereka yang tersenyum simpul.

“Thanks for the honeymoon trip.”

Kata Adam sebelum mereka meminta diri. Nampaknya mereka tidak akan pulang ke chalet malam ini. Masing-masing mengangkat beg masuk ke rumahku. Aku dan Adam masih di sini. Menghayati sinaran bulan yang kelihatannya begitu indah belakangan ini.

Bro, jangan duduk lama-lama kat luar. Nanti masuk angin!”

Sempat Haris menjerit dari ringkap rumahku apabila menyedari kami masih duduk berdua di situ. Namun sengaja pula Adam menyuruhku agar tidak melayani usikan Haris itu.

“Adam rasa macam bermimpi.”

Aku memandang suamiku, penuh kasih. Dia kelihatannya seperti khayal, merenung jauh di angkasa.

“Kenapa?”

“Sebab Adam berpeluang rasa bahagia macam ni. Lebih-lebih kebahagiaan tu Adam dapat dengan Tia. Adam harap waktu boleh berhenti. Adam nak kekal macam ni sampai bila-bila.”

Aku diam mendengarnya.

‘Tuhan, berilah aku lebih masa untuk bersamanya.’

Tuesday, December 21, 2010

::eRTi SebuaH PeRsaHaBaTaN 33::

Kad harum berwarna biru putih itu ditatap lagi. Hampir seminggu dia mengulangi perkara yang sama. Tiket kapal terbang ke Malaysia digenggamnya.

‘Perlukah aku pulang? Apakah kepulangan aku akan disambut ceria?’

Terbayang wajah Maya saat ini. Jika dahulu, setiap kali melihatnya, pasti Maya akan tersenyum ceria. Namun silapnya kerana mengambil keputusan yang silap sepuluh tahun lalu. Kesilapan yang memisahkan dia dengan Maya. Dan akhirnya membawa Maya pergi, jauh dari hidupnya.

Tiket kapal terbang itu akhirnya dibiarkan sepi di atas almari. Dia melangkah ke balkoni. Menikmati bayu sejuk dari pergunungan Victoria di Australia itu.

“Selamat pengantin baru, Maya. Shah doakan Maya bahagia dengan Adam.”

Shah menutup pintu kaca yang menghubungkan ruang tamu dengan balkoni rumahnya. Dia mengambil beg pakaian yang sedia diletakkan di tepi pintu. Lama dia meneliti setiap inci ruang itu, menyimpan setiap kenangan dia di situ.

‘Aku akan kembali. Cuma waktu yang akan menghakimi.’

Tiket ke Jepun dikeluarkan. Dia memutuskan untuk berhenti bekerja dengan Haris dan bercadang memulakan hidup yang baru. Sengaja tidak dikhabarkan kepada sesiapa mengenai perkara tersebut.

::eRTi SebuaH PeRsaHaBaTaN 32::

“Anak ibu bahagia?”

“Kenapa ibu tanya macam tu? Maya bahagia sangat, bu.”

Aku merenung wajah ibu. Kulihat ada air mata yang bergenang di tubir matanya.

“Shah pernah datang jumpa ibu, tapi dia tak minta apa-apa selain doakan kebahagiaan Maya.”

“Ibu cakap apa ni? Maya dah jadi isteri Adam, bu.”

“Ibu tau. Ibu berterima kasih sangat pada Adam sebab berjaya buka hati anak ibu ni. Sebab dia sanggup bertahan dengan perangai anak ibu yang degil ni.”

Aku ketawa. Dalam hati, aku turut mengiakan kata-kata ibu itu.

“Lepas ni, takdela lagi orang nak berlawan cakap dengan ibu.”

“Ibu, Maya kan tetap ada untuk ibu.”

Kami berpelukan. Suasana riuh-rendah di luar sedikit pun tidak mampu menenangkan emosi kami ketika ini. Adam mendiamkan diri, mendengar sahaja setiap butir perkataan kami dari balik pintu. Namun aku sedar kehadirannya di situ.


“Adam.”

Adam agak tersentak mendengar namanya disebut. Dia masuk dengan senyuman manis yang tak pernah lekang dari wajahnya. Tampak begitu segak dalam persalinan biru laut yang kami pilih bersama-sama. Terus sahaja dia memelukku dan ibu.

“Kenapa sedih-sedih masa hari bahagia Adam ni?”

Pertanyaan Adam mengundang semula air mata di pipi ibu. Adam meleraikan pelukan dan mengesat lembut air mata di pipi ibu.

