:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Thursday, January 29, 2009

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 6 ::

"Maya, boleh tak jalan elok-elok sikit?"

Suara Shah yang agak kuat, membuatkan aku sedikit terkejut. Namun aku hanya mendiamkan diri dengan kata-katanya itu. kawan-kawanku yang lain seakan memberi ruang untuk aku berbual dengan Shah. sempat juga aku terlihat Shah mengenyitkan mata ke arah Jasmin yang tersenyum kepadanya.

"Nasib baik Shah ada tadi, kalau tak Maya da.."

"Ye Shah. Terima kasih sebab tolong Maya tadi. Shah buat apa kat sini?"

"Saje jalan-jalan. Cari Maya."

Kupandang Shah yang tersenyum manis, menaikkan seri wajahnya. Namun seri wajah itu tidak mampu menahan aku bertanya kepadanya.

"Shah ada jumpa Min kan? Boleh Maya tau kenapa?"

Raut wajah Shah berubah dengan pertanyaan itu. Dia bangun dan berdiri menghadap tasik.

"Kalau Shah tak nak beritau, takpe. Maya cuma bertanya,"

"Kenapa Maya nak tau? Kenapa Maya tak pernah nak berhenti ambil tahu pasal Shah?"

Aku yang agak tersentak dengan kata-katanya itu, bungkam tanpa suara. Menilai semula jika akukah yang bersalah.

"Shah tak suka Maya ambil tau pasal Shah. Kita kan takde apa-apa."

Sekali lagi jantungku bagai disentap dengan kata-kata Shah itu.

"Shah pun tak tau macam mana Shah boleh datang sini cari Maya. Tapi kalau Shah tau macam ni jadinya, memang Shah takkan datang."

Aku hanya mampu memandang pemergian Shah yang kukira selama-lamanya dari hidupku. Sejak itu, aku cuba untuk terus melupakan dia.


TUT...TUT....
Deringan telefon bimbitku memancung lamunanku sebentar tadi. Sedar tak sedar, telah hampir sembilan tahun berlalu. Kini aku telah pun memegang jawatan sebagai Pengurus Pemasaran di syarikat tempat aku bekerja. Lissa telah menjadi seorang Ketua Akauntan di sebuah firma besar di ibukota. Jasmin pula khabarnya telah menjadi seorang pakar matematik. Sejak tamat SPM, kami jarang berhubung. Hanya Lissa yang kerap kuhubungi, malah hal mengenai Jasmin juga kuketahui melalui Lissa.

Shah? Dia langsung tidak menghubungiku sejak kami tamat persekolahan. Malah, keluarganya juga telah berpindah setelah kami tamat persekolahan. Semasa keputusan peperiksaan diumumkan, seperti yang kuduga Shah telah muncul sebagai pelajar terbaik sekolah. Namun, semasa majlis penyerahan sijil diadakan dia tidak pula menghadirkan diri.

“Hello Cik Fathihah, saya nak ingatkan mengenai mesyuarat pukul sepuluh pagi ni. En Haris nak jumpa cik sebelum mesyuarat tu berlangsung,”terdengar suara Zatty, setiausahaku di corong telefon.

“Oh, terima kasih sebab ingatkan saya. Saya on the way ni. Dalam sepuluh minit lagi saya sampaila,”balasku.

Fathihah. Itulah nama yang aku gunakan sekarang. Nama Maya terlalu banyak menyimpan kenangan buatku. Malah, semua pekerja dan orang atasanku memanggilku Fathihah. Hanya Lissa yang masih memanggilku Maya.

Friday, January 23, 2009

TeRcaRi-caRi aRah & TuJuaN...

kembali bertamu di web blog yang kusayangi ini..hehehhe..lepas da setelkan sume menda lehla aku lepak2 jap dalam nie..erm..macam2 yang jadik rupanya dalam nie..

