:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Tuesday, December 14, 2010

:: aKu sKanDaL 20 ::

“Ibu!”

Ardina mengangkat kepala. Segera dia bangun meninggalkan bancuhan kuih yang diadunnya sedari tadi. Terpacul wajah Aqmal Dzikry, dengan senyuman panjang ke telinga.

“Cerianya Dzik hari ni. Ada apa-apa ke?”

Dzikry senyum, menarik tangan ibunya untuk duduk di sofa berwarna putih susu. Warna kegemaran ibu.

“Ada apa ni, Dzikry?”Ardina bertanya lagi, melihatkan anak bujangnya masih tidak berhenti tersenyum-senyum.

“Tadi Dzik jumpa akak tu.”

“Akak mana ni, Dzik?”

“Yang Dzik pernah cerita kat ibu dulu. Ala, kakak yang marah Dzik tanya dia nak panadol ke tak tu.”

Terhambur tawa Ardina mendengarnya. Memang Dzikry pernah bercerita tentang kejadian itu. Dia menepuk dahi, kesal dengan sikap pelupanya.

“Dahla bu. Jangan ketawakan Dzik banyak sangat.”

Ardina mengurut-urut dada. Dia benar-benar merasakan yang kejadian itu amat melucukan.

“Okay, sorry. So Dzik dah berkenalan dengan dia lah ni?”

Dzikry mengangguk. Ada sesuatu yang membuat dia tertarik pada Aireen. Cinta? Bukanlah. Dzikry sedar, Aireen tu dah sah-sah benar lebih berusia dari dia.

“Muka dia dengan ibu, sama.”

Ardina berhenti ketawa. Dia merenung tajam anak terunanya itu.

“Betul bu. Daripada mula-mula Dzik jumpa dia lagi Dzik dah perasan. Suka tepuk-tepuk dahi pulak tu. Memang sama dengan ibu.”

“Iyelah Dzik tu. Semua perempuan yang Dzik berkenan Dzik kata sama muka macam ibu. Padahal saja nak suruh ibu jumpa dengan diorang kan?”

Merah padam muka Dzikry. Terimbas dia sebelum ini. Pernah dia mengatakan muka Sofea seiras dengan ibunya semasa dia mula-mula berkawan dengan gadis itu. Semua itu semata-mata alasannya bagi menemukan ibu dengan gadis pujaan hatinya. Namun apabila mata bertentang mata, hampir satu minggu dia ditertawakan baik oleh Sofea mahupun ibunya sendiri. Masakan tidak, Sofea yang berkulit hitam manis dan mempunyai raut wajah ala Indonesia itu disamakan dengan ibunya yang putih melepak dan berwajah Pan Asian.

“Ish, ibu ni. Kali ni betul, bu. Memang sama macam muka ibu. But no, i’m not falling in love with her.”

“Yelah, ibu percaya. Lagipun, Dzik kan dah ada Sofea. Nanti merajuk pula dia kalau tahu Dzik jatuh hati kat perempuan lain, lebih tua dari dia pulak tu.”

“Ibu!”

Ardina ketawa lagi. Dia bangun ke dapur, mahu menyiapkan kerjanya yang tertangguh.

“Ibu nak kena siapkan tempahan cupcake ni. Petang ni Puan Sri Marya nak datang ambil. Untuk birthday party anak dia yang bongsu tu. By the way, siapa nama dia Dzik?”

“Nor Aireen Adryanna.”

