“ANYTHING for me, Zatty?”
Tidak peduli Zatty yang terpinga-pinga, aku melangkah ke pejabatku. Kelam-kabut dia mengekoriku sambil menyelak-nyelak diari harianku.
“Cik Fathihah dah sihat ke? Sebab En Haris kata dia bagi cuti untuk Cik Fathihah berehat.”
“Takpe, I dah sihat. Kalau cuti lama sangat nanti siapa nak siapkan kerja yang berlambak atas meja ni.”
“Tapi.."
“Zatty, ada appointment untuk I ke tidak hari ni?”
Serentak itu, Zatty segera membacakan jadual harianku untuk hari itu. Aku mencatatnya sedikit sebanyak sebelum mengucapkan terima kasih.
Bunyi anak kucing mengiau memaklumkan aku akan mesej yang diterima di telefon bimbitku.
‘Don’t forget your lunch date with me.’
Adam. Sebaris ayat itu sudah cukup untuk membuat aku tersenyum senang.
“Fathihah, come to my office now.”
Bergema suara Haris di interkom. Aku segera mengemaskan fail-fail yang berselerak sebelum bergegas ke biliknya.
“Yes, En. Haris.”
Haris mengarahkan agar aku duduk berhadapan dengannya. Kelihatan Shah juga telah berada di situ. Haris menghulurkan sebuah fail kepada kami, riak mukanya kelihatan tegang.
“This clients failkan saman atas syarikat kita. Dia kata perkhidmatan yang kita berikan tak berkualiti, pembekalan bahan juga tak menepati piawaian yang telah ditetapkan.”
Shah menghulurkan fail itu kepadaku. Aku memandang sekilas nama syarikat yang mengemukakan tuntutan tersebut. RichWealth S.B. Sejurus terbayang pegawainya yang sangat cerewet semasa berurusan dengan aku dan Shah tempoh hari.
Masih teringat bagaimana dia mahukan bekalan barangan dengan harga yang lebih rendah daripada yang kami tawarkan melalui sebutharga. Malah dia ada menyebut tentang menurunkan kualiti bekalan asalkan memenuhi bajet yang mereka kemukakan. Tanpa sedar, aku melepaskan sebuah keluhan.
“Kenapa, Fathihah?” tanya Haris, kurang mengerti.
Pandangan aku dan Shah bersatu. Shah akhirnya menerangkan kesulitan yang sedia kami hadapi dengan RichWealth S.B. Haris mencatat apa yang dikatakan oleh Shah.
“Jadi kenapa sekarang dia nak tuntut pampasan atas semua penghantaran bekalan yang tak ikut spesifikasi?”
“I’m not sure, En, Haris. Tapi semua tu memang mengikut apa yang mereka pesan. Mereka mahukan bekalan yang low quality untuk memenuhi bajet yang mereka boleh keluarkan.”
Aku diam, mendengar sahaja apa yang diperkatakan oleh mereka. Disebabkan aku bercuti sakit, urusan selebihnya memang banyak diuruskan oleh Shah.
“Dalam invois macam mana? Kalau they all quot yang mengikut spec, kita akan hadapi masalah.”
“Let me go and check with Finance Dept.”
Shah segera keluar, menuju ke arah Bahagian Kewangan. Kelihatan Haris menggaru kepalanya. Masalah seperti ini akan memberi impak kepada syarikat ini, malah mungkin akan ada yang mempertikaikan kewibawaan Haris sebagai Pengarah Urusan. Aku berasa sedikit kesal kerana terlepas pandang situasi ini.
Shah kembali dengan fail di tangannya. Dia menghulurkan fail itu kepada Haris. Selepas beberapa ketika meneliti fail tersebut, Haris meletakkannya di atas meja dan memandang kami.
“Luckily dalam invois ni memang tulis spec macam yang mereka terima. Kalau berbeza, memang teruk kita kali ni.”
“Minta maaf En. Haris. Saya jamin keadaan macam ni takkan berulang.”
Haris mengangguk, membuahkan senyum antara aku dan Shah. Haris mengucapkan terima kasih sebelum meminta agar aku tunggu sebentar. Shah meminta diri kerana terdapat urusan yang perlu diselesaikan.
“Anything wrong?”tanyaku apabila Haris masih tidak berkata apa-apa.
“Nothing. I thought you were serious with Adam.”
Aku mengangkatkan kening, tanda tidak mengerti dengan penyataan yang dibuat tadi. Haris memusingkan badan, betul-betul berhadapan denganku.
“You tolak proposal dia.”
“It’s not that I rejected him, Haris. I just need some time to make up my mind.”
Haris kemudiannya mengangguk, cuba mengerti situasi aku kini. Aku memohon diri untuk menyudahkan kerja memandangkan hari telah hampir tengahari.
Aku sengaja keluar lebih awal tengahari itu dan memandu ke klinik Adam. Juga sengaja tidak memberitahu kehadiranku padanya. Setelah meletakkan kenderaan, aku melangkah masuk ke klinik.
“Dr. Adam ada?”
Jururawat berbaju putih itu tersenyum sebelum menjawab pertanyaanku.
“Ada. Sekarang dia takde patient, tapi dia ada tetamu.”
Terpanggil untuk mengetahui gerangan yang datang melawat Adam, aku segera melangkah ke biliknya. Dari luar biliknya, kedengaran suara Adam bertingkah dengan seorang perempuan.
“Please don’t do this to me, Adam.”
Kata-kata itu mematikan langkah kakiku untuk terus masuk. Tombol pintu aku genggam kuat, agak terpinga-pinga.
“I merayu dengan you, Adam.”
Kedengaran suara perempuan itu seakan mahu menangis, aku masih diam. Menanti kalau-kalau ada jawapan dari Adam.
“Maafkan I, Arissa. But this is my final decision.”
“But I love you, Adam!”
Suasana menjadi hening seketika. Dengan jantung yang hampir luruh, aku menolak perlahan pintu bilik Adam.
“I love you too, but..”
Kata-kata Adam terhenti apabila terlihat aku kini berdiri di hadapannya. Segera dia merungkaikan pelukan Arissa.
“Tia!”