:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Wednesday, December 22, 2010

::eRTi SebuaH PeRsaHaBaTaN 34::

“Suprise!”

Aku dan Adam berpaling. Haris, Lissa dan Jasmin tersengih-sengih dan duduk menyertai kami. Kami duduk bersama-sama di bawah pohon rambutan. Ibu keluar, menghidangkan juadah ringan buat kami semua. Namun tidak pula dia mahu menyertai kami di sini.

Suprise apanya korang ni? Dah berapa hari korang duduk kat sini? Lainla kalau bertahun tak jumpa, tiba-tiba muncul macam ni.”

Kami tertawa dengan kejutan yang tidak menjadi itu. Hampir seminggu mereka di sini. Menginap di chalet berdekatan dengan rumahku, dan kadangkala apabila terlalu letih, mereka bermalam sahaja di sini.

“Nah, ada hadiah daripada kitorang.”

Haris menghulurkan bungkusan yang dipegangnya kepadaku. Adam meminta aku membukanya. Perlahan-lahan aku membuka balutannya. Aku mengeluarkan dua helai baju sejuk. Baju itu kelihatannya memang direka untuk pasangan dan kelihatan amat menarik. Aku menghulurkan sehelai daripadanya kepada Adam.

“Cantiknya. Thanks.”

Aku dan Adam mencuba baju itu dan menayangkannya di hadapan mereka. Bagai budak kecil mendapat gula-gula, mereka ketawa dan bertepuk tangan. Sesuatu jatuh dari poket bajuku, lalu aku tunduk mengambilnya. Membuka sampul surat itu, kolam mataku terasa berair.

“Kenapa, sayang?”

Adam mengambil sampul surat dari tanganku. Dia tertawa dan memeluk bahuku. Gambar aku, Lissa dan Jasmin bersolek ala-ala gadis Jepun semasa jamuan bilik asramaku dulu benar-benar mengembalikan ingatanku ke masa itu.

“Dulu, kita selalu cakap nak pergi bercuti ke Jepun sama-sama. Mungkin kita tak dapat pergi bersama buat masa ni, tapi kau boleh pergi dengan Adam dulu kan?”

Habis sahaja Lissa bercakap, terus aku memeluk dirinya. Bagitu terharu apabila impian itu masih tertanam kukuh di ingatan kami semua. Jasmin turut bangun dan memeluk kami semua.

Dude, aku tak sangka majlis ni akan jadi minggu paling emosi buat kita semua.”

Kami semua berhenti menangis dan mula mendapatkan Haris yang telah awal-awal membuka langkah. Pasti dia menyedari padah ucapannya itu. Adam menarikku rapat ke dadanya, membuatkan lidahku kelu seketika. Berdebar hatiku bila dia mengucup lembut dahiku.

“Alamak. Nampaknya kita dah jadi penyibuk kat sini.”

Suara Jasmin kedengaran, diikuti dengan gelak tawa Haris dan Lissa. Kami berpaling menghadap mereka yang tersenyum simpul.

“Thanks for the honeymoon trip.”

Kata Adam sebelum mereka meminta diri. Nampaknya mereka tidak akan pulang ke chalet malam ini. Masing-masing mengangkat beg masuk ke rumahku. Aku dan Adam masih di sini. Menghayati sinaran bulan yang kelihatannya begitu indah belakangan ini.

Bro, jangan duduk lama-lama kat luar. Nanti masuk angin!”

Sempat Haris menjerit dari ringkap rumahku apabila menyedari kami masih duduk berdua di situ. Namun sengaja pula Adam menyuruhku agar tidak melayani usikan Haris itu.

“Adam rasa macam bermimpi.”

Aku memandang suamiku, penuh kasih. Dia kelihatannya seperti khayal, merenung jauh di angkasa.

“Kenapa?”

“Sebab Adam berpeluang rasa bahagia macam ni. Lebih-lebih kebahagiaan tu Adam dapat dengan Tia. Adam harap waktu boleh berhenti. Adam nak kekal macam ni sampai bila-bila.”

Aku diam mendengarnya.

‘Tuhan, berilah aku lebih masa untuk bersamanya.’

1 comment:

Zass said...

bagilah shah ngan tia tu berkahwin.
syah yg selayaknya kawin ngan tia bukan adam. bagilah satu insiden yg mana adam ni konon-konon accident dan kebetulan shah pulang ke malaysia. dan sebelum adam meninggal dia mahu shah menemuinya dan di depan tia, adam mahu shah berjanji utk mengahwini tia selepas tamat edahnya... dan buatlah hepi ending.. lepas tu buatlah konflik antara tasya ngan tia tapi selepas tia ngan shah berkahwin ye... tapi walaupun tia difitnah, namun shah 100% tidak percayakan fitnah itu. shah yang kini menyanyangi tia sepenuh jiwa dan raganya.. dan perjanjiannya dengan arwah adam pulak adalah satu amanah yg perlu dipikulnya dgn amanah... tapi sememangnya shah amat menintai tia lebuh ri adam menyintai tia... plis ya author!! i think inilah kisah yg terbaik untuk citer ni.... tapi sy just bagi pandangan and hope it can be considered!!tq!

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?