lately aku slalu de prob bile nak wat pape..baru2 nie keja yang datang menimbun wat aku rasa tensen gile..adoyai..tataw le nape..tapi kekadang aku ade gak rasa nak brenti keja..huhuhuh..tapi lau aku brenti keja, aku nak makan pe..??nak kawen lagik..mak ayah aku lagik..sume nak kena masuk akaun tue..huhuhu...nak tanak..kena la aku betahan.. \^_^/ chaiyok2..!!! \^_^/

ape pendapat korang pasal personal loan..??dulu aku rasa baik guna kredit kad drp wat personal loan..tapi bile aku pikir2 balik..baik r amik personal loan daripada pakai kredit kad...kelebihannya (pada pandangan aku la)..lau guna kredit kad, penggunaan tue akan berterusan..tetiap bulan kena bayar utang kredit kad..lau guna personal loan, leh beli sume barang yg perlu n bayar bulan2..da abes loan takleh dahla nak pakai..so penggunaan nya betul2 terhad..hahahaha...teori aku la...

apepun..masing2 ada kelebihan sendiri..aku tengah bosan gile..plus keja yang banyak..n macam2 menda nak kena setel..sebab tu la aku mula melalut dalam nie pulak..adoyai..cian blog aku..sowi ek BuBbLy (nama blog aku nie)..wakakakakakak

Thursday, January 22, 2009

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 5 ::

KAMI semakin sibuk dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Aku juga telah mengurangkan masa untuk aktiviti kelabku, begitu juga kawan-kawanku yang lain. Kami sering mengulangkaji pelajaran di perpustakaan. Kadang-kala kulihat Shah juga ada di perpustakaan bersama kawan-kawannya namun kami hanya berbalas senyuman tanpa bertegur.

“Lissa, aku nak pergi jumpa cikgu kejapla. Semalam dia pesan suruh aku pergi jumpa dia. Temankan aku boleh?”pintaku pada Lissa.

Lissa yang sedang menulis mengangkatkan muka memandangku. Sebenarnya aku baru teringat pesanan tersebut bila membuka buku latihan kimia sebentar tadi.

“Aku bukan tak nak temankan kau tapi lepas ni sujek addmath. Kau taula En Chow tu macam mana,”kata Lissa.

Aku mengeluh perlahan. Namun aku juga menyedari hakikat itu. En Chow tidak suka sekiranya kami lewat untuk kelasnya. Sedangkan aku harus berjumpa guru matapelajaran kimia sebelum waktu rehat.

Akhirnya, aku keluar seorang diri ke bilik guru. Mujurlah dalam perjalanan aku terserempak dengan En Chow. Aku meminta kebenarannya untuk berjumpa dengan guru dan dia mengizinkan. Sempat dia berpesan supaya aku tidak terlalu lama.

Pulang dari bilik guru, aku terserempak dengan kawan-kawan Shah. Salah seorangnya Faisal, presiden kelabku.

“Maya, buat apa kat sini?”tegurnya.

“Jumpa cikgu kejap. Korang ni buat apa, ponteng kelas ek?”balasku.

“Eh, takdelah.”jawabnya, tersenyum.

Erm, pastilah dia ponteng kelas. Namun mujurlah dia sememangnya berotak cair. Walaupun sering ponteng kelas, Faisal tetap menjadi salah seorang tonggak harapan sekolah. Aku meminta diri kerana sedar aku telah terlewat menghadiri kelas En Chow.

Dalam tidak sedar, esok kami akan menghadapai peperiksaan SPM yang bakal menentukan masa depan kami. Petang itu, aku ke perpustakaan untuk membuat rujukan terakhir. Kali ini aku berseorangan kerana Lissa memberitahuku yang dia hanya mahu belajar di dalam bilik sedangkan Jasmin awal-awal telah keluar.

Untuk ke perpustakaan, sengaja aku melintasi padang sekolah walaupun sebenarnya aku tidak perlu melaluinya. Tiba-tiba aku terpandang seseorang yang amat kukenali.

Jasmin! Apa yang dia buat di sini?

Niat hendak menegurnya kubatalkan apabila terlihat kelibat seseorang menghampirinya. Terhenti nafasku sebentar apabila mengetahui yang orang itu adalah Shah.

“Hai, dah lama tunggu? Sorry ek ada hal sikit tadi,”lembut suara Shah menuturkan kata-kata tersebut.

“Eh, takdelah. Aku pun baru je sampai nie,”jawab Jasmin, tersenyum.