“Ibu tak suka Adam kahwin dengan Tia?”

“Siapa cakap ibu tak suka?”

Aku hanya memerhatikan cara Adam mengambil hati ibu. Sememangnya Adam memang bijak mengambil hati setiap ahli keluargaku.

“Habis tu, kenapa ibu menangis. Ataupun ibu sedih sebab Adam pilih Tia, bukannya pilih ibu?”

Serentak itu, Adam menerima cubitan di kedua-dua belah lengannya. Hadiah isitimewa daripada aku dan ibu.

“Ish, Adam ni. Ke situ pulak dia. Sudahlah, malas ibu nak layan kamu.”ibu merungut-rungut sambil melangkah keluar dari bilik pengantin kami. 

Terhenti sudah tangisannya tadi, diganti pula dengan bebelan yang masih panjang kedengaran. Kedengaran suaranya bertingkah dengan sanak-saudara di luar sana.

Adam menggenggam erat tanganku, menarikku ke tepi jendela yang terbuka. Menghadap halaman belakang rumahku yang kelihatan sayup mata memandang.

“Tia bahagia?”

“Kenapa semua orng tanya saya soalan yang sama?”

Aku mengeluh perlahan. Agak kesal apabila merasakan semua orang di sekelilingku bagai menaruh prasangka terhadapku.

It’s ok kalau Tia tak nak jawab.”

Adam berpaling, mahu melangkah pergi namun segera aku menarik tangannya. Dia memandangku, dalam. Tidak jadi bersuara apabila aku memeluknya erat-erat.

“Saya bahagia Adam. Sangat bahagia bila Adam sudi terima saya dalam hidup Adam.”

“Adam minta maaf. Adam tak perlu tanya soalan tu kan?”

Nafas kami bersatu. Terpaut dalam satu rasa yang terpahat kukuh di hati kami.

“Ops, wrong timing.”

Suara Haris menyedarkan kami. Segera aku longgarkan pelukan, menahan malu yang bertamu.

“Selamat pengantin baru, Maya.”

Lissa dan Jasmin memelukku erat. Aku membalas pelukan mereka dan mengucapkan terima kasih.

“Relakslah bro. Tetamu masih bertabur kat luar tu, korang dah duduk diam-diam kat sini.”usik Haris sambil ketawa.

“Kalau kau tak kacau tadi, jadi jugak kot.”

“Adam!” laju jari-jariku mencubit halus lengannya.

She’s blushing, Adam.”

Usikan Haris membuatkan suasana riuh-rendah di bilik kami. Sungguh bahagia sekali perasaanku ketika itu. Namun sedikit sayu apabila sahabatku, Shah, tidak berada di sini. Haris mendekati Lissa dan berbisik sesuatu kepadanya.

“Haris, bisik apa dengan Lissa tu? Mengumpat I?”

“Taklah, Maya. Dia kata, cemburu tengok kau berdiri sebelah Adam dengan baju pengantin tu. Wishing that dia di tempat Adam.”

Over my dead body, kawan.”

Lantas Adam memaut bahuku, erat ke dadanya.

Then I wish it never happen.” Balasku, tersenyum.

Monday, December 20, 2010

::eRTi SebuaH PeRsaHaBaTaN 31.1::

You dah sedia nak jadi isteri I?”

Pertanyaan itu diusulkan Adam semasa kami sama-sama menikmati makan malam di Restoran Intai-intai yang terletak di Ampang. Aku menghentikan suapan dan memandangnya.

“Kenapa Adam tanya macam tu?”

“Saja Adam nak tau. Adam tak nak Tia terima Adam sebab kasihankan Adam.”

Aku meletakkan sudu garpu di sisi pinggan. Aku memegang lembut tangannya.

“Adam, bila saya kata saya sedia berkahwin dengan Adam, maknanya saya sedia terima siapa jua Adam. Lagipun kalau isu kasihan dibangkitkan di sini, saya takut Adam yang kasihankan saya.”

Adam meletakkan jari telunjuknya di bibirku. Dia tersenyum, senang.

“Adam lamar Tia sebab Adam cintakan Tia.”

Aku turut tersenyum, senang dengan jawapannya.

“So, bila Tia start cuti?”


p/s: sesekali buat n3 macam ni best juga kan...?? ^_^

Sunday, December 19, 2010

::eRTi SebuaH PeRsaHaBaTaN 31::

Today, we would like to welcome our new logistic manager.

