:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Tuesday, March 23, 2010

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 23 ::

AKU membuka mata, memandang sekeliling. Putih. Tiada sesiapa di situ. Anggota badanku terasa begitu berat sekali, tidak mampu rasanya aku bergerak. Terasa sejuk angin yang menampar wajahku, namun tiada apa di situ. Lama aku begitu, hingga akhirnya aku terlena kembali.


“Tia, kenapa sampai jadi macam ni?”

Aku tersedar apabila terdengar sayup suara itu menyentuh hatiku. Tanganku terasa digenggam oleh sepasang tangan yang hangat.

“Maafkan Adam, Tia. Adam tak jaga Tia baik-baik sampai Tia jadi macam ni.”

Perlahan aku membuka mata, melihat empunya suara. Wajah Adam yang sugul menghiasi kamar mataku. Terharu aku melihat air mata yang tumpah di pipinya. Walaupun terasa sakit mencengkam seluruh anggota badanku, kugagahkan diri menyapu air mata yang bersisa di pipinya.

“Tia.”pantas dia menangkap tanganku dan dibawa ke bibirnya. Lalu dikucupnya lembut.

“Adam, sorry. Saya tak dapat ambil awak kat airport.”

It’s ok. Kenapa sampai jadi macam ni sayang?”

Aku mengukirkan senyum, semanis mungkin untuknya. Dia meraup mukanya, melahirkan kekesalan tanpa kata-kata.

“Adam, jangan risau. Saya okey.”

“Haris dah bagitau Adam semuanya. Luckily Adam memang dah sampai sini masa dia called. Kalau tak, tak taulah macam mana.”

Dia mengeluh seraya menghabiskan ayat terakhirnya.

“Adam, tak baik mengeluh. Kan saya tak ada apa-apa ni.”

Sorry. I’m just a little upset. Kepulangan Adam disambut dengan berita macam ni pulak. Nasib baik Adam sempat jumpa Tia.”

Aku menggenggam tangannya, erat. Menzahirkan penghargaan yang tiada bandingnya.

“Kita kahwin, Tia.”

Lembut suara itu, menggambarkan ketulusan hati seorang lelaki bernama Megat Adam Fahkrul itu meminta persetujuanku.

Aku hampir menyatakan persetujuan, bila persoalan kesihatanku timbul. Menyedari situasi penyakitku, aku melonggarkan sedikit genggaman tangan kami. Adam sedikit tersentak dengan perlakuanku itu.

What’s wrong, Tia?”

Luluh hatiku dengan pertanyaan itu. Sampai bila agaknya dia mampu menutup mata dengan keadaanku?

“Saya sakit, Adam.” Dengan air mata yang berjurai, meluncur juga jawapan itu dari mulutku.

“Jangan jadikan penyakit Tia sebagai penghalang buat kita. Adam terima Tia walau macam mana pun keadaan Tia.”

“Tapi, umur saya tak panjang, Adam.”

“Ajal maut itu ketentuan Tuhan, Tia. Kalau pun masa itu hanya sedikit, biarlah Adam yang mengisi masa itu bersama Tia.”

Bersungguh-sungguh Adam melahirkan hasrat hatinya. Lama aku membisu. Menimbang baik buruknya keputusanku nanti. Pada aku. Pada Adam.

“Tia, I love you. I really do.”

 
“Ehem!”

Deheman itu mematikan bicara kami buat seketika. Kelihatan Haris dan Shah berdiri di muka pintu. Kulihat wajah Shah agak sugul, mungkin dia terdengar apa yang kami bicarakan sebentar tadi. Aku melemparkan senyum walau ada ngilu di hatiku.

Sorry lah kalau kami mengganggu.” Usik Haris sambil meletakkan bunga yang bakul berisi buah-buahan yang dipegangnya.

Aku hanya memandang Adam, dan kami tersenyum.

“Adam, Haris. Can I have a moment with her please.”

Permintaan Shah sedikit mengejutkan semua yang ada di situ, termasuk aku. Namun Adam mengangguk dan mengajak Haris keluar. Sempat dia tersenyum padaku sebelum menutup pintu.

“Maya.”

Suara Shah kedengaran sayu di telingaku. Shah lambat-lambat mencapai tanganku, namun tidak pula aku berniat untuk membantah.

“Kenapa Maya rahsiakan semua ni dari Shah? Kalau Maya tak dapat terima cinta Shah pun, kita masih kawan kan?”

Aku terdiam dengan pertanyaan itu. Sedikit kesal kerana telah mengabaikan perasaan sahabatku ini. Shah kelihatan berbeza kali ini, seolah-olah Shah yang pernah aku kenali hampir 10 tahun dulu kini berada di hadapanku.

“Maya minta maaf, Shah. Maya masih terluka atas apa yang pernah berlaku dulu. Mungkin Maya terlalu pentingkan diri sendiri.”

“Tak, Maya. Shah yang salah sebab tak jaga Maya baik-baik. Sekarang ni Maya dah sakit, kan Shah juga yang susah.”

Sekilas kenangan kami semasa kecil berlayar semula. Kami tertawa, mengenang semua itu. Hilang sebentar kesakitan yang membelenggu diriku tika itu.

“Tapi lepas ni Shah tak payahlah nak risau lagi.”

Aku memandang Shah, dengan senyum yang masih bersisa.

“Sebab lepas ni Shah tau Adam akan jaga Maya baik-baik.”

1 comment:

epy elina said...

hohohoo....
sy trtnya2 psl shah....
klu syah sygkn maya knapa dia dngin ngn maya dulu....
siap x nak di kaitkan ngn maya....
nak maya ngn adam......

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?