Aku mendiamkan diri di balik dinding, memerhatikan gelagat mereka berdua. Hatiku berombak deras. Apakah sandiwara yang diamainkan oleh mereka berdua sebenarnya.

“Dah lama aku nak jumpa kau tapi ada je masalahnya. Sekarang baru ada peluang,”kata Shah lagi.

Kulihat Jasmin hanya senyum sambil mengangguk. Entah mengapa, aku menjadi sebak dalam keadaan demikian. Aku ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku antara mereka namun hati kecilku membantah keras. Aku melangkah dengan berjuta persoalan yang menerjah fikiran.

‘Ah, esok dah nak exam. Better aku lupakan je pasal ni,”tingkah fikiranku.

Aku ke perpustakaan, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Walaupun sesekali persoalan tersebut tetap muncul di fikiran.


SEPANJANG peperiksaan berlangsung, aku langsung tidak bertemu dengan Shah. Sengaja aku mengelakkan diri darinya untuk melupakan apa yang kulihat tempoh hari. Jasmin pula bersikap seperti biasa denganku, jadi aku tidak menimbulkan soal tersebut semasa bersama-sama dengannya.

Esok peperiksaan akan berakhir, kami bertiga berjalan-jalan di taman tasik yang berhampiran untuk mengisi masa. Disebabkan esok kami akan menduduki kertas kimia, kami agak rileks. Maklumlah, kami bolehlah dikatakan agak cekal dalam subjek tersebut.

“Lissa, apa plan kau lepas SPM nanti?”tanyaku sewaktu kami sama-sama menyusuri tasik itu.

“Entahlah, takde fikir apa-apa lagi. Korang macam mana?”tanyanya kembali.

“Aku ingat nak amik kelas bahasa inggeris. Tak pun amik lesen je,”jawabku.

“Aku tak tau lagilah. Aku kena tanya kakak aku macam mana,”kata Jasmin pula.

Lissa menganggukkan kepalanya dengan jawapan kami berdua. Suasana kembali bungkam. Masing-masing melayani fikiran.

Entah mengapa, muncul bayangan Shah dalam fikiranku. Aku ingin bertanyakan kepada Jasmin namun hasrat itu kupendamkan apabila Lissa menjerit.

“Maya, look out!”

Aku yang tersadung apabila menyusur tepian tasik, menyebabkan aku tidak dapat mengimbangi badanku. Aku memejamkan mata membayangkan apa yang akan berlaku. Sekilas ku terasa tubuhku melayang ditarik seseorang dengan kuat. Aku membesarkan mata apabila mennyedari siapakah penyelamatku sebentar tadi.

“Shah!”

Wednesday, January 21, 2009

.: aKu sKanDaL 2:.

“Hello Ryana.”

Suara yang amat dirindui Aireen menerjah telinganya, membuahkan senyum di bibir yang semulajadi merah itu.

“Ariel.”

Kerinduan yang terlalu lama terpendam membuatkan lidahnya kelu menutur sebarang kata buat tunang yang tersayang.

“Hai sayang. Sayang Ariel buat ape tu? Ok ke keja arini?”

Selajur itu, pantas sahaja mulut Aireen bercerita. Daripada peristiwa disimbah air oleh Tisya sampailah kepada hal-hal yang berlaku di pejabatnya. Ariel yang mendengar sesekali mengusik Aireen sambil ketawa. Tisya yang turut tersenyum melihat gelagat Aireen bangun menuju ke dapur.

Shayril Isma Abdullah, seorang jurutera yang kini berkhidmat dengan Tretox Engineering Sdn Bhd sedang sibuk menguruskan projek baru yang menuntutnya pergi balik dari KL dan Jepun. Dengan ketinggian 177cm, berkulit sawo matang dipadankan dengan anak matanya yang berwarna coklat, jejaka ini mempunyai senyuman yang mampu menambat hati setiap wanita. Kaca matanya yang agak bergaya membuatkan dia begitu berketrampilan dengan jawatannya sebagai jurutera. Namun siapa sangka, hati sang jejaka persis model ini sudah terisi.

“Betul ke ni, Ariel?”

“Betulla. Sebulan lagi i balik. You ambil i kat airport boleh? Bolehlah kita keluar makan sama-sama. Lama sangat tak keluar dengan You.”