‘Tak mungkin!’


p/s: Sekali lagi nak minta maaf sebab lewat post new n3 untuk aKu sKanDaL ni..biasalah akhir-akhir tahun macam ni sume keja kena pulun...nak kena tutup akaun b4 abes tahun...untuk yang setia menanti tu, thanks a lot~!!! 

p/s/s: azam tahun baru mungkin boleh masukkan "post new n3 cepat2"..^_^

Wednesday, December 8, 2010

Sahabat


Sahabat..mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup


Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi


Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir


Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah




Kenapa tiba-tiba aku bangkitkan isu sahabat..??entahlah..sama ada emosi aku yang sememangnya kurang stabil..ataupun cuma aku yang baru nak mengakui yang persoalan mengenai sahabat ini sebenarnya telah lama mengganggu ketenangan hari-hari aku...

aku ada sahabat..walaupun tak ramai...aku tahu dia sahabat aku...dan aku juga pernah diakui sebagai sahabat..mungkin sehingga akhir hayat...tapi kadang-kadang, aku rasa "sahabat" itu tiada makna hanya pada perkataan "sahabat"...aku mengaku, kadang-kadang aku juga lupa...menyampai khabar, merisik rindu, mengintai rasa sahabat-sahabat aku...tapi tak pernah, dalam hal-hal yang bagi aku amat penting, aku lupa untuk mengkhabarkan pada yang aku gelar sahabat itu...

jadi..bila mana dia mengakui aku sebagai sahabat..tapi sentiasa melupakan aku dalam setiap hari penting yang dia hadapi, aku terfikir..setakat mana sebenarnya makna aku sebagai sahabat itu pada dia...erm, entahlah...macam aku cakap tadi...mungkin cuma aku yang terlebih emosi di sini...

nyatanya...aku terkilan...terkilan bila mana sahabat yang mengakui aku sebagai sahabat itu..terlalu jauh untuk aku gapai tangannya...terlalu perlahan untuk aku dengar beritanya...dan terlalu asing untuk aku kongsi gembiranya...

apapun...aku sentiasa berdoa..buat insan-insan yang aku gelar sahabat...yang tetap aku anggap sahabat...dan yang terus aku jadikan sahabat..semoga kebahagiaan itu milik kamu selalu...

Friday, December 3, 2010

NeW Blog~!!

salam and hi all~!!!

dua tiga hari ni bosan sangat..sebab keja melambak-lambak..and sebab incik hasben pegi outstation pulak...so dok bosan2 kat umah tu, tangan ni pun saje la mengada menaip sana-sini...and hasilnya --> satu blog baru akan dibuka..hey hey hey~!!!

blog ni lebih kurang macam blog asal yang sekarang ni...just tetiba masa tu ada idea baru untuk menulis..jadi bagi tidak mengganggu cerita-cerita yang sedia ada di sini, aku letakkan kat sana...hehehehe...so, kalau korang rajin and ada masa..bolehla jenguk2 blog tu kat alamat ni Antique Bakery No. 19 and komen la apa yang patut...insya Allah semua komen dan cadangan korang tu akan dijadikan sumber penambahbaikan...

dan oh ye...header blog ini adalah dihasilkan oleh seorang member yang juga seorang blogger..yang mana otak dan jari-jemarinya teramatlah kreatif..sebab lau sendiri nak buat memang x menjadi...kalau ada sesapa yang nak rasa air tangan beliau, ada ditawarkan khidmat meng"create" header di blog beliau..bolehla lawat ke blog Miss Sue...buat masa sekarang masih miss lagi..tapi insya Allah tahun depan mungkin akan bertukar status..hehe..apapun kita tunggu dan doakan beliau okeh..dan blog beliau ni jugak pernah diterbitkan dalam majalah Remaja keluaran November 2010...

ok la..sedikit gambar buat tatapan semua..gambar header yang direka oleh Miss Sue khas untuk blog baru aku..oh yeah~


ini adalah cadangan header beliau yang pertama...oh, disebabkan aku suka lelaki itu maka dia terpilih untuk menjadi model di situ...hehehe...



lepas tu dia kembali dengan cadangan header yang kedua..oh sangat menarik juga yang ini...seperti mana menariknya renungan si model header itu...

dan selepas beberapa cadangan lain yang diberikan..header ini yang menjadi pojaan hatiku...kenapa..??sebab satu: of cosla si model yang memberikan renungan menawan itu...dan sebab dua: background dia yang sangat abstrak, sangat romatik yet sangat simple...ye, aku bersetuju dengan yang ini...apepun thanks a lot Sue~!!!