Majlis hari itu diadakan bagi mengisi kekosongan jawatan Pengurus Logistik. Seorang lelaki berkulit cerah, berkening lebat dan berlesung pipit yang berdiri di sebelah Haris tersenyum manis. Namun aku hanya memandangnya dengan pandangan yang kosong.

“Perkenalkan, Encik Adif Zakuan. Dia akan menggantikan En. Shah di sini.”

Semua orang bertepuk tangan. Selepas memberi sepatah dua kata, majlis diteruskan dengan acara makan tengah hari. Aku mengambil pinggan, mengisinya sekadar mungkin dan melangkah ke bilikku.

“Fathihah.”

Langkahku terhenti apabila terdengar namaku dipanggil. Kelihatan Haris dan Zakuan tersenyum memandangku.

“Hai, saya Zakuan.”

Zakuan menghulurkan tangan kepadaku. Aku hanya menyambutnya sekilas. Menyedari tiada segaris senyuman pun di wajah Haris, aku meminta diri. Monitor di hadapanku, kupandang kosong. Sekosong perasaanku kini. Adam kini di luar negara, Haris pula sudah jarang bercakap denganku sejak kepergian Shah.

“Fathihah.”

Haris masuk ke bilikku, membawa dua gelas minuman. Dia duduk di hadapanku, menghulurkan segelas minuman yang dipegangnya tadi.

Thanks. I boleh ambil sendiri, tak perlu susah-susah En Haris.”

Haris memandang tajam dengan jawapanku itu. Namun sengaja aku berbuat tidak mengerti.

“Kenapa you mengelak dari I?”

Hampir tersedak air oren yang baru seteguk masuk ke tekakku. Aku mengangkat muka memandangnya.

“I mengelak dari you? Bukan you yang mengelak dari I?”

Haris meraup muka. Dia mengeluh perlahan sebelum menyambung bicara.

“Sejak Shah pegi, I rasakan yang I dah hilang you. You dah jadi macam orang lain, yang I tak kenal. You masih kenangkan Shah?”

“Ya. Masih. Dia sahabat I sejak I kecil, Haris. Tapi keadaan memisahkan kami hampir sepuluh tahun. I sayangkan dia, I sayangkan persahabatan kami.”

Haris mengangguk. Mungkin membandingkan jawapanku dengan cerita-cerita yang didengar dari Tasya.

“Sampai you sanggup lukakan Tasya untuk dia?”

Aku ketawa kecil dengan ulasannya itu. Pastilah, dia masih belum mengerti hubungan antara aku dengan Shah.

“Memang I tertolak dia masa tu, tapi bukan sebab Shah. Sebab dia cakap yang bukan-bukan pasal I, Shah dan Adam. Dia pernah ada hati dengan Shah tapi I tak tau apa sebenarnya yang terjadi antara mereka berdua.”

Haris mengangguk-angguk. Dia menyilangkan tangan di dadanya, seperti biasa setiap kali menunjukkan yang dia sedia mendengar kata-kataku.

“I akui I sayangkan Shah, tapi sekarang ni hati I cuma untuk Adam. Adam adalah masa depan I. Dan Tasya, bila dia dapat tau pasal I dengan Adam, dia bertambah marahkan I. Sebab Arissa tu kawan baik dia.”

Wait. You cakap Arissa tu kawan baik Tasya?”

Aku mengangguk. Agak pelik kerana Haris tidak mengetahui hal berkenaan.

“Dia tak pernah beritahu I. Dia cuma beritahu yang you dengan dia memang bermusuh sejak zaman sekolah lagi. Itu pun sebab Shah.”

Aku masih diam, hanya memandang Haris. Sungguh, aku tak punya sebarang pendapat mengenainya.

“Baru I faham kenapa Tasya tak suka dengan you. And baru I faham kenapa Shah minta transfer lepas tau you dah terima lamaran Adam.”

Aku mengangkatkan bahu dan tersenyum nipis kepadanya.

“Betulke apa yang I dah buat, Haris?”

“Betul atau salah bukan orang lain yang tentukan, Fathihah. Sebagai kawan, I akan sokong you walau apa jua keputusan yang you ambil.”

“So you rasa you boleh percayakan I semula?”

“I tak pernah berhenti percayakan you. I cakap macam tu sebab masa tu I terlalu kecewa. I’m sorry.”

Aku senyum, menganggukkan kepala. Aku mahu menyambung apabila pintu bilikku diketuk. Terpacul wajah Zakuan di situ.

Sorry kalau I menganggu. I ada ambilkan you air, Fathihah.”