“Boleh Dear. Apa salahnya. Nanti you inform me detail ‘bout that ya?’

“Ok sayang. I have to go now, so I’ll call you later.”

“Me too. Esok I kena pegi keja. Take care, Ariel.”

“You too, sweetheart. Sweet dreams.”

Selepas menjawab salam, Aireen memandang handphone sambil tersenyum. Agak tersentak bila bahunya ditepuk orang. Kelihatan Tisya tersenyum manis memandangnya.

“Happy nampak?”

Aireen bersila menghadap Tisya yang kembali duduk di sisinya. Tisya yang sedang menghirup kopi tercengang,memandang kembali ke arah Aireen. Suasana menjadi sepi buat seketika. Hanya suara dari televisyen yang kedengaran, ditambah dengan keharuman aroma kopi dari cawan yang dipegang Tisya.

Seketika kemudian, berderai tawa keduanya.

“Kau ni apasal? Tetibe pandang aku macam tu. Kau nak kopi aku ke?”Tanya Tisya setelah tawanya reda.

“Ish. Tak naklah aku. Kang aku tak boleh tido pulak malam ni.”

“Dah tu?”

“Kau tu. Tersenyum-senyum tengok aku ngan Ariel. Carilah boyfriend sorang, Tisya. Aku rasa kau pulak yang lebih tersenyum daripada aku nanti.”

Riak muka Tisya berubah, agak keruh sedikit. Namun segera pula dia menyembunyikannya dengan meluahkan tawa yang agak dibuat-buat.

“Aku tak sesuai untuk itu, Aireen. Oklah, nice dreams Princess.”

Aireen terpinga-pinga dengan ulah Tisya. Namun rasa mengantuk yang bertamu mengheret kakinya melangkah ke bilik tidur. Meninggalkan persoalan tersebut tanpa jawapan.


MINGGU berikutnya menyaksikan perjalanan kerjaya Aireen yang kian mneyerlah. Dia semakin cekap menguruskan kerja-kerjanya. Hinggalah suatu hari, satu peristiwa menemukan dia dengan Pengarah Pemasaran yang ditunggu-tunggunya.

“Siapa yang handle this matter?”

Kuat suara itu melengking, menyentap tangkai hati setiap staf bahagian pemasaran NusaDesign Sdn Bhd. Seorang lelaki berbadan sasa, berkulit cerah dan berwajah tampan keluar dengan fail biru di tangannya. Ketampanannya tampak sirna dek bahang kemarahan yang menyala di wajahnya.

“Melissa. Awak tahu apa-apa pasal ni?”

Terangkat sedikit bahu Melissa yang sedang menaip apabila fail tersebut dihempaskan dengan kasar di atas mejanya.

“Encik Nik, fail tu CS Exec baru, cik Aireen yang handle.”tergagap-gagap Melissa menjawab.

Habis sahaja Melissa menarik nafas, Nik Adrean terus mengambil semula fail biru yang baru sahaja dihempaskan tadi dan melangkah pantas ke bahagian khidmat pelanggan. Dalam hatinya merengus kesal. Suasana yang tadinya senyap-sunyi menjadi riuh. Masing-masing meramalkan apakah yang akan berlaku kepada Eksekutif Khidmat Pelanggan yang baru sebulan bertugas itu.

Nik Adrean Nik Daniel realitinya adalah seorang mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Dia juga seorang yang amat mudah tertawa. Namun personalitinya pantas berubah apabila melibatkan soal kerja. Lebih-lebih sekiranya terdapat kesilapan yang melibatkan nama baik syarikat seperti kali ini.

Di pejabatnya, Aireen baru sahaja selesai bermesyuarat dengan kumpulan kerjanya mengenai sambutan ulangtahun syarikat yang bakal diadakan tidak lama lagi. Langkah kaki mereka terhenti demi terpandangan sahaja Pengarah Pemasaran yang berdiri di hadapan meja Aireen, memegang fail berwarna biru dengan muka yang merah menyala.

“Tu kan Encik Nik, Pengarah Pemasaran.” Terdengar satu suara di sebelah Aireen.