Tuesday, October 26, 2010

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 27::

SEKALI lagi aku di sini. Bersendirian di Taman Suria KLCC, memerhati gelagat manusia yang pelbagai. Sambil fikiranku masih dipenuhi tiap butir perkataan Arissa di Pavillion tadi.

Bunyi telefon bimbit menyentak lamunanku.

“Hello, Maya kat mana?”

Panggilan dari Shah. Lenyap sebentar bayangan Arissa yang cantik manis dari bayanganku.

“Maya cuti petang ni. En Haris dah maklum pasal ni. Kalau ada apa-apa Shah serahkan pada Zatty terus. Esok Maya buat follow up, okey?”

“Maya okey?”

“Yes, Shah. Thanks.”

Panggilan diputuskan. Aku bersandar di kerusi panjang yang disediakan di situ, berhadapan dengan tasik buatan yang tenang. Tidak seperti hatiku.


“I tak salahkan Adam kalau dia jatuh hati pada perempuan lain. Apatah lagi pada you. You cantik, berkerjaya, memang kena dengan taste Adam. Lagipun Fathihah, lelaki kan boleh kahwin sampai empat.”

Aku diam, memandang kosong wajah Arissa di depanku.

“Atau mungkin dia dah bosan dengan I. Mungkin dia nak mencuba sesuatu yang baru, seseorang yang baru selain I. Tapi I yakin dengan cinta I untuk dia, dan I rasa tak salah kalau I turut yakin dengan dia untuk I.”

Aku masih diam. Masih memandang si cantik manis di hadapanku ini. Berwajah pan-asian, berpewatakan menarik, Arissa memang mampu mencairkan hati mana-mana lelaki.

“But Adam told me that it’s over between both of you.” Perlahan aku menuturkan kata-kata itu.

“Maybe it was my fault for leaving him. But when he told me that he met someone else and gonna leave me for good, I just couldn’t take it.”

“Tapi you yang tinggalkan dia dulu.”

“Yes! Tapi selama ni pun dia akan datang pujuk I semula. Macam-macam kami dah tempuh bersama, takkan semua tu takde makna langsung untuk dia?” Mata Arissa mulai berkaca.

“Arissa, sorry for asking. But when you said that both of you have been together, does it really mean that...”

Sengaja aku habiskan ayat di situ, menanti reaksi daripada Arissa.

“You ni naif sangat kan? I faham apa yang you cuba sampaikan. And the answer is yes.”

Langit seakan runtuh menghempapku apabila Arissa selesai menuturkan ayat tersebut. Aku bangun dan mahu beredar apabila terdengar dia menyambung.

“You boleh tanya Adam kalau you rasa I sengaja nak manipulate you.”

Aku melepaskan keluhan, dan melangkah meninggalkan Arissa. Kepalaku mula terasa berdenyut. Aku meraba-raba beg tanganku mencari ubat yang tidak pernah aku tinggalkan ke mana saja.

Kenapa? Kenapa selepas aku benar-benar membuka hatiku pada Adam?



“Morning Zatty.”

Pagi itu kugagahkan kaki ke pejabat. Sepanjang malam aku tidak dapat tidur, memikirkan setiap kata-kata Arissa.

“Cik nak air? Saya boleh buatkan.” Tanya Zatty selesai dia membacakan jadual harianku.

“Boleh juga. Hot chocolate for me please. Thanks Zatty.”

Aku duduk, merenung kosong skrin komputer yang gelap. Mencapai mug berisi coklat panas yang dihantar oleh Zatty. Baru sahaja seteguk, pintu bilikku ditolak dengan kasar.

“Maya!”