Dia masuk dan meletakkan gelas minuman di atas mejaku. Aku tidak menjawab, namun hanya menunjukkan gelas di tanganku. Tanda aku tidak perlukan pertolongannya.

“Boleh I join sekali?”

Pertanyaan itu mematikan selera makanku. Aku berdiri berhadapan dengan Zakuan, tidak menghiraukan Haris yang memerhati tiap tingkah kami.

“Encik Adif Zakuan, kalau you rasa nak makan dengan En. Haris, silakan. Sebab I dah takde selera nak makan.”

Aku mahu berlalu apabila Zakuan memegang tanganku, erat.

“Tak perlu formal sangat dengan I. You can call me, Zack.

“Let me go!”

Pegangan Zakuan masih kejap di tanganku. Haris yang berasa terpanggil untuk campur tangan dalam situasi tersebut, bangun dan berdiri di sebelahku.

“Zack, just let her go. Tolong behave selama kita ada di pejabat ni.”

Akhirnya Zakuan melepaskan pegangannya sebelum bangun dan melangkah keluar dari bilikku. Sempat dia mengenyitkan mata, membuatkan aku bertambah meluat melihatnya.

“Mana you kutip orang macam ni, Haris?”

Haris diam dengan pertanyaanku itu. Namun segera pula tersenyum nakal memandangku.

“Nampaknya you ada peminat.”

“Shut up!”

Saturday, December 18, 2010

::eRTi SebuaH PeRsaHaBaTaN 30::

Aku masuk ke pejabat, memulakan minggu baru dengan perasaan hairan. Semua staf memandangku dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan. Sedikit terperanjat apabila pintu bilikku ditolak kasar dan Tasya meluru masuk.  Dia terus menolakku sehingga aku hampir jatuh terduduk.

“Tasya, what’s wrong. Again?”

What’s wrong is you! Sekali lagi Shah tinggalkan I sebab you!”

Tasya menarik kolar bajuku, menyebabkan aku menghadapi sedikit kesukaran untuk bernafas.

“Lepaskan I!”aku meronta-ronta apabila Tasya semakin kuat mencengkam kolar bajuku.

“You memang tak habis-habis menyusahkan hidup I. Kalau you mati baru puas hati I.”

Mengumpul seluruh tenaga, aku menolak Tasya, kuat. Dia terjatuh ke sisi meja, terkena pasu kaca berisi mawar putih pemberian Adam. Pasu tersebut berkecai, dan terdapat warna merah darah dari tangan Tasya yang terluka.

“You nak bunuh I ke?”

“Bukan salah I. You yang masuk dan serang I.”

“You memang tak tau malu kan? You tak dapat Shah, jadi you sengaja tak nak lepaskan Shah kepada I.”

“Fathihah, kenapa ni?”

Haris yang muncul di pintu, menghentikan perbalahan kami. Kelihatan staf-staf lain menjenguk ke dalam. Aku mahu menjawab apabla Tasya segera bangun dan menuju ke arah Haris.

“Is, she pushed me down. It’s hurt.”

Haris memandang aku, meminta penjelasan.

“It was an accident. I tak berniat untuk..”

“Betul kan? You yang tolak I tadi.”

Agak dalam juga luka di tangan Tasya itu, namun bukan aku yang bersalah. Haris memegang tangan Tasya, cuba melihat kecederaannya.

“Kenapa sampai jadi macam ni? Apa yang you berdua gaduhkan?”

“Semuanya sebab Shah!” keras suara Tasya.

“Shah? Apa kena-mengena dia dengan both of you?”

“You tanyala staf kesayangan you tu. Sanggup kan dia buat I macam ni sebab Shah.”

Haris mengalih pandangan ke arahku. Aku menggelengkan kepala, mengisyaratkan agar dia tidak terpedaya dengan apa yang diperkatakan oleh Tasya tadi.

“Haris.”

Kata-kataku mati apabila Haris mengangkat tangannya, meminta agar aku berdiam. Dia mendekatiku sebelum berkata.

“I thought you’re really sincere with my friend, Fathihah. Tapi sampai jadi macam ni sebab Shah? I don’t know how to trust you anymore.”

Kata-kata Haris itu terasa ngilu menusuk hatiku. Dia segera memapah Tasya keluar dari bilikku. Aku terduduk, menatap mawar putih yang kini bertaburan.

“Cik Fathihah okey?”

Zatty datang dan duduk di sebelahku. Aku memeluk dia dan menangis. Terlalu penat rasanya menjadi orang yang dipersalahkan.

“Encik Shah ada tinggalkan pesan. Dia akan ke Australia petang ini.”