“Eh, tu macam fail..”hati Aireen mula mengalunkan melodi yang kurang enak didengar.

Nik Adrean yang menunggu sedari tadi segera berpaling apabila menyedari beberapa orang kakitangan bahagian khidmat pelanggan berada di hadapannya.

“Aireen!”

Tuesday, January 20, 2009

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 4 ::

Semakin hari, aku semakin melupakan apa yang telah berlaku di antara kami. Bagiku, tiada gunanya aku mengenangkan peristiwa pahit yang berlaku sepanjang persahabatan kami itu. Aku juga meluangkan lebih banyak masa bersama kawan-kawanku yang kian membenci Shah.

Namun kujelaskan kepada mereka yang segala yang berlaku adalah di antara kami berdua dan aku tidak mahu melibatkan orang lain dalam permasalahan ini. Shah semakin jauh dariku. Kami tidak langsung tersenyum pabila berjumpa, apatah lagi bertegur sapa.

Namun suatu hari dia menemuiku ketika perjalanan pulang ke asrama. “Boleh Shah jumpa Maya sekejap?”ujarnya.

Aku mengangkat muka memandangnya. Sayu hatiku mendengarkan suara yang pernah melukakan hatiku itu. Kawan-kawannya hanya memandang kami dari kerusi batu yang berhampiran.

“Ada apa?”tanyaku, hambar.

“Ada hal sikit yang nak Shah cakap dengan Maya,”katanya.

“Apa lagi yang kau nak cakap? Tak cukup lagi apa yang kau cakap hari tu?”sampuk Lissa.

“Lissa, Jasmin, please. Aku kena cakap ngan dia. Sekejap je,”pintanya.

Aku mendiamkan diri. Entah mengapa, keadaan itu menyebabkan aku menjadi sukar untuk membuat sebarang keputusan.

“Maya, jom balik. Aku tak suka kau layan orang yang tak tau menjaga hati orang lain nie,”ujar Lissa sambil menarik tanganku.

Aku hanya menurut segala perlakuannya. Sempat aku melirik ke arah Shah. Pandangannya yang redup itu sudah lama tidak kulihat. Dia hanya menundukkan kepalanya dan melangkah pergi. Entah mengapa, timbul satu perasaan bersalah dalam hatiku.

‘Ah, bukan salahku.’nafi hatiku.


LAGI sebulan, peperiksaan SPM akan diadakan. Aku dan kawan-kawanku semakin giat mengadakan perbincangan secara berkumpulan. Shah? Entahlah, bagai sudah kututup pandanganku dari melihat wajahnya walaupun aku terlalu merindukan saat-saat kami bersama dahulu. Bagaimana agaknya dia mengulangkaji pelajaran tanpaku di sisinya. Namun kutahu dia tidak akan menghadapi sebarang masalah kerana dia adalah salah seorang pelajar harapan sekolah. Kutahu dia pasi akan mendapat keputusan yang cemerlang.

Hari Sabtu. Kami bercuti selama lima hari sempena peperiksaan SPM yang akan bermula lagi dua minggu. Aku dan kawan-kawanku tidak pulang ke rumah sebaliknya keluar ke bandar petang itu. Sedang aku, Lissa dan Jasmin makan di sebuah restoran makanan segera, tanpa diduga Shah datang menghampiri kami. Tanpa kawan-kawannya. Aku bingkas bangun namun langkahku terhenti apabila Shah memegang tanganku, mendesakku duduk kembali.

“Maya, tolong jangan elakkan diri. Shah betul-betul nak cakap ngan Maya,” katanya sebaik menarik kerusi untuk duduk di sebelahku.

Aku hanya meneruskan makan tanpa memberikan sebarang reaksi. Kulihat Lissa dan Jasmin berpandangan sesama sendiri.

“Please..”pinta Shah lagi.

Memang sejak dahulu aku tidak sampai hati untuk menghampakan setiap permintaannya. Begitu juga kali ini. Akhirnya, aku bersetuju. Lissa dan Jasmin yang agak keberatan pada mulanya, terpaksa bersetuju setelah aku berkeras. Shah meminta izin untuk keluar bersamaku.