Di hadapanku, Tasya berdiri dengan wajah yang merah menyala.

“Yes, Tasya. Is there anything I can help?”

Aku bangun dan menutup pintu apabila terlihat beberapa pekerja yang memanjangkan leher menjenguk ke dalam bilikku.

“Kau jangan nak buat baik dengan aku. Dulu Shah, sekarang Haris. Tak cukup dengan tu. Aku dengar boyfriend kawan aku, Arissa pun kau nak rampas!”

Aku segera berpaling ke arahnya sebaik mendengar nama Arissa disebut.

“Arissa tu, kawan you?”

“Yes. And aku tak tau apa masalah or dendam kau dengan aku. Tak habis-habis kau menyusahkan hidup aku, and now kau susahkan hidup kawan aku pulak?”

Kata-kata Tasya yang membabi-buta itu bergema lantang memenuhi ruang bilikku. Aku berdoa di dalam hatiku, semoga apa yang disebut Tasya tidak singgah ke telinga staf-staf di luar sana.

“Tasya, cool down okay. Kita bincang betul-betul.”

Aku menarik Tasya ke sofa biru tua yang terletak di sudut bilik itu. Dia menurutiku walaupun dengan muka yang masam mencuka. Aku meminta Zatty menyediakan fresh orange sejuk untuknya.

“Tasya, I tak pernah membenci atau berdendam dengan you. Malah sejak kita sekolah pun, I tak pernah rasa macam tu pasal you.”

Tasya meletakkan gelas fresh orange yang dipegangnya. Dia membetulkan kolar baju kemeja yang dipakainya sebelum bersuara.

“You memang pandai berlakon baik kan?”

Belum sempat aku bersuara Tasya kembali menyambung percakapannya.

“I hate you! Dulu you nak rampas Shah dari I. Sekarang, Haris pulak. Tak cukup dengan tu, boyfriend Arissa, my bestfriend pun you nak.”

Aku melepaskan keluhan, berat.

“I dengan Shah, we’re just friend. Childhood friend. I dengan Haris pun just friend, I bekerja dengan dia. But Adam, I memang ada hati dengan dia. Tapi I sendiri baru tau pasal Arissa recently. That’s all.”

“See? You dah tahu pasal Arissa but still nakkan dia kan?”

“Tasya.”

Tasya bangun berhadapan denganku. Dia memandangku tajam sebelum melangkah untuk berlalu.

“I akan pastikan you takkan bahagia, for you are messing into me and my friend’s life!”

Friday, October 22, 2010

The Blind Side

malam tadi, dalam ketandusan minat menonton drama2 kat tibi...astro pun nampaknya takde apa yang menarik.. kadang-kadang rasa buat rugi je duit bayar bulan2...hasben ajak layan movie..lama dah beli movie ni tapi tak rasa tertarik untuk tengok..kagi2 bile tengok cover dvd tu nampak macam tak menarik..so, hasben pun pasangla kat XboX kesayangan dia tu...

"The Blind Side"



cerita yang agak mendatar pada awalnya..tapi semakin lama semakin memaku pandangan dan tumpuan kami berdua...cerita dia simple..based on true story of Michael Oher, a homeless and traumatized boy who became an All American football player and first round NFL draft pick with the help of a caring woman and her family...

Michael "Big Mike" Oher..takde pelajaran yang bagus, takde pengenalan diri, takde tempat tinggal...masa umo dia 7 tahun, state gov pisahkan dia daripada family dia untuk dihantar ke foster centre...sebab mak dia ni drug-addicted, dan ayah dia...erm., dia sendiri tak penah jumpa pun ngan ayah dia...tapi dia terlalu sayangkan mak dia, family dia..sampaikan setiap kali dia dihantar ke mana-mana rumah perlindungan, dia akan lari cari mak dia...meningkat remaja, dia lebih suka jadi homeless daripada dihantar ke mana-mana foster homes...