“Australia, untuk apa?”



“Cik Fathihah tak tahu?” pertanyaan Zatty itu aku jawab dengan gelengan.

“Encik Shah minta ditukarkan ke cawangan baru kita di Australia.”

Aku berlari keluar, menuju ke tempat letak kereta. Aku tidak mahu ditinggalkan sekali lagi tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal. Shah, tunggu Maya!



Keadaan di KLIA begitu sesak dengan orang ramai. Namun aku segera berlari ke dewan pelepasan, mencari-cari Shah.

“Shah!”

Aku memanggil namanya sebaik terlihat kelibat dia memasuki dewan itu. Shah berhenti dan berpaling ke arahku. Aku segera mendekatinya.

“Shah tak bagitau Maya apa-apa pun. Tau-tau je Shah dah ada kat sini.”

Shah memegang tanganku, menggenggamnya erat. Dia menghela nafas sebelum menjawab kata-kataku.

“Sama macam Maya tak bagitau Shah apa-apa tentang lamaran Adam.”

Air mataku mengalir laju membasahi pipi. Sungguh tak kusangka, Shah akan pergi meninggalkan aku. Sekali lagi.

“Shah pernah kehilangan Maya, dan Shah tak sanggup menghadapi kehilangan itu sekali lagi. Bila Haris beritahu yang cawangan di Australia memerlukan pekerja, Shah terus mohon. Dan permohonan Shah diterima. Mungkin masa akan menjadi ubat yang paling baik untuk Shah.”

Aku masih tak mampu untuk bersuara. Hanya mendengar tiap bicara yang Shah tuturkan.

“Shah tetap akan doakan kebahagiaan Maya, walaupun Maya takde depan mata Shah.”

“Maya minta maaf.”perlahan aku menuturkan ayat tersebut.

Shah menganggukkan kepala dan tersenyum. Berat hatiku hendak melepaskan Shah. Tambahan pula kami baru rapat kembali selepas sekian lama berpisah. Shah menyapu lembut air mata yang masih bersisi di pipiku.

“Senyum, Maya. Shah tak nak tengok air mata ni jatuh macam ni lagi.”

Aku mengangguk, mengukirkan senyuman buatnya. Dia mahu berpaling sebelum aku sempat menarik tangannya.

“Shah, how about Tasya?”

Nothing to worry about, okay? Dia ada jumpa Shah, tanya kalau-kalau kami masih ada peluang untuk bersama. Tapi Shah kenal dia. Shah tau dia cuma perlukan lelaki yang tampan, kaya dan berkedudukan. Orang macam Shah takkan dapat memenuhi citarasa dia.”

“Jadi?”

“Memang betul. Dia cuma nakkan Shah untuk sakitkan hati Maya. Dan Shah bagitau dia yang hati Shah sudah lama terisi. Walaupun Shah tak dapat memiliki, namun Shah juga tak mampu mencari pengganti.”

Aku diam. Patutlah Tasya begitu marah denganku. Namun sengaja aku diamkan mengenai kejadian di pejabat tadi. Shah melangkah apabila pengumuman agar penumpang ke Australia segera memasuki dewan pelepasan memenuhi seluruh ruangan itu.

“Jaga diri Maya baik-baik. Shah doakan Maya bahagia dengan Adam.”

Friday, December 17, 2010

::eRTi SebuaH PeRsaHaBaTaN 29::

I’m happy for you, Maya.”

Riuh suara Lissa apabila kami berjumpa di The Curve. Pertemuan yang memang dirancang ini benar-benar mengusik hatiku. Aku memeluk Lissa, erat. Terlalu rindu pada sahabatku ini.

“Thanks, Lissa. I hope this is the best thing for me.”

“Ingat. Whatever it is, aku sentiasa sokong kau.”

Kami makan di The Apartment Restaurant yang terletak di tingkat bawah The Curve. Sambil itu, kami bercerita mengenai hidup masing-masing. Sesekali timbul cerita semasa zaman persekolahan, menggamit rinduku pada masa-masa itu.

Girls!”

Perbualan kami terhenti dengan sapaan itu. Kelihatan Jasmin berdiri di sisi meja sambil tersenyum. Kami terus berpelukan, terlalu rindu pada suasana ini.

“Lamanya tak jumpa.” Kata Jasmin sambil tersenyum.

Aku menganggukkan kepala. Memandang satu-persatu wajah di hadapanku kini. Mataku berkaca, menahan rasa terharu dan sebak atas pertemuan semula ini. Dalam diam, aku bersyukur kerana masih dipertemukan dengan mereka.