Kami berjalan di sebuah pasaraya. Sambil berjalan, kami lebih banyak berdiam diri. Shah yang beria-ia mengatakan hendak berbicara denganku juga tidak banyak bersuara. Kami masuk ke sebuah kedai yang menjual cenderamata.

“Kata ada hal nak cakap, kanapa bawa Maya datang sini pulak?”tanyaku.

“Memangla, tapi Shah nak minta tolong Maya dulu. Shah nak bagi hadiah kat sorang perempuan tapi tak tau nak bagi apa. Boleh tolong pilihkan?”pintanya.

Luruh hatiku mendengar permintannya itu. Pastilah untuk Tasha, siapa lagi kalau bukan dia.

“Maya tak tau. Taste anak orang kaya macam Tasha tu mana sama dengan taste Maya,”ujarku.

“Tasha? Apa maksud Maya ni?”tanya nya pula.

“Habis tu, siapa lagi orang yang Shah nak bagi hadiah ni?”giliran aku pula bertanya.

“Someone special, yang pastinya bukan Tasha. Shah ni bukan taste dia, lagipun dia sekarang dah kawan ngan Haikal. Haikal tu jauh lebih kaya, lebih hensem daripada Shah ni. Baru Shah sedar ada orang lain yang betul-betul wujud dalam hati Shah. Kalau Maya jumpa dia pun mesti Maya akan sukakan dia,”terangnya, sambil melirik ke arahku.

Entah kenapa, timbul satu perasaan halus dalam hatiku. Mungkinkah aku cemburu? Entahlah, yang pastinya perasaanku berkocak hebat dengan segala kata dan perlakuannya itu.

Dengan hati yang tidak keruan, aku membelek-belek cenderamata yang terdapat di kedai itu. Namun aku tetap tertanya-tanya siapakah gadis itu. Adakah aku benar-benar cemburu? Kenapa aku harus cemburu. Bukankah aku cuma seorang sahabat zaman ciliknya. Dan bukankah aku sudah menutup hatiku padanya.

Setelah agak lama menilik, pandanganku bertaut pada bintang-bintang kecil berwarna-warni yang diisi dalam balang kaca berbentuk dua hati yang bercantum. Aku mengangkatnya ketika Shah datang menghampiriku.

“Kenapa yang ini sedangkan banyak lagi benda lain kat sini?”tanyanya sambil mengambil balang tersebut dari tanganku.

“Entahlah. Mungkin sebab bintang-bintang dalam balang tu macam impian yang terlalu indah yang kita ada. Tapi cuma indah di pandangan, belum tentu indah untuk dikecapi. Tak semua impian tu boleh jadi nyata kan?”kataku.

Shah diam mendengar penjelasanku. Sejurus, dia berlalu dan membayar harganya. Selepas itu, dia mengajakku minum. Aku bersetuju dan kami minum di salah sebuah kafe di situ. Sementara menunggu minuman yang kami pesan tiba, kami masih tidak banyak bercakap.

“So, macam mana preparation untuk exam?”tanyanya setelah agak lama mendiamkan diri.

“So far so good. Shah macam mana pulak?”

“Not bad.”

Kata-katanya terhenti apabila pelayan datang menghantarkan minuman. Aku menghirup minuman sejuk itu, lantas membuatkan tekak yang kering berasa nyaman sedikit.

“Shah nak minta maaf kalau Shah ada buat salah ngan Maya. Kita kawan dah lama, Shah tak nak sebab hal remeh macam tu kita putus kawan. Boleh kan?”pintanya kemudian.

“Maya tak pernah salahkan Shah. Mungkin betul apa yang Shah cakap tu, Maya selalu terlibat dalam setiap tindakan Shah.”balasku.

Kulihat Shah hanya tunduk membisu. Mungkin masih memikirkan apa yang kukatakan sebentar tadi. Bukanlah niatku hendak membuatnya serba-salah, aku hanya mahu meluahkan apa yang kurasa.

“So, good luck. Jom kita balik,”kata Shah setelah agak lama membisu.

Aku menganggukkan kepala dan bangun menuruti langkahnya. Namun hatiku masih tertanya-tanya siapakah gerangan perempuan yang menghuni hati Shah kini. Melihatkan Shah langsung tidak menyebut mengenainya, kupendamkan sahaja persoalan itu di hatiku.