Dia diperkenalkan kepada jurulatih private Christian School yang mmg tengah cari atlet dengan badan besar macam Michael..dia ni xbanyak bercakap, dalam kelas pun diam je..cikgu, kawan2 semua takmo kawan ngan dia..dia ni suka kat budak2 (maybe sebab adik bradik dia lebih kurang sedozen)..sebab dalam ramai2 orang kat sekolah tu dia tegur 2budak perempuan kecik yang tengah main buaian...tapi bebudak tu just ignored him...but then, anakTuohy pulak yang tego dia..this boy was really cute yet adorable..nama dia Sean Junior a.k.a SJ...itula satu-satunya kawan Michael kat situ... 

satu malam..lepas Sj buat persembahan Red Indian kat skolah, Tuohy family terserempak dengan Michael yang otw nak pegi gym...tau yang Michael ni xde tempat lain nak pergi, Leigh Ann (mak SJ) ajak dia tido kt umah dorang...masa ni a bit terharu sebab Leigh Ann ni jenis mcm datin2 je gaya dia..tapi sense of humanity dia tu betul2 mengkagumkan...dia bincang dengan hasben dia utk benarkan Michael tinggal dengan dorang...and dia sediakan satu bilik tidur yang lengkap untuk Micahel...dan dialog masa tu buat aku betul-betul tersentuh...

Michael Oher: It's nice, I never had one before. 


Leigh Anne Touhy: What, a room to yourself? 
Michael Oher: A bed. 

Leigh Ann terus lari masuk bilik dia and menangis...agaknya dia tak sangka macam tu skali Michael tu hidup sedangkan dia dan orang dlm dunianya semuanya idup senang...and satu lagi scene bila Leigh Ann masak untuk Thanksgiving..bila dia panggil family dia makan, sume orang ambil pinggan, fill up dan duduk depan tv..tapi Leigh Ann tengok Michael duduk kat meja makan (with a gracious manner)..terus dia tutup tv and kerahkan family dia makan sama2 kat meja makan...yela, that's how thanksgiving to celebrate kan...

sampai Michael ditawarkan main dalam group football (ragbi) sekolah tu..memula dia mcm xmenyerlah..sebab dia yang sepatutnya stopping people from other team..tapi disebabkan dia punya protective instinct tu terlalu tinggi, dai xboleh nak berkasar dengan orang...sampaikan Leigh Ann bagitau dia yang protecting the team sama macam protecting the family...barula dia main dengan bagus sekali...masa Krismas, diorang bergambar satu family and Leigh Ann jadikan poskad utk wish kat family n kengkawan dia..so ramaila yang perli2 Leigh Ann sebab ada black guy dalam her white family...tapi Leigh Ann tegas cakap, itu keputusan dia..dan dia xminta kengkawan dia untuk pilih bagi pihak dia, tapi hormat apa yang dia pilih...end of that..


dalam satu game, Michael jadi tumpuan semua agensi/universiti sukan..satu dialog yang paling aku suka masa game tu ialah lepas Michael tolak opponent dia yang sgt berlagak tu sampai keluar padang..

Michael Oher: [after pushing an opponent all the way off the field] Sorry, Coach. I stopped when I heard the whistle. 


Coach Cotton: Where were you taking him? 
Michael Oher: The bus. It was time for him to go home.


tapi Michael kena naikkan gred dia supaya dapat biasiswa tu..so Leigh Ann carikkan dia tutor untuk blaja kat umah...so lepas blaja ngan tutor dia akhirnya Michael berjaya naikkan gred dia..and sampai masa utk dia decide mana dia nak pergi...all this Tuohy family belaja di Miss Ole, yang mana Sean Tuohy penah jadi player kt situ, Leigh Ann penah jd cheerleader kat situ..perkara ni membuatkan sorang penyiasat panggil Michael sebelum dia masuk ke Miss Ole..macam2 dia soal kat Michael, sebab ingatkan Tuohy Family n tutor dia just nak Michael masuk Miss Ole atas kepentingan dorang...