“Aku dapat email dari Lissa, and terus terbang balik ke Malaysia.”

“Kau tinggal kat mana sekarang?”

“Korea. Husband aku kerja kat sana.”

Aku menganggukkan kepala. Rupanya Jasmin telah berkahwin dan tidak lagi menetap di Malaysia.

“Rindu kan zaman sekolah dulu?” tanya Lissa.

Too much.” Serentak aku dan Jasmin menjawab.

Jasmin mengeluarkan kotak kecil dari begnya dan dihulurkan kepadaku.

“Apa ni?”tanyaku.

“Bukalah. Dah lama sangat aku simpan.” Jawab Jasmin, mengenyitkan matanya.

Perlahan aku membuka kotak itu dan mengeluarkan isinya. Gugur air mataku menatapnya. Sebuah balang berbentuk dua hati yang bercantum, dipenuhi lipatan bintang kertas berwarna-warni aku letakkan di atas meja.

“Kenapa yang ini sedangkan banyak lagi benda lain kat sini?”tanya Shah sambil mengambil balang tersebut dari tanganku.

“Entahlah. Mungkin sebab bintang-bintang dalam balang tu macam impian yang terlalu indah yang kita ada. Tapi cuma indah di pandangan, belum tentu indah untuk dikecapi. Tak semua impian tu boleh jadi nyata kan?”kataku.

Shah minta aku serahkan kat kau bila dia berjaya buka pintu hati kau. Sekarang kau dah setuju nak kahwin dengan dia kan?”

Tersentak hatiku dengan kata-kata Jasmin itu. Betapa aku telah terlalu menaruh prasangka buruk terhadapnya, juga Shah.

“Min, Maya bukannya nak kahwin dengan Shah.” Perlahan, Lissa berkata sambil memegang tangan Jasmin.

Jasmin kelihatannya amat terkejut dengan kata-kata itu. Dia mengeluh sebelum menyambung kata-kata.

“Shah beritahu aku yang dia dah jumpa kau, Maya. Malah kau dengan dia dah rapat balik macam dulu. Dia juga ada beritahu yang dia dah rancang untuk melamar kau. Sebab tu bila Lissa beritahu aku kau nak kahwin, aku ingatkan dengan Shah.”

“Shah beritahu kau?”

“Dia selalu email aku. Aku pernah cakap nak tolong dia beritahu kau, apa yang dia rasa tentang kau tapi dia tak setuju. Dia kata kau akan nampak semuanya dari dia.”

Aku diam. Tidak menyangka pertemuan semula ini akan menyingkap lebih daripada sejarah yang pernah kami cipta.

:: aKu sKanDaL 21 ::

Aireen terangguk-angguk. Memandang satu-satu wajah di hadapannya. Pandangannya terhenti pada wajah comel milik Balkisy.

“Kenapa awak berpisah dengan mama Balkisy?”terpacul soalan itu dari mulut Aireen.

Tisya dan Adreen berpandangan sesama sendiri. Aireen masih tidak mengerti bahasa isyarat yang diberikan kedua mereka. Dia masih memandang Adrean, meminta jawapan.

“Saya tak nampak kenapa awak patut tahu sebabnya.”

Keras jawapan yang keluar dari mulut Adrean. Tisya mengerutkan kening. Lazimnya apabila pertanyaan Aireen dibalas dengan kata-kata sinis seperti itu, pastilah temannya itu akan mula berbalah.

Peliknya, Aireen bagai tidak mengambil hati. Dia menggamit Balkisy mampir kepadanya. Balkisy yang mulanya agak malu-malu, perlahan-lahan melangkah dekat kepada Aireen.

“Nak jadi kawan auntie tak?” Aireen menghulurkan tangan kepada Balkisy.

Perlakuan Aireen itu dipandang penuh minat oleh si kembar dan Tisya. Lama berdiam, akhirnya Balkisy mengangguk. Dia tersenyum dan menyambut huluran tangan Aireen.

Aireen turut tersenyum dengan telatah Balkisy, lantas menarik Balkisy rapat dalam pelukannya. Melihat situasi yang tidak terduga itu, Adreen datang dan berlutut di hadapan Aireen. Terpinga dia melihat ada titisan air jernih mengalir di pipi Aireen. Spontan, tangannya menyapu lembut air mata itu.

“You menangis?”

Aireen memandang Adreen dengan dengan mata yang basah. Kata-kata Adreen membuatkan hatinya bertambah terusik.