Monday, January 19, 2009

:: bEbEL-MeMbeBeL ::

waaa...banyak pulak menulis arini..keja banyak tp masih ada masa untuk mengetuk keyboard nih..maybe sebab ada komen2 yg tak bape sedap didengar..tp biasalah..kadang2 kita takleh nak arap sume orang akan suka apa yang kita wat, betul tak..??

sebenarnya utk n3 kali ni, aku nak menuyusun jari memohon ampun..kalau2la ada antara kata2 aku,atau penulisan aku wat sesetengah pihak berasa kurang senang..atau apa2 je..tp semua komen dan cadangan aku terima dengan hati yg terbuka..aku cuma tak nak ada orang yg tak senang ati kat aku..yela..kesalahan sesama manusia ni yang paling payah nak mohon ampun..jadi sebelum apa2 aku mintak ampun, mintak maap dulu la ye..

mmg..aku jugak sedar..dalam alam maya ni, macam2 menda boleh jadi..dan macam2 menda kita boleh ragui kebenarannya..aku sendiri tak tau orang2, kawan2 yg aku kenal sepanjang dalam aktiviti blogging ni, bercakap benar atau tak dengan aku..tp mana2 yang mmg memberi aku inspirasi, memberi aku ilham untuk aku meneruskan hobi aku ni, aku memang hargai sangat2 la..sebab aku menulis a.k.a menaip blog ni pun semata2 as hobi..aku pon takde niat nak jadi terkenal atau ape pun..menulis ni salah satu hobi aku..selain dapat memuaskan ati aku sebab dapat menulis, dapat juga berkongsi idea dan pengalaman dgn sape2 jugak yg sudi dtg menjenguk..

so utk yg nak tau..2b honest, aku jugak tataw samada sume cite yg diceritakan semula kpd aku adalah cite betul ataupun tak..yg ada kat blog ni cuma MeMoiR dan ErTi je yg truly my story..fiction yg digarap dr pengalaman idup yg tak seberapa..sKanDaL ialah cite br yg diceritakan semula utk tatapn bersama..jadi kita sama2la menilai kebenaran nya di sini..hehehehe..alamak, terlalu simple pulak rasanya pendekatan aku nih...

kadang2 bile baca novel, slalu kita berangan nak jadi macam watak dalam novel..lately br aku tau, jadi watak dlm novel sebenarnya tak seindah yang kita sangka..hehehehe..apepun..aku cuma berharap blog ni boleh menjadi medan untuk aku berkarya dgn bebas..tak kisahla siapa pun yg komen, siapa pun yg beri input utk aku menulis..aku cuma akan berusaha (bak kata kak hanni)..dan aku akan terus cuba memuaskan minat aku..juga hati sesiapa yg berada di sekeliling aku..

and untuk sume yg sudi komen..thanks sangat2 okies..!!!

p/s: wpun aku rasa macam nama baik aku jd agak tercalar..tp aku tak kisah..as long as aku dapat ramai kawan baru, aku bersyukur..betulla..setiap yg jadi ada hikmahnya..

kak hanni: u inspire me!!!
gaDis_uNgu : be strong okies..??i always pray for ur best
widuri: thanks for ur concern..hope we can share our ideas
mira: thanks jugak..suka layout pokok kat header blog u
all: thanks for all d support..n do tell me if i'm wrong

~ eNjOy rEadiNg ~

hye all..
atas recommendation kawan aku, aku diperkenalkan ngan website http://manisnyakenangan.blogspot.com/
ada satu cite best dalam website ni..tajuknya Pergilah Air Mata (PAM)..bile aku baca cite ni, mmg aku akui penulis novel ni mmg berjaya menyentuh banyak ati..bile aku baca komen2 dorang jugak..aku tau yang penulis mmg ada potensi untuk jadi penulis novel yang berjaya..
so sesape yg terasa nak tau ada apa dengan PAM, bolehla visit link kat atas tu..dan aku rasa tak rugi kalau korang layan citer tu..
kak hanni..
kalau akak baca n3 ni saya nak ucapkan thanks a lot..u truly inspiring me..

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?