Michael terus lari keluar dan terserempak dengan Leigh Ann...dia tanak pecaya apa yang Leigh Ann cakap n lari cari mak dia kat Hurt Village..tapi mak dia dah tak duduk situ lagi...esok paginya Leigh Ann cari Michael kat kawasan
black people tapi xjumpa..sampaila Michael called dia bagitau dia ada kat kedai dobi...masa tula Leigh Ann sedar yang dia pun tak penah tanya apa sebenarnya yang Michael nak..then Michael terus pegi jumpa penyiasat tu semula dan bgtau...dia nak masuk Miss Ole sebab semua ahli keluarga dia pergi sana untuk belaja..dan dia dah dapat terima sepenuhnya yang Tuohy family adalah his family...

Ending dia...??happy ending ofcos...Michael berjaya menjadi professional. the real Michael Oher pop out the screen dengan gambar2 dia bersama ahli keluarga kulit putihnya...and the story end...with a deep thought in my heart...agaknya kalau aku berjumpa dengan budak seperti Michael mampukah aku jadi macam Leigh Ann...???mampukah aku lihat in the blind side..???

Kalau korang pulak macam mana..???

Thursday, October 21, 2010

:: aKu dan DiRiMu ::

tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang rindu yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap

sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
memenuhi mimpi-mimpimu malam kita

duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
dan kini hanya ada aku dan dirimu
sesaat di keabadian

jika sang waktu bisa kita hentikan
dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan

meleburkan semua batas
antara kau dan aku, kita

Friday, October 8, 2010

:: aKu sKanDaL 19.1 ::

Suasana sepi sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Tisya berkeras mahu memandu sendiri, Aireen yang malas mahu bertekak hanya membiarkan segala tindakan Tisya.

Hampir 3 jam tiada sebarang bentuk bunyian di dalam kereta. Masing-masing membatu, kepala keras macam batu. Sampai satu masa, Aireen tidak tahan lagi dengan kesepian itu.

"Tisya, stop the car now!"

Hampir melompat jantung Tisya apabila Aireen tiba-tiba menjerit. Sepantas itu juga dia memberhentikan kereta di tepi jalan.

"Oi!! Kau ni, terkejut aku tau! Kalau aku sakit jantung ke tadi, agaknya dua-dua kita ni dah jadi arwah tau tak."

Tisya mengurut dadanya yang masih bergelora. Dia benar-benar terkejut dengan reaksi Aireen yang tiba-tiba itu. Aireen yang sedar kesilapannya, menepuk dahi.

"Sorry Tisya. Aku tak boleh tahan lagi kita berdua tak bercakap sepatah apa dari tadi. Aku boleh jadi gila tau."

Mereka berpandangan sesama sendiri. 

"Agaknya aku dah gila. Sebab tu aku tiba-tba menjerit."

Pecah ketawa dua sahabat itu. Masing-masing terlalu memikirkan banyak persoalan sehinggakan tidak sedar tiada sebarang perkataan yang mereka ucapkan sejak bertolak pulang dari kampung Aireen tadi.

"Memang kau dah gila. Kalau apa-apa jadi tadi macamane? Tak sampai ke mana kita tau."

"Sorry lagi sekali ok? Tapi boleh tak kau bagitahu aku kenapa kita kena cepat-cepat balik KL ni?"

Tisya mengeluh perlahan.

"It's about Abang Ean. And Balkisy."


p/s: Sorry untuk semua..n3 kali ni memang buat pendek je..aku kena recover balik semua fail e-novel aku sebab laptop kena curi aritu..so kena buat balik semua..tapi aku akan mula update balik..step by step..thanks sebab masih sabar tunggu n3 ni...XOXO

    wHaT Do wE LoVe...???

    OuR pReCioUs~!!!

    How`s my pregnancy doing?