“Ibu. Ibu tinggalkan saya dengan abah masa saya umur 5 tahun. Saya boleh rasa apa yang Balkisy rasa sekarang.”

Suasana menjadi sunyi. Hanya esakan halus Aireen yang kedengaran. Balkisy berbisik sesuatu di telinga Adreen, membuahkan sedikit senyum di bibirnya.

“Nanti auntie marah.”

“Tak. Papa selalu buat macam tu kat Akisy kalau Akisy sedih. Akisy tak marah pun.”

Petah anak kecil itu berbicara.

Adreen mengangguk dan menarik Aireen rapat ke dadanya. Dapat dirasakan hembusan nafas gadis, namun didiamkan. Dia memeluk Aireen, rapat. Berharap agar kesedihan yang melanda itu segera hilang. Tanpa disedari, Adrean mengalihkan pandangan ke arah lain melihatkan perlakuan adiknya.

“Apa Balkisy cakap kat you?”tanya Aireen apabila dia menjarakkan diri dengan Adreen.

“Dia cakap, Uncle Ery tak kesian ke tengok auntie tu menangis. Pergilah peluk dia, Akisy kesian la.”

Serentak itu, semua mereka tertawa. Balkisy segera berlari memeluk Adrean, menyembamkan muka di dada papanya. Aireen mencubit halus lengan Adreen, mengundang usikan bertubi-tubi daripada Tisya.

“Sebab papa selalu buat macam tu kat Akisy. Hm?”

Adrean memandang anak kesayangannya. Perlahan dia mengucup dahi anak itu. Terlalu kasih dia pada Balkisy. Dia mengangkat kepala apabila terdengar deringan telefon.

“Baik. Kami ke sana sekarang.”

“Kenapa, bro?”

Adrean mengeluh, perlahan. Namun sempat ditangkap semua yang ada di situ. Aireen menghampiri Adrean dan mengambil Balkisy dari pegangannya.

“Lepas satu, satu masalah yang datang.”

Adrean mengusap mukanya. Dia memandang satu-persatu wajah yang ada di depannya. Selanjur dia menggelengkan kepala.

“Kenapa ni, Ean?” Aireen memandang muka Adrean, meminta jawapan.

“Kita kena ke pejabat peguam sekarang. Adela dakwa Ery rogol dia.”

What??”



“You betul nak buat macam ni, Adela?”

Adela mengangguk. Dia akan pastikan Adreen takkan lepas daripadanya.

“Takkan you nak tengok je Ery rampas tunang you?”

Ariel diam. Dia juga tidak mahu Aireen terlepas daripadanya. Dia setuju untuk menolong Adela pun sebab Adela memberikan jaminan yang Aireen akan pulang ke pangkuannya.

“Tapi kenapa you nak sangat Adreen tu?”

“Sebab I tau dia boleh jamin hidup I. Masa depan I.”

Ariel mengeluh. Nampaknya dia hanya dijadikan alat oleh Adela untuk memuaskan keinginannya. Sedangkan sasaran Adela hanya Adreen seorang. Melihatkan Ariel bermuram, segera Adela merapatinya. Dia memeluk Ariel dari belakang dan berbisik di telinganya.

“You janganlah risau, okay? I tetap perlukan you. Lagipun I sebenarnya cuma nak balas dendam je pada Ery sebab malukan I tempoh hari. Kalau ikutkan, you lagi hebat berbanding dia tau.”

Tersenyum Ariel mendengar kata-kata Adela itu. 

Adela turut tersenyum apabila melihatkan Ariel kembali dapat dipengaruhinya. Ariel memang amat dia perlukan untuk melayani keinginannya, namun dia juga perlukan Adreen untuk menjamin status kewangannya.

“I sayangkan Ryana.”

Adela diam. Dia hampir melepaskan pelukannya apabila Ariel menarik tangannya.

“Tapi I perlukan you.”

Thursday, December 16, 2010

::eRTi SebuaH PeRsaHaBaTaN 28::

“Fathihah, jom lunch.”

Aku mengalihkan pandangan pada Haris yang berdiri di depan pintu. Tidak berfikir panjang, aku mengangguk dan bangun dari kerusi. Kami bergandingan turun ke lobi.

Kami makan di Saloma Bistro, seperti biasa. Haris banyak berdiam dan hanya membuka mulut apabila aku bertanyakan soalan.
 Your dessert, miss.”

Seorang pelayan meletakkan semangkuk aiskrim vanilla berhiaskan strawberi di atasnya. Aku memandang Haris, namun dia hanya mengangkatkan bahu. Pelik, sebab rasanya aku tidak memesan pencuci mulut.

“Makan jela. Maybe pelayan tu dah tau menu kegemaran you kat sini.”

Kata-kata Haris itu membuahkan senyum di bibirku. Aku baru menyudu sesuap aiskrim apabila pelayan tadi kembali ke meja kami, dengan sejambak mawar putih dan sebentuk cincin. Aku memandangnya tanda tidak mengerti.

“Mariatul Fathihah, will you marry me?”

Tepukan bergema di segenap restoran. Aku bangun, mencari pemilik suara yang amat aku kenali itu.

Kelihatan Adam berdiri di sebelah kaunter memegang sebuah kad besar yang bertulis “I’m sorry!”. 

Dia membalikkan kad tersebut dan tertera tulisan berwarna merah yang bertulis “Will you marry me?”.

Tanpa sedar air mataku mengalir. Terharu dengan kesungguhan Adam, dan sedih kerana aku tak mampu mengatakan “ya” buat masa ini. Tidak mengendahkan Haris yang tersenyum di sebelahku, aku segera bangun meninggalkan Saloma Bistro dan pulang ke pejabat.

“Fathihah, what’s wrong?”

Haris muncul dengan jambangan mawar putih dan cincin yang tinggalkan di restoran tadi. Dia meletakkannya di atas mejaku.

Nothing.” Balasku, pendek. Sambil merenung sayu penzahiran hasrat hati Adam terhadapku.

There must be something wrong. I thought you dengan Adam loves each other. Tapi tadi tu, it’s really unexpected.

I have my own reason, Haris.”

Haris menarik kerusi di hadapanku. Air mataku mula mengalir dan kedengaran suara Haris mengeluh, berat.

Let me know. All about it.” Tegas permintaan Haris itu.

Aku menceritakan segala-galanya tentang Arissa, tentang pengakuan dan perasaan Arissa. Sesekali Haris mencelah, namun kebanyakan masa dia hanya mendengar.

“Sebab tu you tolak Adam?”

“I tak tau apa yang patut I buat. Hati I mula terbuka untuk menerima Adam tapi pertimbangan I tak mampu untuk bersetuju.”

Haris diam. Aku tertanya, samada Haris turut mengenali Arissa atau tidak.

“Jadi you percaya dengan setiap apa yang Arissa beritahu you?”


Soalan Haris membuatkan aku tersentak. Benar, aku hanya menerima setiap apa yang diberitahu Arissa kepadaku. Tapi tak mungkin Arissa menipu memandangkan dia berbicara mengenai maruahnya sendiri?

“You ada tanya Adam samada semua ni betul atau tak?”

Sekali lagi aku terpana. Aku meletakkan semua kesalahan di bahu Adam tanpa mendapatkan pengesahan darinya. Giliran aku yang mengeluh kali ini.

“Mungkin perasaan I yang mendorong I buat keputusan yang mementingkan diri sendiri. I minta maaf.”

“Fathihah, Adam housemate I sepanjang kami belajar dulu. Jadi tak mungkin Adam dan Arissa tinggal bersama. I tau dia agak rapat dengan Arissa masa belajar dulu, tapi I tak rasa mereka bercinta. Adam tak pernah keluar berduaan dengan perempuan.”

Aku menganggukkan kepala sedikit dengan kata-kata Haris itu.

“Kalau you nak kata mereka bercinta lepas belajar, maybe. Tapi I kenal Adam. Dia bukan lelaki yang boleh ketepikan dosa pahala hanya kerana seorang perempuan.”

Penjelasan Haris yang agak logik itu, termakan dalam hatiku. Agak tenang rasanya mendengar semua itu.

“Tapi, takkan Arissa menipu?”

“I tak cakap dia menipu. Mungkin apa yang dia beritahu you ada betulnya, Cuma I tak rasa ianya 100% betul.”

Aku diam, mencari kebenaran dalam jawapan Haris itu.

“Fathihah, jangan terlalu banyak berfikir untuk orang lain. You kena fikir untuk diri you juga. Walaupun I dengan Adam lost contact for quite a while, I yakin Adam masih seperti yang I kenal dulu. I percayakan Adam, and I hope you’re too.”

Aku menarik nafas dalam-dalam. Segera mencapai telefon bimbitku, mendail nombor yang amat sebati di ingatanku. Dendangan lagu ‘I’m yours’ memenuhi ruang telinga sebelum talian disambut.

“Hello, Adam.”

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?